Showing posts with label dari hati. Show all posts
Showing posts with label dari hati. Show all posts

Sunday, April 8, 2012

Wajah baru. Jilid baru.

Hey hey belog tersayang!

Lama sungguh saya abandonkan awak kan? Tak tak, jangan merajuk. Bukan saya lupa, tapi banyak sangat benda yang terjadi dalam bulan Februari dan Mac tempoh hari. Maafkan saya. Tapi saya perlukan masa dan ruang ketika itu. Haih, sungguh emosi. Haha!

Okay, saya dah buang sikit mekap mekap awak. So, biarkan putih bersih sesuci bayi gituu. Haha, ye, walaupun ada certain yang saya masih tak buang seperti gadget-gadget yang menepek di sebelah ini. Oh kenapa? Sebab saya rasa diorang penting. 1st gambar saya, itu gambar latest saya (latestlah sangat 3 bulan yang lepas kan? heksheks). Penting, sebab tak kenal maka tak cinta kan? Kena lah tau siapa empunya belog ni! (padahal muka tutup guna cawan air.pfft.kbai)

Yang kedua, part I LET YOU KNOW MY PAST. Yang itu memang tanak buang. Sebab my past is the one who shaped me, so I be the one who I am today. Kalau korang rasa nak godek-godek dari first post pun tadekhal. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan! Haha

Yang ketiga, Top #5. Okay, ini saya tak nampak kepentingan dia apa, tapi saya letak je supaya sape-sape nak baca post yang 'orang rasa best dan popular', boleh dengan bahagianya kelik di situ. Yes, kelik je. Jangan takut, tiada bayaran dikenakan! Just belanja saya makan nanti, okay? Ngahaha.

Yang keempat (Amboi, macam nak buat usul debat pulak yang ketiga keempat bernumbernumber gitu). Belog-belog walabom? Ha ambek kau. Ada banyak list belog kat situ, tapi yang appear hanya 5 belog yang ada recent updates. Ini semua rakan-rakan seperjuangan punya belog. Agak-agak nak cari jodoh ke, or nak tambah ilmu pengetahuan tentang kecantikan mahupun pengalaman, ha dipersilakan! Mereka hebat, sebab tu setara dengan nama WALABOM. Hihi

Yang kelima, followers. Pembaca setia yang tak pernah cuba unfollow. HAHAHA. Kalau korang nak tau bilalah update terbaru saya yang sejak berkurun lama publish, tekanlah follow. Bahagian followers tu macam 'Hall of Fame' lah. Haaa hanya yang setia je masuk dalam list. Ecewah ;')

Yang keenam, Formspring. Sungguh tak tipu. Lama gilaaaaa tak bukak FS. Nasib baik ingat password. So, siapa-siapa yang rasa malu nak tanya depan-depan, tanyalah kat situ. Nanti saya jawab, penuh keikhlasan!

Dan last but not least, tempat check sape singgah. Buah tangan amatlah dialukan! *kenyit mata tiga kali*

Ok, sekian itu sahaja update untuk hari ini. Esok saya exam round Obstetrics and Gynecology btw. Doakan! 10.00am-11.00am GMT +2. 60 Soalan MCQ. Terima kasih awak sekalian!



p/s: Yeahh, ke mari kauuuu examm! HIYAKKK!
p/s/s: Tak pernah aku memusuhi, mahupun membenci
p/s/s/s: double A and no title (?) Thanks! :)

Monday, March 26, 2012

Bersuara.

Maaf.
Mungkin ramai yang cuma mendengar di seberang sana.
Kerna aku tidak bijak menyusun kata.
Bagiku, biar sahaja sampai masa rasa dan akal aku dapat bedakan
Meletak satu garis yang aku bisa nukilkan.

Dan masa itu mungkin telah tiba
Kini aku perlu berhadapan dengan dunia
Agar terang dan nyata.

Dua.
Benar.
Untuk cerita suka dan seronok
Untuk cerita duka dan pedih
Semua termasuk dalam dua.

Tapi banyak luka dan parut yang masih berbisa
Yang aku masih belum bisa rawat
Luka lama, di toreh kembali
Luka lama, berdarah lagi
Mungkin aku terlalu murah dengan peluang
Beribu malah jutaan aku berikan
Sehingga kau tiada sedar hati ini menderita

Ku akui salahku
Sentiasa cuba bertahan sentiasa cuba bersabar
Tanpa sebarang kata
Sehingga kau tiada sedar dalam diam hati ini bersembilu

Tidak, tidak pernah aku pandang remeh dua ini.
Tidak pernah. Kerna itu aku tak pernah mengalah dalam mempertahankan dua ini
malahan inginkan tiga, empat, dan seterusnya
Bila bertelingkah, aku yang mengalah, kerana sayangnya pada dua ini.
Sakit hati ini kau bilang aku kejam, sakit hati ini kau bilang lagak
Tidak. Aku tidak pernah sebegitu.

Namun, untuk beberapa ketika kau biarkan aku sendiri
Untuk beberapa ketika kala mana aku paling perlu kau disisi
Kau telah membenarkan aku untuk berfikir untuk diri sendiri
Kau telah membenarkan aku untuk menilai diri
Ya, aku masih ada maruah
Ya, aku masih ada hati
Dan ya, aku masih punya harga di atas dunia ini.

