Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

Joint Declaration on Syria

Salam Februari semua :) Rasanya ni post pertama in February. Sebenarnya nak cerita gak tentang trip to Luxor Aswan Abu SImbel winter break hari tu. Tapi belum ada mood nak tulis panjang-panjang. So sementara tu, gi lah tengok album kat Luxor Aswan kat facebook saye eh. hehe. Caption dia pun macam nak tulis karangan ha.

Ok. Walaupun korang kat ceruk dunia mana, korang mesti ada dengar tentang konflik yang sedang berlaku di Negara Syria. Walaupun ada yang kurang faham or maybe tatau kenapa, at least akan tau lah kat Syria sekarang memang sedang ada konflik.

Atas sebab itu, 107 orang ulama' dari serata dunia Arab telah mebuat satu pengisytiharan ke atas Syria.

PERISYTIHARAN BERSAMA KE ATAS KONFLIK SYIRIA OLEH 107 ULAMA’ DARI SELURUH DUNIA ARAB:

PERTAMA:
Pihak Tentera Syiria adalah diharamkan daripada membunuh rakyat. Mereka juga WAJIB untuk tidak mentaati sebarang arahan untuk mengakibatkan kematian rakyat. Bagi pihak keselamatan Syria yang pernah membunuh rakyat perlu ingat bahawa setiap pembunuhan akan dipertanggungjawakan. Pintu taubat sentiasa terbuka. Mereka harus ingat sebuah cerita (hadith sahih) tentang seorang pembunuh yang bertaubat kepada Allah swt selepas membunuh 99 orang dan menginsafi serta berazam tidak lagi melakukan pembunuhan. Adalah lebih baik dibunuh kerana tidak mematuhi arahan untuk membunuh! Seseorang yang mati kerana syahid adalah lebih baik daripada seseroang yang membunuh dan natihajnya ialah NERAKA!

Kami memfatwakan bahawa adalah HARAM berkhidmat dalam bentuk apa jua kedudukan terhadap Pihak Tentera Syiria buat sementara waktu. Adalah suatu tangungjawap untuk memisahkan diri daripada Pihak Tentera bahkan kalian mesti menentang tindakan mereka!


KEDUA:
Kami menyeru semua untuk memberi sokongan terhadap Tentera Kebebasan Syria dalam mempertahankan rakyat Syiria, pusat-pusat, institusi dalam masa rakyat Syiria ditindas oleh Regim. Kami menyeru semua MUSLIM SELURUH DUNIA untuk turut membantu Tentera Kebebasan Syiria dalam apa bentuk sekalipun samada semangat atau material demi memastikan kekejaman ini berakhir. Tentera Kebebasan pula hendaklah mengelakkan daripada berlebih-lebih dalam tindakan sehingga menyebabkan niat yang mulia ini terhapus dan menahan diri daripada berdendam atau bermusuh. Sebarang tindakan salah hanya akan membahayakan masa depan perpaduan Syiria.


KETIGA,
Kalian hendaklah memberi dokongan terhadap kesulitan rakyat Syria samada dalam bentuk material mahupun moral atau apa jua yang difikirkan dengan cara itu mereka akan terus berjuang dan mencapai kemenangan bagi kebebasan dan hak rakyat Syiria.

KEEMPAT,
Kami menyeru SEMUA BANGSA ARAB dan NEGARA ISLAM untuk menetapkan pendirian diplomatic untuk MENENTANG Regim Syria melalui pengusiran Duta Syria dan MEMUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK. Kami juga mengharapkan supaya tindakan diplomatik menentang Negara-negara yang menyokong Regim Syiria terutamanya Russia dan China.

Kami juga menyeru setiap Muslim dan intitusi awam agar memberi isyarat bantahan terhadap dua Negara ini (Russia dan China) melalui bantahan dihadapan kedutaan mereka di seluruh dunia dan memboikot produk mereka. Kalian hendaklah menuntut Regim Syria agar berhenti daripada membunuh dan menindas rakyat Syiria hanya kerana untuk melindungi kepentingan mereka. Negara itu haruslah ingat bahawa kedamaian adalah milik rakyat samada lambat atau cepat!

KELIMA,
Kami menyeru agar setiap pertubuhan dan gerakan Syiria hendaklah bergabung, bersatu dan mengetepikan perbezaan diantara mereka – sekarang dan akan datang. Mereka hendaklah sepenuh hati ikhlas demi membina Negara mereka demi keadilan, hak rakyat, kebebasan dan dirikanlah sebuah Negara yang menjamin perpaduan dan kebajikan rakyat. Adalah TANGGUNGJAWAP untuk melindungi agama Rasmi Syria (SUNNAH) dan juga puak minoriti (SYIAH dan lain-lain). Puak minoriti ini juga adalah sebahagian daripada rakyat Syria lebih ribuan tahun. Mereka mempunyai hak untuk mendapat hak penuh kerakyatan.

