Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Warm December

To bapak and emak yang sedang baca post ini, apa khabar? dah makan? Hihihihi. Lawaklahhhh! Eee malu maluuuu -___-"

Apa yang terjadi? Nah!

Translation;

shbinisaini: Bapak and mak tengah dengar lagu ni long... alhamdulillah, jadi 'penyanyi' jugak anak bapak tok..adohaiiiii

aunishbini : HAHAHA! Kenapa dengarr??! HAHA! Pasni terpaksalah bersedia di rumah, ramai orang datang nak mintak sign. -__-" Haha!

Adoi. Malunyaaaaaaaaaa. Actually, tu bapak komen untuk post before this, yang cover lagu A Thousand Years. Tolong do me a favor. Jangan dengar. Bughuk!

Okay. Actually banyak benda yang happened tapi belum sempat nak dicoretkan (ewah!) dalam belog ni.


Surprise birthday party Zati and Aina

Birthday Zati 30.11.2011 and Aina 31.8.2011. Since kitorang tak sambut birthday Aina, so sekalikan dengan Zati. And the best part is, it is a SURPRISE birthday party. Me and Wani are the mastermind! Ngehehehe (bayangkan muka kami penuh lagak) Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar and best sebab ramai yang turut serta mengheboh hebohkan partay ini. yahuuu. Oh, bagi yang tak tau, mereka mereka ini adalah housemates I. Hehe :) And also, thanks to Fatin Aqila (pergh nama penuh!) sebab sudi jadi penangkapgambo.

The birthday girls! Kiri tu Zati, kanan tu Aina :)


The Mastermind! *sila tabik!*


Us! The Casa de Familiannn! ;)


For their birthday, I baked one cake each for them. cheese cake and ex-caramel cake. *ehem* Pak! Mak! Tengoklahhhhh Along dah pandai buat kek-kek niii! ;)

Well, the reason why it is named like that is because it is supposed to be a CARAMEL CAKE like in my previous post --> The Caramel Cake (sila kelik untuk baca) but, since salah beli susu, so karamel tak menjadi. sekian. bai -___-"


Happy 2nd Anniversary

I rarely or boleh dikatakan memang takdelah cakap pasal my love life kat blog. But for this one, I want to :')

4th December 2011, 1.11am, 730 days

The roses, there are 24 of them, each for each month. A pair of red shoes. Which I adore so much! The frame, he bought them, and stick them by himself. The picture? Entah mana dia godek gambar gambar tu. haha. And the card, he made it by himself. I dont have a picture of the muka depan, but you should see how he deco it one by one, dahlah kecik kecik pulak tu. One word, thanks love :) *eh, dua words*


The Cardiology Exam

One word. Alhamdulillah :) Tawakal, dan berserah kepada Allah. And now, masa untuk masuk round baru. HEMATOLOGY! *dorang cakap round ni cekgu selalu masuk lambat/kadang kadang takde cekgu. haihhh*


So itulah setakat ni cerita untuk 8 hari pertama bulan December ini. Alhamdulillah, walaupun dah masuk winter, but it still gives me such a warm welcome. Yeah, now, we are back to december, kata Taylor Swift.


p/s: laparlah pulak.
p/s/s: bangkit dari tidur untuk ke kelas setiap hari, melawan kedinginan musim sejuk, adalah satu kemenangan.




Sunday, December 4, 2011

=)


Inspired :)







and,
H2AAAMR







lots of love;

Monday, January 10, 2011

kerana rasa itu untukku :)




it's 2.22am now here in egypt. i just drank a cup of black coffee. gahhh nikmat! ohkay, tibe-tibe ada mood nak post something. i have 2 poems. and these poems have a special meaning to me.why? kerana rasa itu untukku :)

tvayi snihyaami

ditepian ini
antara gelap dan terang bulan
penuh manusia segerombolan
ditebingmu
ada ibu bersuara sayu
mencari suara puteranya yang hilang

bagi pemuda ini
duduknya bersebab
merenung bulan dari tenangnya air
baginya belum pernah bulan secantik ini
sambil itu
terhambur kata-kata segar dari bibirnya

