Showing posts with label summer. Show all posts
Showing posts with label summer. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

#2 - Kisah Yang Muda dan Yang Tua


Yang Muda

Teringat zaman kecil kecil bila melayan karenah adik adik seharian. Imaginasi memang tinggi meletop. Kisah dia macam ni.

Time tu nak maghrib dah. Pampers si Arisya, Ezhan dah bukak pastu jatuhlah benda-yang-tak-diingini-berwarna-kelabu-asap kat sekeliling rumah. Nasib baik lah pepejal, kalau cair? TANAKKK! -____-" Dah settle si Arisya plak, Ezhan pulak buat hal. Dok diam je kat belakang kerusi. Hahaha. Paham paham je lah kenapa *buat 'business'*. Teringat zaman kecik dulu. Dulu time kecik, selalu nyorok belakang pintu kalau buat business. Hihihihi. Nak ajak Ezhan gi mandi punyalah payah. Macam macam ha dah umpan, semua tak jadi. Last last tutup mata guna tangan pastu cakap, " Eh eh, mana ezhan ni? tak nampak lahh! tak nampakk" And Ezhan pun tutup mata gak. Baru teringat taktik ni. Hahaha. Budak kecik, kalau dia tutup mata and tak nampak apa apa, dia ingat kita pun tak nampak dia. Last last, tangkap dia bawak gi mandi. MUAHAHAHA! Biasanya dia mengamuk, tapi sebab saye bagitau dia kucing suka gigit orang yang tak mandi, die pun ikut je. Hahaha.

*dari kiri; Ezhan, Syahir, Arisya*



Yang Tua

Nek Ji Pempuan, mak kepada ayah, kurang sihat. Dia banyak batuk batuk and banyak kahak kat tekak. And kadang kadang tak dapat nak berjalan pun. Disebabkan kondisinya yang kurang sihat, maka Nek Ji Laki and Nek Ji Pempuan dibawa tinggal sementara dengan kami, so boleh kami jaga dia. Bila tengok keadaan diorang, sayu terasa kat hati. Nek Ji Laki sentiasa ada kat sisi dia, tolong urutkan, tolong temankan. Terbayang nanti kalau dah tua, and sakit sakit macam tu. Tak semua orang bertuah ada pasangan yang bersama sampai akhirnya. Pastu, petang tadi nenek mintak tolong potongkan kuku. Satu satu kuku jari tangan and kaki saya ketipkan. Ya Allah, betapa mengetip kuku pun adalah satu nikmat yang sering kita lupai. Sebab tu lah salah satu perkara dari 5 perkara yang perlu kita ingati sebelum datangnya 5 perkara ialah, muda sebelum tua. Nek Ji, cepat cepat sembuh tau :)

Okay, ni ada cerita tambahan lagi satu. Kat post semalam ada bagitau kan nak cari resepi mashed potato? Hari ni berjaya buat MASHED POTATO and my adiks loveeeeeee it! Hehe sampai licin ha mangkuk. Tada!

*sebab tadek black pepper, so saye ganti guna lada sulah sarawak., sebab tu kaler tak kebabom macam kepsi. Walaupun kaler tak sama, yang penting rasa boleh lah aum sikit. LOL*

p/s : Awak jangan stress stress tau! How I wish I can make you laugh now like that night :") Senyumm. Jangan risaukan saya, alhamdulillah, saya sihat. Harap awak pun begitu. Jangan lupa baca surat :P
p/s/s : Sabar je lah tengok drama players Singapore tadi! Haishh! Ape ape pun, nice job Harimau Malaya! Perbaiki apa yang kurang!
p/s/s/s : nak beli ovennnnnnn!

Wednesday, July 27, 2011

#1 - Welcome summer holiday 2011 :)

Hai hai. Perasan tak tajuk post ni ada number? So, kita akan buat post untuk summer holiday 2011! Yup, insyaAllah everyday.

