Monday, April 30, 2012

Syukur. Syukur Alhamdulillah.


Ya Allah.
Untuk rasa ini, untuk bahagia ini, untuk senyuman ini
Yang telah Kau hadirkan.
Untuk duka, untuk air mata
Yang telah Kau hapuskan
Syukur.
Syukur Alhamdulillah.

Untuk beberapa ketika ini yang telah aku rasa, 
Penuh dengan tawa dan penuh dengan lega
Untuk beberapa ketika ini yang telah aku hela
Penuh dengan indah penuh dengan suka
Syukur
Syukur Alhamdulillah.

Walau ada masa,
Luka itu masih perit
Pahit itu terkadang terasa
Namun,  tangan gergasi itu yang telah KAU datangkan
Ini cukup untuk hilangkan semuanya.
Syukur
Syukur Alhamdulillah.

Akan sampai satu masa nanti,
Duka dan air mata mungkin kembali
Dan mungkin ini sementara, atau mungkin juga sampai bila-bila
Siapa tahu?
Namun itu lumrah dunia
Tiada yang terlepas dari ujian-Mu
Kerana dengan itu, aku makin akan menghargai nilai rasa ini
Syukur
Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih ya Allah, terima kasih.
Dan untuk kau, dia, dan mereka yang mungkin ada yang berduka
Jangan pernah lupa janji Allah
"La Tahzan, innallahma'ana"
Jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita
Selepas kesusahan ada kesenangan. Dan selepas kesusahan, ada kesenangan.
Maka, janji Allah mana kau harus ragui lagi?

Terima kasih ya Allah
Syukur
Syukur Alhamdulillah
:)


p/s: "Entiti rasa ini sampai infiniti. InsyaAllah".
p/s/s: Good bye, April. You brought me so much warmth.

Saturday, April 28, 2012

My Chicken Soup for the Soul ♥


Setelah berjanji dengan bapak semalam, at last, dapat skype dengan adik-adik semuaa! Okay tak semua, Ainaa and Eisham dah tidur. Pfft. But, it's okay, next time will do! :*


Bagi yang baru 'ternampak' gambar adik-adik saya, inilah mereka! Kalau rajin, godek lah belog ni, pasti jumpa lagi banyak. Haha. Okay mari saya perkenalkan sorang-sorang. Kecuali Ainaa and Eisham lah. Let's!

1
Tak berbaju 
Ezhan Khair, 4 tahun, my handsome boy ;)

2
Si perempuan berbaju merah 
Aisya Laila, 11 tahun, my 'sarangheo' girl!

3
Si berbaju angrybird oren 
Eizlan Syahir, 6 tahun, my talkative little man!

4
Si perempuan kecil gigi rongak
Arisya Nurafiza, 3 tahun, my cute little babysis!

5
Si perempuan berbaju putih bercincin
Alyaa Nadzirah, 17 tahun, my a-bit-higher-than-me little sis.

6
Si lelaki berkaca mata
Eyan Muazrin, 20 tahun, my tinju-mate man!

That's 6 out of 8.  Btw, talking about Eyan, I do some so-called-intense-research (nama baik untuk 'stalk') kat Facebook dia, and found this pic!

So Eyan kat depan sekali, and paling kiri. Dia now sedang jadi cikgu ganti di sekolah. So, this is a picture of him as a teacher. Ohmai ohmaiiiii, my little bro dah besarrr! Rasa macam cepat gila masa berlalu, and I didn't even realize it. I still remember how we used to main masak-masak maggi guna lilin kat depan rumah, berlari lari kejar main polis entri, gaduh-gaduh berebut nak main kereta mainan, nangis bersama sebab kena rotan tipu bapak tidur petang,  sama-sama backup each other kalau bapak rotan. Rasa nak nangis. Bang, I love you, my little bro! Well, you always will be my 'little' bro no matter how much big you became! Hihi



And as I said,
They are,
My chicken soup for the soul. Always will be


 p/s: Bersih tak bersih, yang penting bilik saya dah bersih dan wangi with new aromatherapy! Hiks.
p/s/s: Alhamdulillah the thesis's title is approved.
p/s/s/s : Thanks for the 'dance' -___-" Hahahaha!