Kekuatan aku kumpul, batiniah yang tidak pernah aku sedari
Tiap malam hanya ada air mata dan harus perlu mengukir senyum tawa esok hari
Sayang di hati tak pernah lepas
Apatah lagi mencari libas
Namun, ketidaktetapan perasaaan mu, amarahmu dikala lidah berlari laju
Apatah lagi peperangan minda yang kau cipta kepadaku selama ini
Masih menghantui.

Tarikh itu,
Kau tinggalkan aku, dengan lafaz Bismillah kau putuskan dua itu.
Aku termangu, tersedu.
Mahukan penjelasan, mahukan pengertian.
Minggu-minggu berlalu, masih tiada khabar darimu
saat itu sudah aku putuskan
jika benar aku ada makna untukmu, tiada akan kau biarku tergantung
dan untuk aku pastikan
aku gagahkan diri menghubungi
dan kau memberi jawapan, yang dalam sukar aku redhai
Tidak, kau tidak akan kembali.

Dalam kekabutan diri dan dalam kekalutan jiwa
Allah selamatkan diri aku, untuk tabahkan hati,
Datangkan padaku tangan gergasi menolak awan hitam ketepi
Dulu pernah ALLAH bagi aku petunjuk yang sama
Kali ini aku tak akan bongkak memandang sebelah mata
Benar, fizikalku lemah, namun hati aku tak akan mengalah.

Siapa kata begitu senang aku berubah
Siapa kata begitu senang aku mengganti
Tidak, amat sukar.
Namun aku perlu pandang ke hadapan, tiada lagi toleh belakang
kerana aku tak mau disakiti lagi.

Pengalaman telah merubah aku
Pengalaman telah mengajar aku
Luka mengentalkan jiwa
Pedih menguatkan raga
Sakit membuatku bangun semula
Benar ada ketikanya aku goyah
Namun akalku menghantar penanda
Cukuplah...

Namun, setelah kau rasa aku hampir terlepas dari tanganmu
Kau meminta, kau memohon, dengan pelbagai cara
Aku tau, kau telah usaha semua.
Untuk berubah, untuk mengubah.
Namun, janji itu bukan sekali dua kau beri, malah berkali
dan hati ini masih kau sakiti, dan acapkali terjadi kembali.
Dan aku tak mampu untuk berpatah, kerana hati ini telah ditegarkan.

Tak pernah ada dendam dalam hati padamu, kau yang pernah aku kongsikan hidup
Tak pernah ada rasa dengki padamu, kau yang pernah membawa gelak dan tawa
Beberapa ketika aku memohon petunjuk-Nya, aku yakin ini yang aku perlu lakukan
Walau kau ada didepan, memohon aku kembali
Sepertimana yang aku mahu sebelum ini.
Akhirnya, Kau, aku lepaskan.
Dan, ya, itu keputusan paling sukar pernah aku putuskan.

Terima kasih kerana mengajarku erti cinta kerna kau yang pertama
Terima kasih atas semua kenangan manis bersama
Kenangan pahit akan aku kambus dalam-dalam
kerana harapanku, kita berdua akan bahagia, walau tak bersama.
Halalkan makan minumku, halalkan perbuatanku, halalkan semuanya
Maafkan atas kesilapanku, yang aku sedari atau tidak
Begitu juga kepadamu, aku halalkan semuanya.

Dan paling penting sekali,
Ada maksudnya Allah benarkan kita bertemu, walau seketika.
Jaga dirimu baik-baik
Semoga Allah merahmati
Dan menemukanmu wanita yang 1000 kali baik daripadaku.
Waalaikumussalam, AMR.

Friday, February 24, 2012

Dearest Azie Nur'Auni binti Shbini,



24th February 2012, 4.15pm

Dearest Azie Nur'Auni binti Shbini,

Assalammualaikum. Ape khabar? Hehe mesti semua okay je kan, tak okay pun, just enjoy the ride lah. Hehehe. Ape perasaan masuk umur 22 ni? Best? Dah 22 tahun dah atas bumi Allah ni, kan? Semoga 21 tahun sebelum ini dah dimanfaatkan dengan baik.

Surat ini ditulis hanyalah untuk nasihat dan ingatan untuk awak menempuh 22 tahun ni. Lagipun, dah lama kan awak tak dapat surat? Haha. Bluekkk! Okay, kita mulakan dengan Bismillah.

Yang pertama, saya nak cakap, TAHNIAH :) Sebab awak dah lalui macam-macam. 1001 kesedihan (ecewah) 1001 kegembiraan, semua awak dah lalui. Semua tu akan dijadikan panduan untuk awak teruskan hidup pada masa akan datang, sama ada untuk awak, ataupun mereka di sekeliling awak nanti. So, jangan pernah menyesal atas setiap benda yang berlaku. Ada tersembunyi hikmahnya dalam tiap sesuatu. Baik yang buruk, mahupun yang baik. Percayalah, satu hari nanti awak akan nampak and terdetik dalam hati, "Ohhh, nasib baik dulu aku bla bla bla". Haaa gituu :P Kalau awak marah, sabarlah. Marah tu hasutan syaitan. Doakan yang terbaik untuk mereka yang membuat awak marah tu. Bukan kah itu lagi bagus? :)

