Sunday, November 22, 2009

Evolusi Lukisan Saya

Macam pelik
Rasa macam baru semalam belajar melukis bulatan dengan mak
Mak kate, "Zie, lukis bulat zie."
Saya lukis bulatan macam ubat nyamuk, penuh satu dinding rumah.

Macam pelik
Rasa macam baru semalam belajar melukis pemandangan dengan cikgu tabika
Cikgu kate, "Murid-murid lukis rumah macam ni, pastu belakang die ade gunung"
Saya lukis rumah kayu ada serobong asap siap ada perigi dan pokok dengan buaian kat luar.

Macam pelik
Rasa macam baru semalam belajar melukis pasu dengan cikgu P.S sekolah rendah
Cikgu kate, " Ok, sekarang lukis corak kat badan pasu tu"
Saya lukis pasu yang ade bunga siap ade lebah main dating-dating lagi.

Macam pelik
Rasa macam baru semalam belajar melukis potret dengan cikgu P.S sekolah menengah
Cikgu kate, "Pilih seseorang. dan lukis potretnya "
Saya lukis gambar Siti Nurhaliza yang hidungnya senget sebelah. padam lukis, padam lukis, last-last saya biarkan je hidung dia tade.

Pelikkan?
Tadi,
Tanpa saya sedari,
Saya dah berhasil melukis JANTUNG MANUSIA
siap ada shade-shade lagi

Pelikkan?
Bagaimana dari bulatan menjadi jantung?


Tak nampak?

Zoom innnnnnnnnnn!!!

........
........
...................
........
...
.


amboi..gelak lebih dari tauke nampak?
haha
tau lukisan ini buruk
tapi masih buat-buat bangga

^_^

p.s : tidur dengan lukisan jantung ini dalam dakapan...

Penghargaan kepada emak bapak dan cikgu-cikgu P.S auni ^_^


2 comments:

aina alia bt rahim said...

wah da bjaya wat notes balik.

aunishbini said...

haha. mengisi masa lapang. bahaha~