Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Sunday, January 29, 2012

Creampuff Custard


Hari ni, teringin nak makan creampuff custard.
So terus buat 40bijik.
^_^


Yumyumm hehee
Esok nak buat apa pulak eh?

p/s: cuti sangat besttttttttttt

Thursday, July 28, 2011

#2 - Kisah Yang Muda dan Yang Tua


Yang Muda

Teringat zaman kecil kecil bila melayan karenah adik adik seharian. Imaginasi memang tinggi meletop. Kisah dia macam ni.

Time tu nak maghrib dah. Pampers si Arisya, Ezhan dah bukak pastu jatuhlah benda-yang-tak-diingini-berwarna-kelabu-asap kat sekeliling rumah. Nasib baik lah pepejal, kalau cair? TANAKKK! -____-" Dah settle si Arisya plak, Ezhan pulak buat hal. Dok diam je kat belakang kerusi. Hahaha. Paham paham je lah kenapa *buat 'business'*. Teringat zaman kecik dulu. Dulu time kecik, selalu nyorok belakang pintu kalau buat business. Hihihihi. Nak ajak Ezhan gi mandi punyalah payah. Macam macam ha dah umpan, semua tak jadi. Last last tutup mata guna tangan pastu cakap, " Eh eh, mana ezhan ni? tak nampak lahh! tak nampakk" And Ezhan pun tutup mata gak. Baru teringat taktik ni. Hahaha. Budak kecik, kalau dia tutup mata and tak nampak apa apa, dia ingat kita pun tak nampak dia. Last last, tangkap dia bawak gi mandi. MUAHAHAHA! Biasanya dia mengamuk, tapi sebab saye bagitau dia kucing suka gigit orang yang tak mandi, die pun ikut je. Hahaha.

*dari kiri; Ezhan, Syahir, Arisya*



Yang Tua

Nek Ji Pempuan, mak kepada ayah, kurang sihat. Dia banyak batuk batuk and banyak kahak kat tekak. And kadang kadang tak dapat nak berjalan pun. Disebabkan kondisinya yang kurang sihat, maka Nek Ji Laki and Nek Ji Pempuan dibawa tinggal sementara dengan kami, so boleh kami jaga dia. Bila tengok keadaan diorang, sayu terasa kat hati. Nek Ji Laki sentiasa ada kat sisi dia, tolong urutkan, tolong temankan. Terbayang nanti kalau dah tua, and sakit sakit macam tu. Tak semua orang bertuah ada pasangan yang bersama sampai akhirnya. Pastu, petang tadi nenek mintak tolong potongkan kuku. Satu satu kuku jari tangan and kaki saya ketipkan. Ya Allah, betapa mengetip kuku pun adalah satu nikmat yang sering kita lupai. Sebab tu lah salah satu perkara dari 5 perkara yang perlu kita ingati sebelum datangnya 5 perkara ialah, muda sebelum tua. Nek Ji, cepat cepat sembuh tau :)

Okay, ni ada cerita tambahan lagi satu. Kat post semalam ada bagitau kan nak cari resepi mashed potato? Hari ni berjaya buat MASHED POTATO and my adiks loveeeeeee it! Hehe sampai licin ha mangkuk. Tada!

*sebab tadek black pepper, so saye ganti guna lada sulah sarawak., sebab tu kaler tak kebabom macam kepsi. Walaupun kaler tak sama, yang penting rasa boleh lah aum sikit. LOL*

p/s : Awak jangan stress stress tau! How I wish I can make you laugh now like that night :") Senyumm. Jangan risaukan saya, alhamdulillah, saya sihat. Harap awak pun begitu. Jangan lupa baca surat :P
p/s/s : Sabar je lah tengok drama players Singapore tadi! Haishh! Ape ape pun, nice job Harimau Malaya! Perbaiki apa yang kurang!
p/s/s/s : nak beli ovennnnnnn!

Wednesday, July 27, 2011

#1 - Welcome summer holiday 2011 :)

Hai hai. Perasan tak tajuk post ni ada number? So, kita akan buat post untuk summer holiday 2011! Yup, insyaAllah everyday.

