Sunday, May 23, 2010

Adakah Itu Cinta atau ... ?






Pagi semalam oleh sebab penangan nescafe yang beli semalam tu, grrr, susah gile nak tidur! dahlah kepala memang nak tidur gila-gila, mata memang dah layu habis daa, ambik Toddy, pusing-pusing kiri, pusing-pusing kanan, grrrr, memang tak dapat jugak :( Last-last tatau la macam mana, kul 2am lebih camtu baru dapat tidur kot. terbangun pukul 8.30am sebab alarm tepon asik nak memekikkk je, tutup (haha,macam biase lah), try sambung tidur, tak dapat! Dahla pening gila! PENING GILA ohkay?

Hmm, maybe sebab saya ni bukan jenis biasa minum nescafe, jadi memang teruk la sikit effect die.wah.hoho. bangun kol 10.30, makan breakfast (yes, saya telah menggoreng ayam yang dibeli semalam tuuu), terus after makan, pening lagi menyengat! grrr TERtidur.aiyark. bangun kol 1.30pm (-.-") okei sikit da kot.

Rupanya Aina pun sama gak. Die pun kene sakit kepala sebab minum nescafe. Ye la. Kitorang bukan jenis peminum tegar nescafe, sekali berlagak hebat nak minum nescafe malam-malam, hamek kau! haha.

Haaaaaa.tau sebenarnya korang nak baca yang bawah ni jek kan. Tapi tape. Layankan aje bebelan kat atas tu.hadoi.hakhak.

So, here's what i wanna share with you.
^_^

Adakah Itu Cinta atau ... ?

Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar
kencang dan suara kita tersekat di dada?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata
darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di
sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan
semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana
kita tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya
membuat hati kita melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita
mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari
hanya dia yang kita fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita
senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi…

Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara
sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami
… menarik kita mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu bahagian
dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat
itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa
kita begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian, itulah namanya CINTA
:)


yang pasti, padaNya itu tetap yang hakiki
--------------------------------------------------

Opss! Belum habis lagi.
Ni la menu dinner kitorang malam ni!

Ikan Singgang
Sambal Belacan
dan Sayur Goreng Su'un
(psssttt, su'un dari Malaysia tuuu hee~)

:)

p/s : yes, it is, insyaAllah. :)
p/s/s : camne nak habiskan nescafe tu ek? hm.
p/s/s/s : "keep it on track, Auni!" "Oh.Ok"



No comments: