Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Monday, July 12, 2010

Day 23,24,25,26 - Round Makan-Makan di Kelantan!

just like i told you in last post, i went to kelantan for 4 days,with my family angkat. ada papa eza, mama eza, and eza sendiri.hee. well like papa eza said, "kami ke sana hanya untuk makan", and yes, that's super duper 123% true! ahaha. before saya pergi sana, dah timbang berat ni siap-siap. Hebat kot dapat 44.5kg je. Ecece konon nak berlagak kat bapak bila balik sarawak nanti kata dah lose weight. heeee~ sekali bila tau plan nak makan-makan kat Kelantan. dang, that's it, that's when i know my plan takkan menjadi punye laaaa.hoho.

so, in this special edition post, i will tell you about tempat-tempat yang kitorang gi kat Kelantan, and my recommendation. amacam? haa..manelah tau kot-kot korang gi kelantan, ape lagi, sila lawat tempat-tempat ini! ;) so, sile perasan kan ayat berkaler oren. maaflah. tadek higlighter yang boleh kuar kat belog.huhuhuhu =.="

ohkay everybody, wear your seat belt, put your stomach zero (ini adalah direct translation). Get set.....GOOOOOO!!!!

6th July 2010

First of all, saya mahu mengucapkan Selamat Berumur Lapan Belas Tahun kepada adik saya Eyan Muazrin!!! Semoga panjang umur ok abang? and belajar rajin-rajin. bercinta, bercinta jugak,tapi fokus dulu pada yang penting! (garang kan saya? huahua).

*1st day, iaitu ketika kami masih belum tembam lagi*

Naik flight dari LCCT pukul 11am, sampai kat Kelantan at 12pm. sampai-sampai je, terus gi makan-makan kat Restoran Hover. Sila take note ye kedai ni sebab lauk pauk kat sini sangat amat yang menyelerakan. Malangnya, oleh kerana terlalu taksub makan, saya terlupa untuk mengambil gambar. Oh, jangan berdukacita. Saya cuba terangkan sejelasnya. hehe. Jangan hairan bila duduk aje kat kedai ni, ade berbelas-belas lauk akan dihidangkan depan mata korang. haaa..ni la kelebihan kedai makan ni. and i loike the way para mereka mengira harga-harga makanan tu sume. "1, 2...6..18.50...22... 34.50...71.50" haha.
my thumbs up : Ayam Kampung Goreng (bahagian drumstick.yummy!)

*inilah pemandangan dari kondo sepupu papa eza yang kitorang sewa selama 4 hari. dari tingkat 15. nampak satu kota bharu en? hehe*

Petang tu jugak , kami ke Pangkalan Kubor. Kat situ, kena pandai carik barang and kena pandai kecek kelate ye kengkawan. aha. Saya gi situ tak sampai sejam dah pandai cakap kelantan. hebat en? haaa....err, bab mintak diskaun je la tapi. ahaha. and berhasil beli satu handbag, and satu baju blouse kalerpul.puh-puh. haha
my thumbs up: pegi kedai name Kak Pah, boleh dapat sandal yang best hanya dengan RM25!


7th July 2010

Pergi butik batik Kelantan. Ade jugaklah niat nak usha-usha harga batik. Cantik woh. Namun, terkebil mata melihat harga. RM200 something. adoi. pegang and ambik gambau je la mampu cik kak oi. tapi, dapat gak beli satu kaftan batik untuk mak. heee. and thanks to Mama Eza yang menghadiahkan saya satu baju kaftan. eceli kan, that is my first kaftan. yeay!

