Wednesday, June 30, 2010

Day 17 - 1st Day in Malaysia

tajuk memang tak boleh blah en? huahua okeh. tadi flight sampai pukul 3.30pm. yup, lambat. sebab tadi cam ade turbulence sikit, so agak paham-paham la. sampai-sampai, eddy and johny dah prepare awal-awal depan tempat claim luggage, nak tangkap luggage, setelah johny dengan bangganya belajar cara imigresen gune autogate passport tu. kol 4 lebih camtu barulah selesai semua. azza, feeza, eddy, john, yeah, all the members of "Yuna and the kompeni" have a nice summer holsss! muahahaha XD

and here goes.....EZAA! yeah! *hug-hug* haha. Ceh. ingatkan Eza driving,rupenye masih mama die jugak yang drive. EZA! gi drivee laaa!!! hahaha. From KLIA terus gi makan mi jawa kat gerai, keropok lekor and goreng pisang. pastu, tadi, dinner makan sate ngan otak-otak. pergh. memang melantak habis makanan malaysia. terubat rindu. ahaha.

makan,makan,makan,makan,makan...dan makan.

p/s : haish~!!! ..............
p/s/s : pak, mak, abang, lya, ena, eca, bang sham, syahir, ezhan, arisya! i love you allll! :)

Tuesday, June 29, 2010

Day 16 - Doha





well, now i'm waiting for the next flight ke Kuala Lumpur. yeah, itulah destinasi sebenar kite ye kawan-kawan? bahaha. Dari Cairo tadi kul 6.45pm, setelah sempat makan-makan sekejap kat airport, kami berlepas ke Doha. Yup. Naik Qatar Air. Alhamdulillah selamat sampai kat Doha International Airport at 10pm. mase sini la. kalo masa malaysia, macam biasa, untuk daylight saving plan, tambah 5 jam. haa...

tadi dalam flight sempat nengok Alice in Wonderland ngan Percy Jackson Setengah Jalan. Oh, tak-tak. tajuk die bukan camtu. hehe sebab tadi tengok sikit je. ngehehe. best gak layan. huahua. tapi tak sempat habis sebab dah landing. mintak-mintak pasni ade la cite tu dalam flight.

so,sambil-sambil ni, jom layan tenet. haha

p/s : 10 hours in flight.nasib bek movie best
p/s/s : :) hee
p/s/s/s : Aimi, nice to meet you budak Lawas ;)

Monday, June 28, 2010

Day 15 & 16 - Hey Malaysia




Malam ni nak terminate broadband. Maklumlah nak balik Malaysia dah ni. So, let me do 2 posts sekaligus.

Day 15, 28th June 2010 - Last Day of Year 2

Hari ni just having lunch ngan Kak Azi kat Welatain. Then, terus balik rumah. After makan sungguh mengantuk ohkay? haih~ malam ni nak gi terminate broadband, and Azizi nak hantar kurma. Then, da tade ape-ape dah. barang-barang semua dah packing. sekejap jek packing. tak sampai sejam.huahua :D barang pun 20kg jek. alhamdulillah.haha. and guess what? tadi timbang berat.my weight turun! wahwah! yeay!

Day 16, 29th June 2010 - Attention! This is an advance post.

Qatar Air, Cairo-Doha-Kuala Lumpur.

Departure : Cairo International Airport, 29th June, 6.45pm (GMT 0200)
Arrival : Kuala Lumpur International Airport, 30th June, 2.40pm (GMT 0800)

p/s : along tak bawak cokelat tau. nanti bapak marah.hehe
p/s/s : have a safe trip home awak! sampai malaysia jangan lupe cepat-cepat beli sim taw.
p/s/s/s : malaysia oh malaysia oh family oh shopping oh jalan-jalan oh kawan-kawan oh oh oh
p/s/s/s : insyaAllah will update you guys in Malaysia, See ya in Malaysiaaa!!!

Sunday, June 27, 2010

Day 14 - 2 More Days




i can smell the scent of ringgit malaysia
i can see the pakcik-pakcik chatting around kedai mamak having teh tarik
i can taste the damp wind with sometimes of rain and sun
i can hear the fight of my little brothers and sisters that woke me up every morning
i can feel the welcoming face of KLIA
HOMG!
it's just 2 days more
and yeah, tak sabarnyaaa!
p/s : tak aci balik awal.huh!..i'm starting missing you.
p/s/s : esok last day gune broadband. nak terminate. mintak-mintak tayah bayar
p/s/s/s : kurma jek bawak tahun ni ye? haha

Saturday, June 26, 2010

Day 12 & 13 - I'm Having Fun with my-first-time !



Let the picture do the story-telling =)

Day 12 - Rasta
my first time to see the whole process by my own eyes. it's cool!




