Tuesday, June 5, 2012

18 Pintu Keberkatan

Assalammualaikum,

I was rolling on my bed, trying to sleep for a while. Perhaps, just to escape from whatever type of day I have. But then, after 30 minutes, I was still staring blankly at the ceiling, hugging a pillow tightly. I don't know why but today rasa macam tak tenang. Entah mana silapnya, entah mana sebabnya. And then I scrolled through Facebook, and I saw a photo posted by Anan. 18 Sources of Barakah. Since my Blackberry screen was so badd, the screen was so badd, the screen was so so badd *sila dendangkan mengikut lagu call me maybe*. Haha takdelah bad, what I really mean is kecik, so nak zoom pun tak terbaca ha. So I want to share it with you about this 18 sources of barakah.
Barakah. Apa yang saya boleh kaitkan dengan kehidupan ini ialah, ketenangan dalam hidup kita ada kaitannya dengan barakah ataupun BERKAT nama popularnya. Jadi, mari kita sama-sama kejar berkat! Marilah mari!

Barakah is the attachment of Divine goodness to a thing, so if it occurs in something little, it increases it. And if it occurs in something much it benefits. And the greatest fruits of Barakah in all things is to use that barakah in the obedience of Allah s.w.t.

 So how to get barakah? *ehem ehem betulkan suara tekak*

1. Good intentions
Apa-apa sahaja yang kita buat, adalah bergantung kepada niat. Namun satu yang harus diingatkan, niat tidak menghalalkan cara ya kawan-kawan. Apa yang terlarang, tetap terlarang. Tetapi, apa yang pasti, make sure that deed is intended for the sake of Allah s.w.t. Meskipun untuk perkara kecil seperti ke kelas. Betulkan niat, "Aku ke kelas kerana Allah, kerana ini tanggungjawab aku". InsyaAllah apa yang kita dapat, adalah keberkatanNya.  Tapi kalau ke kelas sebab nak usha si dia kat row kelima kat tengah-tengah tu konon nak jadi semangat datang ke kelas, tu cerita lain pulak. Haha.

2. Piety and belief
"And for those who fear Allah, He (ever) prepares a way out. And He provides for him from (sources) he could never imagine"- Surah Al-Talaq, Verses 2-3. Piety ataupun selepas saya google-translated nya (ye, saya tak hebat English sangat haha) , bermaksud takwa, adalah di mana kita merasa takut kepada Allah s.w.t; dan kerana rasa takut itu kita menjaga dan memelihara diri dari seksaan dan kemurkaan Allah s.w.t. Kerana rasa takwa dan percaya itu, kita akan lebih taat dalam menjalankan dan melaksanakan perintah ALLAH s.w.t, dan pastinya hati dan diri lebih bersih dari dosa, dan mudah untuk mendapat keberkatannya, InshaAllah.

3.Trust in Allah
"And if anyone puts his trust in Allah, sufficient is (Allah) for him. For Allah will surely accomplish his purpose. Verily, for all things has Allah appointed a due proportion" - Surah Al-Talaq, verses 3. Saya setiap kali menjelang peperiksaan, ataupun kena buat apa-apa macam presentation ke, interview ke, or pendek kata apa-apa jelah, saya suka berpegang kepada ayat ini; Do your best, and Allah will take care of the rest. Apa yang saya nak tekankan kat sini, letaklah kepercayaan kita pada Allah 100%, insyaAllah segalanya akan mendapat keberkatan dariNya.

4. Read Quran
 Pernah dengar satu huruf Al-Quran yang kita baca, kita dapat 10 pahala? MashaAllah, kalau kita baca Alif-Lam-Mim, kita sudah mendapat 30 pahala. Betapa Allah sayangkan kita, mudah sahaja untuk menambah timbangan pahala kita. Tak percaya? Just read Quran, at least, a page per day after Maghrib, and you will see barakah enter your life. :)

5. Bismillah
Bismillah. With the Name of Allah. Dengan nama Allah. Mudah sahaja, 3 suku kata. Tapi berkatnya besar. Bilamana anda memulakan setiap apa yang anda lakukan dengan Bismillah, bukan sahaja perkara yang anda buat itu akan dirahmati Allah, malahan syaitan can't even take a part in it. Mudah bukan? Mari praktikkan!

6. Eating with people
Pernah tak korang rasa, ambiklah contoh, korang call Domino's, hantar satu pizza besar hamekkau untuk dinner, and then time nak makan tu, korang rasa mana lagi best, makan ramai-ramai ke makan sorang-sorang? KECUALI tahap lapar mega tera giga tu eden tak boleh nak tolong lah, tapi ni secara kebiasaannya. Makan dengan ramai-ramai lagi syokkan? :) Tak caya, cuba buat malam ni! Pssst, hantar kat saya sikit! :P

7. Honest
We shouldn't assume lying and deceiving people will make our trade profitable. On the contrary, it will remove the blessing from your trade. Tak kiralah dalam bisnes ke, dalam kehidupan kita sehari-harian ni, percayalah, tanpa kejujuran, takkan ada berkat dalam apa-apa yang kita buat atau usahakan. Itulah salah satu sebab mengapa usahawan yang berjaya mostly kita lihat menjalankan perusahaanya dengan penuh jujur. Tak payah tengok jauh, tengok sahaja junjungan kita, Rasulullah s.a.w. Kerana kejujurannya sehingga dipanggil Al-Amin, perniagaannya dengan Siti Khadijah sangat berjaya.

8. Doa
Ask Allah for barakah! Yes! Ask Him! If you take notes some of the Duas by Rasulullah s.a.w, you'll noticed that Rasulullah s.a.w used to make Duas for Barakah.

9. Halal income
Ini saya rasa semua orang tau. Rezeki yang halal pastinya mendatangkan keberkatan dalam hidup. Pasti.

10. Follow Sunnah
To simply follow Rasulullah s.a.w 's lifestyles and the acts of Sunnah. Paling biasa yang kita ajar dari kecil ialah makan dengan tangan kanan.Berbaloi tangan kena rotan sebab makan guna tangan kiri oleh bapak masa kecik dulu. Haha. Dah lah rotan tu halus tahu!

11.Grateful
Allah promises the person who thanks Him an increase in goodness and blessings, and Allah never breaks His promises. Bersyukurlah dengan tiap-tiap sesuatu yang kita ada, samaada kecil atau besar. Bukan je korang akan dapat keberkatan, malahan korang akan rasa lagi tenang kerana the happiest people don't have the best of everything, they just make the best of everything they have :)

12. Istikharah
Haip! Istikharah bukan untuk jodoh je tau! Amboi boi boi nak kahwin lettew. Haha. Praying istikhara in all matters and then leaving the outcome to Allah as well. InshaAllah, barakah will come on its own way!

13. Charity
Charity cleanses your sins, adds good deeds and is a source of barakah. Charity tak semestinya dalam satu jumlah yang besar, menolong makcik yang angkut banyak plastik balik dari pasar itu pun dikira charity. Memberi tempat duduk kepada pakcik tua di dalam bas mahupun di mana sahaja itu sudah charity. Tak perlu berduit banyak untuk membuat charity. Kita mulakan dari perkara yang simple kita boleh buat, insyaAllah, bukankah Allah s.w.t  suka amalan yang kecil tetapi dilakukan secara istiqamah?

14. Ties of kinship
Hubungan kekeluargaan bak kata googletranslate (lagi) Haha thanks pakcik google. "Hablu minannas wa hablu minallah". Keberkatan itu bukan sahaja datangnya dari Allah, tapi dari hubungan kita sesama keluarga, rakan, guru dan setiap manusia itu ada berkatnya.

15. Wake up early
Yang ni, sejak masuk study break ni, saya paling susah nak ikuti. Haha. Tapi saya tahu, sesiapa yang tidur selepas Subuh itu, terlepaslah satu keberkatan yang Allah sediakan padanya untuk hari itu. Semoga saya tidak kalah pada mata saya lepas ni! Well, saya cuba..

16. Marriage
 Amboi, suka aje bila sentuh bab bab kahwin ni ye? Haha. Tapi memang salah satu pintu keberkatan adalah dengan perkahwinan. Allah says in Quran, "Marry those among you who are single, or the virtuous ones among yourselves, male or female; if they are in poverty, Allah will give them, means out from His grace, for Allah encompasseth all, and He knoweth all things." (Quran 24:32) Haaa nampak tak kat situ?

17. Salah
Kita kata nak berjaya. 5 kali kita dipanggil untuk berjaya, setiap hari, tapi adakah kita menyahut ajakan itu? Okay, macam skema semacam bunyi ayat ni, tapi korang faham lah kan? Hehe. Jadi, tunaikanlah solat, kerana ianya adalah lifeline for the final destination in hereafter, and the daily food for your soul.