Hari ni bangun tidur pukul 2pm! Tu pun adik kejutkan baru balik dari sekolah, mintak masakkan something for lucnh sebab lapar. Ya Allah, tu baru jetlag betul. Grrr. Hari ni buat apa je? Hari ni macam biasa lah, after masakkan lunch, mandi, lipat baju, kemas rumah, kemas dapur. Family saya memang family ramai, ada 9 adik beradik + 1 mak 1 bapak + 1 nenek 1 datuk = 13 orang. Nenek and datuk saya duk rumah ni sementara sebab nenek sakit. And rumah kitorang tadek pembantu rumah. Bukan tanak carik, tapi dah banyak sangat pengalaman dengan pembantu rumah yang kurang baik. -____-"

So, since before balik Malaysia lagi dah fikir nak buat apa cuti ni. So this is some of the things. Perhaps korang boleh tolong buat keputusan? hehe



1. Kerja Part Time
Kalau nak start kerja, kena start kerja awal awal. Sebab kita raya 31 Ogos kan? So, kena carik kerja cepat cepat lah. Maybe boleh kerja dekat dekat ni je.Tapi takde transport. eh jap. Since kat rumah ni ada 2 basikal, tu pun dikira transport jugak lah kan? Kerja kat restoran ke, kerja kat KFC, Pizza Hut ke.. Ok, nanti suruh adik usha usha kerja kosong.

2. Beli oven and bake!
Ni kena tanya mak, berapa harga oven. Kena tengok bajet dalam bank gak. hehe

3. Duduk rumah je
BOSAN NYEE! No no no! (TAK NAK!)

4. Buat business kecil kecilan.
Kalau dah boleh bake ape semua, maybe boleh terima tempahan untuk raya from kawan kawan mak and bapak? Hehehehe.

5. Ambik lesen kereta
Dalm pertimbangan. Since harga lesen mahal (dorang cakap RM 1200, betul ek?), so kena tengok bajet dalam bank jugak.

6. Jalan jalan.
Kena ada geng. So, kena tunggu geng roger roger baru leh jalan jalan. HOHO. Sape ada kat area kuching/kota samarahan, jum lah ambik saya kat rumahh. kita jalan jalan jommm. hehe!

Ok. so, i guess, i have to take action cepat cepat. Hari ni dah burn macam tu je since bangun pun lambat. tapi ta least rumah kemas sikit. esok nak kemas satu rumah betul betul. That's all for now! Nak carik resepi mash potato jap. Hihi. Babai!


p/s : penat betul dok kejar kejar adik adik nak bagi makan mandi. baru je rasa nak marah, diorang terus peluk dari belakang. Aww terus sejuk hati :")
p/s/s : dah ade number malaysia baru dah! yeay! *tatau la kali ke berapa tukar number*


Tuesday, July 26, 2011

Tanah tumpah darahku.







3 words that somehow i still can't believe it
I'm in Malaysia
;)

*sampai sampai KLIA je lahap si bubur ayam mcd. hihihi.*
p/s : alhamdulillah dah jumpa spot broadband kat rumah. pasni kena beli broadband lah. hehe
p/s/s : sakit belakang, yet, can't sleep. SALAHKAN JETLAG!
p/s/s/s : happy birthday papa eza! muah!


Thursday, June 30, 2011

Exam Round Surgery - Done!





Hai semua, kita kembali lagi dalam rancangan bual bicara hati ke hati bersama Auuuniii!

Tepuklah sikit. -____-" LOL. hahaha

Okay. So, alhamdulillah, exam round surgery tadi dah dijawab, walaupun banyak benda happen. Meh kite bercerita satu persatu. Firstly, si doktor doktor yang bertanggungjawab kendalikan exam ni suruh kami datang pukul 8.30, tapi pukul 9.30 barulaah nampak batang hidung doktor. lepastu, masa tengah nak distribute paper soalan, boleh pulak rupanya soalan tu soalan exam yang ada skema jawapan!! Adoiii, patut usha je tadi cepat cepat. Tapi Auni tak perasan plak. Maybe ade yang sempat tu, rezeki dialah kot. Huhu. Pastu cepat cepat si examiner tu ambik balik, then kitorang kena berpindah ke hall lain pulak. maybe sebab hall tu nak diguna ataupun nak elakkan kebisingan sebab division lain dah selamat start dah exam time tu. pukul 9.55 barulah betul betul start. Sekarang usaha dah, kena berdoa and bertawakal je lagi. And people, keep your pace! 10th of July gonna be our first paper for 3rd Year Final Exam! :)

*see! sementara tunggu paper soalan tak sampai sampai, siap bergambar lagi pensel, jam dan segala bagai atas meja tu. Pfftt~*

I'm worried about the OSCE exam. Tadi ada mock OSCE exam, and seems like awuuuu it's tough. bayangkan doktor tanya secara lisan pasal diagnosis, investigation, bla bla bla -___-" dahlah tergagap gagap menjawab macam burung kakak tua, burung kakak tua lagi lancar.
Buahaha.