Yang kedua, dalam tugas awak sebagai seorang anak dan kakak. Satu benda yang awak kena ingat, jangan pernah lupakan mak ayah awak. Tanpa diorang, awak boleh lahir? Tanpa diorang, awak boleh hidup sampai besar cenggini? Tanpa diorang, awak ada rumah, keluarga, dan kasih sayang? Tak ada. Awak mesti bersyukur, sebab tak semua orang lahir ada emak dan ayah. Mereka tak akan ada pernah duanya. Tiada pengganti. Jangan awak lupakan mereka, doakan mereka, sayangi mereka, dan kalau ade duit lebih tu, belanja mereka. Mungkin awak fikir, nanti aku dah kerja nanti, baru aku bagi duit kat mak bapak aku. Sekarang aku mana ada banyak duit. Tapi, siapa tahu, mungkin ajal awak tiba sebelum awak bekerja. At least, mereka mampu merasa duit dari anak mereka ni. Ala, paling tak pun, belanjalah KFC ke, mak awak kan suka KFC? Bapak awak belanjalah t-shirt ke, percayalah, dia akan suka ape-ape je yang awak bagi. Satu lagi yang penting untuk awak selalu beringat ialah awak anak sulung. Awak kakak kepada 8 adik-adik awak. Awak role model mereka. Awak yang meletakkan benchmark untuk mereka dalam hidup mereka. Baik buruk awak, semua dorang akan bandingkan. Jadi, jadilah kakak yang baik, tau? :) Jangan pernah bezakan kasih sayang antara adik-adik awak. Dah besar nanti, merekalah darah daging awak bila mak ayah awak dah tiada. Setiap kali balik, jangan lupa belikan mereka hadiah, souvenir, or ape-ape je lah. Itu tanda ingatan awak terhadap mereka. Macam awak selalu buat tu :) Sekecil manapun hadiah tu, trust me, dorang akan treasure it by their heart. Kalau gaduh tu, alaa itu perkara biasaaaa. Bak kata pepatah (ewah!), air dicincang tak akan putus. Hehe. Selalulah berada di sisi mereka bila mana mereka memerlukan awak, sebagai kawan atau sebagai kakak. Ok?

Sebagai seorang pelajar pula, harapan negara, agama, dan bangsa semua terletak di bahu awak. Even harapan mak/ayah/adik/makcik/pakcik/sepupu/nenek/datuk/kawan/cikgu/rakyat/bakal keluarga awak semuaaaa pun tergalas di bahu awak. Sanggup ke awak musnahkan harapan mereka yang tiap malam berdoa untuk awak? Membazirkan duit rakyat yang bayar cukai, dan disalurkan ke biasiswa awak? Awak pun mesti berharap untuk berjaya kan? Awak nak hancurkan harapan awak jugak? MESTI TAK NAK KAN? Jadi, jangan buang masa, belajar rajin-rajin, supaya awak boleh berjaya. Tak, jangan aim untuk dapatkan markah tertinggi. Markah itu tidak penting! Yang penting apa yang awak pelajari, dan mampu untuk dimanfaatkan kepada semua selepas belajar nanti. Benar, bidang perubatan ini tak pernah berada dalam list courses yang awak nak ambik. Saya ingat lagi awak pernah bagitau saya masa umur awak 16 tahun dulu, yang awak tak akan ambik medic. Ingat lagi tak? Tapi somehow, perancangan Allah memang mantap. Awak berada dalam dunia perubatan, malahan alhamdulillah awak sudah berada di tahun keempat. Awak ceritakan kepada saya setiap malam apa yang awak pelajari hari ini, malahan setiap keluh kesah awak yang awak kata tajuk ni susah, tak sanggup dah nak ambik medic, dan ada masa awak gembira sebab berjaya lulus menempuh exam dan tersentuh bila tau besar-Nya kebesaran Allah bila awak belajar tubuh badan manusia. Tapi saya bangga, kerana awak masih mampu bertahan, malahan semakin tabah. Sebab tu awak kena betulkan niat untuk belajar ni. Belajar ni jihad tau? Bertuah orang yang berpeluang untuk belajar.

Ha, tugas awak sebagai hamba Allah jangan diabaikan! Dunia ni cuma pinjaman dan persinggahan. Awak kena bekalkan diri awak sebaiknya untuk akhirat nanti. Jangan lupa solat 5 waktu. Berapa minit je pun sembahyang, kalau dok tengok Runningman 40minit tu boleh, takkan nak jumpa Pencipta awak 5 minit tak boleh? ;) Awak jangan lupa, jangan sombong dengan Allah tau. Dia tak pernah tinggalkan awak sorang-sorang. Dia tak pernah abaikan awak. Dia bagi awak oksigen, dia bagi awak kesihatan yang baik. Dia sayangkan awak. Sebab tu ada benda yang dia suruh kita buat, ada benda yang tak boleh langsung-langsung (haram) untuk kita buat. Sebab dia sayangkan awak. Jadi, tinggalkanlah larangan-Nya, patuhi suruhan-Nya. Bukan susah pun, malahan makin banyak pahala awak. Kata nak cantik luar dalam, kenalah terpancar NUR kat muka awak. Nama awak pun ada NUR kan? Hihi.