Day 13 - Doughnut
my very first time makin' it by myself. big apple and dunkin' donut, i'm your new rival. huahua :D





and this one below is the 'special edition' ^_^

heeee~ ;)

p/s : tinggal 2 hari lagi nak balik malaysia. barang tak packing-packing lagi. -.-"
p/s/s : orang suruh bagi 2 donut tu kat yang lain, die gi abiskan suma.haih~ bahaha
p/s/s/s: sungguh. tak sabar nak balik Malaysia! =)
p/s/s/s/s : aina, awak suh habiskan aje kan barang-barang kat dapur? saye mintak sikit bende kalepul tu.hee

Thursday, June 24, 2010

Day 7,8,9,10,11 - Nah, Ambik 5 Hari Sekaligus



hey guys. yeah i know,banyak. five days in a row kene update. gagagaga~ bukan ape, sebab tade mood la. memang perlukan perasaan menaip tu datang, baru ade umph..haha. ok. jom bukak balik satu-satu. start dengan, jap, nak past tense ke present tense? hermm.

Day 7 (20th June) - Hussin, Cairo

Since duit MARA belum masuk, so gi Hussin kat Cairo sebab nak belikan barang² orang and jalan² hilangkan kebosanan dok kat Mansoura. Panas terik, memang sungguh mengancam. Angin panas kalah sauna. Ingatkan dalam teksi dok tepi tingkap, bolehlah memberi ruang untuk bernafas sikit en, sekali, kering gile gile gilee muke. Ah-tidak. Laporan kaji cuaca mengatakan suhu di sini mencecah 51C (nada pembaca berita Buletin Utama). Sangat tidak bertoleransi betullah ngan mood nak shopping-shopping. Last-last, dalam 3 jam lebih camtu je kat Cairo, terus call geng² lain, " Hello, kitorang nak balik dulu la. Barang dah habis beli, panas tak terkata". Sekian, terima kasih. Tak sempat makan pule tu kat Cairo.Nasib baik ade orang belanje makan kat Ketchup. heee~

Day 8 (21st June) - Dehydrated

Bangun tidur, bibir kering, mengelupas, muka macam baru nampak hantu, angkat kepala pening, bangun macam nak pitam. WAH. sungguh propaganda deskripsi ini. haha..tapi memang tu la yang happen. Sehari, percaya atau tidak, 3 botol air mineral habis yakni 3x1.5 liter = 4.5 liter. Memang macam sedut air gila². Tapi tak juga elok². Memang kesan akibat panas Cairo itu sungguh mengancam. Last², terbaring kat atas katil, tidur seharian..zzzZZzzz

Day 9 (22nd June) - The Moment

Taktau kenapa tapi tahun ni result tiba² kuar awal pule. sepatutnye by 27th or 28th, but ni seminggu awal pulak. Kalau tau, konpem awal² lagi dah balik malaysia awal², tapi mesti ada hikmah kenapa Allah gerakkan hati tak balik awal² en? insyaAllah. Awal² lagi, dah bangun, hati berdebar nak tunggu result ditampal. Pukul 2pm, dah awal² siap nak gi universiti, rupa-rupanya belum tampal lagi. tak jadi kuar. (banyak bebeno ayat awal². hakhak) kul 4pm dorang cakap dah keluar. dupdapdupdap gile hati macam kalau kamu letak stetoskop kat jantung, konpem sakit telinga da, macam guruh. vedebum. haaa. mintak tolong afiq tengokkan result, alhamdulillah, LULUS, dapat naik Tahun 3! memang syukur tak terkira sebab seriously nak lulus je tahun ni sebab memang susah tahap oltromen gaia. fuh-syukur. untuk yang pass, alhamdulillah, jumpa di Sem 5. untuk yang tak pass, buat sehabis baik for bulan 8 ni. insyaAllah lulus. kami sentiasa doakan. All out!

Day 10 (23rd June) - Kembali Bernafas

Yuna, pinjam gambau.heee. Ari ni pegi jalan² carik selendang, nak belikan untuk Alyaa and Ainaa. Hari tu merengek nak sangat selendang macam Yuna punye. haha. Baru jumpa satu yang cun, 10 genih je. Tahun ni plan bawak kurma je untuk orang Malaysia. Last year bawak macam², tak gune pun. Bak kata bapak, " alaa..bawak benda kaca², kalau tak arisya, ezhan pecahkan. Kalau sahir konpem die makan". Jangan pelik. Syahir memang suke makan apa sahaja. Ingat Ripley's Believe It or Not ke apa? Haih~~

