Wednesday, November 28, 2012

Welcome Winter. LITERALLY.

Masa awal-awal November hari tu, semua dok tweet lah status FB semua post, "Bila nak winter ni?". Haaaa tak masuk lagi semua nak mintak hujan. Maklumlah, hujan kat sini maksudnya dah officially masuk musim baru. Ade je hujan turun, terus ramai lah yang tweet semua, "Welcome winter". Paling selalu sekali, "Winter is coming". Tak pun, "Winter is here". Kemainnnn. Tapi winter tak start start jugak. haha! Well, saya pun salah seorang daripadanya jugak. Hahaha.

But now, winter is REALLY here. I cannot sleep without my comforter. I cannot take my bath without hot water. And I cannot walk out without any sweater at night. Yup, kat Egypt pun ada winter. Walaupun it's not as cold as in Europe countries and there is no snow at all (except in Sinai sometimes), but it really is cold here. About 14 degrees at day, and night sometimes even 3 or 4 degrees peak. Macam bawah aircond gitu. Save bajet nak pasang aircond. Gitu. Hahaha. *love mother earth sikit* Ah. Sudahlah. Padahal kau tak cukup duit Auni oi nak pasang aircond semua bagai *pura-pura baling snow kat diri sendiri*

So, here I am. Enjoying my winter :) Not the rain. Awal-awal je macam amazed tak pernah tengok hujan bila hujan jatuh di bumi Mesir ni. "Yeayyyy it's rainingg" takpun, "Alhamdulillah, hujannn yeayyyy!". Yup, typical Mansourians tweets (including me. Bahahaha). Lepastu, dalam minggu lepas lah jugak, semua status and tweets berubah wajah 180 degree gitu. "Ohhh please don't rain :(" and "Jangan hujan pleasee. Nak sidai baju". Nampak tak? Nampak tak? Haaaaa Ahahaha. Yes, I personally love it when Egypt's hitting winter but please, i don't like the rain either. Lecak, basah, seluar kotor, cannot sidai sidai baju. Even nak keluar pun terbatas -___-"

Yes, it's now at the end of November. Gonna enter my fav month of the year : DECEMBER! Yesss December bebehhhh :)

p/s: lagi 4 hari nak habiskan. Hehehe
p//s/s: 6 hours apart. And pack schedule. You take care :*
p/s/s/s: neurosurgery and psychiatry round pulak.

Thursday, November 22, 2012

I Knew You Were Trouble (cover)




My current addiction!! Dok nyanyi siang malam hahahaha. Okay layankan ajee! :P


I'm loving this Taylor Swift's RED Album! I love all the songs! 
YEAH!

  video
 p/s: untunglah kat Malaysiaa
p/s/s: mari masak nasi ayam
p/s/s/s: round exam this sunday! pray for us :)
p/s/s/s/s: Ceasefire in Gaza. Hope the peace lasts long..



Monday, November 19, 2012

Tomorrow You'll Be Free


Bermula dari hari pertama tahun hijrah 1434 tempoh hari, bumi Gaza kembali diserang. Tak perlulah saya bercerita panjang tentang ini kerana rasanya semua sudah maklum apa yang terjadi di sana. Rasa lemah kerana tak mampu berbuat apa, namun kita masih ada doa. Doa adalah senjata kita. 

Apa salahnya ambil seminit selepas solat fardu untuk mendoakan mereka di sana?
Apa salahnya ambil seminit dari 24 jam anda untuk mendoakan kanak-kanak yang belum pasti bisa membuka mata esoknya?
Apa salahnya ambil seminit dari gelak tawa kita untuk mendoakan mereka yang menangis hiba?
Apa salahnya ambil seminit dari keselesaan kita untuk mendoakan mereka yang cuba mempertahan keluarga dan agama?

Apa salahnya bukan? :) Mari.

فإن تولوا فقل حسبي الله لا إله إلا هو، عليه توكلت
وهو رب العرش العظيم
اللهم انصر إخواننا المجاهدين و المستضعفين
اللهم ثبت قلوبهم على دينك وطاعتك



This isn't all about religion. This is about humanity.

p/s: cepat pulak minggu ni berlalu. next week got ortho & rheumato round exam
p/s/s: semoga kaki cepat sembuh!
p/s/s/s: rindu ezhan dan arisya


Tuesday, November 13, 2012

Sejenak Bersama Cik Purse Merah


Mula-mula ingat nak bongkar rahsia ada apa dalam handbag, tapi rasanya macam ada pada satu hari di kala zaman dahulu kala, dah buat dah post pasal tu. Hahaha. Maka, dikecilkan lagi skop nya. 

