Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al Kareem






SALAM RAMADHAN AL KAREEM SEMUAAAAA !!


p/s : still not well. so post pasal hari aspreasisasi (?) seni akan di postponed.
p/s/s : alhamdulillah

Saturday, July 30, 2011

Get My Life




I got so much to tell you today, since hari ni I attended a majlis, Hari Asperiasi Seni SMK KOta Samarahan, sekolah bapak. But I am sorry. I am not in a good mood now. Why? Let me simplify it, I told my dad that I want to work as a part time, just like last year, i asked the same thing too. But then, the answer is still like last year too, "Sempatke? Nanti nak cuti susah, nak raya lagi". Well, i know, but then, how can i know benda tu susah ke sempat ke ape ke if tak try? Just please... Ergh. I don't know what to say. Hari tu mintak nak belikan oven, yeah with my own monet of course, so that at least I can bake if tak boleh pun nak kerja. And guess what, tu pun tak boleh..Itu tak boleh.Ini tak boleh. I got my own life too. Let me TRY to take care by myself. Just please..let me try.

I am not the kind of girl that will rebel or merengek until i get it. And this is just me! I am not the kind of daughter yang akan rebel apa decision parents, but yet, i hate this weak point of me, because I hardly get what I want.

Biarlah. Let's think positive :) Who said i am gonna give up? :) I will think of a way so that I can get my life. Ya Allah, jauhkanlah aku dari menjadi anak yang derhaka. Astaghfirullahalazim.. Amin ya rabbal alamin.


p/s : dahlah selsema ni! HISHHH!
p/s/s : have a safe trip home!
p/s/s/s : tak sukenyaaa selsemaa!

Thursday, July 28, 2011

#2 - Kisah Yang Muda dan Yang Tua


Yang Muda

Teringat zaman kecil kecil bila melayan karenah adik adik seharian. Imaginasi memang tinggi meletop. Kisah dia macam ni.

Time tu nak maghrib dah. Pampers si Arisya, Ezhan dah bukak pastu jatuhlah benda-yang-tak-diingini-berwarna-kelabu-asap kat sekeliling rumah. Nasib baik lah pepejal, kalau cair? TANAKKK! -____-" Dah settle si Arisya plak, Ezhan pulak buat hal. Dok diam je kat belakang kerusi. Hahaha. Paham paham je lah kenapa *buat 'business'*. Teringat zaman kecik dulu. Dulu time kecik, selalu nyorok belakang pintu kalau buat business. Hihihihi. Nak ajak Ezhan gi mandi punyalah payah. Macam macam ha dah umpan, semua tak jadi. Last last tutup mata guna tangan pastu cakap, " Eh eh, mana ezhan ni? tak nampak lahh! tak nampakk" And Ezhan pun tutup mata gak. Baru teringat taktik ni. Hahaha. Budak kecik, kalau dia tutup mata and tak nampak apa apa, dia ingat kita pun tak nampak dia. Last last, tangkap dia bawak gi mandi. MUAHAHAHA! Biasanya dia mengamuk, tapi sebab saye bagitau dia kucing suka gigit orang yang tak mandi, die pun ikut je. Hahaha.

*dari kiri; Ezhan, Syahir, Arisya*



Yang Tua

Nek Ji Pempuan, mak kepada ayah, kurang sihat. Dia banyak batuk batuk and banyak kahak kat tekak. And kadang kadang tak dapat nak berjalan pun. Disebabkan kondisinya yang kurang sihat, maka Nek Ji Laki and Nek Ji Pempuan dibawa tinggal sementara dengan kami, so boleh kami jaga dia. Bila tengok keadaan diorang, sayu terasa kat hati. Nek Ji Laki sentiasa ada kat sisi dia, tolong urutkan, tolong temankan. Terbayang nanti kalau dah tua, and sakit sakit macam tu. Tak semua orang bertuah ada pasangan yang bersama sampai akhirnya. Pastu, petang tadi nenek mintak tolong potongkan kuku. Satu satu kuku jari tangan and kaki saya ketipkan. Ya Allah, betapa mengetip kuku pun adalah satu nikmat yang sering kita lupai. Sebab tu lah salah satu perkara dari 5 perkara yang perlu kita ingati sebelum datangnya 5 perkara ialah, muda sebelum tua. Nek Ji, cepat cepat sembuh tau :)