Thursday, April 26, 2012

Other Side of The World (cover)


Walaupun sakit tekak and selsema and demam -__-"
This song asyik bermain di minda and asyik memaksa mulut menyanyi 24/7! 
EVERYDAY okay. Gosh! This new addiction really makes me addicteddd. 
Haha. Blergh.

video

Over the sea and far away
She's waiting like an Iceberg
Waiting to change,
But she's cold inside
She wants to be like
the water,

All the muscles tighten in her face
Buries her soul in one embrace
They're one and the same
Just like water

Then the fire fades away
But most of everyday
Is full of tired excuses
But it's too hard to say
I wish it were simple
But we give up easily
You're close enough to see that
You're.... the other side of the world
to me

On comes the panic light
Holding on with fingers
and feelings alike
But the time has come
To move along

Then the fire fades away
But most of everyday
Is full of tired excuses
But it's too hard to say
I wish it were simple
But we give up easily
You're close enough to see that
You're.... the other side of the world

Can you help me?
Can you let me go
And can you still love me
When you can't see me anymore

Then the fire fades away
most of everyday
Is full of tired excuses
But it's too hard to say
I wish it were simple
But we give up easily
You're close enough to see that
You're.... the other side of the world
Ohh.... the other side of the world
You're.... the other side of the world
To me. 



 Love,
 p/s: hari ni makan banyak! haha sebab ada sports day, and banyak gerai dibuka oleh kawan-kawan saya yang SANGAT RAJIN DAN OHSEM memasak. *big grin*
p/s/s: sakit belakang + muka panas. Sebab berjemur semangat nak tunggu gerai bukak dengan Aina.

Wednesday, April 25, 2012

My Current Addiction : Across the Universe & Other Side of the World


1. Across the Universe - Fiona Apple




2. Other Side of the World - KT Tunstall




Thanks for introduced me to these two great songs, Ir ;)


p/s: even the music videos too are ahhhh-mazing!
p/s/s: i'm missing arisya and ezhan :(
p/s/s: bulan, simpan rahsiaku. katup rapat-rapat.

Monday, April 23, 2012

Cultural Day. One Word. EPIC.


PESANAN PENAJA: POST INI MENGANDUNGI AGAK BANYAK GAMBAR.

Assalammualaikum.

Bagi mana-mana pelajar di Universiti Mansurah, pasti ada satu tarikh, yang akan sentiasa dikenang dan terpahat dalam-dalam di hati mereka. 13 April 2012. Kenapa? This post gonna explain to you why ;)

Bermula dengan satu meeting yang diorganisasikan oleh ahli committee pelajar Malaysia sendiri, dan meeting-meeting seterusnya, dan diteruskan lagi dengan usaha gigih dan kededikasian setiap ahli Family Team Cultural Day 2012 ini, yang tak pernah lelah dan mengeluh dalam memberikan 200%  komitmen terhadap tugas mereka. Pagi ke kelas, petang sampai malam pula menyiapkan kerja unit masing-masing. Tu tak termasuk lagi cerita ada AJK yang makan sampai tersengguk-sengguk menutup mata. Hehehehe.

Dan hanya Allah yang tahu, betapa berdebarnya menanti tarikh keramat 13 April itu, untuk mempamerkan hasil keringat yang telah diperah. Dan ternyata, sambutan terhadap Cultural Day ini yang melibatkan 7 buah negara iaitu Egypt, Oman, Libya, Palestin, Iraq, Arab Saudi, dan pastinya Malaysia, amat memberangsangkan, malahan melebihi daripada jangkaan kami!

 credit to Fawwaz

Cultural Day 2012 ini bermula dengan pembukaan Pameran Malaysia tepat jam 10am, yang terletak di dalam satu tempat ala-ala gazebo dalam tempat kem pengakap, di mana ditengah-tengahnya terdapat satu fountain berbentuk bintang yang sangat cantik, dan sangat menepati tema yang mahu dibawakan oleh kami iaitu Istana Melayu. Di perkarangan gazebo ini, telah dihias indah dengan kain organza emas, yang lembut beralun apabila dibuai angin, yang diambil ideanya daripada muzik video 'Asmaradana'. Ecewah. Haha! Description taknak kalah tu! Hahahaha! Nak dipendekkan cerita, kiranya, nak buat macam ala-ala chalet tepi pantai or perkarangan istana lah. Haa gituu. Hehe.