Tapi apa-apa pun, masa yang ada ni, kene guna sehabis baik. Okay, malam ni kita rehat rehat lepak lepak luuuu :) Have a nice day eberibadiii!


p/s : Panas gila hari ni, sampai rasa nak termuntah! SERIUS.
p/s/s : laughter is the best medicine :D

Thursday, September 2, 2010

cerita bulan puasa



haaa..ketuklah kepala saya kerana dah lama tak menjengah belog ini. haha. bulan puasa maklumlah, tenaga nak tulis belog tu dah teralih kepada nak bukak facebook.boleh guna ke alasan tu?

maaf. gambar tade. entah penyakit ape henpon ni tak dapat plak nak detect kat laptop ni. nasib baik bapak cakap kalau nanti ada duit lebih lepas raya nanti dia belikan laptop baru. marilah kita bersama-sama mendoakan perkara itu benar-benar terjadi. doa cepat, jangan tak doa. kalau tak TAK NAK GENG =P. Banyak gambar nak share dalam henpon ni sepanjang bulan puasa ni. and yang paling latest, gambar adik eisham, muke kena sengat lebah, bengkak sebelah mata, mari gelak. haha. bertuah punya akak. grrr. padan muka nakal sangat. mak kata jangan main kat bawah pokok lepas sekolah, tak nak dengar.huahua.

tahun ni, baju raya ada 3 baju. salah satu baju tu beli before puasa lagi, sungguh bersemangat. ahaha. and lagi dua tu tempah. apa yang menariknya tahun ni, kedua-dua baju itu saye yang akan menjahit manik untuk hiasannya. haha. walaupun tak begitu professional, tapi cantik lah jugak ape (padahal satu baju pun BELOM SIAP LAGI T-T)

orang kata bulan puasa ni lah boleh turun berat badan. entah benar atau tidak, tatau lagi, nanti kita timbang same-same ye? Feveret bukak puasa saye adalah ABC, bukan DEF ye. (Ape aku merepek ni?) Makanya, apabila ABC dibentangkan di depan mata, perkara pertama yang akan dibuat adalah mencedok sampai penuh ke dalam cawan umpama mengisi air di dalam botol ketika permainan sukaneka zaman tabika dulu. tapi, tadeklah penuh sangat. 3/4 cukuplah, kita kena berkongso dengan mereka-mereka yang lain jugak lah en (highlight perkataan ini dengan highlighter merah jambu.ini nilai murni; berkongsi)

bangun sahur satu lagi hal. dengan loceng peggera (ecewah, alarm clock la nama famous die) KFC yang akan mengeluarkan bunyi KOKKOKKOKKKOOOOOKKKK iaitu bunyi ayam berkokok, siapa takkan bangun kerana terlalu rasa ARGHHHH! sangat irritating okey bunyi tu. entah mana Eca dapat. Bangun-bangun makan-makan, setengah jam pastu tidur balik T-T alahai. Nak bangun balik tu memang memerlukan kuasa paksaan diri yang menggemparkan.hehe.

Nanti raya jemput datang rumah! <-- Kalau awak rasa ayat ini bukan ayat pelawaan tapi lebih kepada hoi baik kau jemput aku datang rumah raya tahun ini, kita boleh geng. Nanti raya jemput datang rumah (awak)! YEAYYY!


p/s : ahad ni soping agi! yahuuu
p/s/s : esok dik ena balik.


Tuesday, August 10, 2010

Day 52-57 - Salam Ramadhan :)




last week was really a hectic week to live in. day and night, 24/7 full of ergh. and i'm quite suprised actually coz i'm still alive. ahaha

well, apresiasi seni berjalan lancar hari tu. walaupun panas terik and now, i feel like kena demam da ni, but yet, yeah everything is ohsemmmm. hee :) ade pertunjukan barangan tradisional, fashion show, bergendang, bermukun ( persembahan tradisional sarawak), and banyak lagi, termasuk persembahanunplugged lagu Aku Skandal by my lil bro, EYAN! yeahuuu. hahaha. great job abang, walaupun si drummer tu tak best sangat. but that larry iman tu quite a cute one la. hahaha. And not to mention, my adik Ainaa Alwani balik umah weekend ari tu! :) ala, yang study kat sabah tu. so, we all went there togeda geda la. hehe. pssstttt we won 4 cabutan bertuah.ngahaha! :D




yang lain tu, let the pics tell. ok? :) Nah!