bulan
kalau bisa dia berkata-kata
cerita, rasa manusia
sudah dia sampaikan
selain memberikan cahaya
apa lagi dayanya

di tepian ini
berakhirlah tari malam riaknya
berakhirlah penipuan sang pendusta
penuh harapan di esok hari
bertemu jodoh kumbang dan bunga
ditebingnya

sepertimana jodoh sg nil dan mesir
sepertimana jodoh Adam dan Hawa

jodoh yang dari hati
dekat sekali


Sebut di angin lalu

How can I tell you that I love you?
That you mean the world to me
A light shinning through the dark
You're the eyes that help me see
How can I tell you that I love you?
You're the air that I need to live
Will you take me for who I am
When love is all that I have to give?
How can I tell you that I love you?
Oh I wish I would know
You are the only true reason
That I love my life so
How can I tell you that I love you?
And show you how much I care
I'll be your guardian angel
To stop your pain and despair
How can I tell you that I love you?
God,help me find the ways
To tell her she's my heart and soul
Untill the last of my days


yes, kerana rasa itu untukku
tvayi snihyaami too
:)

dah dah. jom sambung belajar!
p/s : peninglah pulak minum coffee.pfft

Thursday, January 6, 2011

Selamat Ber-21-taunan Wani!



5th January 2011

ingat tak masa kite first first kenal dulu? alaa kat bangunan MARA. same group interview kot. hehe. senyap je awak ye? tapi ape ape pun, awak la orang yang saye dok contact kalau ade ape ape masalah time nak settlekan pasal MARA tu. ingat lagi, ayat awak yang sampa sekarang saye ingat, even nanti sampai anak anak awak pun saya nak cerita. ingat tak ayat tu? hehehehe " Auni, auni, nanti kan kat UKM kite kawan k?" heee. comel gile. pastu, sampai sampai UKM, memang tak ley nak pisah dah kita dua. bilik sebelah sebelah, siap pinjam iron pagi pagi subuh lagi. tak termasuk kita ronggeng ronggeng gi tengok movie kat midvalley. haha sampai tertidur! pastu, even kat sini pun, kat mesir ni pun, kita dok serumah. banyak masalah suka duka liku liku kehidupan saya (ecewah) awak tau. and ape ape problem memang awaklah tempat saya mengadu. dok menangis tengah malam ke, ketawa sebab ada gossip baru ke, semua awak. saya ingat lagi satu malam, saya menangis, saya ketuk bilik awak, bawak comforter, bawak bantal, nak tidur dengan awak.huhu.walaupun umur kita sekarang tak sama, tapi awak tetap kawan saya sampai bila-bila. wani, Happy 21st birthday! Sumpah, tanak hilang awak as kawan saya. you're one of my friends that i cheerished the most! semoga friendship kita takkan putus sampai bila-bila :)
p/s : sayang awak ketat ketat :)
p/s/s : wani still available tau. heeeeeee

Wednesday, December 29, 2010

of melbourne-mansoura-conventry ♥

zan zahidah, melbourne, australia.
shahida tomiran, conventry, uk.
me, mansoura, egypt.

Though miles may lie between us, we're never far apart,
for friendship doesn't count the miles, it's measured by the heart.


ni la geng geng kejadian kantin malam pn roslina jadi warden tu ;)
ni la geng geng panjat pokok mangga belakang sick bay
ni la geng geng lepak makan dalam koop
ni la geng geng berlari lari ke kantin nak cop kopok lekor after habis prep
ni la geng geng makan bila dah lights off
ni la geng geng saje duduk sickbay sebab nak gosip gosip
ni la geng geng yang bile kene jage kelas mesti ade je muke muke ni bersama
ni la geng geng bila ada masalah rempuh masuk bilik
ni la geng geng pecut ke dining hall bila malam supper yang sedap
ni la geng geng masa bada dok main main
ni la geng geng yang suka menghabiskan makanan orang lain
habis sekolah
masing masing tercampak kat benua lain lain
satu hujung dunia sana, satu hujung dunia sini, satu tengah dunia
tapi hari ni
dalam satu screen laptop je
dah bersama balik
:)

zan, jangan nangis. skype memang ade video conference tau. hihi
shida, g siapkan assignment tu. dah siap, kite calling calling lagi.