Sepanjang hari tersebut juga, pelbagai aktiviti menarikkk ada okay? Kalah Jom heboh hebohh. Pfft. Haha. Ada Teh Tarik Challenge, Demo Masakan oleh Cik Siti Masterchef uolss haha, ada Karaoke Pesta Muda Mudi (nama takleh blah tuu -__-"), ada sesi permainan tradisional bagai seperti batu seremban, congkak, tarian buluh, lompat getah, jalan atas tempurung, dam haji! And selain itu, acara petang dipadatkan dengan acara dewan di mana dengan bangganya kami mempersembahkan tradisi Melayu, "Tarian Zapin", nyanyian "Semerah Padi", "Ulik Mayang", dan "Cindai", dan diakhiri dengan "Fashion Show". Dan dari kontijen Malaysia ( haha kontijen lah sangat ), International Cultural Day diakhiri dengan letupan kebabom bunga api, semekar bunga raya! (dandan terus bunga raya). Bak kata kawan-kawan Arab, duta-duta Arab semua lah, diorang sangat tertarik dengan budaya Malaysia. *Ehem, Kementerian Pelancongan Malaysia, kami dapat komisen tak? Kekeke ;)* Oh, did I mentioned that we managed to get first place for the best performance? Yeah, we did.

Ha, tanpa melengahkan masa, moh le saya mempersembahkan beberapa gambar yang saya 'petik' dari album geng-geng saya yang memiliki kamera HEBAT. Bak kata pepatah, a picture shows 1000 words. So daripada saya memenatkan jari taip nak deskripsikan suasana Cultural Day ni, baik saya tunjukkan korang beberapa gambar, jimat! Haha!

Oh,lupa. Cikgu BM kata karangan kena ada penutup.

Sebagai penutup, saya harap International Cultural Day akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana dengan ini, bukan sahaja dapat mengubah persepsi Arab yang asyik dok cakap "hongga bongga (?)", "buyaaa", "ni hao (?)", "hakuna matata", dan beberapa ayat kritikan yang lain. Biar dia tahu mana Malaysia, mana negara diorang. *ceh*. Dan paling penting, cuba korang bayangkan, setiap seorang jejaka dan gadis datang segak cantik belakan berpakaian tradisi, and bermain bersama bergumbira ewah di perkarangan istana (kononnya), dapat tak korang bayangkan ke-best-annya? DAPAT TAKKK? Grrr. Hahaha! Sangat ohsem okay!

Sekian. Nah layannn these EYEGASM PICTURESSS!

   
Tempat Pameran KONONNYA Istana
Credit to Kucai


Booth negara lain
Credit to Kucai

Cik Siti sedang mengajar Mamat Arab kelim karipap
Credit to Kucai


Pameran Melayu. Ade sesat baju ala-ala korea kat situ sebab difahamkan kat Booth Cina dah penuh. Sekian. haha!
Credit to Kak Faz


Ruangan "Mari Belajar Bahasa Melayu" dan "Malaysian's Achievements"
Credit to my 2MP Blackberry -__-"


Teh Tarik King Challenge. Melentik-lentik gitu Habib ye?
Credit to Kak Faz


 
Tarian-Buluh-kalau-main-kaki-tersepit-terpijak-terpeleot
Credit to Kak Faz


 
Dam Haji (Coba korang renungkan, apa pasal si Illmie ni harus berposing begitu sedangkan baru 1st move? Err..)
Credit to Kak Faz
 

Pameran Kaum India (Malaysia). Ada laddoo tau, menarik! tapi tak boleh makan sebab tipu-tipu je. Huh! Pentipuuu :P
Credit to Kak Faz


Pelajar Malaysia yang turut 'berebut' makanan ;)
Credit to Taqi


Sharing delicacies
*saya tak sempat pun nak rasa makanan booth lain.kthxbai*
Credit to Taqi


