Tuesday, November 3, 2009

Cara Memasak Tomyam Paling Sedap Di Dunia

hai! assalammualaikum semua
selamat menonton lagi rancangan
MASAK-MASAK BANTAI PUNYEEE! =)
sound effect : ala-ala dafi

baiklah tuan-tuan dan puan-puan
seperti yang kita semua sedia maklum, sekarang di obersi semua tengah mengalami musim...
musim ape?
ha..betul tu..
musim winter!

sound effect:
penonton 1 :(obersi la sangat egypt ni)
penonton 2 : (OBERSI lah jugak tu!)
penonton 1 : ko nak marah2 apasal? lek lek la
penonton 2: ko jangan nak sedap mulut ek?!


sudah-sudah. ini bukan kapal perang!
kita nak masak je ni.i ketuk u dengan belange ni kang?
jangan kecoh.relax. inspiration, expiration, inspiration, expiration. ok?
ok, baiklah.

jadi, oleh kerana sekarang musim winter, kite perlukan something yang boleh panaskan badan anda. Maka, setentunya, sesuatu yang PANAS atau HOT omputeh kate, dan PEDAS atau SPICY.

jadi, hari ni kita akan masak...teng teneng teng teng!
TOMYAM AKU-TERPAKSA-JADI-VEGETERIAN
(kerana lupe nak beli ayam petang tadi after balik kelas)

Bahan-bahannye? owh,mudah sahaja. tak kira la yang bujang, dah kahwin, duda, janda, ataupun adik-adik bawah umur, konpem boleh buat nye (tapi dek, kene beritahu parents tau. kang tak pasal-pasal kak auni kene pelempang ajar anak dorang main api)

so,here are the steps and the things u should have bila korang boleh terpikir nak masak tomyam.ngehehehe~

Step 1 :
Bukak fridge anda untuk mencari bahan-bahan tomyam ini.

Step 2:
amek bahan-bahan anda secukup rasa.lepas tu, tutup ye pintu fridge tu. kalau tak, keluar bijik mata anda melihat bil letrik bulan ini.mekasih.

Step 3
sile sediakan; (dari kanan)

1. kacang buncis (kacang panjang pun boleh jee)
2. bawang merah (dipotong)
3. cili pedas-pedas (dihiris halusss)
4. lobak merah (dipotong bulat-bulat)
5. kentang dipotong dadu (if ade lebih nak jadikan dadu mase main monopoli pun boleh)
6. ikan bilis yang sudah disiang (yang tidak liat)
7. kacang peas dibuang kulit (sebab kat sini kulit die liat sesangat)
dan paling penting sekali....
8. TENTULAH PES TOMYAM ADABI dan KIUB TOMYAM MAGGI!
(setentunya..kami dan maggi ^_^)
dan sedikit serai, ye? dari malaysia.
dan tomato
(resepi kami tade tomato sebab tomato kami dah buruk.isk2)

ok dah prepare semua? baiklah
JOM START MEMASAK!

senang je
panaskan minyak
masukkan bawang and ikan bilis
dah naik bau sikit
masukkan cili
tumis sikit-sikit
masukkan air (ikut berapa mulut nak disuap)
dan masukkan semua bahan
KECUALI
pes and kiub tomyam dan juge kekacang itu
then....
bila dah start menggelegak, barulah masukkan pes and kiub tomato itu. masuk jangan tak masuk..heee~

dah tu, haaa...barulah masuk kacang. bukan ape tuan-tuan dan puan-puan, kite taknak kacang ni layu sangat. nanti tak rangup dan hilang vitamin die.kan?

kecikkan api dan alter la. kalau kurang masin, tambah garam, BUKAN KICAP ye? kurang pedas, tambah serbuk cili.

TENG TENG!
dah MASAK!!

ni la hasil die!boleh dimakan begitu sahaja. atau ikut cara kami! lagi sedap dimakan bersama terung masak kicap, telur goreng, dan nasi panas-panas.hummm. pekena teh o raspberry..huh! sedap kalah masakan chef wan.yum2. ahaha
konpem sedap hingga menjilat jari kaki anak jiran sebelah rumah yangf duduk dekat ngan kawan mak mentua kakak nombor dua anda
=)

so, semua dapat tak ape yang saye ajar hari ni?

sound effect : all : DAPAT!

ade ape-ape soalan?

sound effect : tade

bagus.
selamat mencuba ye
oh ye, terima kasih kepada pihak penaja yang menaja kita hari ini.
semoga kita berjumpa lagi di waktu yang sama, channel yang sama, orang yang same
dan mungkin
resipi yang same LAGI?
bersama saye
Chef saya-suke-masak-tomyam
bye2!

8 comments:

Chenta said...

hohoho!
semangat amek gambar!
tu yg mahal tu. :P

ezza fauziana said...

nsb bait hp xknk msk skali ow..
haha..
ari tok juak mek try resepi ktk..
wahh!hehe~

Zan Zahidah said...

adabi tuh~
haha

aunishbini said...

ecah,
haha. amek gamba itu satu kemestiaan
haha. g la try. ke tak tau garam yang mane?? ngahahaha~

kak o,
ok! silekan men-try.
haha. hp slmt di dlm poket ketika memasak. hahaha

zan,
time kasih adabi .......dan maggi.
^_^

ainasham said...

same2 haha yummy!

aunishbini said...

huh?
*sejak bile aku berkawan ngan adabi dan maggi yang pandai bercakap?*

shafiqa said...

haha.jap2 ni.
ni mesti resepi sendiri kan?
haha. XD
tomyam ade..
kentang ke?
kacang peas?
ikan bilis?

hmm..
nk cuba jgak la.
haha. XD

aunishbini said...

pika,
hahaha!
jangan lupe post kat blog
*kredit to auni*
hahahahahahahahha
yup2
resepi sendiri!
tmbh ayam/dgg lg sedap!
udang ke..
=)