p/s : rindu korang sangat

Monday, December 27, 2010

You,









Men Are From Mars
Women Are From Venus
remember our differences.

sincerely,



Sunday, June 6, 2010

You're My Reasons to Keep Me Holding On =)







just skyp-ing with my family
taktau kenapa hari ini internet elok plak
macam tau-tau je lusa nak exam.hahaha!
bile dapat tengok muke ezhan, WOHAA! ensemmnyee adik along ni!
arisya plak, comel gile pakai baju gown :)
ye la, lame tak de adik pompuan kecik. yang kecik ramai hero pule.ngahaha
betapa dorang membesar, sampai hampir tak recognize, "bile mase aku ade adek2 cute camtu?"
HAHA bertuah punye akak. gedebush!
oh, benda kaler biru tu sebenarnya untuk menghadang cahaya matahari yang berlebihan (excessive esposure le..hehe)
kalau tak, memang tak nampak ape. nampak rambut, mata, lubang hidung, lidah dan..ya itu sahaja.bahaha



:)

oh, one more thing
please sign this petition for
Gaza: investigate the raid, end the blockade

click the link below here:
https://secure.avaaz.org/en/gaza_flotilla_5/?rc=fb
thank you

p/s : always by your side, and be always by my side :)
p/s/s : dah tadek beras dah. nak makan ape petang ni?
p/s/s/s : doakan exam kami semua okai? :)


Friday, June 4, 2010

4 Jun 2010





hari ini adalah hari yang istimewa untuk saya yang saya nak kongsi dengan 2 orang yang mendapat title VVVVVVVVVV(infinity 'v')IP dalam hati saya. ngeheee. jengjengjeng! :)

1
HAPPY 44th BIRTHDAY to EMAK SAYE TERSHAYANG...howaaa! :)


tadi call rumah. kol 5pm malaysia camtulah. so, dengan menggunakan lowrate voip yang berbaki €0.43 sahaja, +6082-750*** terus didail.

KRING! KRING!
mak : hello?
anak bertuah : helloo aa, ini puan raobah ada ka? boleh kasi sama dia aa? (dialek cina sesat)
mak : ya,ya..ini puan raobah.
anak bertuah: oh, ini puan raobah maa~ ehem. *batuk2*happy birthday to youuu,happy birthdayy too youuu happy beday 2x happy beday to youuuuu!!
mak : hahaHAhahaa! along ek? HAHAHahahahHAHA

tet!

saya punya mak sudah kena tipu loh.haiya, itu sola anak keshayangan pun taboley kenal ka? saya memang pelakon handalan maa.hahaha!

2
6th :)


kamu, AAMR


^_^


p/s : jeles dorang sambut beday mak. hey, along nak gak laa! ;(
p/s/s : ..more to come, insyaAllah :)
p/s/s/s : MV Rachel Corrie is 150 miles away from the Gaza coast. Keep praying for them!


Sunday, May 23, 2010

Adakah Itu Cinta atau ... ?






Pagi semalam oleh sebab penangan nescafe yang beli semalam tu, grrr, susah gile nak tidur! dahlah kepala memang nak tidur gila-gila, mata memang dah layu habis daa, ambik Toddy, pusing-pusing kiri, pusing-pusing kanan, grrrr, memang tak dapat jugak :( Last-last tatau la macam mana, kul 2am lebih camtu baru dapat tidur kot. terbangun pukul 8.30am sebab alarm tepon asik nak memekikkk je, tutup (haha,macam biase lah), try sambung tidur, tak dapat! Dahla pening gila! PENING GILA ohkay?

Hmm, maybe sebab saya ni bukan jenis biasa minum nescafe, jadi memang teruk la sikit effect die.wah.hoho. bangun kol 10.30, makan breakfast (yes, saya telah menggoreng ayam yang dibeli semalam tuuu), terus after makan, pening lagi menyengat! grrr TERtidur.aiyark. bangun kol 1.30pm (-.-") okei sikit da kot.