Day 11 (24th June) - New Belog's Template


Bosan tengok template lama, akhirnya merajinkan diri buat template baru. gambar header pun da tukar.tapi still ade sama tapi still,YEAY! jika anda pernah baca belog ni sebelum ni, lain kan? putih and ade cam jalur malur pink kuning sikit². Kali ni pilih tema black white grey red (macam banyak plak kaler) spiral spiral. heee. sangat artistik pule. ngehaha. Nak tukar sume bende ni, kena ada mood dulu, baru ley jalan, kalau tak, huh bertahun-tahun sampai zaman orang tak pakai iphone dah pun takkan terbuat. Bahaha. Hiperbola sungguh. Amacam? Okay tak? (mengedipkan mata 4 kali)

p/s : banyak benda nak cerita ni! :)
p/s/s : Pak, whatever it is, i'm always by your side
p/s/s/s : lega dah buat decision. tayah pening-pening.

Saturday, June 19, 2010

Day 6 - Pizza

Thanks for the pizza! ;)


p/s : it's the thought that matter ^_^
p/s/s : keep strong auni!

Friday, June 18, 2010

Day 5 - Tersangat Panas




I dont know what degree it is now, well of course you all can check at my side bar ni. BUT SERIOUSLY, tersangatlah panas sekarang okay? Tidur malam berpeluh, memang macam kena panggang. SERIUS NAK TIDUR DALAM FRIDGE MALAM NI!!!!!!!!!!!!

Dramatik sangat ar pulak sampai tidur dalam fridge en? Tade maknanya. And gambar kartun kat tapak tangan tu pun cam over semacam. HAHA. biarlah. Haih~ Nasib baik tak lama agi balik malaysia. Doakan result kitorang semua lulus okay?

p/s : hmmmmm..tolonglah cepat. ape-ape pun.
p/s/s : 10.34pm. still waiting.

Thursday, June 17, 2010

Day 4 - Susu Sejuk






Dengan masalah duit MARA lambat masuk, pastu dengan dah nak balik Malaysia barang-barang buah tangan cam kurma badam ke, pen mesir ke, tak beli-beli lagi, duit dalam poket sekarang memang di kadar yang membimbangkan, tapi masih boleh bertahan. Nasib baik tiket balik Malaysia dah beli. HEHE.Kalo tak, maunya menangis sorang-sorang bawah katil.

Percaye atau tak, hari ini minum 2 gelas susu sejuk je, dengan biskut and kek pisang wani sikit. Serius ar. takkan tu je? Seriuslah. hoho. Bukan ape, nak pegi beli ikan ke ayam ke,alang-alang kot dah nak balik, so makan je la ape yang ade kan?

*muke bahagia macam iklan susu dah.erk*

So hari ini buat ape? Hari ni kemas bilik!! Sedap sikit mata memandang tengok bilik kemas. Vakum pun dah. Baju dah lipat, rak dah kemas, katil dah licin, HAHA tayah lah nak terang satu satu kan. Yang penting dah kemas. Ngaha~

Sambil kemas, pasang lagu kat laptop, pastu nyanyi togeda-geda. Habis lipat baju, baring. Tengok-tengok, dah sejam tidur. Terjaga pun sebab elektrik dah TADAA, MISSING IN ACTION! panas gila-gila-gila kalah sauna. Terus keluar dengan muka sememeh amek cawan, bukak fridge, tuang air susu sejuk, ahh--lega. 30 minit lepas tu, alhamdulillah ade balik. Terus sambung kemas. Walaupun ade kipas, memang takkan cukup. Panasnye bumi Mesir ni, hanya orang kat Mesir je tau. Masa susun buku, memang galak berpeluh la. Tu pun, sempat lagi menari lagu "What Are You Waiting For" by Colby O' Donnis ft Mizz Nina. Depan cermin. HAHA

Ni baru je abiskan lagi satu cawan susu sejuk. Serius, memang lega, and kenyang. Tak caya? Cubalah. Itulah nikmat susu sejuk untuk hari ke-4 in the project of 101 Days of Summer! :)


p/s : i take lesson from the past so this time i wont be broken when it happen again.
p/s/s : nak amik lagi secawan lah!
p/s/s/s : esok mak, bapak, eca, eisham gi KL. Konvo Mak. WAH! ;)


Wednesday, June 16, 2010

Day 3 - FULL!