Mamat arab yang eksaited nak main congkak
Credit to Taqi


Upacara Bersanding
(p/s: they are REAL NEWLYWED couple :D)
Credit to Taqi


Waktu kecik, takleh nak main lompat getah ni, nanti malu abang-abang macho kita ni dengan budak perempuan. Hihi 
Credit to Taqi

Pameran Kaum Cina (Malaysia)
Credit to my 2MP Blackberry -__-"


Beberapa jejaka Arab sedang menge-check tempat-tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon (?)
Credit to Taqi


Pameran Kaum Lain-Lain (Malaysia)
Credit to my 2MP Blackberry


Pramugari MAS ambilan ke-1193
Credit to Fawwaz


Mak aihh mak aihhh puas karok cik abang? Kemain bawah bulan purnama ye? :P
Credit to Fawwaz


 
Fashion Show yang sangat SUPERB. Nak model? Sila hubungi saya.
Credit to Fawwaz


Students from Saudi Arabia sedang mempersembahkan upacara tradisi perkahwinan mereka. Kita kat Malaysia baling bunga rampai kan? Diorang baling gula-gula tau! Yum!



Ber"Do-Re-Mi" sambil main bunga api! Makin malam, makin heboh! Bak kata orang putih dolu-dolu, the more the merry-ahh (meriah) XD
Credit to Kak Nad


Kek Jalur Gemilang untuk perasmian pameran kami. Cantik kan? :)
Credit to Safwan


And Cultural Day ini, diakhiri dengan fireworksssss!!
Credit to Ulfah

Actually pening gak nak pilih gambar-gambar nak masuk kat sini, sebab semuanya cantik-cantik! So if korang rasa tak puas, or mungkin nak tengok gambar korang/kawan korang, silalah kelik di nama mereka yang telah saya hyperlink kan yang berwarna kelabu itu! Tak, tiada bayaran dikenakan. Oh, here are also few videos about our International Cultural Day 2012!


Ini adalah video yang telah dihasilkan oleh MUMIA Productions, yes, a photography club of Malaysian Students, here in Mansoura. Let's give a big applause!




And yeahhhh, our event masuk news Arab! Heeeeeeeeeeee *sila sengih sekali*




Dan ini, tarian Zapin yang telah dipersembahkan oleh kami! Pasni, sambil-sambil bedah patient tu, bolehlah berzapin sekejap ye dok? :P HAHA


Oh ada satu lagi gambar.
 I am proud to be a part of the team :)
Congrats to all 'family members' and thanks untuk semua yang hadir memeriahkan event ini!
Muah muah!


p/s: Yuya tinggi tipuuu. tak aci! taknak geng dah! grrrr



Ok. Alhamdulillah. setelah beberapa kali cuba publishkan post ni, akhirnya berjaya jugak. Pfft. Banyak halangan okay, nak dekat berapa hari diperam. HAHA! Okay, that's all for now! 



 p/s: demam + selsema + sakit tekak = kafarah. Semoga cepat sembuh, Auni!
p/s/s: Ya, masih banyak piring hitam belum kita mainkan ;)
p/s/s/s: masa cultural day, saya pakai baju 'crew' so tak lawa-lawa belaka macam orang lain, so taknak tunjuk gambar saya banyak-banyak. Hewhewhew. Plus, ada gambar belakang je, tak pun sisi -__-" *sambung drama* Hahaha!

Monday, April 16, 2012

Terima kasih

Terima kasih pengalaman lalu
Yang pernah membahagiakan aku.

Terima kasih pengalaman lalu
Yang banyak mengajar aku.

Terima kasih pengalaman lalu
Yang telah mematangkan aku.

Terima kasih pengalaman lalu
Yang sentiasa memimpin aku.

Terima kasih pengalaman lalu
Yang lantas sedarkan aku.

Terima kasih pengalaman lalu
Yang buat aku kini, lebih bersyukur, adanya hari ini.

Auni Shbini.

Thursday, April 12, 2012

Mansoura University International Cultural Day 2012

Hey all!