Esok dah start puasa, so amik kesempatan ni nak wish korang semua, Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak! jangan ngade nak escape puase ye (kecuali kepada yang dibenarkan.ehehe). kalau tak, jangan ngade nak raya! bak sini baju raya korang. muaahahha.

p/s : nightmare.
p/s/s : esok puasa ek?
p/s/s/s : jangan cabar kepercayaanku

Wednesday, August 4, 2010

Day 30-51 - Yehaaaaa! =)





okay. where should i start. hmm..

dipendekkan cerita..(penyelesaian termudah.ehehe) dah sebulan kat Malaysia. Wow. Time really do flying so fast huh? tinggal 2 bulan je lagi kat Malaysia. Banyak benda happen in sebulan ni. Balik kampung nenek sedara sakit, kembali menjadi kakak mithali (yeah, quite a stress actually seb bek yang dijaga tu sorang je kat umah), and many more. Macam-macam. And semalam pun baru je balik dari a place yang banyak memberi memori kat saye. SMK Semera.

*dalam flight otw balik sarawak from kl-14th july*

I grew up there since umur 1 tahun till 8 tahun, kat kuarters cikgu. omaigod, seyesli memang banyak gila suka duka pahit manis masam ahaha. Panjat pokok rambutan, main kahwin-kahwin, TERbakar kereta cikgu..eheheehehehehe -.-" (perlu ke beritahu semua orang pasal tu? aha) ronda-ronda sekolah nek basikal dengan eyan then masuk longkang, erk -.-", jual ais and aiskrim kat abang2 and kakak2 masa bulan puasa, sembunyi belakang pokok sebab takut kat pakcik penjaga kebun sekolah (kenapa? sebab pakcik tu selalu bawak cangkul, and me and my lil bro ingat pakcik tu macam penggali kubur untuk budak2), main masak-masak guna lilin, oanjat pokok jambu belakang rumah sambil makan atas pokok, kutip bunga tanjung pastu masuk lam minyak rambut nak bagi wangi, gosok nama ape ntah budak tu ngan daun keladi (balik umah dia tergaru-garu..ahaha. SORRY awak-yang-saya-tak-ingat-nama), kayuh basikal ngan mak gi sekolah, makan aiskrim sambil senyum bahagia balik sekolah, teman bapak round asrama malam-malam sambil membayangkan cerita hantu yanbg akak2 selalu cerita masa main petang2, tumpang makan makanan kat dewan makan, practice ratu cantik kat dewan sekolah..fuhhhhhhh!! banyak kot memori. tak cukup nak story-story. miahahaha :D

so, thinking of getting a job, well at least for a month. anyone? hehe. yeah, insyaAllah ada je but still pertimbangkan. dah mintak adik risik-risik. so, just wait and see la. lagipun dah nak puasa, macam boring duk rumah. lagi-lagi dengan masalah elaun MARA. okay. actually, it's not about the money. just that i want to get 'fresh air' :)

and also, i finally berjaya make a layered cheese cake, attention everybody, LAYERED CHEESE CAKE! yahooooo!! unfortunately, i've deleted the picca so cant show off kat sume orang.adoi.

hmm ape lagi ek..well this 7th Aug insyaAllah ada Hari Aspirasi Seni kat sekolah bapak., and yes, i'm totally looking forward for it. will tell you guys later bout it then. But i heard the preparation sangat meriah! Tak sabar nak pergi. Hee

Oh that day, i went to MBO, to watch the sorcerer's apperentice. well, i give it 3 stars. The storyline, best, the effect great, but ada nampak macam kecacatan. Tak sure la if others pun perasan, but yeah, still, the movie was great. Nak tengok inception ngan salt actually but since bawak adik berumur 8 tahun, ta bley lee.hehe.

so, till here i guess. next time will update you guys. and i'm sorry mr illmie rozlan, for the report of 101 Days of Summer kali ni, i dont have pic to be uploaded. hahaha. sebab malas nak sambungkan USB handphone, and tadek gambar yang gojes nak tunjuk. miahaha. see you guys later soon! :)


p/s : happy 8th ;)
p/s/s : dont worry everyone, i'm still alive.hee

Tuesday, July 13, 2010

Day 29 - i can't but i have to






Aku ingin bermimpi denganmu

Ke awana untuk teman bintang bulan

Kerananya lebih terang sinarnya

Dengan kehadiran kau dan aku


Bagiku kaulah yang terindah

Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku

Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku

Asyik memikirkan dirimu

Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku

Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati

Untuk terus ku teguh berdiri

Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu


p/s : ye, saya akan jaga ciko elok2! ;)
p/s/s : balik sarawak.huhu
p/s/s/s : :(


Monday, July 12, 2010

Day 27,28 - TKC Phoenix Comeback

alhamdulillah dapat jugak bangun pagi tu. ahaha. ye la. mane taknye. sampai umah dari kelantan dekat pukul 1am. pastu kena bangun awal sebab nak gi Tunku Kurshiah College. ehe. tapi sebab semangat nak jumpa sisters of phoenix 0307, maka digagahkan juga! yeahhhh aha.

makanya, pukul 3pm camtu, sampai kat TKC, dah ramai rupanya kat Surau. ada yang dah datang dari petang semalam, semua masih sama lagi macam dulu cuma sekarang mereka agak fashionable sudah. ahaha. ahhh rindunya masa kat TKC! hee~ bagi motivasi kat adik-adik tu semua, which are our College Sisters (cs) yang nak duduk SPM tahun ni. Bagi brain wash sikit sama mereka. wakaka. heee~ malm tu, kitorang semua tidur kat sickbay. aha. penuh lantai, bergelimpangan semua. semua dok berhimpit. and i like sickbay shower. siap ade heater lagi kot. perghh.. haha.


Banyak yang dah berubah kat TKC. rules, new environment (lounge house sangat cantik ohkay), new teachers, new wardens, new students, new dinig hall menu, but ape-ape pun, i still like the old menu, menu yang sentiasa berjaya menembamkan saya -.-". aha.

petang ahad, semua dah balik. sedih. rindu. entah bila lagi kitorang boleh jumpa ramai-ramai macam ni. bak kata sorang ni, nanti next reunion, dah 5 orang anak berderet kat belakang. ahaha.ade jodoh, kita pasti ketemu lagi :)

petang tu jugak, kitorang ke Bukit Jalil Golf& Resort. Ade birthday party anak Ahmad Idham. Ye, pelakon tu.huhu.
and i loike Fara & Sara dress. Fara and Sara tu anak pakcik eza. mereka kembar. hehe.comel kan? sangat kiuuuttttttt...waaaaaa!!! :)

p/s : mahu kamu.
p/s/s : taknak tembam. tanak tembam :(
p/s/s/s : mintak-mintak barang tak overweight.hehehe
p/s/s/s/s : congrats SPAIN sebab menang world cup 2010! yehuuu. i menang bet! ;)

Day 23,24,25,26 - Round Makan-Makan di Kelantan!

just like i told you in last post, i went to kelantan for 4 days,with my family angkat. ada papa eza, mama eza, and eza sendiri.hee. well like papa eza said, "kami ke sana hanya untuk makan", and yes, that's super duper 123% true! ahaha. before saya pergi sana, dah timbang berat ni siap-siap. Hebat kot dapat 44.5kg je. Ecece konon nak berlagak kat bapak bila balik sarawak nanti kata dah lose weight. heeee~ sekali bila tau plan nak makan-makan kat Kelantan. dang, that's it, that's when i know my plan takkan menjadi punye laaaa.hoho.

so, in this special edition post, i will tell you about tempat-tempat yang kitorang gi kat Kelantan, and my recommendation. amacam? haa..manelah tau kot-kot korang gi kelantan, ape lagi, sila lawat tempat-tempat ini! ;) so, sile perasan kan ayat berkaler oren. maaflah. tadek higlighter yang boleh kuar kat belog.huhuhuhu =.="

ohkay everybody, wear your seat belt, put your stomach zero (ini adalah direct translation). Get set.....GOOOOOO!!!!

6th July 2010

First of all, saya mahu mengucapkan Selamat Berumur Lapan Belas Tahun kepada adik saya Eyan Muazrin!!! Semoga panjang umur ok abang? and belajar rajin-rajin. bercinta, bercinta jugak,tapi fokus dulu pada yang penting! (garang kan saya? huahua).

*1st day, iaitu ketika kami masih belum tembam lagi*

Naik flight dari LCCT pukul 11am, sampai kat Kelantan at 12pm. sampai-sampai je, terus gi makan-makan kat Restoran Hover. Sila take note ye kedai ni sebab lauk pauk kat sini sangat amat yang menyelerakan. Malangnya, oleh kerana terlalu taksub makan, saya terlupa untuk mengambil gambar. Oh, jangan berdukacita. Saya cuba terangkan sejelasnya. hehe. Jangan hairan bila duduk aje kat kedai ni, ade berbelas-belas lauk akan dihidangkan depan mata korang. haaa..ni la kelebihan kedai makan ni. and i loike the way para mereka mengira harga-harga makanan tu sume. "1, 2...6..18.50...22... 34.50...71.50" haha.
my thumbs up : Ayam Kampung Goreng (bahagian drumstick.yummy!)

*inilah pemandangan dari kondo sepupu papa eza yang kitorang sewa selama 4 hari. dari tingkat 15. nampak satu kota bharu en? hehe*

Petang tu jugak , kami ke Pangkalan Kubor. Kat situ, kena pandai carik barang and kena pandai kecek kelate ye kengkawan. aha. Saya gi situ tak sampai sejam dah pandai cakap kelantan. hebat en? haaa....err, bab mintak diskaun je la tapi. ahaha. and berhasil beli satu handbag, and satu baju blouse kalerpul.puh-puh. haha
my thumbs up: pegi kedai name Kak Pah, boleh dapat sandal yang best hanya dengan RM25!


7th July 2010

Pergi butik batik Kelantan. Ade jugaklah niat nak usha-usha harga batik. Cantik woh. Namun, terkebil mata melihat harga. RM200 something. adoi. pegang and ambik gambau je la mampu cik kak oi. tapi, dapat gak beli satu kaftan batik untuk mak. heee. and thanks to Mama Eza yang menghadiahkan saya satu baju kaftan. eceli kan, that is my first kaftan. yeay!

Nama kedai tatau, tapi yang saye ingat, ada simpang empat, kat depan sebelah kiri, ada vegeterian restaurant, so, masuk jalan sebelah kanan, ada deretan kedai-kedai kayu yang macam zaman 70an dulu, and kedai ni sebelah kedai buat duplicate kunci kalau tak salah. Amboi, maybe sebab salah timing, datang masa orang ramai, haduh..tunggu food je dah 45 minit! mane taknya, pakcik sorang jeee yang masak. tapi, taklah mengeccewakan sangat, cuma saya bukan jenis yang nak menunggu lame-lame.hehe
my thumbs up:chicken chop

haa. ini dia! tak sah kalau ke Kelantan, tak makan nasi kerabu. this is my bapak's favourite! hee. but nak carik nasi kerabu yang betul-betul sedap itu susah, namun kami dah berjaya jumpa satu kedai yang memang itulah definisi nasi kerabu yang sedap setepat-tepatnya! Marilah berkunjung ke kedai Nasi Kerabu Golok. oh tidak, bukan di golok, cuma namanya je golok. hee. sedap woh.licinnnn. satu tak cukup, tapi mengenangkan berat yang akan bertambah,,cukuplah satu.erk.
my thumbs up: Nasi Kerabu Daging Bakar

dan after habis je makan-makan kat situ, terus gerak lepak-lepak kat Restoran Wau. SAYA SANGAT SUKA INTERIOR DESIGN nyaa! hebat! serba putih.nampak elegan. harga makanan pun lebih kurang macam kat kedai mamak biasa. ada aircond. and perabot die IKEA i guess. and ehem..waiter die pun..ehem..sume cam boleh tahan.heeeeeeeee ;) ahaha!
my thumbs up: air kopi. serius!

8th July 2010


oh yeah. tak perlu ade hubungan ngan Barrack Obama untuk anda mampu menjejakkan kaki ke White House, kerana pergi aje kat kelantan, anda mampu! Restoran White House ni betul-betul terletak sebelah hotel Royal Guest House, and area istana-istana kelantan ni. macam kedai makan cina zaman 80an, even kulinari pun masih lagi mengekalkan ciri-ciri 80an, macam cawan die, pinggan die. meja die. semua tu la. and one more thing, orang cina kat sini hebat berkecek kelate ye. langsung tak pelat!
my thumbs up: Roti Kahwin (kaya) and Telur Separuh Masak

Kami juga ke UiTM Machang, sebab nak ambik sepupu Eza, Iffah, bermalam sekali dengan kami kat Kota Bharu fpr one night. and malam tu kitorang dinner ayam percik, perut percik dan nasi kuning. beli kat gerai-gerai berdekatan :)

malam, kami ke pasar malam. beli tudung hitam. heeee ;)

9th July 2010

oleh kerana hari jumaat, mostly kedai-kedai kat kelantan tutup. jadi, pagi tu breakfast kat kedai cina kat belakang butik Avon, milik Mami La, sepupu papa eza tu. makan roti bakar dengan telur separuh masak. oh, tak lupe, teh beng! yeah. itulah new word ye, teh beng is teh ais. kalau kat sarawak, kitorang panggil teh peng. but kat kelantan, is 'beng'. hoho. tengah hari tu, makan Chicken Chop kedai San Too. Sedap! kami take away je, makan kat umah.
my thumbs up: chicken chop san too.