Ehem. dimulakan dengan cerita beradunya hamba pada pukul 3pagi kerana cerita Glee. OH TIDAK! ;( Glee dah habis. Dah tak tau nak tengok cerita apa sekarang ni. Nak tengok cerita korea Full House and My Girl tu lagi, tapi tade la pulak. Last-last selongkar punya selongkar, jumpa cerita Boys Over Flower. HAHA. Ohkay. Stop there. I know, cerita ni punyalah lama gila dah. Tadeklah gila, tapi maksud saya sangat dah lama.Ok Auni. Berhenti putar belitkan ayat. Mereka fenin. hehe. Ape lagi, sambung tengok episod 11. Sambung? Ape maknanya? HAHAHA sebenarnya dah tengok cerita ni sampai episod 10 dulu. But then, hehehe, penat nak tengok, stop. So sekarang masa untuk...........MARATHON! Fuh-berpeluhhh ok? Oh, bukan kerana marathon. Tetapi kerana cuaca yang agak panas di sini ya tuan-tuan dan puan-puan. terima kasih.

*rehat sebentar untuk mengipas guna tapak tangan*

Then, pagi tadi, habiskan masa kuak lentang, kuak kupu-kupu, dan segala bagai kuak yang wujud mahupun tidak wujud di atas katil. Tengah hari, terus ikut Wani and Zati gi Awaddala, dorang nak beli bahan-bahan buat kek pisang. Since dah lama tak merasa angin kat luar, walaupun malas nak bersiap-siap, digagahkan juga. (asal bunyi patriotik sangat pule ni?)

After beli-beli, sampai rumah terbaring kejap, terus gedebush masuk dapur, tung tang tung tang potong kentang, then dah habis potong kentang, bapak skype pule. Borak-borak dengan ayahanda tercinta, dengan adinda-adinda tercinta, then, sambung balik masuk dapur.

Oh lupe nak beritahu, saya, Azie Nur'Auni Shbini, buat karipap hari ini!

Ha, sebab tu lah ade part potong kentang kat atas tu. Setelah berhempas pulas uli tepung, akhirnya, 2 jam kemudian, TADAAAAA!! Karipap siap untuk dimakan! Total karipap 25 bijik errr tak termasuk yang dimakan semasa proses tersebut.

*maaf, tiada gambar untuk karipap. kerana dah habis masuk perut.*

So, petang tadi, we had KARIPAP and KEK PISANG as our dinner. Oh wait, to be specific, tu je yang kitorang tiga makan hari ini.hahaha.

So, now, i'm lying on my bed, typing this belog, and pasni nak sambung tengok cerita boys over flower. Seharian full. Lari sana, lari sini, kalau tak turun gak berat badan ni, tatau la.. *Auni, ko lari mane je. Dari bilik ke dapur, then lari dapur ke bilik je pun.bahaha*

So, that's it laporan hari ke 3 for the project of 101 Days of Summer. Full kan hari ni? hehe. Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahamtullahhi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia.


p/s : tade gambar hari ini.hanya tulisan. haha
p/s/s : you add the shine... :)
p/s/s/s : banyak nyamuk kacau masa taip blog ni. urgh.


Tuesday, June 15, 2010

Day 2 - Sampai Sakit Tekak





Bangun hari ni pukul 8am sebenarnya tapi tidur balik, pastu bangun pukul 11.05am secara tidak berapa nak tepatnya apabila mendengar bunyi "ketung-ketung-ketang-tung-tang-tong". Itu adalah bunyi penjual tong gas. Ape lagi? Walaupun mata malas nak bukak, badan pulak macam makin berat kat bahagian belakang, terus lompat dari katil, amek towel tutup kepala, jenguk luar tingkap dari tingkat 6 ni, terus " PAKCIK, SAYA NAK TONG GAS SATU!". Tak. Saya tak jerit. Saya lambai je. Terus die senyum. Ah, bagus. tu la pakcik yang baik tu. (see, betapa saye suka tengok orang senyum =) hehe )

Kerana memakai pakaian yang tidak appropriate untuk menyambut kedatangan pakcik tu, Wani la yang menerima kedatangannya dengan senyuman. Yeah! Dah boleh masak!

Ape kaitan dengan sakit tekak?

Haha. atas ni intro je. ngehehe. Semalam berjaya abiskan 5 more episodes of Glee after cuci baju tengah malam sebab stok baju dah habis. Pagi ni, berjaya abiskan 5 more episodes, dan ini menjadikan jumlah yang perlu ditengok adalah 7 more episodes! haha.

Ok. Stop. Ni pun intro gak. still tadek kaitan ngan sakit tekak.