Hari ni bangun tidur pukul 2pm! Tu pun adik kejutkan baru balik dari sekolah, mintak masakkan something for lucnh sebab lapar. Ya Allah, tu baru jetlag betul. Grrr. Hari ni buat apa je? Hari ni macam biasa lah, after masakkan lunch, mandi, lipat baju, kemas rumah, kemas dapur. Family saya memang family ramai, ada 9 adik beradik + 1 mak 1 bapak + 1 nenek 1 datuk = 13 orang. Nenek and datuk saya duk rumah ni sementara sebab nenek sakit. And rumah kitorang tadek pembantu rumah. Bukan tanak carik, tapi dah banyak sangat pengalaman dengan pembantu rumah yang kurang baik. -____-"

So, since before balik Malaysia lagi dah fikir nak buat apa cuti ni. So this is some of the things. Perhaps korang boleh tolong buat keputusan? hehe



1. Kerja Part Time
Kalau nak start kerja, kena start kerja awal awal. Sebab kita raya 31 Ogos kan? So, kena carik kerja cepat cepat lah. Maybe boleh kerja dekat dekat ni je.Tapi takde transport. eh jap. Since kat rumah ni ada 2 basikal, tu pun dikira transport jugak lah kan? Kerja kat restoran ke, kerja kat KFC, Pizza Hut ke.. Ok, nanti suruh adik usha usha kerja kosong.

2. Beli oven and bake!
Ni kena tanya mak, berapa harga oven. Kena tengok bajet dalam bank gak. hehe

3. Duduk rumah je
BOSAN NYEE! No no no! (TAK NAK!)

4. Buat business kecil kecilan.
Kalau dah boleh bake ape semua, maybe boleh terima tempahan untuk raya from kawan kawan mak and bapak? Hehehehe.

5. Ambik lesen kereta
Dalm pertimbangan. Since harga lesen mahal (dorang cakap RM 1200, betul ek?), so kena tengok bajet dalam bank jugak.

6. Jalan jalan.
Kena ada geng. So, kena tunggu geng roger roger baru leh jalan jalan. HOHO. Sape ada kat area kuching/kota samarahan, jum lah ambik saya kat rumahh. kita jalan jalan jommm. hehe!

Ok. so, i guess, i have to take action cepat cepat. Hari ni dah burn macam tu je since bangun pun lambat. tapi ta least rumah kemas sikit. esok nak kemas satu rumah betul betul. That's all for now! Nak carik resepi mash potato jap. Hihi. Babai!


p/s : penat betul dok kejar kejar adik adik nak bagi makan mandi. baru je rasa nak marah, diorang terus peluk dari belakang. Aww terus sejuk hati :")
p/s/s : dah ade number malaysia baru dah! yeay! *tatau la kali ke berapa tukar number*


Tuesday, July 26, 2011

Tanah tumpah darahku.







3 words that somehow i still can't believe it
I'm in Malaysia
;)

*sampai sampai KLIA je lahap si bubur ayam mcd. hihihi.*
p/s : alhamdulillah dah jumpa spot broadband kat rumah. pasni kena beli broadband lah. hehe
p/s/s : sakit belakang, yet, can't sleep. SALAHKAN JETLAG!
p/s/s/s : happy birthday papa eza! muah!


Saturday, June 12, 2010

Exam Dah Habis. Apa Patut Saya Buat?

"Ok, time's up." FUH! Itu adalah ayat yang paling saya gemari. Oh tidak. Bukan kerana saya dapat jawab dengan betul dan sah-sah kau punya jawapan dapat 100% betul wahai Auni, tetapi kerana exam dah habis! Hoyeah! *buat tarian pusing-pusing tangan kat depan, pinggag gelek* Oh, semester 4 akhirnya berakhir. Seriusly saya ingin luahkan, ini adalah sem yang paling mencabar keimanan dan ketahanan emosi jua fizikal jua mental antara keempat-empat semester ini.