Okay, ni ada cerita tambahan lagi satu. Kat post semalam ada bagitau kan nak cari resepi mashed potato? Hari ni berjaya buat MASHED POTATO and my adiks loveeeeeee it! Hehe sampai licin ha mangkuk. Tada!

*sebab tadek black pepper, so saye ganti guna lada sulah sarawak., sebab tu kaler tak kebabom macam kepsi. Walaupun kaler tak sama, yang penting rasa boleh lah aum sikit. LOL*

p/s : Awak jangan stress stress tau! How I wish I can make you laugh now like that night :") Senyumm. Jangan risaukan saya, alhamdulillah, saya sihat. Harap awak pun begitu. Jangan lupa baca surat :P
p/s/s : Sabar je lah tengok drama players Singapore tadi! Haishh! Ape ape pun, nice job Harimau Malaya! Perbaiki apa yang kurang!
p/s/s/s : nak beli ovennnnnnn!

Wednesday, July 27, 2011

#1 - Welcome summer holiday 2011 :)

Hai hai. Perasan tak tajuk post ni ada number? So, kita akan buat post untuk summer holiday 2011! Yup, insyaAllah everyday.

Hari ni bangun tidur pukul 2pm! Tu pun adik kejutkan baru balik dari sekolah, mintak masakkan something for lucnh sebab lapar. Ya Allah, tu baru jetlag betul. Grrr. Hari ni buat apa je? Hari ni macam biasa lah, after masakkan lunch, mandi, lipat baju, kemas rumah, kemas dapur. Family saya memang family ramai, ada 9 adik beradik + 1 mak 1 bapak + 1 nenek 1 datuk = 13 orang. Nenek and datuk saya duk rumah ni sementara sebab nenek sakit. And rumah kitorang tadek pembantu rumah. Bukan tanak carik, tapi dah banyak sangat pengalaman dengan pembantu rumah yang kurang baik. -____-"

So, since before balik Malaysia lagi dah fikir nak buat apa cuti ni. So this is some of the things. Perhaps korang boleh tolong buat keputusan? hehe



1. Kerja Part Time
Kalau nak start kerja, kena start kerja awal awal. Sebab kita raya 31 Ogos kan? So, kena carik kerja cepat cepat lah. Maybe boleh kerja dekat dekat ni je.Tapi takde transport. eh jap. Since kat rumah ni ada 2 basikal, tu pun dikira transport jugak lah kan? Kerja kat restoran ke, kerja kat KFC, Pizza Hut ke.. Ok, nanti suruh adik usha usha kerja kosong.

2. Beli oven and bake!
Ni kena tanya mak, berapa harga oven. Kena tengok bajet dalam bank gak. hehe

3. Duduk rumah je
BOSAN NYEE! No no no! (TAK NAK!)

4. Buat business kecil kecilan.
Kalau dah boleh bake ape semua, maybe boleh terima tempahan untuk raya from kawan kawan mak and bapak? Hehehehe.

5. Ambik lesen kereta
Dalm pertimbangan. Since harga lesen mahal (dorang cakap RM 1200, betul ek?), so kena tengok bajet dalam bank jugak.

6. Jalan jalan.
Kena ada geng. So, kena tunggu geng roger roger baru leh jalan jalan. HOHO. Sape ada kat area kuching/kota samarahan, jum lah ambik saya kat rumahh. kita jalan jalan jommm. hehe!