Bagaimana awak sebagai seorang kawan pula? Hari tu saya baca twitter awak. Awak kata awak nak a bestfriend, tapi true friend is REALLY HARD to find. Betul tu, saya setuju. Makin kita dewasa, makin kita kurang mengerti siapa kawan kita yang sebenarnya. Tak apa, jangan risau. By time, pengalaman akan menunjukkan siapa kawan yang setia bersama kita dalam susah dan senang. Tapi sebelum itu, awak kena menjadi true friend jugak. Jangan lupakan kawan-kawan lama bila berjumpa yang baru. Jangan abaikan yang baru bila bersama yang lama. Kawan-kawan ni ibarat keluarga kita bila mana kita jauh dari keluarga. Tanpa kawan, awak takkan mampu menempuhi hidup awak di perantauan ni. Tanpa kawan, awak takkan mampu tersenyum dan selesa di negara orang. Jadi, jika ada kawan yang dalam kesusahan, jadilah yang pertama untuk hulurkan tangan, atau pun bahu untuk mereka bersandar. Jadilah pendengar yang baik, jadilah pendukung yang baik. Jika ada yang salah, tegurlah dengan berhemah. Taw?

Dan last but not least, tugas awak sebagai seorang bakal isteri. Tak kisah lah kepada sesiapa pun, awak kena persiapkan diri awak dari sekarang. Belajar untuk menjaga diri, tak boleh sakit-sakit. Teruskan makan supplement yang awak makan sekarang. Jangan skip makan, exercise jangan lupa. Jaga muka, jaga kulit, jaga hati, jaga fikiran. Semua tu untuk kebaikan awak jugak. Haaa. Awak kena persiapkan diri awak. Dengan ilmu agama, ilmu rumahtangga, ilmu tambat hati suami (eh, janganlah blushing. kikiki). Semua tu sebenarnya dah kena start dari sekarang. Sebab awak dah masuk umur yang boleh kahwin dah. Tup,tup dah sampai masa, haa tadelah nervous nervous. Kalau awak belum pasti dengan jodoh awak, istikharah. Allah kan sayangkan awak? Tanya dia. Kalau awak heartbroken, sabar and let it go. Mungkin jodoh awak bukan dengan yang ini, tapi dengan yang itu. Tulang rusuk tidak akan tertukar. Kalau awak dah jumpa, jangan lupa untuk bersyukur, dan doakan semoga jodoh ini berpanjangan. InsyaAllah. Tapi jangan lupa perkara pertama yang awak kena ingat. SAYANGI DIRI AWAK. Ye, awak kena sayangi diri awak. :)

Hmm, okaylah. rasanya macam dah banyak sangat dah saya celoteh ni. Hihi. Sekali lagi, selamat hari jadi! Err, belated. hihi. 22 tahun dah awak ye? Ingat tau nasihat dan pesanan saya ni. Kalau awak perlukan apa-apa, panggil sahaja saya dalam diri awak tu. Saya sentiasa ada. So, semoga segala wishes awak tercapai! Semoga berjaya dunia dan akhirat, dan sentiasa dalam lindungan ALLAH. Amin! Bye-bye!

Ikhlas daripada;





(YOUR BELOVED YOURSELF)

p/s: thanks untuk semua yang celebrate birthday, all the wishes, and yang bagi hadiah. Sayang korang much much! :)


Tuesday, July 5, 2011

Marah.



Pernah tak kau berada pada satu titik dalam hidup kau, kau rasa kau benar benar tak kenal siapa diri kau? Kau ingat kau benar benar telah dapat mendefinisikan diri kau, tapi rupanya tidak?

Baru tadi, aku marah bagai orang gila. Baling barang itu, baling barang ini, hempas botol air, sampai hati aku puas. Aku hempas diri aku ke katil, aku baling segala yang ada. Aku menangis, tapi tidak keluar air mata. Hanya rasa kosong yang aku rasa.

Seminit kemudian, aku bangun, aku lihat diri aku di cermin. seminit dua aku terpaku melihat diri aku. Aku melihat seorang perempuan yang langsung aku tak kenali. Siapa engkau? Aku tak pernah tahu engkau siapa. Apa kau buat di sini? Terus, aku tarik nafas dalam dalam. Aku pejamkan mata. Aku lihat dalam diri aku. Tidak, ini bukan aku. Ini hasutan syaitan yang dilaknat oleh-Nya!

Aku tak pernah marah sebegini. Aku tak pernah mengamuk sebegini! Aku tak pernah baling baling barang sebegini. Aku tak pernah hempas hempas barang sebegini. TAK, DEMI ALLAH TIDAK PERNAH. Aku dalam masa seminit dua itu, berzikir nama Allah, ayat Kursi aku alunkan pada diri sendiri. Aku temui semula diri ini.

Aku kutip semula buku buku, headphone, botol air, aku letakkan di tempatnya kembali. Bantal bantal dan teddy bear di atas katil, aku susun semula. Aku duduk sebentar. Masih satu pertanyaan aku belum temui jawapan, kenapa aku sebegitu?

Terus, kaki dilangkah ke bilik air, wudu' diambil. Masih rasa kosong. Aku keliru. Ku capai telekung dan sejadah, ku capai jua Al-Quran. Aku selak satu persatu helaian Al Quran, Surah Al-Mulk menjadi pilihan.

