Saturday, May 1, 2010

3 Coretan 1.59am



I
bulan. kadang kelam kadang terang. kalau kelam gelita malam. kalau terang bersinar bintang.ah.indah.sungguh.kerna bintang di sisi tetap menanti. sejalur cahaya saban hari. kongsi bersama. sinar malah suram. namun andai perlu sendiri, jangan pernah hilangkan diri.

II
jangan biar aku berlari tanpa tuju. jangan biar aku berjalan tanpa langkah. kepastianku kadangnya sentiasa berlegar. itu yang aku bimbangkan. hati ini penuh pujukan. dalam tiap detik yang penuh kepedihan. sampai bila. mohon sabar masih ada. bukan tinggi yang aku harapkan.tidak. aku tak pinta dimanja. aku tak minta dipuja. aku cuma mahu aku tahu.

III
senang sang semut menggalas gula. senang sang kumbang bertemu bunga. senang si kembara terisi perutnya. senang sang kecil beroleh jajan. senang ibu mendapat ciuman. senang sang rimba mendapat habuan. begitulah senang melihat senyuman. harap sentiasa ada kekalkan :)


p/s : abang, good luck interbiu kursus perguruan lepasan SPM this monday! :)
p/s/s : adik, best of luck exam next week!
p/s/s/s : ...hampir. phew~
p/s/s/s/s : kak samha!!! thanks spagethi and kek pisang and pulut hitam!!! owh owh. let the right one in sangat scary~! hahahaha XD

3 comments:

Mel said...

pandai jugak berpuisi.

Hafeez Darraji said...

guru. murid degil permainannya. bukan guru nak mendabik dada. nasihat itu untuk pakai guna. guru tak perlu mendabik dada. murid itu manusia. sejarah, tatabahasa, kira-kira. murid yang pilih jua.

mintak tolong paham aje kenapa.

aunishbini said...

Ir,
hai :) ahaha. ni kire puisi ek? kalo camtu,kire bolehlaa sikit-sikit.heheheee

afiqrozain,
i bace komen u, teringat cikgu sejarah i mase form bape x igt. siap merajuk tanak mengajar. igt lagi pujuk2 die kat staff room. heheheee~
*peace cikgu!* :P