So here it is. After masak nasi goreng dan keropok bulat-bulat tu yang sangat crunchy dan menyebabkan rindu terhadap malaysia semakin membuak, terus bukak youtube. Sebab cam pening asyik baring atas katil menghadap laptop, maka saya berkaraoke. Fuh- tatau la berapa banyak lagu. Tapi memang, err, sampai haus gila, bibir kering, dan sakit tekak. haha. I just realized how easy I can laugh after exam, and dancing around, singing with my whiteboard marker. hehe

So, here's one of songs that I karaoke-d. haha ape past tense untuk karaoke? Tak ape la. Saya tambahkan aje 'd' tu. Paling penting semasa anda didera oleh video ini ialah, jangan gelak lebih dari tuan ohkay? HAHAHA


video

need you now, by lady antebellum
diranapkan oleh auni.
aah. sore tak kuat sebab nanyi jauh dari laptop. haha!
sekian laporan hari kedua dalam projek 101 Days of Summer
p/s : you are my sunshine
p/s/s : Ya Allah, permudahkan setiap urusan kami, berilah bantuan Mu dalam setiap urusan kami, dan kurniakanlah kami kejayaan dalam setiap urusan kami. Amin.


Monday, June 14, 2010

Day 1 - Huru Hara Day

Under project '101 Days of Summer' yang diilhamkan oleh adek Illmie Rozlan, so, jom kite start kan 101days with today, as the name implies kat atas ni, a huru hara day.grrr

Kenapa?

1. Bangun pukul 11.30 sebab tengok Glee sampai kul 5am. Pukul 5 tu masih gagah lagi nak sing along. Paksa gak mata tidur. Kang tak pasal-pasal, ade panda plak kat Mesir ni ha. ahaha ;)

2. Habis gas pulak kat dapur! Sian Wani, die nak bukak puasa. Dah call pakcik jual gas. Die kate esok die hantar sebab hari ni, gas die dah habis.Hmm..

3. Sekarang musim durian kat Malaysia. YM dengan ayah angkat tadi, die baru balik dari beli buah durian. HOMG. drooling gila dah ni. waaa!

4. Aina.... :(

5. Nak tukar tiket from 8 October to 3 October sebab cam, lambat sangat and cam tade orang balik same flight. Yup, my flight from KL-CAIRO is Qatar Air, 8 Oct. Anyone? Bapak tak bagi balik sorang-sorang. Ye la. Dahla transit kat Doha. hmm. Tapi macam tak nak layan je orang yang uruskan tiket tu. Alaaa~hesh.

6. NAK BUAT KARIPAP! tapi dah tade gas. (sile rujuk point number 2)

7. Panas hari ini. Alamak , baju tak basuh agi!!!! adoi2, malam karang la.


p/s : a small world isn't it? :)
p/s/s : dah terbayang adik-adik kat rumah sedang tunggu along die balik.heheeee


Saturday, June 12, 2010

Exam Dah Habis. Apa Patut Saya Buat?

"Ok, time's up." FUH! Itu adalah ayat yang paling saya gemari. Oh tidak. Bukan kerana saya dapat jawab dengan betul dan sah-sah kau punya jawapan dapat 100% betul wahai Auni, tetapi kerana exam dah habis! Hoyeah! *buat tarian pusing-pusing tangan kat depan, pinggag gelek* Oh, semester 4 akhirnya berakhir. Seriusly saya ingin luahkan, ini adalah sem yang paling mencabar keimanan dan ketahanan emosi jua fizikal jua mental antara keempat-empat semester ini.

Bahagianya saya tengok semua orang senyum keluar dari tempat exam tadi. Keluar-keluar tu, soalan-soalan yang biasa ditanya seperti, "eh, pharmacology nak buat drug dilution tu camne ek?" ataupun, "internal carotid artery bagi branch kat mana?", diganti dengan, " eh, ko balik bila? flight bape ari bulan?" dan " bile ko nak gi beli sourvenir bagai? aku ingat nak beli kurma 10 kotak ar" WAH. Hoyeah!

So sekarang ni, dah tadek exam. dah tadek ape yang perlu dibaca. dah tade nota perlu dihafal. Hm, nak buat apa ek?

1.Tengok Movie Sambil Peluk Toddy Biar Mata Lebam Berjaga Sampai Subuh
Ada harddisc yang penuh dengan berbagai macam movie yang tak pernah ku nodai. Amboi ayat. HAHA. Tapi tatau la nak tengok ape. sebab semua cita lama and macam.....boring je tajuk die. Takkan nak tengok lagi cita Slumdog Millionaire yang dah 64kali ulang *ok.saya tipu*. Takkan nak tengok lagi cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham yang da 75 kali saya menangis? *saya tipu lagi*. Takkan nak tengok lagi cite upin dan ipin yang berapa kali dah ulang? *ni saya tak tipu.uhuk2.malu :") * Sape ade cite best? Mari kite exchange ngan upin ipin ;)P

