Dari kecik-kecik dulu, mak and bapak saya memang dah ajar anak die berjiwa halus,peka dengan keadaan sekitar, empati, dan segala bagai perasaan la pendek kata. Kalau ada pengemis tepi jalan, dari kecik dah diajar, "Nah, along amek 20sen ni, bagi kat makcik tu". Kalau nampak kawan-kawan kat tepi apabila engkau membawa satu tupperware bekal makanan, makesure cakap " Awak, awak nak rasa sikit? Amiklah.Mak kite buat". Walaupun kekadang dalam hati nak makan semua.tetttt.hehe
Selain tu, bapak try ajar saya untuk faham perasaan orang melalui pembacaan novel. First novel yang saya baca adalah novel Korban Kasih, by Fatimah Saidin. Yang memperkenalkan novel ni adalah bapak saya. And, this novel really changed my life. Kisah die tentang satu keluarga, yang digambarkan dari kaca mata budak perempuan berumur 4 tahun, yang mempunyai 5 adik beradik, dan dua daripadanya adalah abang kembar. (asal ulasan ni macam ulasan dewan bahasa dan pustaka? hoho)
Kisah ni tentang kasih sayang dalam keluarga. Sampai sekarang ada lagi novel ni kat umah. Entah berapa kali dah khatam. Kalo Fatimah Saidin tu buat pertandingan sapa yang mampu cerita balik kisah tu ikut babak, saya yakin pasti saya menang. hehe.
Bila dah besar, bapak and emak selalu bagi kata-kata meruntun perasaan. Aduh. Contohnya, kalau ada cerekarama TV3, selalunya cerita telemovie malam-malam raya, macam Pondok Buruk tentang kasih sayang seorang emak (kalau ada yang pernah tengok tu taula),mesti mak akan cakap, "Ha..nanti korang semua dah besar mesti buat mak macam tu. Mak duduk sorang-sorang kat kampung". Start la drama sebabak =_="
Takpun, korang ingat tak iklan petronas tu? Yang bapak die sakit, pastu anak die cam tanak jaga, tapi die kena jaga gak. Mula-mula, die bagi makan pinggan elok, pastu pecah. Last-last die bagi makan kat luar, gune pinggan plastik, sama macam dorang bagi kucing dorang makan. Yang part ni, bapak plak masuk jarum. "Ha..camnilaa korang dah besar nanti kan?"
Semua diam.
Takde anak yang tanak balas jasa mak bapak dorang :)
(kalau anak yang tak kenang budi tu, lain cerita)
Pengalaman paling banyak mengajar sebenarnya, Kadang-kadang ada certain perasaan yang kita tak pernah tau, kita rasai dalam satu-satu peringkat hidup kita. Selepas tu, baru kita faham and tau rasanya. jangan pelik kalau ada orang yang membenci sehinggakan tengok nama die pun nak muntah. Haa..kite maybe tak faham, sebab kita tatau camne rasanya. Nanti-nanti, kalau benda yang sama happen kat kita, barulah nanti kita akan faham.
Or takpun, jangan heran kalau ada orang yang mencintai seseorang sehingga walaupun pasangan die dah tade, die memang takkan dapat replace orang tu sampai bila-bila. Kita senanglah cakap, ek eleh, nak tunjuk cinta dia tu tulus putih berseri la tu. Haa..nanti kalau kena, baru tau camna.
Kesabaran. Part ni memang payah. Setiap orang ada level kesabaran masing-masing. Tak kisahlah tinggi rendah, semuanya atas didikan. Mendidik hati dalam bab kesabaran ni tak diajar macam kat sekolah, ada silibus. Bab ni kene ada kesedaran masing-masing, Kalau ikut sangat hati ni, memang mati. Sebab tu kena didik.
Kuat atau lemahnya semangat pun dari hati. Kadang-kadang kita tak dapat nak tanggung sendiri. Sebab tu lah kita kena sokong sesiapa yang memerlukan. Jangan ego jika memang benar anda tak dapat tanggung seorang. Jangan deny yang memang benar kita memang perlukan someone untuk kita share masalah. Happiness if we shared, it is doubled, sadness if we shared, it is halved. Percayalah.
Hati memang perlu didikan.
:)
p/s : potpetpotpet petang rabu
p/s/s : hai awak :)
No comments:
Post a Comment