18. Forgiveness 
 Rasulullah s.a.w said, "If anyone continually asks forgiveness from Allah, Allah will appoint for him a way out of every distress, and a relief form every anxiety, and will provide for him from where he did not reckon." InshaAllah :)

So, inilah 18 pintu keberkatan yang boleh kita jumpa dalam sehari hari kita. Tak susah pun, kecuali point yang ke-16 tu, yang tu kalau nak bincang kena buka post lain pulak. hahaha! Ok, sampai sini jelah dulu. Selamat belajar untuk semua yang dalam musim peperiksaan!

Oh nak selit satu dua gambar masa celebration birthday emak semalam boleh? I got them from emails bapak sent tadi. Barbeque kat depan rumah yaw! Pfft kbai along tak jealous punnnn.





p/s: alhamdulillah, tiket flight 90% siap. Tunggu issue je lagi. Hihi
p/s/s: Alhamdulillah. 2 papers more to go for you. Untunglahhh
p/s/s/s : nak cuci balkoni tapi kereta kat bawah ni dah 2 hari tak berganjak. How lah??



Monday, June 4, 2012

46 is Just a Number, Mak!

Assalammualaikum,

Mak. Perhaps this is among the first words yang saya mula-mula tuturkan dengan hidup saya. Selain dok ngekkngekk mintak susu mintak dodoi tu lah. -____-"

Makkk! Nak mamam!
Makkk! Nak susuu!
Makkk! Lapar.....
Makk ituu makkk iniiii!!!

Semuanya Mak. Even sampai ke besar pun, "Makkkkkk, nampak baju Along ni takk??" "Makkk ari ni masak apaaa?". Ala paling tak pun, "mak mak, urutkan belakang sikit" *mode manja menyerang* ataupun "mak, mak...*sambil mencucuk pinggang mak* nak baju ni," *ni mode muka baik inesen kelip kelip mata sikit* Hahahahaha. Tak masuk lagi bab mengada mintak dodoi. Erk.

Kehadapan mak saya yang comel,

Mak jangan perasan saya panggil mak comel, sebenarnya saya nak cakap saya comel sebab orang kata muka kita dah besar nanti macam mak kita, so saya cakap mak comel sebab saya nak cakap saya comel masa besar nanti. Wek! Hahaha!

Selamat Hari Jadi ke-46 Mak! Along tak tau ni kali ke berapa dah along tak meraikan *eceh meraikan tu- thumbs up untuk ayat BM hebat* birthday emak. Semalam along hantar message kat mak wish mak Happy Birthday tepat-tepat masa Malaysia, mak tak reply pun. Along mengadu kat bapak mak tak reply message, siap buat smiley --> :( . Pastu bapak kata, mak takde kredit, tapi mak baca dah message Along tu. hihi lega, kang nanti mak ingat Along tak ingat birthday, penat along nak pujuk. Terpaksalah balik nanti kena tolong cabut uban manjangggg. Hahahahaha!

Mak, thanks so much untuk semuanya. UNTUK SEMUANYA. :) 46 is just a number! You know you are young at heart right?? YEAH YEAHH! Hahahahahahahahahaha eh panjang pulak gelak. Anak dara kena sopan kan mak, kan? HAHA eh tersambung gelak lagi. Shh!

HAPPY 46th BIRTHDAY MAK and I LOVE YOU SO MUCHHH!!!


Inilah mak saya yang comel tuuu ;)
 





Again, 
Happy Birthday Mak
I LOVE YOU.
:*

 p/s: bapak kata nak send gambar dorang pergi celebrate birthday mak, tapi sampai sekarang tak de pun. pfft. kbai
p/s/s :congrats IR! I'm so proud of youuu! :)
p/s/s : go Auni, gooo!


Saturday, June 2, 2012

Bye May, Hey June!

Assalammualaikum :)

Hey hey hey! Macam baru keluar dari kepompong tahu? Tetiba pasal kepompong ni dah kenapa? Haha. Okay, abaikan. I just finished my classes Rabu lepas, which means sudah berakhirlah semester pembelajaran saya, dan sekarang saya berada dalam minggu belajar atau dalam bahasa omputihnya study weeks untuk prepare for midterm exam dan final exam saya yang bakal menjelang. Ecewah. Itupun kalau belajar, bolehlah sebutkan sebagai study weeks, kalau tengok movies ke main masak masak ke terbongkang atas katil ke, itu dah sila isikan tempat kosong ini : _____ weeks.

