Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, June 24, 2011

Ya Allah, jagalah hatiku.




Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,

jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,

telah berjumpa pada taat padaMu,

telah bersatu dalam dakwah padaMU,

telah berpadu dalam membela syariatMu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya.

Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalanMu.




...dan doaku pada-Mu Ya Allah, andai aku dianugerahkan cinta, aku mohon padaMu agar cinta ini sentiasa dalam keberkatan, rahmat lindunganMU. Amin :)


p/s : ada tiga perkara yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Rezeki, ajal, dan jodoh.
p/s/s : panas gilaaaaaaaa -____-"

Tuesday, July 13, 2010

Day 29 - i can't but i have to






Aku ingin bermimpi denganmu

Ke awana untuk teman bintang bulan

Kerananya lebih terang sinarnya

Dengan kehadiran kau dan aku


Bagiku kaulah yang terindah

Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku

Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku

Asyik memikirkan dirimu

Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku

Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati

Untuk terus ku teguh berdiri

Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu


p/s : ye, saya akan jaga ciko elok2! ;)
p/s/s : balik sarawak.huhu
p/s/s/s : :(


Friday, June 4, 2010

4 Jun 2010





hari ini adalah hari yang istimewa untuk saya yang saya nak kongsi dengan 2 orang yang mendapat title VVVVVVVVVV(infinity 'v')IP dalam hati saya. ngeheee. jengjengjeng! :)

1
HAPPY 44th BIRTHDAY to EMAK SAYE TERSHAYANG...howaaa! :)


tadi call rumah. kol 5pm malaysia camtulah. so, dengan menggunakan lowrate voip yang berbaki €0.43 sahaja, +6082-750*** terus didail.

KRING! KRING!
mak : hello?
anak bertuah : helloo aa, ini puan raobah ada ka? boleh kasi sama dia aa? (dialek cina sesat)
mak : ya,ya..ini puan raobah.
anak bertuah: oh, ini puan raobah maa~ ehem. *batuk2*happy birthday to youuu,happy birthdayy too youuu happy beday 2x happy beday to youuuuu!!
mak : hahaHAhahaa! along ek? HAHAHahahahHAHA

tet!

saya punya mak sudah kena tipu loh.haiya, itu sola anak keshayangan pun taboley kenal ka? saya memang pelakon handalan maa.hahaha!

2
6th :)


kamu, AAMR


^_^


p/s : jeles dorang sambut beday mak. hey, along nak gak laa! ;(
p/s/s : ..more to come, insyaAllah :)
p/s/s/s : MV Rachel Corrie is 150 miles away from the Gaza coast. Keep praying for them!


Sunday, May 23, 2010

Adakah Itu Cinta atau ... ?






Pagi semalam oleh sebab penangan nescafe yang beli semalam tu, grrr, susah gile nak tidur! dahlah kepala memang nak tidur gila-gila, mata memang dah layu habis daa, ambik Toddy, pusing-pusing kiri, pusing-pusing kanan, grrrr, memang tak dapat jugak :( Last-last tatau la macam mana, kul 2am lebih camtu baru dapat tidur kot. terbangun pukul 8.30am sebab alarm tepon asik nak memekikkk je, tutup (haha,macam biase lah), try sambung tidur, tak dapat! Dahla pening gila! PENING GILA ohkay?

Hmm, maybe sebab saya ni bukan jenis biasa minum nescafe, jadi memang teruk la sikit effect die.wah.hoho. bangun kol 10.30, makan breakfast (yes, saya telah menggoreng ayam yang dibeli semalam tuuu), terus after makan, pening lagi menyengat! grrr TERtidur.aiyark. bangun kol 1.30pm (-.-") okei sikit da kot.

Rupanya Aina pun sama gak. Die pun kene sakit kepala sebab minum nescafe. Ye la. Kitorang bukan jenis peminum tegar nescafe, sekali berlagak hebat nak minum nescafe malam-malam, hamek kau! haha.

Haaaaaa.tau sebenarnya korang nak baca yang bawah ni jek kan. Tapi tape. Layankan aje bebelan kat atas tu.hadoi.hakhak.

So, here's what i wanna share with you.
^_^

Adakah Itu Cinta atau ... ?

Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar
kencang dan suara kita tersekat di dada?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata
darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di
sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan
semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana
kita tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya
membuat hati kita melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita
mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari
hanya dia yang kita fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita
senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi…

Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara
sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami
… menarik kita mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu bahagian
dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat
itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa
kita begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian, itulah namanya CINTA
:)


yang pasti, padaNya itu tetap yang hakiki
--------------------------------------------------

Opss! Belum habis lagi.
Ni la menu dinner kitorang malam ni!

Ikan Singgang
Sambal Belacan
dan Sayur Goreng Su'un
(psssttt, su'un dari Malaysia tuuu hee~)

:)

p/s : yes, it is, insyaAllah. :)
p/s/s : camne nak habiskan nescafe tu ek? hm.
p/s/s/s : "keep it on track, Auni!" "Oh.Ok"



Tuesday, March 9, 2010

How to Find 'Chemistry' Through Eyes


p/s : Dr Adel Bondok tu professor neuroanatomy kitorang.die yang cakap macam ni masa lecture tadi. so,kire cam from medical opinion la kan.Betul tau. Die terangkan tadi kenapa and macam mane.. huhu. cube korang buat. berjaya nanti, bitau!
p/s/s : cakap pasal mata, teringat gamba Sharba ni which is the most famous cover of National Geographic Mag.
p/s/s/s : nanti nak try la. kene banyak main mate la pasni :P
p/s/s/s/s : honesty. that's it.
p/s/s/s/s/s : now, u can ask me anything here! <--click laa.


Wednesday, November 25, 2009

Pada Maha Cinta.

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdaMu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padaMu

Belum aku berjumpa
Belum aku menduga
Kini masih ku cuba lebih berikan cintaku untukMu
Padanya yang telah dierti moga ketemu nanti
Dalam redha Ilahi suci mekarnya berseri

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padaMu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Tiada yang tahu setiap mahuMu
Hanya mampu beredar memusing jalan berliku
Satukan jiwa hati setapak sudah diatur
Lihat sahaja apa yang menanti

Ketika cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padaMu atas segala cinta

Walau ada sang hujan
Ku percaya tiba suria
Dan padaMu aku tetap meletakkan segalanya
Jari masih disini setia mengulir masa
Ketentuannya padaMu, sampai bila-bila...

Monday, October 26, 2009

16 benda dan perkara yang saye nak sangat2!


semalam blackout.makanya, semalam tade post. haih~macam2 dugaan masuk winter ni. but as usual, tak sah if tak kene dugaan kat mesir nih. everyone must FACE it. huahuahua (gelak evil gile).tadi pon blackout, padahal petang tadi nampak cam ada pakcik lori electricity kat depan rumah. so, sementara ada elektrik ni, kena taip cecepat..ngahahaha~ =)

emm, so, semua orang ade keinginan masing2. ok. what i mean here is FOR DIRI SENDIRI.untuk mak bapak memangla ade kan? huhu. ade yang nak rumah tepi ladang, nak ada blackberry la, nak carik awek cunnnn macam megan fox, nak carik balak encem cam erm..ryan reynold? hehe.nak ade kereta BMW sendiri sebijik. ataupun mungkin nak lakukan something macam jalan-jalan kat paris ke, ataupun nak melancong ke las vegas ke..^_^ apa-apa pun keinginan korang, ade tak yang tercapai? kalau ade, tahniah!! bukan senang tau nak capai-capai ni, kalo tak cukup tinggi tak tercapai akalmuuuu...hehe~so, nak kongsi la sikit-sikit antara benda-benda yang mau dicapai.(mengangkat tangan setinggi-tingginya.haha!)