Rupanya Aina pun sama gak. Die pun kene sakit kepala sebab minum nescafe. Ye la. Kitorang bukan jenis peminum tegar nescafe, sekali berlagak hebat nak minum nescafe malam-malam, hamek kau! haha.

Haaaaaa.tau sebenarnya korang nak baca yang bawah ni jek kan. Tapi tape. Layankan aje bebelan kat atas tu.hadoi.hakhak.

So, here's what i wanna share with you.
^_^

Adakah Itu Cinta atau ... ?

Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar
kencang dan suara kita tersekat di dada?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata
darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di
sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan
semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana
kita tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya
membuat hati kita melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita
mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari
hanya dia yang kita fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita
senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi…

Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara
sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami
… menarik kita mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu bahagian
dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat
itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa
kita begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian, itulah namanya CINTA
:)


yang pasti, padaNya itu tetap yang hakiki
--------------------------------------------------

Opss! Belum habis lagi.
Ni la menu dinner kitorang malam ni!

Ikan Singgang
Sambal Belacan
dan Sayur Goreng Su'un
(psssttt, su'un dari Malaysia tuuu hee~)

:)

p/s : yes, it is, insyaAllah. :)
p/s/s : camne nak habiskan nescafe tu ek? hm.
p/s/s/s : "keep it on track, Auni!" "Oh.Ok"



Wednesday, May 5, 2010

El.Ai.Em.Ea






EL.AI.EM.EA

senda bersama
sendu berlalu
sungguh
aku gembira
walau kadang ada sakitnya
moga akhir sampai bila-bila.
baru kembali dari kepenatan hari
di hati tak sabar menanti
namun tiada sangka
katamu menghenti senyum
cuba
masuk ke duniaku
kau akan jumpa
jangan cuma aku
masih banyak usaha
masih banyak kerja
kita mampu
sabar.pintaku.
ku pun masih mencuba.
:)




p/s/s : kau.aku.di sana. tiada mereka. seperti 30 yang lalu. aku mahu.kembali.

Wednesday, April 7, 2010

Ku Lari Kepadamu, Serenity.




sometimes, what i need to do is just
RUN.

YES. RUN.
run, run, and run.
to keep me holding on.


p/s :
p/s/s : exam 12/4, best of luck to all!

Tuesday, March 9, 2010

How to Find 'Chemistry' Through Eyes


p/s : Dr Adel Bondok tu professor neuroanatomy kitorang.die yang cakap macam ni masa lecture tadi. so,kire cam from medical opinion la kan.Betul tau. Die terangkan tadi kenapa and macam mane.. huhu. cube korang buat. berjaya nanti, bitau!
p/s/s : cakap pasal mata, teringat gamba Sharba ni which is the most famous cover of National Geographic Mag.
p/s/s/s : nanti nak try la. kene banyak main mate la pasni :P
p/s/s/s/s : honesty. that's it.
p/s/s/s/s/s : now, u can ask me anything here! <--click laa.


Thursday, February 4, 2010

Broken Hearted? Got Some Ways to Heal It.


Hati terluka? Sakitkan? Post ini telah disuggestkan oleh seorang kawan. Dia kata, "Auni, ko buat lah tips-tips untuk mengubat hati". HOHO. Walaupun takde lah muka dia serius mana pun nak suruh buat sampai melutut ke ape kan, but terpikir gak, pe salahnya kan? lagipun, mane tau ar kan kot kot berguna untuk 'dia' dan mungkin sesiapa sahaja satu hari nanti. Maklumlah, dunia ni berubah, esok tidak akan sama dengan hari ini.*pening kepala lah pulak kena hujan tadi.*.

Banyak benda boleh menyebabkan hati kite terluka.Paling selalu kite dengar is break up. Tak kisahlah if you guys baru dating few months, or perhaps a long term relationship ke, or maybe a married couple, but breaking up aint that easy. ok, break up memang la senang, just say that 'magic' word, then phewshhh! everything's off. But trust me, sape cakap breaking up tu senang? It's really hurting..freakin' damn hard. Hoi, ingat senang-senang ke after berapa lama bersama nak buang segala bagai memori-memori bla bla bla? (tak pasal-pasal emo)

Ataupun antara sebab lain mungkin kematian one of family member ke, or maybe kene buang kerja, or maybe terasa dengan kawan-kawan ke, ataupun sakit hati sebab dah lama gila aim kasut tu, tengok-tengok, dah ada orang lain sambar dulu! Punye lah kita tabung duit nak beli, time sale, die grab dulu. CIS! Haha. Ataupun mungkin melihat budak kecik makan aiskrim yang gile banyak scoop die ketika cuaca panas dan di dalam poket korang hanya ada RM 0.50 yang mana hanya layak membeli icecream malaysia tu je. hoho. Ataupun mungkin ada yang berharap gila kat something,tiba-tiba you found out, that thing you memang takkan dapat.hum..

Just something to share. Tak cakap benda ni after korang buat sume, TADAAAA! dah elok dah, Tak. Tak. The power of healing is in yourself, these things only to help you, to help you make your first move, then bile dah dapat the steps, just dance. Follow your heart. The most important thing is to Trust Yourself.

Are you ready? Good. Tell me your name, speak it out loud. NOW! Good. Very good. Now, at least you know yourself right? You, ______________, c'mon! lets us begin!!

1. Try to understand why you are upset.
Understand that everything happens for a reason. Apa yang menyebabkan you rase down? Ape yang menyebabkan you rasa lemah? Rasa macam nak masuk bilik, tutup pintu, masuk dalam selimut and off handphone? Kenal pasti.

2. Don't think about whose fault it was - at one time or another, everyone makes mistakes.
Jangan risau. Tade manusia yang perfect. Manusia takkan lari dari berbuat kesalahan. Tengok diri kita, kita pun ada buat kesalahan jugak

3. Do something quiet and relaxing to help you feel better.
Maybe you want to take a hot bath, or meditate, or read a book. That's fine. Or kalau Auni, Auni gi kedai depan rumah ni, beli coklat Cadbury Hazelnut and icecream one box. Makan gilaaaa gilaaaaaaaaaa sampai tak larat nak masuk dah.

4. In an hour, or two, or whenever you're ready, start thinking about whether you are ready to accept the other person's feelings.
It's ok, just take your time. But dont hold on to long my dear, this life have many beautiful things awaits you

5. If you are, go ahead, call them, write them a note, or whatever you need to do.
Maybe you want to talk face-to-face. They may not be willing to see you, or talk to you, but you should make an effort. Even if they turn you down, you feel better that you tried, and maybe they'll recognize that you made an effort. InsyaAllah.

6. Move on.
When you feel you are ready to open your heart again, find someone else to be with. Buat ape stuck lama2? Benda tu takkan datang balik. what is past, is past. Banyak lagi yang lagi baik! Live your life. Pernah dengar quote ni tak? When one door closes, another opens; but we often look so long and so regretfully upon the closed door thaat we do not see the one which has opened for us. SO, BUKAK MATA! You have another door open, peeps!

7.
Smile! Seriously, smiling makes you feel better and if you gather a few good, close friends and have a laugh together, you'll remember how good life was without him/her and that you're okay really. Laughter is the best medicine (betul ke idiom ni? hoho). Yeah... it reminds you how great your life is. Remember, you are not going to live forever, Cheerish the moment.

8. Find something to distract you. OK. suke travel? suke masak? suka karaoke? suka main bola? suka shopping? Then, GO OUT THERE guys! Ape ni? OK. I give you one week to mourn, after that, hey, remember what i said, you still have your own your life. Mana diri you sebenar selama ni pergi???? Have fun! Just do it!