Ok. so, i guess, i have to take action cepat cepat. Hari ni dah burn macam tu je since bangun pun lambat. tapi ta least rumah kemas sikit. esok nak kemas satu rumah betul betul. That's all for now! Nak carik resepi mash potato jap. Hihi. Babai!


p/s : penat betul dok kejar kejar adik adik nak bagi makan mandi. baru je rasa nak marah, diorang terus peluk dari belakang. Aww terus sejuk hati :")
p/s/s : dah ade number malaysia baru dah! yeay! *tatau la kali ke berapa tukar number*


Tuesday, July 26, 2011

Tanah tumpah darahku.







3 words that somehow i still can't believe it
I'm in Malaysia
;)

*sampai sampai KLIA je lahap si bubur ayam mcd. hihihi.*
p/s : alhamdulillah dah jumpa spot broadband kat rumah. pasni kena beli broadband lah. hehe
p/s/s : sakit belakang, yet, can't sleep. SALAHKAN JETLAG!
p/s/s/s : happy birthday papa eza! muah!


Saturday, July 16, 2011

Post-Final Exam Life




First of all, all praises to Allah kerana dengan limpah kurnianya, dapatlah saya melalui final exam Semester 6. Alhamdulillah, semua paper dah habis. Aina pun dah balik Malaysia semalam. Haha. Saya balik bila? Plan 25 ni, tapi masalahnya duit MARA ni ha belum masuk masuk. Macammana nak beli tiket? Hewhewhew

Ok, jum kita tengok apa yang saya buat after final exam ni, sementara menunggu detik balik Malaysia.

1. SIAPKAN THESIS!
Thesis ni deadline dia 29th July, tapi sebab malas nak fikir dah, so kena lah siapkan awal awal. Alhamdulillah, tadi dah dapat message from Dr, Dr dah bagi greenlight kat tajuk thesis. "Excellent, go on". Tu lah katanya. Haha. Should start my thesis now! :)

2. Moviessssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss (sila perasan banyak huruf 's')
Semalam dah pegi rumah Fat, dah pergi rumah Kak Samha, mintak movies kat Reed jugak. Hehe adalah berbelas movies. Kalau before this. bangun bangun, terus gi mandi, terus bukak buku. Sekarang, bukak mata je, terus bukak movie. Pagi tadi, tengok cerita KL Gangster. Terperuk atas katil terus. Haha! Best betul!

3. Kemas bilik dan rumah!
Alhamdulillah, bilik dah kemas semalam,baju kotor semua dah basuh sidai, and baru je tadi settle vacuum bilik. Rumah je belum settle. Ingatkan nak kemas after housemates, wani and zati dah habis exam, sebab takut nanti cam kacau diorang pulak (Ye, zati habis exam esok, wani 19 ni. hehehehe). Tak sabar nak tengok rumah ni bersih dan berseri! LOL

4. Pergi shopping barang barang sourvenir untuk orang Malaysia
Kurma, hati unta, jubah mak, kristal, baju abang, hadiah adik adik, bla bla bla.. (tu pun tunggu duit MARA masuk jugak) -_____-"

5. Makan, kacau orang, melepak rumah kawan, gosip, kacau orang, kacau orang, kacau orang. Pfft~

6. Kacau orang

7. Errrr....kacau orang (?)

8. Menunggu result exam dengan penuh debaran (DOAKAN KAMI SEMUA LULUS SEM NI! AMINNNN!)

9. Melalak lagu semua yang ada dalam playlist sampai ngantok.

10. Errr...tenung laptop sampai keluar biji mata (FB, twitter, gosip terkini : Nurul Syuhada Nurul Ain nikah malam ni!)

11. errrr..buatlah apa apa yang patut asalkan tak memudaratkan diri. Wohoo!

That's all. hahaha. Ya Allah, cepatlahhh duit MARA masuk. Nak beli tiket balik! :( And cepatlah korang semua habis exam! nanti baru happening Mansoura ni! Hehehe. Ni baru budak Div A yang habis. Hoho. Anyway, all the best to korang semua yang belum habis exam lagi! :) Buat elok elok.

ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...........!

Lupe nak cite macam mana OSCE hari tu! ERK! Hmmmm :( Dahlah, tak tau nak cerita macam mana, Dah lepas dah, dah buat sehabis baik, sekarang semuanya di tangan Allah. Tawakal. huhuhu..


By the way, ni tag nama masa OSCE hari tu. Hehe :) Hmmmmmm..doakan kami semua lulus tau? InsyaAllah kita semua akan naik Sem 7 yakni Tahun 4 sem depan. InsyaAllah!


p/s : Aina dah balik, tak ade dah teman lepak kat GMN :(
p/s/s : Air laici kat GMN dah nak habis stok. Huwaaaa!

Wednesday, July 13, 2011

Episod 3 : OSCE



esok last paper
OSCE Exam
10am GMT +2
berdebar nak ambik last paper
HOHO
tapi apa pun, doakan kami okay?
agar saya dan kawan kawan Semester 6 saya semuanya lulus dengan cemerlang semester ini
and
dapat naik Tahun 4 (Sem 7), semester depan
InsyaAllah
AMIN!
p/s : amin ya Allah....


Monday, July 11, 2011

Skype Session With Mak and Bapak ♥

Ohoi. Baru habis skype dengan bapak and mak! :) Actually tension sikit hari ini, maklumlah, paper MCQ semalam quite tough. Ok, let by gone, by gone. Dah buat sehabis baik, tawakal pada Allah insyaAllah.

Berbalik pada cerita skype, mula mula macam biasalah tanya khabar, bla bla bla. Pastu cerita pasal exam semalam, exam lepas ni bila, balik bila (ya, saya belum tahu tarikh confirm balik bila, sebab bapak kata takyah rushing sangat pun) So, nak balik lambat pun tak apa.

Pastu, bapak suruh tunjuk rumah, guna webcam lah. Ape lagi, bawaklah laptop ni pusing pusing rumah. Haha. Bila mak tengok je ada balkoni, terus mak cakap;

"bilik along ada balkoni ke?"
"Haaa...mestilahhh. menghadap laut, pastu ada ombak angin sepoi sepoi bahasa pulak tu"
"wahh. eh eh ye ke? bukan menghadap pasir pasir batu semua tu ke?"
"HAHAHA makk! Dapat pulak kan menghadap laut. Menghadap rumah arab, jalan, pasir debu je lahh. Hehehe"

Pastu bawak usha usha ruang tamu, pastu mak ngan bapak cakap, asal tak ada TV? Errr... sebab macam tak perlu, tapi tape, maybe boleh mintak dengan mama nanti sebab kitorang tak ambik fridge and washing machine. Hehe. Tunjuk dapur, bilik mandi, restoran GMN (sebab dekat ngan umah je).

Pastu emak terus ke main point dia;

"Along, mak nak jubah tau. 2 ke 3 ke.. hehe"
" Haha, tapi mak masuk duit lah. Duit along cam tak cukup sebab harga tiket mahal. wuwuwu"
"Okay, nanti mak suruh bapak. And nak kurma sekali ye?"

Haaa. tu baru mak. Tak termasuk pesanan adik beradik semua lagi tu. Hahaha. Bahang balik Malaysia makin terasa lahhh!! Cepatlah habis exam lulus cemerlang! Aminn :)

Pastu, masa nak habis tadi, bapak plak main effects video webcam, tukar muka jadi alien lah, jadi kucing lah, jadi anjing lah. Haha. Pastu guna effect dalam kapal alien lah. HAHA. Pastu cakap;

"Kena pandu elok elok ni. Dalam kapal. Wuuuu"

HAHA! Bapak! That's cute. LOL.