1. DSLR cam
adeih,satu je dah RM2000/-. bile la baru nak ade bende nih! sangat menyukai tangkap-ing gamba2! *sape2 yang memikirkan hadiah hari jadi i yang akan tiba tahun hadapan, sila la bagi dslr ni.sumpah sayang gila2!*

2.trench coat

seyesli! plan before balik egypt nak beli satu trench coat for winter. alahai~masalahnya time pegi dah habis sale! dan time pegi...kedai banyak dah tutup!!! (since flight ke kl lambat sampai..). nape oren? saje je.kaler lain pon boleh..tapi...oren cam lagi menarikkk je.. (suke tengok laki tinggi pakai trench coat hitam panjang-smart! ^_^)

3. kucing chumeyl

suke kucing comel sangat-sangat (yang tak comel sile try lain kali). nape kucing comel? nape? sebab name pun comel..haha!penah ade kucing entah berapa ekor.bulu chantik-chantik sumenye.tapi, jodoh kami tak panjang. Allah lebih menyayanginya...sekarang, tade kucing sebab tade sape nak jaga kat rumah.ku relakan kamu-kamu pergi dahulu......

4. trip around europe

bestttnnnyyyeeeeeeeeee trip!!!!! Ok,Paris dah (^_^). but sangat best kalau road trip.singgah sane, singgah sini. lebih-lebih lagi bila pergi ngan kawan-kawan. taknak ramai-ramai. 2,3 orang cukup. nanti penat nak ikut perangai sorang-sorang. tapi..lagi best kalau pergi ngan yang teristimewa..hahahha!

5. kebaya nyonya

kebaya nyonya itu ade nilai exotic yang sangat menarik!! taknak banyak, satu je pun dah cukup. termasuk dalam plan gak nak beli before balik egypt, malangnya....tak sempat jugak. akhirnya, impian tinggal impian..haih~

6. berlakon ^_^sangat suka berlakon! ok, yang ni bukan maksudnya bukan nak jadi pelakon macam ape..fasha sandha, fazura, bla..bla... tapi, berlakon untuk kepuasan sendiri. masa sekolah dulu selalu gak berlakon. bukan maksudnya HIPOKRIT (i hate hipocracy!), tapi bila berlakon it gives me a chance to feel/see from the other point of view.thus, it will gives us more understanding about others life and jadi orang lain.

7. nyanyi duet =)

dah selalu sangat nyanyi sorang-sorang. dari dalam bilik mandi sampailah ke pentas, semua dah try - tapi,nyanyi sorang2. suara memangla tak best (sedar diri) tapi nak try macam mane rase nyanyi duet. sampai hari ni, part pompuan auni nyanyi, part lelaki pon auni nyanyi. haha!

8. ade talkshow sendiri

macam oprah show tak??? hahaha.seyes tinggi gile angan-angan. memang susah, tapi tak mustahil? hahahahahahahahaha(gelak sampai jatuh kerusi). malas nak carik gamba lain.amek je la from previous post. haha. penah tanye bapak mase kat malaysia hari tu,

"pak, if along nak wat talk show macam oprah winfrey tu ok x?"
"boleh je. tapi, kene de skill communication betul2"
"ow.ok2 ^_^"

9. dancing terer gilel macam selena gomez


suke tarian zapin!! turun naik pusing, turun naik pusing. last perform tarian darjah 6. hahaha. ok, ni memang tade kaitan ngan selena gomez sebab die pon tak tau zapin tu ape. =) tapi sangat admire tarian die dalam cite "another cindrella story" part die nari ngan joey.part dalam gamba atas ni la..syok!

10. beach house

bayangkan after a long tiring weekdays, then weekend, korang naik bot gi sebuah pulau and duduk kat beach house yang sangat aman damai.konpem gile best!! hilang stressss! mau2 rumah sebijik macam atas ni..bestnye. =)

11. green dress

ok, yang ni bukan nak pakai tapi saje nak ade. haha. suke kaler die and design.simple =)

12.nak berbual ngan burung ^.^


nape burung? sebab..er...burung tu nampak peramah? hihi. tade la. sebab burung kan banyak terbang, banyak terbang banyak pengalaman, boleh la kitorang tukar-tukar pandangan. macam..em..
"burung, burung, kat mane ade nampak putera raja?"
"!@##%Rvt^^&&**BYg3@#$!$"
"oh..nanti burung tunjukkan ye?"
"!@#!!"