9. Replace the picture of your former dearest, with a picture of yourself.
Every day when you walk by that picture, say sorry out loud. Yes, you are apologizing to yourself for having gone that far around the bend for someone who didn't know your value and worth, and who doesn't matter anymore. And you sepatutnya deserve lagi baik dari itu!

10. Let time heal.
It has been one month now. Go to someplace where you used to go or be near your so-called one-true love and go there with a friend (bukan gi sorang-sorang ok-this is important). It may hurts you, but by hurting yourself, then you'll know that you you still alive, as you still can feel the pain. And, walla! Here you go. Re-create a new memory there, yes, WITHOUT HER/HIM. Time will heal, with real action :)

11. Practice being honest to yourself every day.
Jangan tipu diri sendiri. You can fool your family or your friends, but you cant fool yourself, let it all out. You sedih, cry out loud. Then one day, you akan realise, apa aku buat ni? And you akan found out that you will laugh to yourself sebab benda-benda macam ni. hehe

12. Read a book every night before you go to sleep.
You might never have read books, but nothing moves you outside of yourself better than a book, not a movie, not a music video, read a book. InsyaAllah, will help you heal. or perhaps, masak? heeeee. masak extra ek? nanti nak sikit boleh? ;P

13. Speak to people.
Speak to friends. Try out forums online. Knowing that thousands like you are going through the same pain helps a lot. Jangan pendam sorang-sorang, You boleh kene depression kot. Hey, ade ramai lagi kat luar sana macam awak. Ada yang lagi teruk. Ada yang tade rumah, ade yang bankrup. Tapi diorang tak mengalah, they fight. If they can survive, why you cant?

14. Have faith in HIM. Everything happen for a reason. DIA lagi tahu kenapa benda ni jadi. Ada hikmah in everything yang terjadi. Banyak-banyakkan doa, selawat, tawakal, minta dipulihkan hati kita. Luka luaran, bisa dirawat dengan ubatan, tapi luka dalaman, kena rawat dari dalam. InsyaAllah..

I know, cakap senang ar kan, but nak buat....memang susah. I know. But these might help to alleviate you a little bit, sometime kite takkan dapat apa yang kita nak. Tapi DIA bagi kita yang lagi baik. DIA takkan bagi kita dugaan kalau DIA tau kita tak dapat hadapi nya. HE knows your strength. It's time for you to use it. Trust yourself. ok? You still have people love you kat sekeliling you. KALAUPUN takde, you still have me. Sebagai manusia, aku sayang padamu (tiru ayat lakasaman sunan ke ape ni? hoho) You might be nobody to the world, but you might be a world to somebody. Good luck!


p/s : kat mana ye nak cari traveller's backpack kat egypt ni? anyone knows kedai yang ada?
p/s/s : februari. dua dah. alhamdulillah. insyaAllah .. :)
p/s/s/s : sejuk...rasa cam nak demam dah...hachoooo!!!! :'(


Wednesday, February 3, 2010

Selesai Tapi Belum Berakhir

kakak-kakak dan abang-abang sekalian
*ni tanak ngaku lagi tua punye pasal*

Satu benda je saya nak cakap

ALHAMDULILLAHHH! Exam dah habis!!!
sekarang, tawakal + doa and..... CUTI!!! yes2!!!
*tak sabar nak jalan-jalan.hehe*
oh bahagianya oh bahagianya
ahhhhhhhhh~~
:)
*cam lebih dari satu je..humm..*



p/s : ahhhh..saya tidak jeles!
p/s/s: 3 apples + flowers :)
p/s/s/s : movies menantiiiiiii.nantikan kedatanganku!! yeahhhh
p/s/s/s/s: good luck wani for osce esok. JOM MERDEKA AINA and ZATI!