Bahagianya saya tengok semua orang senyum keluar dari tempat exam tadi. Keluar-keluar tu, soalan-soalan yang biasa ditanya seperti, "eh, pharmacology nak buat drug dilution tu camne ek?" ataupun, "internal carotid artery bagi branch kat mana?", diganti dengan, " eh, ko balik bila? flight bape ari bulan?" dan " bile ko nak gi beli sourvenir bagai? aku ingat nak beli kurma 10 kotak ar" WAH. Hoyeah!

So sekarang ni, dah tadek exam. dah tadek ape yang perlu dibaca. dah tade nota perlu dihafal. Hm, nak buat apa ek?

1.Tengok Movie Sambil Peluk Toddy Biar Mata Lebam Berjaga Sampai Subuh
Ada harddisc yang penuh dengan berbagai macam movie yang tak pernah ku nodai. Amboi ayat. HAHA. Tapi tatau la nak tengok ape. sebab semua cita lama and macam.....boring je tajuk die. Takkan nak tengok lagi cita Slumdog Millionaire yang dah 64kali ulang *ok.saya tipu*. Takkan nak tengok lagi cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham yang da 75 kali saya menangis? *saya tipu lagi*. Takkan nak tengok lagi cite upin dan ipin yang berapa kali dah ulang? *ni saya tak tipu.uhuk2.malu :") * Sape ade cite best? Mari kite exchange ngan upin ipin ;)P

2. Buat Karipap Pusing Yang Garing Kulitnya Tanpa Kedutan
Dulu berjaya buat karipap kosong. Ni nak try karipap pusing. Jap, check list. Amik kehadiran. Ehem. TEPUNG! *ada* GARAM! *ada* MINYAK!*ada* KARI! *ada* KENTANG!*erk..?* Alaaaaa..kentang tadek. Nak beli duit tengah tade ni. MARA tak masukkan agi lam bank.wuhuu. Ala ala alaaaaaaaaaaa :( Alamatnya, kena tunggu duit masuk la...hmm

3. Menyanyi Jangan Hiraukan Pakcik Bawah Yang Turut Menari Bak Dalam Cerita Muzikal
Dah prepare dah macam-macam lagu nak nyanyi. Tapi....ala, kejap jek best nyanyi tu. Dah sejam lebih, start la haus la, lapar la, ngantuk la, sakit belakang la, sakit kaki la, sakit mata la *apa kaitan?*. boring gak pastu.gagaga~

4. Main Yahoo!Games Sally's Spa Yang Menyebabkan Anda Ingin Membuka Spa Juga
Sape yang tatau games ni, sila gunakan khidmat encik google yang sentiasa membantu. Maaflah abang-abang kat luar. Saya tak main DOTA.uhuhu.Tapi, masalahnye kan....games ni dah selalu sangatttttttttt dah habiskan. Siap every level dapat title EXPERT ohkay? Boring dah. NEXT! *muke berlagak*

5. Jalan-Jalan Buang Bosan
Tadek duit. Sekian. NEXT!

6. Kemas Bilik Sampai Licin
Everyday bilik kemas. Nak kemas ape lagi? HAHA. Hmm, mungkin buku-buku sem ni yang perlu dipack masuk kotak. Ok. Dipertimbangkan.

7. Makan Kat Kedai Fastfood Yang Baru Bukak Depan Stadium Universiti Tu
Tadek duit. Sekian. NEXT!

8. Jadi Ibarat Seorang Suri Rumah Berjaya
Vakum, mop, sental dapur, cuci toilet, cuci baju, lipat baju, sidai baju, alamak, cam terbalik, sidai baju pastu lipat baju..ha ni betul.hehe. hm okeh. err dipertimbangkan.... *masih berfikir lagi-lagi bab cuci toilet*

9. Tidur
that's the easiest thing, but boring.....zzzzZzzzz

10. __________



but apa-apa pun, cuti itu best! *apa kaitan buaian atas ni? tapelah. layankan aje*. Lalalala~

p/s : i like it when i feel i am someone in someone's world :) Thanks icecreamm! ^_^
p/s/s : doakan kitorang semua lulus, so that semua boleh naik Sem 5!! amin~