(pengaruh cerita-cerita disney)

13. mau terer macam Dr.HOUSE

bukan kerana ke'sinis'an nya, tapi kerana kepandaiannya mendiagnosis bende-bende yang kite tak sangka pun.sape yang tau cite ni, tau la macammane ke'terer'annya.kan?kannn??

14. mendekati alam environment

penah sekali dua ikut ayah and kadet remaja sekolah dia gi camping. sangat best!!! tapi tak dapat rase feel camping betul sebab makanan disedia, pastu ade je program2 dah diatur macam motivasi la, burung hantu la. nak feel macam tangkap ikan, bakar, then borak-borak sambil main gitar kat unggun api (macam tau je main gitar), makan-makan, bla...bla...bla... hiking mountain plak...ha! ni tak penah, but i'd loveeee to try it!! ^_^

15. nak ade rancangan travelling sendiri


tau channel astro 707? tau show passport to europe :samantha brown? tau show, Anthony Bourdain : No Reservation? OMG, i love these! sebab diorang banyak travel. sangat suke belajar pasal culture orang lain, tengok negara orang, belajar bahasa orang,and also mingle with others. bestnyeeee~~~ *continue dreaming*

16. macam biase la...nak bahagia, sihat sentiasa, jodoh yang baik, kerja yang baik, dimurahkan rezeki, diberkati hidup, bla..bla...bla.... (ala, macam korang semua gak la ^_^)

setakat ni, ni je la. lain-lain if ade teringat, nanti update. haha! so, planning for giving me a gift? sume dah ade kat atas ^_^ terima kasih tau!!!! hihihi

oh ya!!
lupe pulak
^_^

:::::::
:::::::
:::::::
:::::::::::::
:::::::
:::
.

dan anda pula bagaimana???

Saturday, October 24, 2009

perkara yang patut anda tahu tentang BAPAK saye - here's for you, pak! =)

petang tadi call family. cakap ngan ayah
"pak, batukla.maybe sebab winter kot"
"ha, tu la.makan lagi ice-cream"
"owh, baca belog along ek?"
"e'eh tadela"
"haha.tipu"
"la, kat skype tu kan ade link belog along, bapak baca la"

so, now i know. you read this blog ^_^
here's for you. the whole post =)

Tak semua daripada kita bernasib baik; mempunyai seorang lelaki yang dipanggil AYAH/BAPA/ DADDY/PAPA/WALID. Atas kenyataan itu, i am soooo grateful i have one. but, then, i feel moreeeee grateful sebab my dad isn't just a dad. he just simply.....SUPERB! ^_^ kenapa?

...sebab die tegas!
sejak kecil dah biasa dengan suara bapak yang garang.sumpah tak tipu! dalam keluarga kitorang, kezen2 pon kecut perut kalau bapak marah. rumah kitorang memang ade peraturan. antaranye, tak boleh bukak tv unless got the permission, must sleep at 9pm, tidur siang at least 1 hour, and the list goes on and on. ok, admit, auni memang nakal masa kecik (jangan gelak, korang pon same jee! ^_^) bila disuruh tidur siang, ok, auni masuk bilik.tutup muka ngan bantal. daydreaming la...bukan tidur pun. bila adik adik report "pak, along tak tidur siang" zus!!!! tangan kena pukul dengan rotan tali pinggang atau dapat 'hadiah', cubitan berbisa!! adeih~ terus tidur dengan linangan air mata. hahahaha! tapi, ketegasan itu mengajar auni hidup penuh disiplin diri dan respect myself.