Tuesday, January 12, 2010

Pengsan-Pengsan. Manteppppppp! =)

Hesh. post before ni pun orang tak sempat bace lagi.
dah ade post baru,haha
tapi tak kisah la kan.
ade ke orang bace belog saye ni?
oh ade2!!!
YOU yang tengah bace ni. heart you ^__^
sebab sanggup layan repekan ntah ape2.haha

Ok you guys.
READYYYYYYYYY??????
*bunyi drum*
For me, this is the PERFORMANCE PALING BEST + GEMPAK + HEBAT + MEREMANG + ....... dalam sejarah sampai bila-bila!! *gila semangat kau auni!!*

sile tengok! tengokkkk!!!! WAJIB! wajibulghunnah! <--tiada kaitan.hadoi~

my fav parts are:
0.36s - 0.40s - sebab suke tengok lampu tu terpasang ikut step die
4.40s - 4.45s - whoa! what else i can say? MANTEEPPPPPP!!!

wish i can do like her. angan2 kamu ni auni oiiii:P
pe salahnye berangan? haha

seyes pengsan dengar part ni. fuh!! pengsan - pengsan . haih~~






p/s : go auni, go! tebus balik masa ko tidur tadi!!!!!! *mate mule layu daaa*. selamat malam =)
p/s/s : posted at 3.21am GMT+2

Saturday, December 19, 2009

Kepada Adik-Adik Along Tersayang

Ke hadapan belakang kanan kiri adik-adik along yang sentiasa along ingati dalam senyum dan tangis.heee~ ;


Abang Eyan,
Selamat menjalani life after SPM. Along tahu mesti heaven gila kan sekarang? HAHA. Berapa banyak dah lagu abang dah pandai mainkan kat gitar? Jangan lupa ajar along nanti tau!

Lyaa,
How's your bf? TET! haha. Apa-apapun, jangan leka. Itu pesan along. And tolong mak ye kat rumah. Jangan tengok tv je. Movie kat astro tu ulang-ulang. HUHU

Aina,
Along sentiasa doakan adik dapat SBP/MRSM. InsyaAllah. Teruskan berdoa. Eh, jaga bilik along elok2 tau?

Aisya,
Along tau eca dah pandai jaga adik2. Dah besar adik along. Ngee~ Nanti along bagi coklat ok? Muahhhh!

Eisham,
Jangan tanya bila along akan balik rumah. Sedih along dengar. Huhu. next year along balik ok? (Next year macam lame je. padahal lagi 2 bulan masuk 2010. Bahaha)

Syahir,
Sudah-sudahlah tu buat kecoh kat rumah. Beras mak kat dapur jangan buang dah. Orang kat Afghanistan mane dapat makanan.Hehe

Ezhan,
Miss you so muchhhh! Along nak tengok ezhan jalan. Tapi sayang, kat rumah internet tak ok. Tak dapat skype. And, tolong jangan gigit orang dah! ;p

Arisya,
Dapat gambar arisya hari ni from Fieyzah. How come u become so cute,huh? Missing you so much my dear. Makin bulat. Huhu.


Bang Yan, Lyaa, Ainaa, Aisya, Eisham, Syahir, Ezhan, Arisya:
Along rindu. Sungguh! :'( Tapi Along masih ada perjalanan yang jauh nak dilalui. So, doakan Along. Nanti Along balik. InsyaAllah summer next year. Winter ni Along tak balik sebab cuti sekejap je. Bapak selalu pesan kat along, jangan tergoda oleh perasaan. Nanti along rugi seumur hidup. Ye, Along sentiasa ingat. Bapak pun kata, rindu tu cuma permainan perasaan. Ye, Along sentiasa ingat. Cuma kadang-kadang along rindu sebab itulah hati perempuan. Fragile. Emo lebih sikit. Huhu. Tapi Along tahu, adik-adik along pun sentiasa doakan kejayaan along kan? Kan? Tak ke? Hah! Gi doa CEPAT! Ngee~ Along tak penah lupakan korang semua. Oh, ye nanti beritahu kat bapak jangan lupa hantar gambar-gambar korang semua tau? Yang recent je. 2,3 tahun lepas tak perlu lah. HEHE. Muahh!!

Salam rindu + sayang + peluk + cium + baling bantal + simbah air + main tembak-tembak;

-along-

p/s : waiting for more pics from Fieyzah and Bapak
p/s/s: congratz. Good Luck final! :)
p/s/s/s: nak siapkan thesis!! *semangat je lebih*
p/s/s/s/s: huh? 2 minggu lagi nak 2010??