Nama kedai tatau, tapi yang saye ingat, ada simpang empat, kat depan sebelah kiri, ada vegeterian restaurant, so, masuk jalan sebelah kanan, ada deretan kedai-kedai kayu yang macam zaman 70an dulu, and kedai ni sebelah kedai buat duplicate kunci kalau tak salah. Amboi, maybe sebab salah timing, datang masa orang ramai, haduh..tunggu food je dah 45 minit! mane taknya, pakcik sorang jeee yang masak. tapi, taklah mengeccewakan sangat, cuma saya bukan jenis yang nak menunggu lame-lame.hehe
my thumbs up:chicken chop

haa. ini dia! tak sah kalau ke Kelantan, tak makan nasi kerabu. this is my bapak's favourite! hee. but nak carik nasi kerabu yang betul-betul sedap itu susah, namun kami dah berjaya jumpa satu kedai yang memang itulah definisi nasi kerabu yang sedap setepat-tepatnya! Marilah berkunjung ke kedai Nasi Kerabu Golok. oh tidak, bukan di golok, cuma namanya je golok. hee. sedap woh.licinnnn. satu tak cukup, tapi mengenangkan berat yang akan bertambah,,cukuplah satu.erk.
my thumbs up: Nasi Kerabu Daging Bakar

dan after habis je makan-makan kat situ, terus gerak lepak-lepak kat Restoran Wau. SAYA SANGAT SUKA INTERIOR DESIGN nyaa! hebat! serba putih.nampak elegan. harga makanan pun lebih kurang macam kat kedai mamak biasa. ada aircond. and perabot die IKEA i guess. and ehem..waiter die pun..ehem..sume cam boleh tahan.heeeeeeeee ;) ahaha!
my thumbs up: air kopi. serius!

8th July 2010


oh yeah. tak perlu ade hubungan ngan Barrack Obama untuk anda mampu menjejakkan kaki ke White House, kerana pergi aje kat kelantan, anda mampu! Restoran White House ni betul-betul terletak sebelah hotel Royal Guest House, and area istana-istana kelantan ni. macam kedai makan cina zaman 80an, even kulinari pun masih lagi mengekalkan ciri-ciri 80an, macam cawan die, pinggan die. meja die. semua tu la. and one more thing, orang cina kat sini hebat berkecek kelate ye. langsung tak pelat!
my thumbs up: Roti Kahwin (kaya) and Telur Separuh Masak

Kami juga ke UiTM Machang, sebab nak ambik sepupu Eza, Iffah, bermalam sekali dengan kami kat Kota Bharu fpr one night. and malam tu kitorang dinner ayam percik, perut percik dan nasi kuning. beli kat gerai-gerai berdekatan :)

malam, kami ke pasar malam. beli tudung hitam. heeee ;)

9th July 2010

oleh kerana hari jumaat, mostly kedai-kedai kat kelantan tutup. jadi, pagi tu breakfast kat kedai cina kat belakang butik Avon, milik Mami La, sepupu papa eza tu. makan roti bakar dengan telur separuh masak. oh, tak lupe, teh beng! yeah. itulah new word ye, teh beng is teh ais. kalau kat sarawak, kitorang panggil teh peng. but kat kelantan, is 'beng'. hoho. tengah hari tu, makan Chicken Chop kedai San Too. Sedap! kami take away je, makan kat umah.
my thumbs up: chicken chop san too.

*sempat visit relatives mereka di kelantan juga :)*

malam, balik KL. flight supposenye 9.55pm, tapi delayed till 10.15 pm. Sampai KL, pukul 11.30pm, Helmi, boyfriend eza ambik. sampai umah 1pm. cuci muka pe semua, terus vedebum tidur sebab esoknye ade program kat TKC.


So, banyak kan gi makan-makan? haa..mane taknye sampai naik jugaklahh berat badan.adoi. huahua. but memang best trip ke Kelantan ni. THUMBS UP! thanks to papa mama eza :)

p/s : tembah sudah saya -.-"
p/s/s : had great time today! karaoke yuhuu :) hee
p/s/s/s : gosh.i'm missing you
p/s/s/s/s : adik-adik along, here i comeee! ;)

Saturday, May 22, 2010

Mari Membeli Barang di Metro!