...sebab die lembut hati.
susah tak korang nak tengok ayah korang menangis? susah kan? ramai lelaki yang terlalu ego dengan diri sendiri. tapi, ayah auni tak. kalau auni dah nak fly, auni paling tak tahan kalau tengok mata bapak. sebab? tak perlu dia menangis teresak-esak. mengeluarkan air mata and so on. perasaan dia terpancar terus dari mata dia. mata dia bergenang. tak perlu tunggu next second, auni dah nangis.teringat masa SPM, nak mintak maaf ampunkan dosa, halalkan makan minum, walaupun dia tak cakap dia nangis, auni tau dia nangis, and the second i know he is, i cry a river =) tu mengajar auni untuk jujur dan ikhlas dalam apa-apapun yang auni buat.sebab orang tahu masa bila kita jujur@ikhlas. ye tak? ^_^

...sebab die penyayang.
bila adik-adik menangis, dia cuba pujuk. bila kitorang nak sesuatu, dia cuba fulfillkan. dia akan cuba tolong kawan-kawan dia if there's any prob. bila mak penat sangat nak masak, dia akan masak.semua yang dia beli, kitorang semua kan dapat sama rata. tak kira yang kecik atau yang besar, semua sama rata. kalau beli baju, semua dapat baju. tapi saiz lain2 la kan.hahaha

...sebab dia sweet n romantik ^_^
romantik kat sini bukan sweet talker. it's his action. well, everyone knows action speaks louder than words. masa auni form 3 @ 4 @ 5, auni tak ingat dah bila, bapak kirim surat. sekali dengan surat tu, bapak sertakan RM1. RM1?? mesti korang pelik. biasanya kalau orang lain, parents dah bagi dah paling koman pun RM100. tak pun, RM200, 300. katanya,

"along, duit diukur bukan atas nilainya, tapi, bagaimana kita membelanjakannya"

bagi auni, tak perlu pun kirim duit. alhamdulillah auni dapat tajaan Yayasan Sarawak masa kat TKC dulu. walaupun tak seberapa mana pun, dapat survive. tapi significant duit itu bukan sekadar wang, nyata bagi auni kasih sayang dikirimkan. bukan maksud auni, duit itu kasih sayang, tapi, ingatan itu menunjukkan kasih sayang. tak caye? ade lagi..

"along, anggaplah patung yang besar ni bapak, yang kecik itu along."
it was ala..yang dalam globe kalau kite goncang ade salji2 tu. haha! ade dua patung Pooh dalam tu. yang besar sedang peluk yang kecik.so, before auni balik TKC, dia hadiahkan kat auni. sampai sekarang ade lagi kat bilik.

...sebab die lawak =)
bile time tengah sedih-sedih, ade je lawak yang die buat. kalau dengan geng2 die, ape lagi. gamat je office bilik guru. kalau orang cakap, "eh, anak u comel-comel la". die akan cakap, "mestilah, tengokla bapak die". kalau orang cakap, "pandaila u buat benda ni", die akan cakap, "mestilah, dah berapa kali masuk olimpik acara ni". kalau auni call bapak, tak sah kalau tak gaduh siapa lagi comel! haha, pak, u lighten up my days =)

...sebab die pandai merancang.
orang penah cakap buruk, kate bapak nak menunjuk beli kereta besar.orang penah gak cakap buruk, kate bapak nak menyombong beli rumah 2,3 bijik. mulut orang tak penah tutup. tapi sekarang??? sume diam. mase bapak jaga PMR, sume cikgu tanye, macam mane sebagai guru biasa, boleh beli itu ini? bapak beli kereta besar sebab dia tahu die akan ade anak ramai - 9 ORANG! alasan bapak, biarlah semua kita dapat merasa aircond satu sorang bila jalan2=). rumah pulak? harga rumah semakin hari semakin naik. ayah beli rumah bukan nak duduk tetap, tapi PELABURAN. dulu, beli rumah kat kuching.bila ayah jual, dapat double price from harga asal. duit yang ade, untuk buat rumah sekarang, and beli satu rumah teres. rumah teres tu pulak untuk disewa. macam orang lain jugak, masing2 ade second job. so, bapak bukak pusat tuisyen. pusat tuisyen tak perlukan modal banyak. as pengurus, urus je. tak yah everyday kene jage. and education never ends right? so, it's a loooooooong term business.

...sebab die pandai masak.
every weekend, die akan masak breakfast untuk kitorang. spagethi and macam2 lagi. bila masuk pertandingan masak, dia selalu dapat johan.bagi je apa-apa barang, dia akan tukar jadi something yang sedap! dia suka create macam-macam. ni campur ni, tu campur tu.
"kalau nak masak, kite kene fahami tekstur makanan tu", katanya bila nak kacau tepung goreng pisang. tak penah tau pun perlu tau tekstur tepung ^_^

...sebab die understanding.
dulu,mp3 auni rosak sebab adik2 auni selalu pakai.i didnt cry, and i didnt say anything, but i feel sooo terkilan. coz i bought it myself. then, when i got MARA scholarship, bapak give me something. he give me a new mp4! he said," ni hadiah dari keluarga. kasih sayang kami sentiasa berada di sisi along, seperti mana mp4 ni sentiasa di sisi along". i cried, yes, i do ^_^

...sebab die selalu ada di sisi even if he's not there.
mase kat TKC, die selalu bagi surat.die suruh adik-adik tulis surat jugak.macam kelakar sebab ade satu surat, ade kesan lipstick adik yang baru 2 years old. ade gak kesan tapak kaki adik yang baru few months. he made simple things beautiful. before exam, mesti ade card die anta. even sekarang pun, everyday message.
"jangan risau.doa kami sentiasa temani along"
bila kat rumah, sangat bersyukur sebab die sentiasa ada for us 24/7. mendengar komplen2 kami setiap hari, fighting dengan adik2, and everything! =P

...sebab die a good listener.
bila auni ada masalah, auni cerita semua. auni open ngan bapak. die dengar dan die sentiasa agree with me ^_^. nak gosip? boleh je, lepas tu ade la ceramah n peringatan yang diberi..hihihi

...sebab die a good motivator

first time masuk TKC, auni asek homesick. tapi, bapak selalu pesan. and, sekarang pun...

"along, rindu itu cuma permainan perasaan je"


"along, it's just got jealous of your azam nak belajar. when u kalah dengan perasaan tu, u kalah seumur hidup.when u menang, u win always"

"along, kita takda harta banyak. kita takda duit banyak. jadi, ubahlah kehidupan kita. orang berjaya adalah orang biasa yang punya azam dan usaha luar biasa"

"along, hanya orang yang kalah kenal erti kalah"

hasilnya? i learn to be a independent and now,i'm glad i am.

...sebab die appreciate kitorang sume.
mase balek malaysia last sem, auni bagi gelang kokka. die pakai. tak tanggal2 sampai sekarang. kalau ade birthday sesiapa, dia akan bawak satu family (except birthday boy/girl - kene dok umah je,ok? ^^) pegi kedai. bagi seringgit sorang, beli hadiah. seringgit? cukup ke?? bagi certain of kita, tak sah kalau tak bagi yang mahal2. mesti ada brand. tapi, bagi kitaorang, cukup kalau sekadar pen @ bola mainan @ frame gambar buat sendiri @ card handmade. bukan harga yang penting, tapi betapa orang tu menghargai kita dalam hidup mereka ^_^

...sebab die tak pernah kata "tengoklah, nanti konpem tak jadi".
bila kitorang decide nak masuk pertandingan, die akan cakap, buat betul-betul, sepenuh hati. die tak pernah mengekang ape minat kitorang. auni masuk pidato, bercerita, itu, ini, die sentiasa datang nak bagi sokongan, walaupun dia terpaksa escape kelas sometimes.hehehe.adik auni or auni sendir masuk sayembara puisi, karaoke, die bagi semua. and as usual, he always there, standing with smile, and claps, walaupun suare macam ...

...sebab dia sentiasa dahulukan orang lain sebelum diri sendiri.
oleh kerana ade masalah internet, antivirus komputer auni di deletekan. so, hari tu, bapak gi beli antivirus yang for 3 users untuk komputer die after at last dapat carik 2 orang lagi kawan dia. then, auni cakap, "pak, nak antivirus gak la". then die cakap, "takpe. ambik bapak punye dulu. nanti bapak carik orang lain yang nak share" - walaupun die tau susah gak nak carik lagi 2 orang yang lain...

...sebab dia adalah die.