Things are quite busy and pretty hectic here because I'm busy preparing for our International Cultural Day, this 13th April, and I'm in charge of the booth. NO! Not the usual booth, but berkali-kali lagi besar punye booth macam set istana! Yes! :) Nak tengok macam mana? COME AND JOIN US TOMORROW!!! Selain booth, we also have pelbagai jualan menarik, dan aktiviti dewan yang pelbagai, dan upacara penutupan yang astinya GRAND HABIS di booth MALAYSIA! See you thereeeeeeeeeee!



With love;
Auni Shbini

p/s: yang kat luar Mansoura dan luar Egypt, anda pun dijemput datang! ;)P

Sunday, April 8, 2012

Wajah baru. Jilid baru.

Hey hey belog tersayang!

Lama sungguh saya abandonkan awak kan? Tak tak, jangan merajuk. Bukan saya lupa, tapi banyak sangat benda yang terjadi dalam bulan Februari dan Mac tempoh hari. Maafkan saya. Tapi saya perlukan masa dan ruang ketika itu. Haih, sungguh emosi. Haha!

Okay, saya dah buang sikit mekap mekap awak. So, biarkan putih bersih sesuci bayi gituu. Haha, ye, walaupun ada certain yang saya masih tak buang seperti gadget-gadget yang menepek di sebelah ini. Oh kenapa? Sebab saya rasa diorang penting. 1st gambar saya, itu gambar latest saya (latestlah sangat 3 bulan yang lepas kan? heksheks). Penting, sebab tak kenal maka tak cinta kan? Kena lah tau siapa empunya belog ni! (padahal muka tutup guna cawan air.pfft.kbai)

Yang kedua, part I LET YOU KNOW MY PAST. Yang itu memang tanak buang. Sebab my past is the one who shaped me, so I be the one who I am today. Kalau korang rasa nak godek-godek dari first post pun tadekhal. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan! Haha

Yang ketiga, Top #5. Okay, ini saya tak nampak kepentingan dia apa, tapi saya letak je supaya sape-sape nak baca post yang 'orang rasa best dan popular', boleh dengan bahagianya kelik di situ. Yes, kelik je. Jangan takut, tiada bayaran dikenakan! Just belanja saya makan nanti, okay? Ngahaha.

Yang keempat (Amboi, macam nak buat usul debat pulak yang ketiga keempat bernumbernumber gitu). Belog-belog walabom? Ha ambek kau. Ada banyak list belog kat situ, tapi yang appear hanya 5 belog yang ada recent updates. Ini semua rakan-rakan seperjuangan punya belog. Agak-agak nak cari jodoh ke, or nak tambah ilmu pengetahuan tentang kecantikan mahupun pengalaman, ha dipersilakan! Mereka hebat, sebab tu setara dengan nama WALABOM. Hihi

Yang kelima, followers. Pembaca setia yang tak pernah cuba unfollow. HAHAHA. Kalau korang nak tau bilalah update terbaru saya yang sejak berkurun lama publish, tekanlah follow. Bahagian followers tu macam 'Hall of Fame' lah. Haaa hanya yang setia je masuk dalam list. Ecewah ;')

Yang keenam, Formspring. Sungguh tak tipu. Lama gilaaaaa tak bukak FS. Nasib baik ingat password. So, siapa-siapa yang rasa malu nak tanya depan-depan, tanyalah kat situ. Nanti saya jawab, penuh keikhlasan!

Dan last but not least, tempat check sape singgah. Buah tangan amatlah dialukan! *kenyit mata tiga kali*

Ok, sekian itu sahaja update untuk hari ini. Esok saya exam round Obstetrics and Gynecology btw. Doakan! 10.00am-11.00am GMT +2. 60 Soalan MCQ. Terima kasih awak sekalian!



p/s: Yeahh, ke mari kauuuu examm! HIYAKKK!
p/s/s: Tak pernah aku memusuhi, mahupun membenci
p/s/s/s: double A and no title (?) Thanks! :)

Tuesday, April 3, 2012

Jigsaw Puzzle




" Each of us has come to this earth with a few pieces to a jigsaw puzzle as big as this universe. Each time we meet someone, we unconsciously show them our pieces to see if they gave pieces that fit ours. If they don't they go their way, and we have no more to do with them. But if they do, ah... that is when the attraction, love, hate, jealousy, heartaches, lessons begin." -- Rani Manicka in The Japanese's Lover.