Bismillahirrahmanirrahim. Pada ayat yang belas belas (aku kurang pasti), air mata aku mengalir tanpa sedar. Aku teruskan jua pembacaanku, namun aku makin menangis tanpa henti, malahan makin kuat esakannya. Nyata, aku sedih. Aku bukan sedih kerana apa, tetapi aku sedih kerana aku hilang siapa diri aku. Aku lupa pada-Nya sebenarnya. Aku lupa. Sepanjang pembacaan itu, aku membaca sambil teresak esak, mengadu pada DIA tanpa bicara, tapi dalam hati tak putus dari bicara, yang aku yakin aku tak bisa rungkai dengan kata kata.

Aku lupa pada diri aku. Aku lupa pada diri aku. Aku lupa siapa diri aku. Aku patah tonggak diri aku. Namun, usai sahaja Al-Mulk, aku berasa tenang. Tenang yang setenangnya...

Marah. Marah itu racun yang bisa menghancurkan hati dan diri. Marah itu titik hitam dalam diri kita. Marah itu boleh melenyapkan siapa kita. Ingatlah pada-Nya ketika marah. Itu nasihat aku pada diri aku. Ampunkan aku Ya Allah, kerana alpa pada-Mu. Ampunkan aku.


p/s: ...

Friday, June 24, 2011

Ya Allah, jagalah hatiku.




Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,

jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,

telah berjumpa pada taat padaMu,

telah bersatu dalam dakwah padaMU,

telah berpadu dalam membela syariatMu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya.

Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalanMu.




...dan doaku pada-Mu Ya Allah, andai aku dianugerahkan cinta, aku mohon padaMu agar cinta ini sentiasa dalam keberkatan, rahmat lindunganMU. Amin :)


p/s : ada tiga perkara yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Rezeki, ajal, dan jodoh.
p/s/s : panas gilaaaaaaaa -____-"

Monday, January 17, 2011

Aizat Ishak, This Is Your Present.



hahahaha. tadaaa! SORRYLAH HADIAH TAK MAHAL! -.-" tapi sedap kan dorang nyanyi? at least better dari you. HAHAHA! and they give that flower, instead of sunflower sebab kat planet dorang tadek sunflower.miahaha ;)

by the way everyone, budak ni dah mintak lame dah suruh tulis pasal die kat belog ni ha. so, let's take this chance, on your birthday to write about it ;)P .....and this is my present! lalaalalalalalala~~

we met mase english camp in my school tahun 2007. Dia ex-Sekolah Alam Shah. Well, time tu ade delivery bunga-bungaan, so die ni, menggedik jugak nak hantar bunga kat saya. he gave me a sunflower and a card, tulis "salam perkenalan, aizat ishak 017-XXXXXX ape ntah, tak ingat.haha!). saya ni plak mase tuh cam sapelah mamat gedik ni, tak kenal, hantar bunga. so i left it there camtu jelah. mase tengah cuti a week after that, barulah hantar message kat si aizat ni, cakap thanks for the sunflower. so, from there, bermulalah persahabatan kami.

my first impression to him? PLAYBOY. hahaha! sorry aizat, but memang tu lah. haha. ayat you nak manis je kan?? pastu bunga bunga lah ape lah. pfft. sebab tu lah malas nak layan. after SPM, we lost contact with each other. i guess sebab saye tukar number phone. and seriously memang tak ingat langsung pasal die. then, i got offer to Kolej Matrikulasi Penang, and since i dont have any other offer, sementara menunggu, masuk je la.

One day, i got a call from MARA, that i got scholarship to further my study ke Mesir. On my last day at matriks , time tu kat koperasi matriks kot, tiba-tiba i heard someone called me.

"AZIE! AZIE!"

macam pelik sebab tak penah penah kot orang panggil saye dengan name tu. biasa auni je. then i turned around, adelah sorang mamat tinggi ni ( SUMPAH TINGGI GILE!) . rasa macam kenal, tapi tak kenal. then he asked me.

"Azie? Ni Azie Nur'Auni Shbini, budak TKC, sarawak kan?"
"Err..aah.tapi ni sape ek?"
"Alaa..aizat!"
"Aizat? Aizat mane?"
" Aizat! Sunflower, ingat tak?"
"Oh hai!! Aizat bunga matahari tu kan?! hahahaha! Ya Allah, buat ape kat sini?"
*pfft. takkanlah kat matriks nak shopping kot. ape punye soalan lah auni..

Sumpah aizat, tak ingat langsung. Takyahlah nak tocing tocing. pfft. Tak sangka kitorang masuk matriks yang same pulak. Dah last day baru tahu. haha. After finishing packing and everything, kitorang borak borak and he gave me a big pack of cadburry blackforest chocolate. and since i dont have anything to give, i gave him my one and only bookmark, written on it, Now or Never. Tak sangka, friendship kitorang masih panjang lagi. AND the thing yang saye ingat sampai sekarang is die macam nak nangis bila kitorang jumpa balik. and macam tak terkata apa, sampai saye kene cakap, "er..asal senyap je?".pfft. aizat..aizat.. and die hantar saye ke van malam last tu, and paling lawak nye, dengan kain pelikat. hahaha! aiyo.and please take note here, i still ingat you as a playboy. haha!

then after that we still contact each other sampailah ke egypt. but we lost contact lagi sebab kalau tak salah, kali ni sebab you hilang phone kat aizat? entah tak ingat. haha.