KEENAM,
Kami menyeru kesungguhan keikhlasan para MUSLIM seluruh dunia untuk berusaha melakukan sesuatu untuk memberi sokongan terhadap rakyat Syiria dan menyediakan bantuan kepada pelarian dari segi makanan, pakaian, perubatan dan sokongan moral.

KETUJUH,
Kami (Kesatuan Ulama’ Dunia) memberi sokongan terhadap sebarang usaha yang dilakukan demi melindungi rakyat Syiria dan selamatkan mereka daripada peperangan yang berpanjangan yang hanya akan merugikan Negara. Kami berpandangan bahawa ini adalah sebahagian daripada TUNTUTAN UTAMA di dalam ajaran Islam. Usaha-usaha ini perlu membawa kepada pilihanraya yang bebas yang akan mengutamakan kehendak rakyat, mewakili seluruh masyarakat Syria, melindungi hak-hak mereka, dan memastikan pengagihan kuasa politik yang wajar, serta membayar pampasan kepada mangsa-mangsa konflik dan keluarga yang telah kehilangan nyawa.


DIPERSETUJUI DAN DITANDATANGANI OLEH:

Sheikh Yusuf al-Qaradawi (Qatar)
Mufti of Egypt, Dr. Ali al-Gomaa
Sheikh Abdullah Bin Bayyih (Mauritania)
Sheikh Rashid al-Ghanoushi (Tunisia)
Sheikh Sadiq al-Gharyani (Libya)
Sheikh Abdulmajid al-Zindani (Yemen)
Sheikh Mahmud al-Meerah (Syria)
Dr. Isam al-Bashir (Sudan)
Sheikh Khalid al-Madhkur (Kuwait)
Sheikh Nasr Farid Wasil (Egypt)
Dr. Abdulwahhab al-Daylami (Yemen)
Sheikh Ali Qurrah Daghi (Qatar)
Dr. Nasir b. Sulayman al-Umar (Saudi Arabia)
Dr. Muhammad Faruq al-Batal (Syria)
Sheikh Muhammad Izzuddin Tawfiq (Morocco)
Sheikh Ahmad al-Raisouni (Morocco)
Dr. Sa`ud al-Funaysan (Saudi Arabia)
Dr. Ajil al-Nashmi (Kuwait)
Dr. Muhammad Ahmad al-Salih (Saudi Arabia)
Dr. Muhammad Uthman Salih (Sudan)
Dr. Hibr Yusuf (Sudan)
Dr. Ghaith Mahmoud al-Fakhiri (Libya)
Dr. Abdullatif al-Mahmud (Bahrain)
Dr. Muhammad al-Hiwari (Germany)
Dr. Safwat Higazi (Egypt)
Dr. Abdurrahman Abdulmajid al-Barr (Egypt)
Sheikh Muhammad Mukhtar al-Mahdi (Egypt)
Sheikh Muhammad Hisan (Egypt)
Sheikh Abu Ishaq al-Huwaini (Egypt)
Sheikh Majd Ahmad Makki (Syria)
Dr. Shakir Deeb Fayyad (Jordan)
Dr. Sharaf al-Qudat (Jordan)
Dr. Ali al-Suwa (Jordan)
Dr. Muhammad Ali al-Jouzou (Lebanon)
Sheikh Ahmad al-Umari (Lebanon)
Sheikh Hasan Qatirji (Lebanon)
Sheikh Hamza Abou Faris (Libya)
Dr. Tariq al-Suwaidan (Kuwait)
Dr. Khalid al-Ujaimi (Saudi Arabia)