*sempat visit relatives mereka di kelantan juga :)*

malam, balik KL. flight supposenye 9.55pm, tapi delayed till 10.15 pm. Sampai KL, pukul 11.30pm, Helmi, boyfriend eza ambik. sampai umah 1pm. cuci muka pe semua, terus vedebum tidur sebab esoknye ade program kat TKC.


So, banyak kan gi makan-makan? haa..mane taknye sampai naik jugaklahh berat badan.adoi. huahua. but memang best trip ke Kelantan ni. THUMBS UP! thanks to papa mama eza :)

p/s : tembah sudah saya -.-"
p/s/s : had great time today! karaoke yuhuu :) hee
p/s/s/s : gosh.i'm missing you
p/s/s/s/s : adik-adik along, here i comeee! ;)

Monday, July 5, 2010

Day 22 - Ronggeng Jalan TAR

Yeah..hari ini bangun awal. Pukul 6 dah bangun dah. hebat en? ahaha. sebab nak teman Eza pergi medical checkup kat Hospital Putrajaya. Semua settle alhamdulillah by 11am. Gi makan jap, pastu Faraw call, ajak ronda-ronda KL. huahua. suara pun masih mamai lagi, semangat tu nak ajak. Dahlah pakai sememeh je sebab ingatkan nak gi hospital je. Ahhhh..alang-alang, pegi je la terus en? cantik tak cantik tak kisah. ngehaha. Terus mama Eza hantar kat stesen Ampang Park, amek LRT, meet up kat Masjid Jamek. Ceh. kol 12.30pm, batang hidung "datin" sha ngan faraw tak nampak-nampak. Atul adelah dok setia menunggu kat tangga. ahaha. pastu, bila dah ada semua, makan-makan, then terus shopping sakan kat SOGO and Jalan TAR. yahuuuuuuuu~~~!!


again, me and faraw beli baju sama lagi, macam last year. ahahaha. ok then. mau kuar makan ni. btw, esok till friday gi kelantan. will update you guys later. buhbyeee~

p/s : mane awak? nak tunjuk tudung baru beli tadi.hehe
p/s/s : okeh.okeh. sakit kaki.huahua

Sunday, July 4, 2010

Day 21 - tujuh








tujuh hari ini
penuh macam-macam
hari ini masih belum berakhir
kita tunggu

11.13pm : =) heeeeee~
p/s : masih lagi.
p/s/s : toy story 3 sangat mengharuuuukan ;'( uhukuhuk

Saturday, July 3, 2010

Day 18,19,20 - 1st Week in Malaysia! =)



Day 18, 1st July - TKCian's small meeting ;)

jumpa kat midvalley around 3pm. ade shakey, arine, fizerk, jixs, eza, and me. kejap je pun. kitorang jumpa sebab nak bincang pasal phoenix0307 comeback to tkc this 10th july insyaAllah. tukau2 cite sikit, pastu makan asam laksa jusco. sedappppp! ahaha balik malaysia ni life memang full dengan makanan malaysia. sangat nikmat. yeay! ;) to all phoenix 0307 tkcians, see u guys later kat TKC nanti! heee.


Day 19, 2nd July- Donut dan Sate Kajang

Petang, Eza mintak ajar buat donut. nak bagi laki kesayangan die.hehehe. so since mama die ade semua barang-barang nak buat donut, terus buat time tu jugak. haaa.. an hour and half pastu siap da! yeay! macam-macam bentuk buat. macam-macam hiasan.haha.pastu malam tu, Sha ngan Aness roger nak ajak makan sate kajang. sekali dengan adik die, Chiang. dahlah ari tu baru je makan sate. tapi sebab ade orang belanje, redahhhh..haha! entah berapa cucuk habis. kitorang order sate daging, daging ayam, daging perut, daging hati. siap tambah order lagi. hahaha..walaupun hujan, demi sate kajang, kami sanggup!