bulan ganti bulan, tahun ganti tahun, in september 2010, suddenly ade satu message inbox kat fb. i opened it, and guess what, it's from aizat. Allah masih nak bagi jalan kat friendship kitorang. From that moment, kitorang jadi bestfriend :) if die ade masalah ngan awek die, die cerita. If die ada masalah ngan family die, die cerita, even ade seekor kucing suka jilat kaki die pun die nak cerita -.-". and yes, when i have problems too, he's there. when i'm down, he cheers me up. if i do have problem s with my bf pun, die lah yang jadi penasihat itu ini.

then i learnt that, he's not that playboy. he's friendly. but with a little bit of playboy sebab ayat die nak sweet sweet jek. pfft. but hey, die setia tau kat girlfriend die! ;) die anak yang baik, walaupun dah kehilangan ayah die 2 tahun lepas, tapi he's always there for his family. die sangat rapat ngan mama die. semua cerita even pasal saye suruh die campur ribena dalam 7up pastu sakit perut pun nak cerita kat mama die. ceh. manje! hahahaha! and then, die ni sensitif tau. huhu


To Aizat Ishak,

You are 21 years old now. time do fly fast kan? haha. be strong in whatever may come. jaga ha mimi tu elok elok. jangan dah menggatal ngan perempuan lain. tanak dah la malam malam call i, nangis (oops!) be a great marine engineer! i know you will one day! ade duit lebih, jangan lupe iphone i. wah! hahahaha. whatever it is, remember this. whenever you feel you are falling down, remember that you still have a long journey ahead you. life is meant to be explored. dont get stucked there! go up! up! UPP!! it's the matter of NOW or NEVER. even if you feel alone, dont you ever forget, your bestfriend is always here for you, though we part by miles and milessss away. and do smiles always, cause when you cry, you're not handsome. wait.. did i just said that you are handsome?? OH NO PLEASE. you are not! damn, why did i said that?? ok fine. ambiklah. you are handsome, but valid for one day only ok. on your birthday. esok, you are not. ha, pegi frame cepat cepat statement i ni ha. hari ni, i mengalah! haha! so, best of luck in your future undertaking. may Allah bless you always! HAPPY BIRTHDAY!

from your bestfriend far awayyyyyyyyyyyyy in Egypt and asking for iphone4 for her birthday gift;

p/s : hari ini tidur 12 jam. BENCI! :'(
p/s/s: wuwuwuwuwuwu

Friday, December 31, 2010

stop.start.now!






sometimes
when the decision had been made
there's a point
where you gonna look back
and asking yourself
"do i made the right choice?"

sometimes
when the path had been taken
there's a point
where you gonna look back
and asking yourself
"can i make a u-turn?"

but wherever it is whenever it is
there's one thing you have to remember
that you cant rewind your life
but
you can stop
and start a new one
NOW!
:)

p/s : stay with those who appreciate you in their life. who doesn't, don't waste your time
p/s/s : world is not revolve around you ;)

Monday, October 18, 2010

Lari



aku ingin berlari.
berlari bukan maknanya aku pergi.
atau takut atau pengecut.
aku mahu dunia tahu.
aku masih mampu berdiri.
meski luka masih berbisa.
aku berlari kerana mahu bernafas.
agar aku masih bernafas.
dan tetap bernafas.
walau ke mana tiada pasti
tapi satu aku tahu
tetap ada bulan dan mentari
esok hari
:)
p/s : dapat call free to sume etisalat's number. sape nak saya call? HEHE

Monday, May 17, 2010

you know.i'm always by your side

Aku tahu. Aku faham. Kerana ini bukan kali pertama. Biarkan dulu. Masa dan ruang. Itu yang kau perlu. Jangan sesekali kau lupa. Aku sentiasa bersama. Biar susah biar senang. Jerit sahaja. Pasti tiba. Ini cara engkau. Aku terima. Aku cuba. Namun jangan kau tenggelam. Hantarkan jua kata. Tenangkan gundah. Tenangkan gulana. Aku masih menanti. Sabar. Di hujung jalan ini. InsyaAllah pasti.

Ya Allah
Aku hamba-Mu yang hina
Yang kerdil penuh dosa
Menadahkan kedua tangan, memohon doa
Lindungilah mereka yang aku sayangi
dengan limpah rahmatMu
moga sentiasa di bawah lembayung keredhaanMu
Amin.
p/s : you know. i'm always by your side :)
p/s/s : sometime, we forgot that even little thing can make us happy like skype ngan papa n mama eza! ^_^
p/s/s/s : got lot to say. how i wish i can tell you the stories...



Sunday, May 16, 2010

2.08am







Kadang-kadang lidah jadi kelu
Tangan jadi bisu
Bila hati cuma yang mampu
Beri aku rasa itu
Agar ia tidak terkubur
dan melebur

....dan aku masih tercari
arti sebenar rasa ini, bukannya fantasi...


p/s : kenyang gile hari ni :( !
p/s/s : passport, konferm kene bayar expired ni..haih`~~



Tuesday, May 4, 2010

Makin Bosan



Dulu, everyday update belog. Ade je benda nak dicerita.Sekarang, memang makin banyak benda happen.Tapi sekarang dengan masalah itu ini, tuntutan zahir dan batin, macam-macam yang datang tanpa disangka-sangka ataupun yang disangka, last-last ni la jadiknya. Terbiar. Kalau ade benda update pun, banyak benda korang tak paham kan? Tape. Tape. Biarkan aje post-post tu. Tu hati kacau tu. HAHAHA.