..and the list goes on and on...........

nape auni tak buat list 1,2,3? sebab the reasons are countless. tak cukup page ni if nak beritahu kenapa.

to my bapak dearest,
thanks for everything
every tears and smile
thanks
i cant say anything more
but
thanks
i cant write more
coz these tears may fall
and rosakkan laptop ni.hihi
thanks
and thanks
and
i know u gonna read this
so,
just want to say
which i never say directly
but truly from my heart
.
..
....
........
..............
......................
..............
.........
....
..
.
I LOVE YOU

along

Friday, October 23, 2009

Aku Jatuh Cinta?


AKU JATUH CINTA?
pasti ramai yang gelak
dan
pasti ramai yang tak percaya

zan penah cakap
"jangan nak tipu.bila mase awak ade boyfriend?"
aina pernah kata
"ko de balak ke?"

status fb aina pagi tadi
"..semua dah berpunya.aku bila lagi?..."
haha
that's suppose to be mine. lol

tapi yang pasti
i'm not falling in love yet
to be spesific
tak pernah lagi bercinta
(^.^)

mase tengah bosan
jumping from one blog to another
ade yang dikenali
ade yang tak
tapi yang pasti
semua ada kisah-kisah tersendiri

terjumpa satu blog
penuh dengan kisah dia dan balak dia
macam mana mereka start kenal
sampai hari ini
and she's so sure that he's her true love
tapi till now i keep wondering
how these people
yang sudah jatuh cinta dan tengah bercinta
feel so sure about this?
hanya mereka yang tau
betul kan?

maybe sebab saye tak pernah bercinta
make tak pernah tau pasal cinta
tapi apa yang pasti
many experiences experienced by my friends
which i really understand
so
i'm not naive
but
just that
tak paham

but i know
i will know it when the time comes
sebabnye
bende dalam hati memang susah nak diterangkan dengan lidah
hanya hati yang merasainya
so
biarkan je la
nanti-nanti datang la tu
bila?
jangan tanye
sebab saye pun tak tahu ^_^

it's not that i'm choosy
tapi still never have the feeling of
"OMG, why my heart pounding?"
"i know he's meant for me"
and
...........
"I LOVE HIM"

bile pergi U,
selalu nampak couple-couple
sentiasa doakan mereka bahagia
dan mereka dah jumpe true love

pernah ke usha orang?
haha.tipu la tak pernah
tapi usha setakat usha
tak lebih
teringat fizerk cakap, mase form 5
"auni, fizerk hairan la. auni tak pernah ke minat sesiapa?"
teringat eza merican pernah tanya
ok, die memang selalu tanya ^^
"auni, bila ko nak jumpe cinta ko?"
dan
teringat aina yang selalu sangat tanya
"auni, cepatla ade boyfriend!"
hahaha
jawapan untuk mereka semua sama
"---------senyum----------"
mau elakkan bercakap sesuatu yang belum pasti

mungkin sebab dah nak masuk umur 20-an
mula lah fikiran menerewang
hahaha
bagi yang bercinta
lindungilah ia dengan sempurna
sebab
dua insan itu saling melengkapi
sebab
cinta ialah suci
maka
jagalah ia seperti jaga diri sendiri
paling penting
dirahmati-Nya.

bagi yang belum
tapi pernah ada cinta
jangan putus asa
sebab
kite kene tau the WRONG one
so
nanti kite tau the RIGHT one
kan?
doa-doakan
yang baik pasti akan dapat yang baik
ingatlah janji Allah kepada yang berusaha
^_^

bagi yang belum
betul-betul belum ek? huhu
we're in the same boat then
pasti lagi faham what i mean
tapi jangan terburu-buru
lagi dicari, lagi lah ia lari
biar ia datang sendiri
suatu hari nanti
jangan risau =)
sebab
jodoh pertemuan di tangan TUHAN.

cuma
jangan ingin bercinta
kerana sangat menginginkannya
sebab
itu nafsu
yang didorong oleh anasir lain
tapi
carilah cinta kerana inginkan ketenangan
untuk mencari the other half of diri sendiri

jadi
AKU JATUH CINTA?
tak
belum lagi
tapi
yang pasti
ku ingin lebih cintai-Nya