So, ladies and gentlemen *drumroll ketuk meja*, I present to you......MY PURSE! Hahaha okay gelabah gila nak buat annoucement cenggitu. Pfft. Layankan aje. Okbai. Zasssssssssss!


Tadaaa! Yes, these are what inside my purse. Haaa ye lah. Ni lah dia. Apa kau ingat aku nak letak bom or nuclear code dalam ni? Maaflah kalau menghampakan. Ehhhhh jangan memain, bukan sesenang okay perempuan nak bagi tunjuk semua dalam purse dia. Nah hambik. Muahaha!

p/s: craving for something sweettttt :s
p/s/s: konon je tunggu bawah uni. haha
p/s/s/s: moga dipermudahkan segala urusan :)

Monday, November 12, 2012

25 Jam Sehari

"...Aku menyayangimu
Juga aku... mencintaimu 8 hari seminggu
Semakin mendekatiku.. seperti kamu
Pun menemani 25 jam sehariii ooo!.."

Tu diaaaaaa. Miahaha! Haaa for me, it was one of the sweetest lyrics. Mano tak cair oi kalau ayat bebunga cenggini gitu. Maunya ketaq lutut ceq. Haha kemain! Tapi apa yang nak diketengahkan pada post kali ni, is not about this song! TET!

Manusia diberi 24 jam sehari. SAMA RATA. Tak kisahlah kalau kau tu anak raja ke, anak menteri ke, pelajar ke, pekerja ke, duk kat celah dunia mana ke, atau berselubung dalam selimut manjang ke (maklumlah dah masuk winter kekekeke), you got 24 HOURS per day. Not less, not more. SAME.

But lately, I do think I don't have much time to do all what I wanna do.  Perhaps because of the winter, where night is longer than day. That's why. KOT. mari kita letak satu contoh ye tuan tuan dan puan puan. Sometimes, there are some places I want to go but disebabkan malam datang awal, so I have to postpone it. Sebab kat sini, malam bahaya ooooo. Jangan memain Mansoura ni tengah hangat pasal kisah ragut, sexual harassment, dan yang sewaktu dengannya. But seriously, balik kelas yang dari pukul 9am pun dah pukul 3pm. Balik masak makan semua, sekali.."ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBARRR" Haaaa Maghrib memanggil gituews. Ye, pukul 5pm dah Maghrib dah cik kak oii. Mana tak rasa rushing je buat semua kerja.

Sometimes I wish I have more hours in a day, at least for me, myself to have some rest. To sit and breath. But I think it is not that. It is about how I adapt with it, and manage it wisely. Because, 25 JAM SEHARI never happens.


p/s: made 15 pieces of kuih keria for him. But none can be given to him. Ye lah, nak kirim guna skype dapatlah pulak kan. Hakhak
p/s/s: there are ups and downs in everything
p/s/s/s: maybe some oxygen?


Monday, November 5, 2012

Memori Tingkatan 5

Hey semua!

Hari ni, dah masuk hari kelima dalam bulan November 2012. And hari ni jugak adik-adik Form 5 kita seat for their SPM. Ohoiii teringat lagi kot zaman-zaman Form 5 dulu kot. Haha kalau nak diingat balik, zaman Form 5 tu lah paling banyakkkkkkkkkk kenangan manis, Bukan sahaja sebab kitorang Form 5 ni yang menduduki status sosial paling tinggi dalam sekolah (ehem) tetapi juga sebab menyedari it was the last year of zaman persekolahan buat kami,  maka setiap detik itu amat bermakna acecececece. Haha!

Antara memori terindah (mak aih kemain ayat terindah dia ni) ialah dengan Nadira Ahmad Termizi or time tu kitorang panggil dia Nazi. Malam-malam, lepas light off je, kitorang tunggu jap, pastu bila line dah clear, warden dah senyap, haaa mulalah kitorang menjalankan operasi SUPER SUPPER. haha. bukak almari, buat mushroom soup, gi ambik air panas kat water cooler. Pastu cicah dengan biskut Jacobs, dan makan sambil berborak di bawah sinaran lampu corridor. Haa gituu. Borak sakan haa. Ahehehe. Rindu lah dengan Nazi. Entah apa lah cerita dia sekarang, lama tak jumpa :)

