Friday, February 8, 2013

London Trip! (Day 3)

Finally!!! 

Dapat jugak kegagahan kesemangatan kemenulisan sambungan daripada post lepas. Hahaha. Maklumlah, cuti-cuti camni sedap baring dan layan movies. Makanya update untuk trip winter break yang lepas ditangguh-tangguhkan sampai sekarang. Hihihi

Okay, ada orang tanya boleh tak bagi details harga semua untuk jalan-jalan kitorang ni. Untuk Day 1,2,3 ni memang tak ada guna duit selain transport dan makan sahaje. And harga untuk transport ada dinyatakan kat post sebelum ni. And for makan pulak, lagi banyak korang makan, lagi mahal lah. Haaa gitus. Haha. Sebab tempat yang kitorang pergi ni semua sightseeing yang tak payah ada admission fee. But, later in next days there will be some.

Okay let's start for Day 3! Day 3 agak istimewa sikit, sebab hari tu snowing! Walaupun takdelah lebat mana, tapi sejukk mak aihhh. Gigil I tell youu! Aicehh. Cukuplah sehari je jalan dalam snow. T.T

Kali ni, saya akan mudahkan kerja korang untuk rujukan sesiapa nak pergi sana nanti. I'll add here the nearest tube station for each place! Supaya nanti korang tak terpinga kebil kebil cari hehehe :D

1. Tower of London
(Nearest tube station : Tower Hill)
Apakah sejarah Tower of London? Nak jujur ke tak jujur? Kalau tak jujur, tower ni actually Her Majesty's Royal Palace and Fortress, or more commonly known as the Tower of London, a historic castle on the north bank of the River Thames in central London, England. But on 16th century, this tower had been a prison for high-status individuals tapi lepastu dah tak jadi prison dah. And The Tower steadily gained popularity with tourists through the 19th century, despite the opposition of the Duke of Wellington to visitors. Numbers became so high that by 1851 a purpose-built ticket office was erected. By the end of the century, over 500,000 were visiting the castle every year. Ha camtu ceritanya.

Kalau nak jujur, honestly, I don't know anything about Tower of London. Hahaha. Yang description atas ni hasil pembacaan kat Wikipedia AFTER balik bercuti. Datang sana sebab tempat tu memang popular. Hahaha, Kbai.


Ambik gambar dari seberang je sebab malas nak cross jalan. Haha

2. Harrods
( Nearest tube station : Knightsbridge)
Harrods ni senang cerita, memang pelbagai barang yang branded and tiptop sahaja lah dijual dalam ni. Geng geng anak raja anak VVIP VVVVVVVVIP berapa banyak V lah.. -__-", haaa semua beli kat sini. Sekadar nak masuk usha ada jual apa semua tu okay lah. Beli? Er. Tunggu kahwin dengan anak raja istana kaca lah kot. Jadi apa kitorang buat kat sini? Jeng jeng jenggggg!!

Kitorang test lipstick! HAHAHAHAHAHA. Dah tu je yang mampu T.T Kahkah! Oh and beli beg Harrods satu. Tu pun hari lain, datang balik sini sebab first time datang tatau ada jual beg macamtu. Kahkah. Ha nak jugak beli taknak kalah ngan mak datin. Hahaha


Mengancam kan bibir kitorang? Hahaha!

Oh btw, sebelum sampai Harrods, sempat lagi masuk GAP. Sempat rembat jeans GBP 5 tengah sale! Which is equivalent to RM 25! Sila buntangkan mata sekarang. Tu yang ada plastic bag GAP dalam gambo. Hekhuk.

Dan dan bibir merah merekah bak delima semua posing kau nak camni Auni oi!

3. Chelsea FC 
( Nearest tube station : Fulham Broadway)
Walaupun bukan peminat bola sepak mana-mana kelab, tapi alang-alang dah datang apa salahnya kan. Hehe. So here is Chelsea FC!

Takde orang lain ambik gambar dengan ATM selain kitorang. Haha


4. The Beatles Zebra Crossing : Abbey Road
(Nearest tube station : St. John's Wood)
Siapa tak kenal The Beatles? And one of their album, I believed it is 11th album, Abbey Road, was named as the greatest The Beatles album. And in 2012, Abbey Road was voted 14th on Rolling Stone magazine's list of the "500 Greatest Albums of All Time" (Aicecece. Thanks to Pakcik Gugel. Hahaha!)

And here is the album's cover.

 And that exact zebra crossing became popular ever since! Ramai yang datang sini nak buat gegaya The Beatles ni lah. Termasuklah kami berempat! Few times jugak lah cuba, sebab banyak kereta lalu lalang kan, BUT BUT BUT, as we all know English people are known with their gentleman, dorang akan stop bila sesiapa nak melintas and ambik gambar. Cuma kita takdalah nak terpacak kat situ sampai jam satu jalan kan. Paham-paham sendiri lah cecepat sikit sesi penggambaran nya. Haha so after few trials, this is the best shot we can get.