Dr. Awad al-Qarni (Saudi Arabia)
Dr. Ali Badahdah (Saudi Arabia)
Dr. Abdullah Wukayyil al-Sheikh (Saudi Arabia)
Dr. Abdulmajid al-Najjar (Tunisia)
Dr. Salman b. Fahad al-Oadah (Saudi Arabia)
Dr. Sa`id b. Nasir al-Ghamidi (Saudi Arabia)
Dr. Muhammad b. Musa al-Sharif (Saudi Arabia)
Dr. Muhsin al-Awaji (Saudi Arabia)
Dr. Yusuf al-Shabili (Saudi Arabia)
Dr Yahya Ibrahim al-Yahya (Saudi Arabia)
Dr. Abulaziz b. Fowzan al-Fowzan (Saudi Arabia)
Dr. Salih al-Darwish (Saudi Arabia)
Dr. Muhammad Ali al-Mansuri (UAE)
Dr. Abdulmajid al-Kumaiti al-Shamisi (UAE)
Dr. Muhammad Abdurrazzaq al-Siddiq (UAE)
Dr. Ahmad Salih al-Hammadi (UAE)
Dr. Jasim YaSin al-Muhalhal (Kuwait)
Dr. Nabil al-Iwadi (Kuwait)
Dr. Shafi al-Ajami (Kuwait)
Dr. Nayif al-Ajami (Kuwait)
Dr. Yusuf al-Sanad (Kuwait)
Dr. Badar al-Rukhayyis (Kuwait)
Dr. Salim al-Shamri (Kuwait)
Dr. Tariq al-Tawari (Kuwait)
Dr. Abdulhayy Yusuf (Sudan)
Dr. Ali al-Sallabi (Libya)
Dr. Salim al-Sheikhi (Libya)
Dr. Salim Jabir (Libya)
Dr. Salim al-Sallabi (Libya)
Dr. Muhammad Abou Sidra (Libya)
Dr. Nasir al-Umrani (Libya)
Dr. Muhammad al-Hamdaoui (Morocco)
Dr Abdullah al-Bukhari (Morocco)
Dr. Abdulmunim al-Tamsamani (Morocco)
Dr. Muhammad Boulauz (Morocco)
Dr. Mawali Umar ben Hammad (Morocco)
Sheikh Abdullah Ould Aul Salim (Mauritania)
Sheikh Muhamad Fadil Wald Muhamad Elamin (Mauritania)
Sheikh Mumamad Mukhtar Wald Ambala (Mauritania)
Sheikh Muhammad Hasan Al-Dadou (Mauritania)
Sheikh Muhammad al-Ahmari (Qatar)
Dr. Salih Yahya Sawab (Yemen)
Dr. Salih Abdullah al-Dibyani (Yemen)
Dr. Adil al-Muawidah (Bahrain)
Dr. Adnan al-Qattan (Bahrain)
Dr. Mamun Mubayyid (Germany)
Dr, Hisan al-Safadi (Germany)
Dr. Moatazz Faisal (Germany)
Dr. Ahmad Muhammad Zayed (Egypt)
Dr Samir al-Arqi (Egypt)
Dr. Ali al-Dinari (Egypt)
Dr. Abdullah Husein Barakat (Egypt)
Sheikh Abdulkhaliq Hasan al-Sharif (Egypt)
Dr. Jamal Abdussattar Muhammad (Egypt)
Sheikh Ahmad Halil (Egypt)
Dr. Jabir Tayia Yusuf (Egypt)
Dr. Salahuddin Sultan (Egypt)
Dr. Nashat Ahmad Muhammad (Egypt)
Dr. Ayman Salah Ahmad Muhammad (Egypt)
Dr. Muhammad Yanbu (Egypt)
Al-Sayyed Jamil Muhammad (Egypt)
Dr. Ibrahim Mustafa Abu al-Saud (Egypt)
Dr. Faraj Abdulhalim Qandil (Egypt)
Dr. Al-Husseini Musalli al-Sayyed (Egypt)
Al-Sayyed Mahmud Abdurrahman (Egypt)
Dr. Yasir Fatah Antar (Egypt)
Dr. Ghazi al-Tawbah (Kuwait)
Sheikh Sulayman Ibrahim al-Rashudi esq. (Saudi Arabia)


dipetik dari: http://en.islamtoday.net/artshow-417-4376.htm

Mari kita sama-sama doakan untuk saudara kita di Syria, agar konflik ini segera berakhir. And satu lagi peringatan, Valentine's haram disambut ok? :)




Thursday, July 7, 2011

Tutur kata cermin budi pekerti




"Yang kurik tu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa"

"Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa"

Lihat. Betapa adat Melayu kita begitu menekankan tutur kata, kerana sesungguhnya tutur kata itu mencerminkan budi pekerti kita. Kalau cakap "hoi hoi lu apesal?" " gua nak blah dulu bro" "lu langsi lu mati" sesama kawan tapelah. Tu lainlah, tu ayat mesra mesra gitu. hehe. Normal lah kan. Tapi, kalau cakap dengan orang lain yang bukan kawan @ yang lagi tua @ orang asing macam tu, mau kena hempuk?!

