Friday, January 7, 2011

bagaimana nak 'up'kan semangat study : versi saya


google lukisan pasal motivation, ni yang kuar. pandai pandai ah korang tafsir ye. hehehe

hari ini semangat nak belajar tu memang tahap ZERO DEFECT dah. pfft~
tak sedar tu exam tinggal 13hari lagi. ngaaaa :S
dahlah bangun lambat. almaklumlah tetiba plak tengahari tadi hujan, terus degil nak keluar dari selimut.tengok tengok laptop, malas nak bukak lecture.
tengok tengok notes, malas nak sentuh.
korang pernah tak jadi macam ni?
ah sungguh hipokrit lah kan korang kalau gile lah study 24/7 tak ade sekali pun rasa macam ah-aku-malas-dahlah-nak-belajar-lantaklah-hari-ni-aku-nak-buat-apapun!!

haaa nak mengaku tak? mengaku tak? ALAAA...MENGAKU JE LAH! TAKKAN LAH SAYE SORANG RASA MACAM NI! pfft~ *.*

setelah itu, saye came out with several ideas. ini cara yang saye buat hari ini lah. diulangi. INI CARA SAYA. haha.

1. call family
haaa. ini cara terbaikkk punyee! korang call family, call ayah/mak dulu. nak tanak, mesti call dorang dulu. sebab ape? sebab kalau korang call adik beradik korang, nanti korang mesti gaduh,merapu dulu. so, kesimpulannya, call ayah/mak dulu. tadi call bapak. inilah perbualan kami:

bapak : hello. along ek?
saya : aah. bapak buat ape?
bapak : baru nak tutup tuisyen. dah nak balik. sihat tak ni?
saya : sihat sihat. sikit je tinggal selsema semua.
bapak : ohhh. elok elok lah. sekarang study leave kan?
saya : aah. pak, along rasa malassssssssss gileeeeeeeeeeee nak belajar sekarang ni! *sambil main kaki*
bapak: ha? asal pulak malas? jangan macam tu long. try naikkan pointer untuk kali ini.
saya : sebab sekarang sejuk. tadi hujan. pastu dengan katil ni ha. hehehehehee
bapak : haish. jangan camtu. belajar elok elok. pastikan pointer tu naik!
saya : hehehe insyaAllahhh...

dengan mak pulak

mak : along, buat ape tu?
saya : hehe tengah malas belajarrrr laahhh!!
mak : oh. takpe takpe. relax relax lah dulu. tapi janganlah relax sangat.
saya : hehee tu lah. dengan hujan ni, sejuk sejuk. katil pun sedappp
mak : masa belajar, belajar. masa rehat, rehat. buat elok elok exam tu nanti
saya : hehehe okayy!

habis habis je bercakap dengan mak ayah, barulah up sikit semangat nak belajar. demi mereka yang punya harapan kat kite setinggi gunung! *nada pengetua sekolah*

2. skype dengan kawan kawan
tadi masa tengah meroyan gile down semangat nak study, terus buzz kawan yang online skype. terus skype dengan Shida and Fizerk kat UK. apelagi, borak sakan lah! pastu cakaplah dengan dorang, "shida, fizerk, malas gile nak study ni haaa!!". So, mereka sebagai manusia bergelar rakan patutlah kan memberi semangat dan nasihat. hahaha. adelah jugak dapat nasihat dari dorang, siap bukak Al-Quran lagi ha. hahaha! thanksss :)

3. renovate belog
semangat renovate belog tu datang sekali dalam setahun tahun kot. haaa. bila belog saye dah up sikit, semangat nak meneruskan penceritaan hari hari and nak update pasal belajar ape, up lah jugak secara tak langsung. tehaha!

4. kemas bilik
yang ni lagi satu. kalau bilik bersepah macam hape titanic pun tak secomot macam tu, ape lagi, silalah kemas kemas bilik tu ha (walaupun bilik tadelah sepah mana,(ayat cover) tapi i prefer to study in a clean and neat condition. baru selesa !). so, bila dah berseri bilik, semangat nak study up up and beyondd! hoho

5. tampal benda apa nak kena belajar
bukan tampal nota tau, tapi tampal apa yang kena revised and belajar! so bile tengok je kat list list tu, terus rasa kecut perut sebab macam banyak gile lagi kene revised! *tadi baru print 2 jadual. pfft*

6. makan secukupnya
korang teringin makan ape? makan! korang teringin nak masak ape? masak! bila semua tu korang dah dapat, korang pasti lebih semangat!

7. tampal gambar mak/bapak kat dinding atau laptop
supaya korang rasa bersalah setiap kali nak buat benda tak berfaedah, hehe

8. tulis besar besar reason kenapa korang nak berjaya!
contohnye macam shida cakap = supaya orang dengar ape kite cakap. or mestilah kite ade reason masing masing kenapa kan? so, tulis besar besar, and BEAR IN MIND SENTIASA!

9. give yourself a reward after studying
ini memang dari dulu lagi amalkan. contohnye, tengok movie ke, or main game ke, or chat dengan orlando bloom ke, pfft.

itulah serba sedikit cara caranya. haha! banyak lagi cara boleh kite buat, tapi setakat ni, ni je lah yang termampu nak taip. haha! okay okay. semoga kita sentiasa ada semangat nak study. name pun student kan. hohoho.

p/s : hari yang haru biru hagemaru. haha! hujan!
p/s/s : lapar la pulak tengah tengah malam ni. haish!

4 comments:

saya_arief said...

nombor 6 tu penting.
:D

aunishbini said...

yeahhh itulah yang paling!! ;)P

ASaDa RyutaRo said...

bok jak marek berik reward ngan dirik mpun, nangga movie. pasya lu lekat depan pc. hahaha..

aunishbini said...

hahaha! ya baruk ;)P