I'm so blessed having you as bapak and emak. Simply, the greatest parents in the whole wide world! Hilang stress study semua, makin nak semangat study, sebab nak balik Malaysia cepat cepat :)



Ni ha gambar yang sempat diambik. Sebab line internet kat sana tak okay sangat, gambar blur, tapi this is just nice. Doakan Along exam esok, and last paper Khamis ni okay? I love you! :)

p/s : doakan kami semua lulus exam ini! Amin!
p/s/s : Paper esok, 1.30-4pm GMT +2, Essay Question


Saturday, July 9, 2011

Pertempuran Sem 6 Bermula : Episod 1 (MCQ)




Tomorrow, Sunday, 10 July 2011
1st Paper
MCQ
200 questions to be answered
10.00am - 12.30 pm
GMT +2
I know it's gonna be tough
Tipulah kalau saya kata tak cuak
But, hey, kita dah berusaha sebaik mungkin kan?
Jangan risau, Allah kan ada
:)
All the best semua!
Doakan kami semua lulus dan dapat naik Semester 7, yakni Tahun 4, semester depan, okay?
Amin.



p/s : dah terbayang balik Malaysia...




Friday, July 8, 2011

On Hiatus











MY BELOG IS NOW OFFICIALLY ON HIATUS
-preparation for final exam 10th-14th of July-




with love;





Thursday, July 7, 2011

Tutur kata cermin budi pekerti




"Yang kurik tu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa"

"Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa"

Lihat. Betapa adat Melayu kita begitu menekankan tutur kata, kerana sesungguhnya tutur kata itu mencerminkan budi pekerti kita. Kalau cakap "hoi hoi lu apesal?" " gua nak blah dulu bro" "lu langsi lu mati" sesama kawan tapelah. Tu lainlah, tu ayat mesra mesra gitu. hehe. Normal lah kan. Tapi, kalau cakap dengan orang lain yang bukan kawan @ yang lagi tua @ orang asing macam tu, mau kena hempuk?!

Jum share artikel ni :)

Waspada sebelum bicara elak pemusuhan sesama umat

ALLAH menjadikan manusia amat istimewa dan berbeza berbanding makhluk-Nya yang lain. Keistimewaan manusia yang paling utama ialah Allah menganugerahkan mereka akal supaya manusia berfikir dan dihadiahkan buat sementara lidah untuk berbicara.
Ia bersebab dan dalam tuntutan bermuamalah dengan seluruh mahkluk di muka bumi ini, manusia mesti melakukannya dengan penuh rasa hormat dan beradab. Keupayaan berbicara adalah nikmat Allah begitu besar kepada manusia meskipun hanya dengan menggunakan dua tangan sebagai isyarat.

Firman Allah yang bermaksud: “Allah Yang Maha Pemurah serta melimpah rahmat-Nya, Dialah yang mengajarkan al-Quran, Dialah yang menciptakan manusia, Dialah yang membolehkan manusia memberi dan menerima pernyataan.” (Surah Ar-Rahman, ayat 1-4).

Justeru, nikmat kebolehan berbicara ini wajib dihargai, disyukuri dan digunakan sebaiknya mengikut landasan syarak. Islam menggariskan tatacara terbaik untuk menggunakan lidah yang sentiasa merungkaikan kalimah agar setiap butiran mendapat keredaan Allah.

Setiap perbicaraan keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikiran serta perangainya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan tidak berfaedah ibadah yang besar pahalanya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak bermakna baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Perkara paling utama ialah jangan berbicara mengenai sesuatu tidak berkaitan dengan diri kita kerana ia adalah bicara yang tidak perlu dan tidak akan menyelamatkan daripada dosa. Malah kita mungkin dipertanggungjawabkan dengan dosa dan sumpah palsu yang dibuat kerana keseronokan mengata sesuatu yang tidak pasti tanpa bukti menyokong.

Abu Darda menceritakan bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya seorang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudaranya) pada Hari Kiamat.” (Hadis riwayat Muslim).