2. Buat Karipap Pusing Yang Garing Kulitnya Tanpa Kedutan
Dulu berjaya buat karipap kosong. Ni nak try karipap pusing. Jap, check list. Amik kehadiran. Ehem. TEPUNG! *ada* GARAM! *ada* MINYAK!*ada* KARI! *ada* KENTANG!*erk..?* Alaaaaa..kentang tadek. Nak beli duit tengah tade ni. MARA tak masukkan agi lam bank.wuhuu. Ala ala alaaaaaaaaaaa :( Alamatnya, kena tunggu duit masuk la...hmm

3. Menyanyi Jangan Hiraukan Pakcik Bawah Yang Turut Menari Bak Dalam Cerita Muzikal
Dah prepare dah macam-macam lagu nak nyanyi. Tapi....ala, kejap jek best nyanyi tu. Dah sejam lebih, start la haus la, lapar la, ngantuk la, sakit belakang la, sakit kaki la, sakit mata la *apa kaitan?*. boring gak pastu.gagaga~

4. Main Yahoo!Games Sally's Spa Yang Menyebabkan Anda Ingin Membuka Spa Juga
Sape yang tatau games ni, sila gunakan khidmat encik google yang sentiasa membantu. Maaflah abang-abang kat luar. Saya tak main DOTA.uhuhu.Tapi, masalahnye kan....games ni dah selalu sangatttttttttt dah habiskan. Siap every level dapat title EXPERT ohkay? Boring dah. NEXT! *muke berlagak*

5. Jalan-Jalan Buang Bosan
Tadek duit. Sekian. NEXT!

6. Kemas Bilik Sampai Licin
Everyday bilik kemas. Nak kemas ape lagi? HAHA. Hmm, mungkin buku-buku sem ni yang perlu dipack masuk kotak. Ok. Dipertimbangkan.

7. Makan Kat Kedai Fastfood Yang Baru Bukak Depan Stadium Universiti Tu
Tadek duit. Sekian. NEXT!

8. Jadi Ibarat Seorang Suri Rumah Berjaya
Vakum, mop, sental dapur, cuci toilet, cuci baju, lipat baju, sidai baju, alamak, cam terbalik, sidai baju pastu lipat baju..ha ni betul.hehe. hm okeh. err dipertimbangkan.... *masih berfikir lagi-lagi bab cuci toilet*

9. Tidur
that's the easiest thing, but boring.....zzzzZzzzz

10. __________



but apa-apa pun, cuti itu best! *apa kaitan buaian atas ni? tapelah. layankan aje*. Lalalala~

p/s : i like it when i feel i am someone in someone's world :) Thanks icecreamm! ^_^
p/s/s : doakan kitorang semua lulus, so that semua boleh naik Sem 5!! amin~

Friday, June 11, 2010

Esok Last Paper










esok last paper :)
doakan ye.
supaya kami semua pass final exam semester 4 ni
^__^
amin~~

p/s :

p/s/s : cam comel plak letak emoticon-emoticon ni. nampaknye pasni makin banyak lah korang nampak benda alah ni kat belog. gagagagaga~ ;)P
p/s/s : tiap kesusahan ada kesenangan, tiap kesulitan ada kemudahan.


Thursday, June 10, 2010

you cant change what inside your heart








you can smile
you can laugh
you can do everything you want
but the reality is still
you can't even change what really inside your heart


short essay dah habis
tawakal~
c'mon, focus to next paper a.k.a our LAST PAPER!
hoyeah. sangat tak sabar ok nak habiskan exam.
but after that mesti boring gila nak mam***.
just cheerish the moment :)
ok.
keep praying for us!

p/s : is this what i should feel? hmm.
p/s/s : world cup start esok. selamat menengok.ngaha
p/s/s/s : ...


Wednesday, June 9, 2010

when you feel like giving up...


this photo was taken during my vacation with my family in
Sematan Beach Resort last year.
mari saya perkenalkan kaki-kaki bertuah ini secara anticlockwise
baju oltromen itu adalah Syahir
pastu Ainaa, my sister yang now belajar kat Sabah
next, err..Eisham kalo tak salah
then Eca (kak ca, asal pegang perut? buncit ekk? ngee~ ;P)
and last but not least, at the middle, si pengambik gambar ni leee
yeah.it's me.haha
owh..how i miss the sunset and the bbq we had there. hee~
oh, tomorrow our next paper, Essay.
kul 10.00am, GMT+2
do pray for us, ohkay? thank youu sangat. wish us luck! :)
till here for now, meet ya later.

p/s : tenet etisalat buat hal pule tadi
p/s/s : sign tak dapat nak upload, de problem.ngaha
p/s/s/s : tenang bila kau rasa yang sama. insyaAllah kita usaha :)


Tuesday, June 8, 2010

C'mon Guys! =)





MCQ paper dah jawab. So, dah lepas.
Yup.that's 'sweet' 200 questions in 150 minutes.
Macam mana paper? haaa..tawakal~~
so, c'mon guys!
let's focus for next one.
Lusa, 10th June 2010, 10.00am, GMT+2
pray for our success, insyaAllah :)

p/s : dalam setiap manusia, ada kebaikan masing-masing. terpulang pada kita, ataupun orang disekelilingnya untuk mengilap 'permata' itu. and i know, you are. InsyaAllah we will. :)
p/s/s : ok, MARA ade problem plak nak masukkan biasiswa bulan 6. Hopefully my account aint one of the problem one. nauzubillah.