So, I'm back! ^____^

Banyak benda yang happen dalam masa ni. Ada yang sedih, ada yang happy. Macam-macam.

Semalam baru gi Cairo, gi teman Azza beli hadiah birthday balak die, si Bai tu. After pusing punyelah pusing..last-last jumpe la gak kasut tu. Tapi tu ok lagi. Yang menyebabkan kitorang balik Mansura kol 2.30am ialah si Syakirah! Ade kejadian hebat. Macam drama kat kedai New Look. HAHA. Sebab nak aim gila satu baju, si Syakirah hampir harass minah arab ni yang tengah try baju tu kat fitting room. Hampir 2 jam gak la kat kedai tu semata-mata nak aim baju tu. Last-last, sekali harga dia LE250 laaaa.. Terus ta jadik.

Sampai umah, Toddy macam biasa jadi tempat luahan perasaan. Kol berapa baru tidur. Nasib baik sempat gi kelas. Walaupun ngantuk, tapi terus gak tu semangat dikentalkan. Kena pakai eyeliner sebab mata cam bengkak. Haa.,tips tu kot. Sila catat, HAHA. Siap pakai kebaya hijau agi ari ni. Ngan high heels hitam siap, clutch masa annual dinner lagi plak. Sampai masa praktikal si Munzir siap tegur, "Auni, ko ade function ke ape hari ni?". cam pelik gak actually sebab selalu kot pakai baju ni. Tapi tapelah. Maybe hari ni baru nampak kot. hoho.

Habis kelas tadi, terus balik. Walaupun tau kat umah bukan ade ape-ape, ape lagi kat uni kan. Tapi, sekurang-kurangnya kat umah ada laptop and bed yang sedapppp. And here i am. Still wearing kebaya hijau, lying on bed doing nothing. Memang bosan. Sekarang, everyday cam makin hari makin bosan. Tak tau la kenapa. Lagi-lagi hari ni. Tadi terkejut sebab tengok-tengok hari ni baru hari selasa. Cis. Ingatkan dah khamis ke

k la. membebel tak henti. Nak carik bende nak buat. So, later!


p/s : bought new jeans! :) and yes, 2 new shirts. HAHAHA ade sale lagi plak semalam. ngee
p/s/s : hari ni 4 MAY 2010
p/s/s/s : i wish rainbow would come across this rain.
p/s/s/s/s : let's see la ek..?




Saturday, May 1, 2010

Kita Mampu



maaf tak mengerti berlarimu punya langkah sendiri. maaf tak memahami diammu punya bicara sendiri. alur jejakmu ku tanjakkan dengan doa. andai perlu, kau laungkan saja. pasti terbang ke sana. usah gentar. jangan pernah kau berpatah. dalam ladang jagung itu. aku tahu. tinggi jalur daunnya bukan penghadangmu. sakit duri miangnya, kau mampu.usah gundah. aku masih menanti di hujung jalan. yakin. kau pasti keluar. berdiri, menunggu. ingat, kau punya janji. jangan mengada tak tepati :P



p/s: fahami engkau. fahami aku. kita mampu.
p/s/s/s: presentation? YES, tayah present! hahaha
p/s/s/s/s : lapar. seyes lapar. makan ape je dari pagi. lapar. L.A.P.A.R :(
p/s/s/s/s/s : selamat hari buruh semuaa! *cuti.heee~*


3 Coretan 1.59am



I
bulan. kadang kelam kadang terang. kalau kelam gelita malam. kalau terang bersinar bintang.ah.indah.sungguh.kerna bintang di sisi tetap menanti. sejalur cahaya saban hari. kongsi bersama. sinar malah suram. namun andai perlu sendiri, jangan pernah hilangkan diri.

II
jangan biar aku berlari tanpa tuju. jangan biar aku berjalan tanpa langkah. kepastianku kadangnya sentiasa berlegar. itu yang aku bimbangkan. hati ini penuh pujukan. dalam tiap detik yang penuh kepedihan. sampai bila. mohon sabar masih ada. bukan tinggi yang aku harapkan.tidak. aku tak pinta dimanja. aku tak minta dipuja. aku cuma mahu aku tahu.

III
senang sang semut menggalas gula. senang sang kumbang bertemu bunga. senang si kembara terisi perutnya. senang sang kecil beroleh jajan. senang ibu mendapat ciuman. senang sang rimba mendapat habuan. begitulah senang melihat senyuman. harap sentiasa ada kekalkan :)


p/s : abang, good luck interbiu kursus perguruan lepasan SPM this monday! :)
p/s/s : adik, best of luck exam next week!
p/s/s/s : ...hampir. phew~
p/s/s/s/s : kak samha!!! thanks spagethi and kek pisang and pulut hitam!!! owh owh. let the right one in sangat scary~! hahahaha XD

Friday, April 23, 2010

Oh Rain...







oh rain,
we really hope you are here
to wash away everything we fear

oh rain,
those storms wouldn't be again
what we need now is just a sunshine
that amid between the lines

oh rain,
we wish days flash by
clear off all now
the peace we crave and prayers is all we have

amin.