Jum share artikel ni :)

Waspada sebelum bicara elak pemusuhan sesama umat

ALLAH menjadikan manusia amat istimewa dan berbeza berbanding makhluk-Nya yang lain. Keistimewaan manusia yang paling utama ialah Allah menganugerahkan mereka akal supaya manusia berfikir dan dihadiahkan buat sementara lidah untuk berbicara.
Ia bersebab dan dalam tuntutan bermuamalah dengan seluruh mahkluk di muka bumi ini, manusia mesti melakukannya dengan penuh rasa hormat dan beradab. Keupayaan berbicara adalah nikmat Allah begitu besar kepada manusia meskipun hanya dengan menggunakan dua tangan sebagai isyarat.

Firman Allah yang bermaksud: “Allah Yang Maha Pemurah serta melimpah rahmat-Nya, Dialah yang mengajarkan al-Quran, Dialah yang menciptakan manusia, Dialah yang membolehkan manusia memberi dan menerima pernyataan.” (Surah Ar-Rahman, ayat 1-4).

Justeru, nikmat kebolehan berbicara ini wajib dihargai, disyukuri dan digunakan sebaiknya mengikut landasan syarak. Islam menggariskan tatacara terbaik untuk menggunakan lidah yang sentiasa merungkaikan kalimah agar setiap butiran mendapat keredaan Allah.

Setiap perbicaraan keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikiran serta perangainya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan tidak berfaedah ibadah yang besar pahalanya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak bermakna baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Perkara paling utama ialah jangan berbicara mengenai sesuatu tidak berkaitan dengan diri kita kerana ia adalah bicara yang tidak perlu dan tidak akan menyelamatkan daripada dosa. Malah kita mungkin dipertanggungjawabkan dengan dosa dan sumpah palsu yang dibuat kerana keseronokan mengata sesuatu yang tidak pasti tanpa bukti menyokong.

Abu Darda menceritakan bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya seorang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudaranya) pada Hari Kiamat.” (Hadis riwayat Muslim).

Selain itu, ada juga bicara yang disampaikan kepada orang lain mengenai sesuatu sedangkan masanya belum tiba untuk menyentuh hal itu. Ini perlu dielakkan kerana jika membabitkan bahan bukti mahkamah, boleh mengganggu perbicaraan mahkamah atau menimbulkan hal memalukan.

Apabila seseorang yang tidak berilmu perlu berdebat dalam berbicara, jangan berdebat dengan orang sabar atau bijaksana, kerana orang sedemikian tidak akan menghiraukan orang yang tidak tahu bersopan santun dalam berbicara.

Jangan berdebat dengan orang yang berperangai buruk atau terlalu banyak tohmah kerana mereka akan menyakitkan hati saja. Sewajarnya berdebatlah jika perlu dengan orang yang bijak dan santun, manakala kita juga perlu penuhkan dada dengan ilmu serta sopan.

Tutur kata dikeluarkan seseorang dapat mengukur sejauh mana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran, sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidah dan berbicara menurut pertimbangan akal waras.

Sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat. Walau bagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa marah atau menyinggung perasaan orang lain apatah lagi saudara sesama Islam.

Merenggangkan hubungan silaturahim, menimbulkan rasa marah, rasa benci, permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan kekacauan dan perbalahan.

Daripada Jundub bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada seorang lelaki berkata: Demi Allah, Allah tidak akan memberikan pengampunan kepada si Polan itu. Allah berfirman: Siapakah yang berani menyumpah atas nama-Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni si Polan itu, sesungguhnya Aku telah mengampuni orang itu dan Aku menghapuskan pahala amalanmu yakni yang bersumpah tadi.” (Hadis riwayat Muslim).

Oleh itu, bagi mengelakkan berlaku sebarang perselisihan dan suasana tidak menyenangkan kita perlu berwaspada sebelum berkata.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom

*
sumber : Berita Harian Online : Tutur kata cermin budi pekerti


p/s : abang dapat hadiah basikal sebab menang lari lari tadi! Pergh, birthday terbaik lah bang!
p/s/s : Everyday makan luar, sampai tatau nak makan ape dah. At least ada makanan kan? Syukurr
p/s/s/s : last night.

Monday, July 4, 2011

Catatan Dr. Mahathir Setelah Lawatan Ke Mesir

Link

By : Tun Dr Mahathir Mohamad

DEMONSTRASI

1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi.

2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.

3. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.

4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.

5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.

6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.

7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.

8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?

9. Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.

10. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.

11. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.

12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.

13. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil.

14. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.

15. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.

16. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.

17. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia.

18. Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.

19. Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.

Sumber : http://www.facebook.com/notes/dr-mahathir-bin-mohamad/demonstrasi/10150252837067529

p/s : Tiada galang gantinya.

p/s/s : stay strong!