Monday, June 7, 2010

just do our best, HE will take care of the rest :)





p/s : please do pray for us for this exam, starting tomorrow till 13th June! thanks! :)
p/s/s : gambate!
p/s/s/s : muah! hee~


Sunday, June 6, 2010

You're My Reasons to Keep Me Holding On =)







just skyp-ing with my family
taktau kenapa hari ini internet elok plak
macam tau-tau je lusa nak exam.hahaha!
bile dapat tengok muke ezhan, WOHAA! ensemmnyee adik along ni!
arisya plak, comel gile pakai baju gown :)
ye la, lame tak de adik pompuan kecik. yang kecik ramai hero pule.ngahaha
betapa dorang membesar, sampai hampir tak recognize, "bile mase aku ade adek2 cute camtu?"
HAHA bertuah punye akak. gedebush!
oh, benda kaler biru tu sebenarnya untuk menghadang cahaya matahari yang berlebihan (excessive esposure le..hehe)
kalau tak, memang tak nampak ape. nampak rambut, mata, lubang hidung, lidah dan..ya itu sahaja.bahaha



:)

oh, one more thing
please sign this petition for
Gaza: investigate the raid, end the blockade

click the link below here:
https://secure.avaaz.org/en/gaza_flotilla_5/?rc=fb
thank you

p/s : always by your side, and be always by my side :)
p/s/s : dah tadek beras dah. nak makan ape petang ni?
p/s/s/s : doakan exam kami semua okai? :)


Saturday, June 5, 2010

Gaza, Don't Cry




today, 5th June 2010
MV Rachel Corrie cant make her way to Gaza
Gaza, don't cry. Keep your heart strong
The world will be a better place for you
maybe not today, but sooner
Yes, it will
cause we, from all over the world always with you
:)



thanks timi for sharing this through Facebook

p/s : b. heee~ ;)
p/s/s :Egypt kata nak bukak blockade, nape ek sampai sekarang tade berita langsung pun?
p/s/s/s : seyes, tak ingat. esok birthday adik yang mana satu ek? adoi.



Friday, June 4, 2010

4 Jun 2010





hari ini adalah hari yang istimewa untuk saya yang saya nak kongsi dengan 2 orang yang mendapat title VVVVVVVVVV(infinity 'v')IP dalam hati saya. ngeheee. jengjengjeng! :)

1
HAPPY 44th BIRTHDAY to EMAK SAYE TERSHAYANG...howaaa! :)


tadi call rumah. kol 5pm malaysia camtulah. so, dengan menggunakan lowrate voip yang berbaki €0.43 sahaja, +6082-750*** terus didail.

KRING! KRING!
mak : hello?
anak bertuah : helloo aa, ini puan raobah ada ka? boleh kasi sama dia aa? (dialek cina sesat)
mak : ya,ya..ini puan raobah.
anak bertuah: oh, ini puan raobah maa~ ehem. *batuk2*happy birthday to youuu,happy birthdayy too youuu happy beday 2x happy beday to youuuuu!!
mak : hahaHAhahaa! along ek? HAHAHahahahHAHA

tet!

saya punya mak sudah kena tipu loh.haiya, itu sola anak keshayangan pun taboley kenal ka? saya memang pelakon handalan maa.hahaha!

2
6th :)


kamu, AAMR


^_^


p/s : jeles dorang sambut beday mak. hey, along nak gak laa! ;(
p/s/s : ..more to come, insyaAllah :)
p/s/s/s : MV Rachel Corrie is 150 miles away from the Gaza coast. Keep praying for them!


Thursday, June 3, 2010

8 Irresistible Principles of Fun








These are 8 Irresistible Principles of Fun

1. GET FOCUSED! stop hiding who you really are
2. GET FOCUSED! start being intensely selfish
3. BE CREATIVE! stop following the rules
4. BE CREATIVE! start scaring yourself
5. USE YOUR WISDOM! stop taking it all so damn seriously
6. USE YOUR WISDOM! start getting rid of the crap
7. TAKE ACTION! stop being busy
8. TAKE ACTION! start something

what? where? when? who? how?
click here : http://www.eightprinciples.com/
:)

*thanks kucai for sharing this through twitter*


p/s : can't wait. tomorrow :)
p/s/s : nak amek mood balik...phew~
p/s/s/s : jgn lupe, doakan exam kami 8-13 june ni! ;)
p/s/s/s/s : doakan untuk mereka di Gaza, dan yang menuju ke Gaza.