Aina dah ajak da dari semalam lagi pergi Metro. Since some of my barang pun dah habis, so kata sepakat telah dicapai.hakhak. Tapi oleh sebab TERmalas nak pergi pulak semalam, terus tak jadi (-.-")
*jangan tiru aksi di atas*

So, pagi-pagi tadi dah buat schedule, after zohor, kol 2pm, terus gerak ke Metro. Oh.Lupe. Bagi yang bukan duduk di Mesir ni, Metro adalah Supermarket seperti Giant/ Carrefour/Tesco di Malaysia, cuma ianya lebih kecik,ya,jauhhhhhh lebih kecik ;)
tapi kalau nak carik benda makanan-yang-kau-takkan-jumpa-dimana-mana-kedai-runcit-berhampiran, maka, di sinilah anda mampu menjumpainya! yeah. gagaga~

after paksa si Aina mandi, aduh, die gi tido pulak! ye la, sapa suruh gi goreng nasi pukul 1.30pm? mana sedappp jek tido kekenyangan?
kul 4.30 baru gerak. haha

ni lah sedikit aksi yang sempat ditangkap sebelum pakcik Metro tu berkata "Sorry,no photos please..delete it!" grrrr~~

oh.sila perasan.seafood combo tu ade cop halal Malaysia. YA! Inilah berangan buatan Malaysia!
Di luar Malaysia pun anda mampu menyokong barangan tempatan heeee~

Then, pegi makan kat cook door sebab perut TERlapar.eheee ;). ordered fried shrimp sebab tetibe TERasa nak makan makanan laut *skema la pulak.ehe* tapi en, balik umah tadi terus TERmuntah.erk? maybe sebab dah lama tak makan udang. so badan kene shrimp shock.huh?? wujud ke pun benda camtu? erk..

so, pukul 7 baru laaa balik umah. Gile lame kan beli barang? hahaha. tadelah. borak-borak yang lama.cam tak biasa plak korang en.gagagga~

Ni la die barang2 yang di beli..
*klik untuk membesar*

oh,sebenarnya tak suka sangat nescafe..tapi, sebab tetibe perasaan hmm-nescafe-bolehla-jugak-layankan datang, beli la gak sikit. oh, bukan semua ni saya punye ye,ni kongsi ngan aina.

dan
jeng jeng jeng...

ni la die gambar hasil dari kesengalan kami malam semalam.HAHA!

saya pernah baca kat mana entah. die cakap
"hidup ini tak selalu indah. kita lah yang kena mengindahkannya"
^_^

oh satu lagi,
thanks nasi kerabu :)

p/s : 9.38pm.hm,tade ape-ape pun.
p/s/s : To Mr.T and Ms. F, jangan sorok kalau ada apa-apa tau! :)
p/s/s/s : dari tadi asik tahan gelak.hahaha!
p/s/s/s/s : kenapa asal perkataan "TER" je, mesti caps lock?


Wednesday, April 7, 2010

Ku Lari Kepadamu, Serenity.




sometimes, what i need to do is just
RUN.

YES. RUN.
run, run, and run.
to keep me holding on.


p/s :
p/s/s : exam 12/4, best of luck to all!

Thursday, February 18, 2010

Winter Break Feb 2010 Part 2 (Turki/ Türkiye)

So, here we go! TURKEY! or in BM Turki! or in bahasa dia sendiri Türkiye! hee~ Turki adalah satu-satunya negara yang menggabungkan dua benua; Eropah dan Asia. Sebab tu lah jugak ia dipanggil Eurasian Country, and sebab tu lah jugak die guna 2 currency which are Euro (€) and Turkey Lira (TL). Salah satu sebab die guna € adalah sebab dia dah secara rasminya masuk European Union on 2005. PERGH -terjadi tourist guide la pulak. HAHA.

Ok, so, as I mentioned earlier in the previous post, we chose ON ROAD instead of ON AIR -flight la. huhu. Kenapa? OK, first mahal la kan. Second, sebab kami bukan gi Istanbul je, malahan berjalan-jalan di merata tempat.Kami juga turut menjejakkan kaki ke Ankara - the capital city of Turkey, Antakya, Izmir, Karakoy, Aksaray, Konya, Karaman, Ismailliya, and banyak lagi. Serius lupa nama. Huhu. Lupa lak nak salin satu-satu.