Selain itu, ada juga bicara yang disampaikan kepada orang lain mengenai sesuatu sedangkan masanya belum tiba untuk menyentuh hal itu. Ini perlu dielakkan kerana jika membabitkan bahan bukti mahkamah, boleh mengganggu perbicaraan mahkamah atau menimbulkan hal memalukan.

Apabila seseorang yang tidak berilmu perlu berdebat dalam berbicara, jangan berdebat dengan orang sabar atau bijaksana, kerana orang sedemikian tidak akan menghiraukan orang yang tidak tahu bersopan santun dalam berbicara.

Jangan berdebat dengan orang yang berperangai buruk atau terlalu banyak tohmah kerana mereka akan menyakitkan hati saja. Sewajarnya berdebatlah jika perlu dengan orang yang bijak dan santun, manakala kita juga perlu penuhkan dada dengan ilmu serta sopan.

Tutur kata dikeluarkan seseorang dapat mengukur sejauh mana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran, sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidah dan berbicara menurut pertimbangan akal waras.

Sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat. Walau bagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa marah atau menyinggung perasaan orang lain apatah lagi saudara sesama Islam.

Merenggangkan hubungan silaturahim, menimbulkan rasa marah, rasa benci, permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan kekacauan dan perbalahan.

Daripada Jundub bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada seorang lelaki berkata: Demi Allah, Allah tidak akan memberikan pengampunan kepada si Polan itu. Allah berfirman: Siapakah yang berani menyumpah atas nama-Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni si Polan itu, sesungguhnya Aku telah mengampuni orang itu dan Aku menghapuskan pahala amalanmu yakni yang bersumpah tadi.” (Hadis riwayat Muslim).

Oleh itu, bagi mengelakkan berlaku sebarang perselisihan dan suasana tidak menyenangkan kita perlu berwaspada sebelum berkata.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom

*
sumber : Berita Harian Online : Tutur kata cermin budi pekerti


p/s : abang dapat hadiah basikal sebab menang lari lari tadi! Pergh, birthday terbaik lah bang!
p/s/s : Everyday makan luar, sampai tatau nak makan ape dah. At least ada makanan kan? Syukurr
p/s/s/s : last night.

Wednesday, July 6, 2011

Happy 19th Birthday Eyan Muazrin!

Dear my beloved little (?) brother, Eyan Muazrin bin Shbini;

*ini gambar masa sambut birthday dia petang tadi. oh and btw, inilah semua adik adik saya ;) *

Okay. Along baru nak start belajar, then teringat today is your birthday, so i should write a post for you, shouldn't i? Hehe. So, buku letak tepi dulu ek. Hehe. Okay. Jum, lets get start with...

Once upon a time...somewhere 19 years ago, on the same date as today, 6th of July. A baby boy was born! Hehe. Along ingat lagi muka abang gila gila comel gila gilaaaaa! Pipi tembam bak kata orang sarawak pipi boyot! hehe. Muke putih, comell (dululah, sekarang...err...HAHA!). Along happy sangat bila dapat adik baru. Sebab boleh teman main. Muahaha!

*inilah budak ni masa umoq dia 2 tahun kottt, comel kan? (masa kecik lah.lalala)*

Ingat tak kita sama sama jual aiskrim kat depan dewan makan sekolah bapak time puasa? Semua orang suka beli kat kita, sebab kita comel. HAHA! TET! okay, bukan apa, sebab kitalah satu satunya orang yang jual aiskrim kat sekolah tu. -____-"

Masa along dah pandai bawak basikal emak, petang petang, along selalu ajak round round sekolah ( untuk pengetahuan semua, kitorang masa tu duduk rumah kuarters, sebab ayah cikgu + warden kat sekolah tu). And bessstttt sangat bila dapat jalan2, alonglah yang kayuh, abang dok belakang je. And one day,kita jatuh longkang! Errkkk...nasib baik tade ape ape teruk yang happen. HOHO

*yang paling comel tu saya. yang kedua comel tu Eyan. HAHA!*

Kalau masa kita pergi or balik tabika, bila lalu je depan rumah "Nek Tani", tukang kebun sekolah tu, abang selalu menyorok belakang pokok. Sebab takut tukang kebun tu tangkap abang masuk dalam tin yang die kumpul tepi rumah tu. HAHAHA! Untuk pengetahuan abang jugak, along reka reka je cerita tu, saje nak bagi abang takut, biar along nampak macam superwoman selamatkan abang. MUAHAHA!

And lagi satu, ingat tak kejadian garaj "terbakar" sebab kita main api kat belakang tu? -___-" peristiwa pahit kot. Terbakar ha kereta cikgu tu kita buat. Nakal kan kitorang? HAHA. Penat mak ayah bayar balik semua. Ish ish ishhh.

Sedar tak sedar, abang dah umur 19 tahun hari ini. Tak sangka cepat je masa berlalu kan? Abang pun dah nak masuk umur 20 pasni, pastu kahwin pastu ada anak, pastu kita ada keluarga masing masing. Ahhh rindu zaman kanak kanak :)

Zaman remaja sekarang, lain plak cerita. Tapi kita masih rapat, macam kocik kocik dulu, cuma kali ni beza sikit. Abang selalu share pasal kisah aweks aweks, hehehehe. Mintak pendapat itu ini. Maklumlah, dah bosar katekaannn. Kalau tak bercerita pasal aweks aweks, masuk je bilik terus gi depan kipas, bawak gitar,nyanyi. Apekebendentahlahhhhhhh. LOLOLOL!

Ape ape pun, along doakan yang terbaik untuk abang. Moga berjaya dunia akhirat, jadilah adik, abang, dan anak yang baik. Hormat mak ayah sentiasa, jangan derhaka. Ingat Allah selalu, sembahyang jangan lupa. Jaga adik adik kat rumah, be there when they need you. Along jauh, so I give this responsibility to you. Guna masa yang ada dengan sebaiknya, masa remaja ni lah paling produktif. Nanti ada duit, belanjalah alongmu yang tersayang ni ha. HAHA! And untuk masuk universiti nanti, fikir betul betul abang paling minat apa. Pilih betul betul nak ambik jurusan apa. Okay? You got talent in drawing, so do find something related to that. Perhaps, architecture or art perhaps.

Ok lah, Along nak sambung belajar ni. Exam lagi 3 hari, banyak lagi tak baca! Abang doakan untuk along okayyy? LOVE YOU :)

Salam perantauan; Along :)



p/s : Bang, i love your burger sedap the most! seriously!

I know. I know!






11.48pm
I'm still sit silently, staring blankly to those notes and books
..................
3 years to go.
I can endure this.
3 years to go.
I don't want to disappoint those who have hope in me
3 years to go
I know I can do it
GO AUNI!

p/s : get set, go!

Tuesday, July 5, 2011

Marah.



Pernah tak kau berada pada satu titik dalam hidup kau, kau rasa kau benar benar tak kenal siapa diri kau? Kau ingat kau benar benar telah dapat mendefinisikan diri kau, tapi rupanya tidak?

Baru tadi, aku marah bagai orang gila. Baling barang itu, baling barang ini, hempas botol air, sampai hati aku puas. Aku hempas diri aku ke katil, aku baling segala yang ada. Aku menangis, tapi tidak keluar air mata. Hanya rasa kosong yang aku rasa.

Seminit kemudian, aku bangun, aku lihat diri aku di cermin. seminit dua aku terpaku melihat diri aku. Aku melihat seorang perempuan yang langsung aku tak kenali. Siapa engkau? Aku tak pernah tahu engkau siapa. Apa kau buat di sini? Terus, aku tarik nafas dalam dalam. Aku pejamkan mata. Aku lihat dalam diri aku. Tidak, ini bukan aku. Ini hasutan syaitan yang dilaknat oleh-Nya!