Day 20, 3rd July - Suka Suki ^_^

it's our 'first time' in malaysia :) heee. mintak-mintak esok dan hari seterusnya ade lagi. InsyaAllah ^_^. and this pic below, is a wedding cake. mama eza buat. cantik en?? suke lah tengok cake wedding camni. simple yet elegant. nanti saye nak kahwin nak cake bertingkat-tingkat-tingkat-tingkattttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!! yeahuuu! hihihihihi



p/s : thanks for the secret recipe :P
p/s/s : ezhan dah pandai panggil "kakak" heee ^__^
p/s/s/s : ari ni makan banyak. kari ikan, kari ayam, kari sotong, nasi kerabu ayam percik. aduh. haha

Wednesday, June 30, 2010

Day 17 - 1st Day in Malaysia

tajuk memang tak boleh blah en? huahua okeh. tadi flight sampai pukul 3.30pm. yup, lambat. sebab tadi cam ade turbulence sikit, so agak paham-paham la. sampai-sampai, eddy and johny dah prepare awal-awal depan tempat claim luggage, nak tangkap luggage, setelah johny dengan bangganya belajar cara imigresen gune autogate passport tu. kol 4 lebih camtu barulah selesai semua. azza, feeza, eddy, john, yeah, all the members of "Yuna and the kompeni" have a nice summer holsss! muahahaha XD

and here goes.....EZAA! yeah! *hug-hug* haha. Ceh. ingatkan Eza driving,rupenye masih mama die jugak yang drive. EZA! gi drivee laaa!!! hahaha. From KLIA terus gi makan mi jawa kat gerai, keropok lekor and goreng pisang. pastu, tadi, dinner makan sate ngan otak-otak. pergh. memang melantak habis makanan malaysia. terubat rindu. ahaha.

makan,makan,makan,makan,makan...dan makan.

p/s : haish~!!! ..............
p/s/s : pak, mak, abang, lya, ena, eca, bang sham, syahir, ezhan, arisya! i love you allll! :)

Monday, June 28, 2010

Day 15 & 16 - Hey Malaysia




Malam ni nak terminate broadband. Maklumlah nak balik Malaysia dah ni. So, let me do 2 posts sekaligus.

Day 15, 28th June 2010 - Last Day of Year 2

Hari ni just having lunch ngan Kak Azi kat Welatain. Then, terus balik rumah. After makan sungguh mengantuk ohkay? haih~ malam ni nak gi terminate broadband, and Azizi nak hantar kurma. Then, da tade ape-ape dah. barang-barang semua dah packing. sekejap jek packing. tak sampai sejam.huahua :D barang pun 20kg jek. alhamdulillah.haha. and guess what? tadi timbang berat.my weight turun! wahwah! yeay!

Day 16, 29th June 2010 - Attention! This is an advance post.

Qatar Air, Cairo-Doha-Kuala Lumpur.

Departure : Cairo International Airport, 29th June, 6.45pm (GMT 0200)
Arrival : Kuala Lumpur International Airport, 30th June, 2.40pm (GMT 0800)

p/s : along tak bawak cokelat tau. nanti bapak marah.hehe
p/s/s : have a safe trip home awak! sampai malaysia jangan lupe cepat-cepat beli sim taw.
p/s/s/s : malaysia oh malaysia oh family oh shopping oh jalan-jalan oh kawan-kawan oh oh oh
p/s/s/s : insyaAllah will update you guys in Malaysia, See ya in Malaysiaaa!!!

Sunday, June 27, 2010

Day 14 - 2 More Days




i can smell the scent of ringgit malaysia
i can see the pakcik-pakcik chatting around kedai mamak having teh tarik
i can taste the damp wind with sometimes of rain and sun
i can hear the fight of my little brothers and sisters that woke me up every morning
i can feel the welcoming face of KLIA
HOMG!
it's just 2 days more
and yeah, tak sabarnyaaa!
p/s : tak aci balik awal.huh!..i'm starting missing you.
p/s/s : esok last day gune broadband. nak terminate. mintak-mintak tayah bayar
p/s/s/s : kurma jek bawak tahun ni ye? haha

Saturday, June 26, 2010

Day 12 & 13 - I'm Having Fun with my-first-time !



Let the picture do the story-telling =)

Day 12 - Rasta
my first time to see the whole process by my own eyes. it's cool!




Day 13 - Doughnut
my very first time makin' it by myself. big apple and dunkin' donut, i'm your new rival. huahua :D





and this one below is the 'special edition' ^_^

heeee~ ;)

p/s : tinggal 2 hari lagi nak balik malaysia. barang tak packing-packing lagi. -.-"
p/s/s : orang suruh bagi 2 donut tu kat yang lain, die gi abiskan suma.haih~ bahaha
p/s/s/s: sungguh. tak sabar nak balik Malaysia! =)
p/s/s/s/s : aina, awak suh habiskan aje kan barang-barang kat dapur? saye mintak sikit bende kalepul tu.hee