Quick update! 

18th May yang lepas, batch kami yang telah mengadakan satu Food Feast, YA KAWAN KAWAN SEKALIAN, FOOD FEAST! AS IN, FOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOODDDD!  You read it right. FOOD! Memang bak kata orang, dikelilingi dengan makanan hebat disediakan oleh air tangan para bakal doktor ini. Sumpah tak tipu, semua sedap! SEDAP SEDAP SEDAP. Ha 3 kali sebut, afdhal kata orang. Haha. But, unfortunately, I didnt take any pictures sebab saya agak busy hari tu dengan decoration semua, so saya ambiklah beberapa gambar geng saya kat Facebook, tepek sebarang dua kat sini. Hehe. Dengan macam-macam costume lagi, cowboy lah, english style lah, lady bird lah, athens pun ada. Mak aih, nampaknya bukan chef je boleh jadi ni, fashion designer semua pun boleh kitorang ni. Kalau ada job, bagitau kami okay? :P By the way, me in the pink bottom!!


Meriah kan? Mana taknya, dari petang sampai malam! Ditemani musim spring lagi tu! Mesti korang pelik kan, mana gambar foods? Haha agaknya masa ni semua dah masuk perut sebelum sempat diambik gambornye. HAHA! For more pics, lawati link ini! --> Food Feast Manchester 08/09



29th May hari tu saya dah menduduki secara machonya paper Human Rights saya, and secara machonya jugak saya bahagia menjawab semua soalan essay tersebut, alhamdulillah. Haha mananya tak macho, lecture Human Rights satu pun tak pernah nampak batang hidung saya kat sana, tetiba amek kaw 4 slides kena baca, and ada 12 pages full of facts dengan articles itu ini dimana anda harus menghafal setiap satu ayat dengan jargon yang betul. Bahasa Law wa cakap lu, menjadi lawyer sehari sat. And biasalah kita ni dah terbiasa *ehem* study last minute *ehem* 3 hari nak exam baru nak start jenguk nota. Satu fakta untuk anda. Hafal facts articles jadah tu semua lagi memenatkan dari hafal medics. Hahahaha. Nasib baik soalan memang direct keluar apa yang saya dok hafal macam pejuang kamikaze. Salute to all lawyers and budak law!

Dan 30th May, hari terakhir persekolahan, kami mengadakan makan-makan lagi, LAGI, and I baked kuih bakor. Aah memang kena sebut macam tu, BAKOR. Muncungkan mulut anda. Bwahaha.

 Inilah si kuih bakor. Terubat rindu makanan Malaysia. Haha dandan! -___-"



Me, Kak Teah, and si Bebelle :P Pose apa yang kami cuba sampaikan sampai hari ni masih cuba figuring it out. Pfft.



And ni sesi penggambaran Group 4 yang penuh dengan awhhhhhh-someness! Sebagai memori kononnya, seminggu sebelum kelas berakhir Hehe. Thanks so much Dr Abdul Aziez yang banyak sangat membantu throughout Pediatrics Round ni! I admire his way of teaching, Sangat best! :)


That's it! Yang lain tu, bapak already finish his course kat Genting, and now dah secara rasminya berkerja as a lecturer at Institut Aminudin Baki, Kuching. Congrats bapak! You got what you want! Do not worry, I always here with mak and adik-adik to support you! I love you! And sekarang,  since dah masuk study week, syndrome BOSAN sudah bermula, lagi lagi dengan Aina yang BBM everyday cakap "Auni, buat apa? BOSANLAHH" Haha kesian jugak, tapi nak buat camna. Tiket flight pun belum confirm confirm lagi, maunya tak balik terkandas kat panas yang menggila masa bulan puasa nanti kat sini. Haha. Hish, nauzubillah! Takde lah sampai macamtu. Hahaha.

May had given me many memories to be kept. And lesson too, learnt. And June had welcomed me with so much warmth! I hope you gonna treat me well throughout the month, okay June? I'm looking forward for it! I wish June is treating you well too, peeps! :) InshaAllah.

 p/s: Tiketttt balikkk pleaselah cepat settle, huwaaa ;'(
p/s/s:  I'm glad I have you. I'm glad too I am in this chapter of your life :)
p/s/s/s : Park Ji Sung dalam episode Running Man sangat comel okay!