Aku tak pernah marah sebegini. Aku tak pernah mengamuk sebegini! Aku tak pernah baling baling barang sebegini. Aku tak pernah hempas hempas barang sebegini. TAK, DEMI ALLAH TIDAK PERNAH. Aku dalam masa seminit dua itu, berzikir nama Allah, ayat Kursi aku alunkan pada diri sendiri. Aku temui semula diri ini.

Aku kutip semula buku buku, headphone, botol air, aku letakkan di tempatnya kembali. Bantal bantal dan teddy bear di atas katil, aku susun semula. Aku duduk sebentar. Masih satu pertanyaan aku belum temui jawapan, kenapa aku sebegitu?

Terus, kaki dilangkah ke bilik air, wudu' diambil. Masih rasa kosong. Aku keliru. Ku capai telekung dan sejadah, ku capai jua Al-Quran. Aku selak satu persatu helaian Al Quran, Surah Al-Mulk menjadi pilihan.

Bismillahirrahmanirrahim. Pada ayat yang belas belas (aku kurang pasti), air mata aku mengalir tanpa sedar. Aku teruskan jua pembacaanku, namun aku makin menangis tanpa henti, malahan makin kuat esakannya. Nyata, aku sedih. Aku bukan sedih kerana apa, tetapi aku sedih kerana aku hilang siapa diri aku. Aku lupa pada-Nya sebenarnya. Aku lupa. Sepanjang pembacaan itu, aku membaca sambil teresak esak, mengadu pada DIA tanpa bicara, tapi dalam hati tak putus dari bicara, yang aku yakin aku tak bisa rungkai dengan kata kata.

Aku lupa pada diri aku. Aku lupa pada diri aku. Aku lupa siapa diri aku. Aku patah tonggak diri aku. Namun, usai sahaja Al-Mulk, aku berasa tenang. Tenang yang setenangnya...

Marah. Marah itu racun yang bisa menghancurkan hati dan diri. Marah itu titik hitam dalam diri kita. Marah itu boleh melenyapkan siapa kita. Ingatlah pada-Nya ketika marah. Itu nasihat aku pada diri aku. Ampunkan aku Ya Allah, kerana alpa pada-Mu. Ampunkan aku.


p/s: ...

Mama rumah baru baik!




Alhamdulillah, rumah macam dah settle down sikit. bilik pun sodap dah untuk di tidur. and dah boleh untuk belajar gitu gitu. nanti bila everything dah settle, rumah dah cantik, and dah decorate elok elok, nanti saye post gambar okay? :) And alhamdulillah gak, mama (tuan rumah ni perempuan, so kami panggil dia mama) BAIK SANGAT SANGAT! Ada masalah paip, di panggil tukang paip, terus betulkan, nak tambah suis dalam bilik satu sorang, terus die panggil datang, motor air rumah kurang elok (bunyi bising) die kata nanti die belikan baru. Die tanya if nak apa apa lagi, beritahu je. Rasa macam disayangi. Ecewah! now, lets focus on exam. bak kata zati (housemate), tinggal 4 hari lagi. tersentap gak dengar, padahal memang banyak gile gile gile tak baca lagi. doakan ye? :) Ok, gtg. seru baca buku dah datang. babai! :)

p/s: hari ni, aim kene capai!
p/s/s : insyaAllah amr,

Monday, July 4, 2011

Catatan Dr. Mahathir Setelah Lawatan Ke Mesir

Link

By : Tun Dr Mahathir Mohamad

DEMONSTRASI

1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi.

2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.

3. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.

4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.

5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.

6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.

7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.

8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?

9. Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.

10. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.

11. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.

12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.

13. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil.

14. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.

15. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.

16. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.

17. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia.

18. Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.

19. Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.

Sumber : http://www.facebook.com/notes/dr-mahathir-bin-mohamad/demonstrasi/10150252837067529

p/s : Tiada galang gantinya.

p/s/s : stay strong!