Sepanjang perjalanan to Istanbul, kitorang ditemani dengan ah-mezing scenery! Rasa macam kat Switzerland pule.huhu. Turun naik gunung bersalji, lepas tu gunung penuh dengan rumput hijau, memang cantik gila gilaaaaaaa sehingga membuatkan mulut kau ternganga nganga. Oh tidak. Saya sempat tutup mulut. Subhanallah. Memang cantik!!

Pengalaman paling tak ley lupa kat Turki is belajar bahasa Turki! We met a complete stranger, and this complete stranger turned out to be our Turkish Language Teacher after that! Tashakur Idarib Mr. Penjaga Toilet! Ya! Dia penjaga public toilet yang bagi kitorang bermalam kat dalam bilik dia dan tumpang heater die di kala kami kesejukan. Baikkan orang Turki? This is the part in this holiday yang menambah lagi manisnya trip kami. :)


Telinga pun cam berdengung. Ala, sama macam kalau kite naik flight tu la. Sebab gunung dia memang tinggi-tinggi. Cantik kan gunung-ganang ni? Siap ade kincir angin. Haa...

Ok, ARE YOU READY? Start your engine! Jom JALAN-JALAN!!!

Istanbul University
tatau la still gune ke tak, tapi yang pasti binaan die cantik!! ececece sejak bile plak ko ni auni jadi penilai architecture.ngeee~

Beyazit Mosque
dan kami juga bermain dengan burung merpati!!! heee~


Grand Bazaar
Kat sini shopping tak banyak. Baju 7 helai, beg tenun turkiye sebijik sorang, 100% pashmina sehelai sorang..(banyaklah tu kan? ces!)


Blue Mosque Sultanahmet
tak dibenarkan amek gambar kat dalam masjid sebab kami masuk time solat Zuhur, tapi dapat berjalan-jalan kat dalam tu. Cantik!
fountain kat antara blue mosque and hagia sophia

Hagia Sophia
Hagia Sophia asalnya adalah sebuah church. Tapi setelah ditawan Islam, maka gereja ni dibersihkan. Sebab tu lah kat dalam ni, you dapat lihat ada gambar Mary di antara kalimah ALLAH s.w.t dan Rasululah s.a.w

German Fountain
tayah gi german dah. HAHA

Topkapi Palace
taman die je dah besar gileeeee. ape lagi kat dalam. pergh~

Sea Shore of Istanbul :)
indahnya camar...ahhhhhh~~~ hee :) sambil tolong pakcik pancing ikan, ehem, tolong tengok je. haha!

Taksim
monumen kat sini tengah under renovation. harap je datang. tapi kat sini banyak gile butik-butik. MNG, LEVI's, ADIDAS, and macam bagai lagi! Sapa ada duit lebih, shopping heaven ar sini. Woot2! kami takdak duit banyak maa~ hoho.

Spice Bazaar
kat sini kami bertiga memang gila. SHOPPING BORONG 17 BIJIK PERFUME! Pergh~~ mane taknye. Perfume original ok? 3 bijik TL20 je! same dengan RM50. for 3 perfumes! ish2..

Istanbul Archeological Museum
smart tau police-police kat Turkey. Ehem, HENSEM tuuuu~ yeah! haha


and here some of our random pics throughout our stay in Turkey! Enjoy!
lagi satu kat Turki ni, orang die baik-baik...thumbs up la Turki! :)


the last part of our trip will be continue esok, Part 3, kat mana lagi kalau bukan...
JORDAN!!!
yehaa!
tungguuuuuu~~~

p/s : sape tau result exam kuar bile?
p/s/s : nasib baik muat ye? hee :)p
p/s/s/s :argh!! tak suke! waaa :'(