Satu lagi perkara yang best pasal Form 5 ialah roommates yang sangat best. Disebabkan kami kiranya ada jawatan dalam sekolah, jadi bolehlah duduk room. Satu room ada 4 orang. Dapat meja study sendiri and sebab paling best untuk duduk room ialah, tak payah nak pack pack reramai. So, time tu room Auni ada Auni, Nazi (sila rujuk perenggan atas hehe), Faraw (nama sebenar Farawahidah) dan Bee (nama sebenar Harlina. Mana kaitan harlina dengan bee tu, jangan tanya. entah taktau haha). Jadi kitorang berempat ni memang sangat kamceng. Saling gossip, saling bergaduh pastu baik balik, saling share makanan kalau ada yang sedap (yang tak sedap pun sembat je masuk mulut), share problem, share macam-macam lagi lah. Time tu Faraw dengan Bee dah ada boyfriends so 'longkang' sebelah sana geng ada boyfriend. Longkang Auni dengan Nazi area yang takda boyfriends. Kemain memalam borak dalam selimut budak dua orang tu dengan boyfriend masing masing. Auni dengan Nazi cam biasa, cool je layan mushroom soup kami. Haa insiden paling diingat sekali time takutkan Faraw dengan telekung. Hahaha gelak besar! Ohh pastu saling berbalas nyanyian kat shower. Haha and satu benda yang taknak admit is ada buat bet dengan Faraw, siapa yang ada boyfriend dulu, orang yang takda tu kena belanja one whole day. Bet tu, sebab Faraw ada dulu, sampai sekarang Auni buat taktau je. TOLONG JANGAN INGATKAN FARAW. hahaha!

Selain kenangan dengan kawan-kawan, kenangan minggu exam SPM pun manis! Pagi-pagi ada special breakfast okay untuk kitorang semua. Kalau tak salah, ada tambahan cereal and air susu. Lepastu time break antara exam, dapat roti bun dengan air yoghurt Bliss tu berbotol botol hangkut masuk bilik (sebab bilik Auni dekat dengan hall, maka aktiviti membawa botol air yoghurt bliss adalah rutin kami sebilik). Even time tu pun, warden cikgu adik adik semua tak kacau kitorang. Kiranya macam untouchable lah. Hahaha. Pastu, beratur reramai depan dewan, baca doa, salam cikgu subjects, mintak maaf dengan one whole sekolah kat surau time Maghrib, adik angkat belanja makan, dapat banner adik-adik angkat gantung kat depan blok asrama nak kasi naik semangat, ahhh time tu memang sangat best kalau nak dikenang. 

'Spirit Batch' time tu memang membara and kuat, sebab kitorang satu batch, bukan hanya nak berjaya sengsorang, tapi nak angkat semua supaya semua berjaya. That's how I learnt what is the REAL FRIENDSHIP is all about. Kalau ada masalah, kami semua tak biarkan, kami akan cari solusi bersama. Walaupun dalam batch, ada group and geng geng sendiri, but semua tu tak jadi penghalang. Memang ada masanya bergaduh sesama batch, bergaduh dengan kawan, tak tegur, mengumpat, cakap belakang (namapun sekolah perempuan, tak sah tak jadi camni), tapi sampai je kat dewan SPM, semuanya letak belakang. 

Habis je SPM, rindu tu tak payah cakap lah. And masing-masing mula menyelusuri jalan sendiri. Ada yang dah kahwin dah, even ada yang dah nak ada anak dah. Ada yang bakal berkahwin jugak, and ada yang dah bertunang dan merancang untuk kahwin. Ada yang dah grad, ada yang dah kerja, ada yang masih belajar (Auni lah tu), dan ada yang punya bisnes sendiri. Sekarang nak tau life kengkawan, semua usha facebook or twitter or skype je lah. Jumpa pun jarang, tapi sentiasa dekat di hati! 

*Gambar saya dan kengkawan masa reunion batch time Ramadhan hari tu. Taken from Fiza Azwaniz's album :)*

Apa-apapun, to all sisters of Phoenix 0307, don't matter wherever you are and whatever you do, I wish all the best to all of you. The memories never fade away and may our friendship last forever. May Allah bless all of us.


Jengjengjeng dengan beraninya saya mengeluarkan gambar masa Form 5! Tembam gilossssss!! Haha ha ye lah, yang paling kiri tu lahhh. -____-"


p/s: Ya Allah, Kau permudahkanlah Alyaa Nadzirah binti Shbini untuk menjawab peperiksaan SPM nya dengan tenang dan cemerlang. Amin. :) 
p/s/s: hari-hari dah mula mendung, tapi winter macam belum betul-betul hadir lagi.
p/s/s/s: sweetheart

 

Friday, November 2, 2012

Tipulah



Tipulah kalau lautan sentiasa tenang tanpa ombak
Tipulah kalau hari sentiasa panas tanpa hujan
Tipulah kalau angin sentiasa sepoi tanpa kencang
Namun
Selagi kaki gagah berlari
Selagi tangan mampu menadah
Akan ku tetap berlari bersama
Dan mengenggam erat tanpa lelah
Merentas ombak
Meredah hujan
Mengharung kencang
InshaAllah, selagi saya masih saya.


#9.19pm.