p/s : nauzubillah min zalik
p/s/s : result.oh.result.
p/s/s/s : l.y.t.a.r :)
p/s/s/s/s : 20/4/2009, the first one. Still remember? :D


Friday, March 26, 2010

Thanks Tau Awak :)





Awak.
Thanks for the pillows
Thanks for the hug
Thanks for the soothing mantra ;P *shuhhhhh*
Thanks for the kribs syokolatah *kreb cokelat ler.hee~*
Thanks for the hotchoc
Thanks for the mainan interaksi
Thanks for the ice cream vanilla + nescafe
Thanks for the date biscuits
Thanks for kedai asir yang tutup pule tadi

Thanks ok?
Really appreciate these

^_^

p/s : never enough
p/s/s : esok kelas satu je? dahlah sejam.ceh. baik cuti je terus.huhu
p/s/s/s : if u think u prob is big enough, there's someone with bigger prob out there



Saturday, March 13, 2010

Shoulder to Lean On






p/s : ye, saye tau. entri post blog makin pendek. ni semua sebab makin banyak benda kena handle. insyaAllah, will try to find one sweet day. rindu nak main-main ngan keyboard laptop lame-lame. heeeee~
p/s/s : buang jauh-jauh
p/s/s/s : pbl oh pbl..adeih2..
p/s/s/s/s : kenyang.thanks mi hongkong! :)

Wednesday, March 10, 2010

Abang, Good Luck Tau ! :)

Bang Yan dearest,

All the best for result SPM ni. Along sentiasa doakan abang, walaupun jauh.
Abang jangan risau, apa-apa pun yang abang dapat esok, along masih, tetap dan sentiasa bersama abang. Ok? You know along always be there for you, in every single tear and smile.
I know Allah always has the best plan for you. You know why? Coz you are my superb lil bro!
Heee~ -and yeah, coz I'm your awesome sister! hahaha ^_^
So, just have faith, bang. Dont you worry. I always pray for you every sec.
My dear abang, my friend, my gaduh-gaduh mate

BEST WISHES.


Friday, March 5, 2010

Please Sponsor My Dress. Thank You.



This is the first annual dinner of GMMSC which will be held on 19th March 2010. Sekarang ni, cerita yang nak dibincangkan bukan pasal nak pergi ke tanak sebab as an exco of GMMSC, of course la kene pegi.

masalah seantero dunia sekarang ni is tade baju nak pakai! tade yang sesuai. adeih-adeih. hum. tengoklah baju apa yang ada. asalkan pakai baju ye dok?


and the latest news, from LE 150, now the fee reduced to only LE 88!!!!
cepat wey cepat!! 200 seats jeee!!!


menyokong kenyataan nenek azza di blog nya kenapa kena pergi, hal ini kerana (dan ingin juga saya tokok tambah);

1. makanan grandddd dooowwwwhhhh!!! kat hotel lima bintang bintang bintang bintang bintang!
2. makanan sedap.takkan tanak?? (makan itu...makan ini....makan-makan..makan angin juge)
3. ade performance oleh artis misteriii...*mata dibesarkan menunjukkan kemisteriann*
4. lucky draw..ne tau anda bertuah? haaaa..
5. mystery gift to all yeahh..bagi yang unlucky tu, korang takkan balik ngan tangan kosong punyelaaahhh.
6. mingle with others..takkan nak terperuk kat rumah je tak jumpa masyarakat?
7. penyampaian for tokoh-tokoh akademik *konpem bukan saye*
7. king and queen of the night..*ni konpem bukan gak*. baju cantik-cantik pun tarak. YES! I need a sponsor! rizalman ke, jimmy choo ke...=) *banyak cantik muka kau!*

so sesape yang sudi nak sponsor baju, kasih sayang anda amatlah saya hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan million trillion terima kasih yang tak terhingga dari hujung rambut ke hujung kaki.*mate begenang.*

p/s : pakcik gas tanak antar gas kat umah dah! menci! huaaaaa :'(
p/s/s : 'ter'malas nak gi 2nd part conference. end up tidur sampai tengahari.huahua. SC Mega pun tak terpergi.
p/s/s/s : ke pasar membeli barangan dapur (rase cam dah besar plak...)
p/s/s/s/s : dah pandai da ek? hehehee


Thursday, March 4, 2010

only HE knows








i never know. no one knows. because only HE knows. what i know for the time being, yes, it is. And insyaAllah, it is. and if one day, i lose it, at least i know. it made me happy once :)


p/s : 13th egypt-france medicine conference 1st day tadi. esok sambung last. belum habis part 1 tadi, da cabut lari ngan kak didi.wakakaka~
p/s/s : akhirnyaaaa! yeahh cookies menjadi! *bangga diri sejenak. ye ar. 3 hari berturut-turut try. baru dapat petang tadi.ngeh3*


Tuesday, February 23, 2010

Unspoken Words


dear.
i guess turning 20 give me a whole new feeling in my life.
and a new chapter is released.
and we will see what will be written on it.
i aware, no one can speak the words on my lips.
yet, it is still a long journey to be taken.
will try my best.
the best i can do.
this i promise.
with love : auni

p/s : sem 4. tomorrow.
p/s/s : still you