Wednesday, June 2, 2010

i've got myself back.thanks.





yesterday and today, I felt
broken.
dark.
weak.
stop.
nothing.
fullstop.
and then you came.
all disappear, hushed away
and i've got myself back
Thanks
for being here
:)


p/s : i smiled :)
p/s/s : geram skype ngan bapak asek dropped! Hishhhh ;(
p/s/s/s : panas + bengang(s) = *tet*


Tuesday, June 1, 2010

3 Simple Stories That You Should Read, Think, and Ponder.








The Turtles

A turtle family decided to go on a picnic. The turtles, being naturally slow about things, took 7 months to prepare for their outing. Finally the turtle family left home looking for a suitable place. During the second month of their journey they found a place ideal for them at last!

For about six weeks they cleaned the area, unpacked the picnic basket, and completed the arrangements. Then they discovered they had forgotten the salt. A picnic without salt would be a disaster, they all agreed. After a lengthy discussion, the youngest turtle was chosen to retrieve the salt from home. Although he was the fastest of the slow moving turtles, the little turtle whined, cried, and wobbled in his shell. He agreed to go on one condition: that no one would eat until he returned. The family consented and the little turtle left.

Three months passed and the little turtle had not returned. Five months...six months... then on the seventh month of his absence, the oldest turtle could no longer contain his hunger. He announced that he was going to eat. At that point the little turtle suddenly popped out from behind a tree shouting, 'See! I knew you wouldn't wait. Now I am not going to go get the salt.'

[Some of us waste our time waiting for people to live up to our expectations. We are so concerned about what others are doing that we
do not do anything ourselves.]

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *

The Frogs



A farmer came into town and asked the owner of a restaurant if he could use a million frog legs. The restaurant owner was shocked and asked the man where he could get so many frog legs! The farmer replied, 'There is a pond near my house that is full of frogs - millions of them. They all croak all night long and they are about to make me crazy!' So the restaurant owner and the farmer made an agreement that the farmer would deliver frogs to the restaurant, five hundred at a time for the next several weeks.

The first week, the farmer returned to the restaurant looking rather sheepish, with two scrawny little frogs. The restaurant owner said, 'Well... where are all the frogs?' The farmer said, 'I was mistaken. There were only these two frogs in the pond. But they sure were making a lot of noise!'

[ Next time you hear somebody criticizing or making fun of you, remember, it's probably just a couple of noisy frogs. Also remember that problems always seem bigger in the dark. Have you ever laid in your bed at night worrying about things which seem almost overwhelming like a million frogs croaking? Chances are pretty good that when the morning comes, and you take a closer look, you'll wonder what all the fuss was about.]

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *

The Two Monks



Once upon a time an old monk and a young monk were traveling together. They came to the bank of a river and found the bridge damaged. They had to wade across the river. There was a pretty lady who was stuck at the damaged bridge and couldn't cross the river.

The old monk offered to carry her across the river on his back. The lady accepted. The young monk was shocked by the move of the old monk. 'How can big brother carry a lady when we are supposed to avoid all intimacy with females?' thought the young monk. But he kept quiet.. The old monk carried the lady across the river and the young monk followed unhappily. When they crossed the river, the old monk let the lady down and they parted ways with her. All along the way for several miles, the young monk was very unhappy with the act of the old monk.

He was making up all kinds of accusations about old monk in his head. This got him madder and madder. But he still kept quiet. And the old monk had no inclination to explain his situation.

Finally, at a rest point many hours later, the young monk could not stand it any further, he burst out angrily at the old monk. 'How can you claim to be a devout monk when you seize the first opportunity to touch a female, especially a very pretty one? All your teachings to me make you a big hypocrite.

The old monk looked surprised and said, 'I had put down the pretty lady at the river bank many hours ago, why are you still carrying her along?'

[This very old Chinese Zen story reflects the thinking of many people today. We encounter many unpleasant things in our life, they irritate us and they make us angry. Sometimes, they cause us a lot of hurt, sometimes they cause us to be bitter or jealous. But like the young monk, we are not willing to let them go. We keep carrying the baggage with us. We let them hurt us, make us angry, make us bitter and cause us agony. Why not let go?]


p/s : 9.17pm.still nothing.hmm
p/s/s : MV Rachel Corrie is on their way to Gaza. Please keep praying!
p/s/s/s : panas! and tadi having our group makan-makan. nyum2! :) Dr Vivian sangat comel ohkay.hahaha