Selain pokok-pokok dalam album Beatles berdaun, dan pokok kami tinggal ranting je, gaya kami berjalan juga berbeza. HAHAHAHAHA Well, close enough lah kan... Hahahaha *sambung gelak goleng-goleng atas jalan*


5. Arsenal Stadium
(Nearest tube station: Arsenal)
Sekali lagi dimaklumkan, walaupun bukan peminat mana-mana kelab bola sepak, tapi alang-alang dah sampai tu, pergi je lah kan. Haha. maka dalam kepekatan malam dan snow yang masih turun lagi, kami redah ke Arsenal sebab nak usha apa yang ada, and of course bebehh, gambar! *facepalm*

Keluar-keluar je station, terus nampak deretan stall jual barang Arsenal. 

Yey! Sampai dah kat stadium die!

With the Arsenal Football Players (tak  beragak caption ni. haha)




Antara yang dijual kat the official shop.

6. Queensway (Tuk Tuk Thai Noodle)
(Nearest tube : Queensway)
Habis habis je sesi fotografi kat sana, terus pecut pergi Queensway sebab perut dah lapar. Dalam otak teringin makan Fish 'n' Chips sebab London kan memang popular dengan Fish 'n' Chips nya tapi, perut Melayu pulak kan. Nak jugak carik something yang berat sebab laparrrr. Hahaha


Me and Zati order Japanese Tea. Each for GBP 1. And bila hirup air panas tu, ya Allah, lega satu badan, sebab gigil seharian kan. Haha

This is Tomyam Goong . GBP 2/3 something if I'm not mistaken

 And I ordered Nasi Goreng Malaysian Style (Yes, it's written like that in the menu!) This costs around GBP 5

 Jemput makan semua :)

7. The Local Market
(Just in front of Queensway's tube station)

Mula-mula, saja je nak cari tomato and timun sebab ingatkan nak masak nasi ayam kat rumah Fizerk, maklumlah, dorang dah bagi tumpang rumah so kenalah balas budi ye dok. Sekali masuk, terkejut rasa excited semua bagai! Kenapa???




Yes, you did not see it wrong. This is onde onde a.k.a buah melaka! Jangan ternganga.


Patut "Istanbul Aku Datang" tak buat penggambaran kat sini. Senang je nak dapat Maggi Assam Laksa kat London haaa.


PENDEK KATA, SEBUT AJE NAK APA SEMUA ADA! Macam supermarket kat Malaysia dahhh. Patutlah dorang relax je, Diorang tak tau kat Egypt ni stok kicap sos cili rempah serai lengkuas semua bagai kena bawak Malaysia. Hahaha. Niceeeee lah England!

Dan selepas membeli serai 2 peket dengan harga GBP 2, kami pun beransur pulang dengan kaki yang sakit selepas berjalan seharian. Haha. Oh, and otw jalan-jalan terserempak pulak geng-geng Mansoura yang jalan-jalan kat London jugak ha.

Zainol and Mad

Dan guess what I found at Queensway too. Tadaa!

Pappa Roti y'all! And Karak Tea! Dari Malaysiaa tuu :D

Bila jenguk dalam, ramai jugak tengah beratur nak beli. Nice one, Malaysia. Haha actually, not far from this place, jalan sikit ada jumpa Malaysia Student Department. So kat sana pun ada cafe yang jual nasi and lauk pauk cam kat Malaysia. So if you guys tetiba lah kat kat sana teringin lah pulak nak rasa ikan keli ke apa, ha pergilah makan kat sana.

For more pictures on Day 3, sesiapa yang friends kat Facebook tu, can click here! : Being A British in 9 Days 8 Nights (Part 2)

So, that's the wrap for 3rd day in London! Next part will be Day 4 and 5, not at London ladies and gentleman, but we will travel to Coventry and Birmingham! Yeahaa! See ya guys then! ;)


p/s: esok dah start kelas untuk Sem 10. Cepatnya cuti habis..
p/s/s: kena betulkan masa tidur balik ni
p/s/s/s: Happy Chinese New Year to all Chinese friends out there! :D
p/s/s/s/s: Just to let you know, when the world treats you cold, I always be a warm hug that you can always turn to.

4 comments:

nabila azmi said...

hehe...merahnyeee lipstick die..heh..=)..naseb matching jugak=)

aunishbini said...

@Nabila, hahaha itulah pasal. Memang semua saja nak test test lipstick. Menyala mak ngah terus hihi

Unknown said...

Last-last gambar maggi dengan milo jugak ko amek ek haha.

aunishbini said...

@Arham, itulah pasal, punya jauh pergi, Maggi and Milo jugak masuk gambar. Hahaha -__-"