Tuesday, December 15, 2009

Love is a Derivation?





Lub...dub. Lub...dub.


Officially,yang Auni belajar tadi, ini adalah Sounds of Heart. Maksudnya, satu dunia mengakui lub...dab...lub....dab.... adalah bunyi jantung. heee~ Tak caya? Kelik sini.

Secara tidak langsung indirectly nya, Sounds of life. Sounds of joy. Sounds of tears. Sounds of Smile.Sounds of....dah-dah. stop. jangan suka memanjangkan cerita,ok? *~* HUHU

Kelas praktikal auni tadi belajar guna stethoscope. Tau tak stethoscope tu macammane? Ha.. erm..dia ada 2 err...tiub yang letak kat telinga. Then ada satu macam bende leper bulat kat hujung die. Yang menggabungkan mereka berdua ini adalah seperti hos paip. Senang cite, macam ni la.

EHEH.saje nak cite panjang. ala, konpem semua orang tau. HUHU.
tak kisah. Nak cita gak. BAHAHA.

Tapi point die bukan ni. Point Auni satu je. HEHE
Auni rasa.....(this is my theory ek?)
perkataan LOVE is derived from this word; LUB

Hujah saya yang pertama :
Heart is always symbolize Love

Masuk kepada hujah saya yang kedua ya,tuan pengerusi:
LUB is sound of heart.

Hujah saya yang ketiga dan terakhir:
Don't you feel the connection between them??? ngee~

So I LOVE YOU, I HEART YOU, and so on tu

is it derived from heart sound....lub..dub...lub...dub??

Siapa yang rasa ni mungkin benar?

1. Si Pemikir teori
2. Todi
3.
4.
5.
.....


Oh. tidak dilupakan. Ni masa praktikal.
Muke eksyen berlagak terel jadi doktor.
Penuh fokus plak tu. Ceh.
thanks Kak Da yang merelakan jantungnya didengar.
Tapi I tak dengar apa-apa pun
HEHE
:)



p.s : terjerit masa praktikal sebab masa tengah try stetoskop ade orang ketuk kuat kat chest piece tu. HAHA. Tape. Dimaafkan. :)
ape-ape pun, I DO heard that sound. That lub..dub..lub..dub..
masa try kat Aina's heart.
Ah-mezing. ngee~
*subhanallah*

Wednesday, November 11, 2009

Happy Birthday Ainaa Alwani! =)


I LOVE YOU

with all my heart
there's no one can ever replace you
no gold is much worth than your smile
no flower is much pretty than you
no sun is too shining than your presence in my life

I LOVE YOU
more than anyone else do...

HAPPY 12th BIRTHDAY MY DEAR
AINAA ALWANI SHBINI




may all your wishes come true

dan ini
khas untuk adik
^_^

Pesan Along

adik
11 november 1997
hati along riang tiada galang
mendengar tangismu
cukup sudah mengukir senyum di muka
tak perlu adik berkata apa
tak perlu ada yang bersorak ria
kerna bagi along
adiklah hadiah agung untuk along
terima kasih Allah

adik
dari kecil tanganmu along gapai
dan sekarang
along masih menghulur
andai kata adik perlukannya satu hari

adik
Selamat Datang ke Dunia Nyata
pesan along
hati-hati
ini bukan kisah Cinderella yang bertemu putera impiannya dengan kasut kaca
ini bukan kisah Snow White yang dibantu oleh 7 orang kerdil
ini bukan kisah Aladdin yang mau apa-apa pasti Genie berikannya
bukan dik, bukan!
kisah ini bukan kisah yang along pernah ceritakan
sebelum adik tidur, dari buku cerita
yang penuh kegembiraan
yang penuh senyuman
yang penuh keriangan
......
tapi dik
.....
nanti adik akan tahu
dunia ini bukan sekadar itu
kasut kaca adik, ramai yang akan cemburu
7 orang kerdil, susah adik temui

apa yang adik pinta, tak semua akan dipenuhi

tidak adik, tidak!

tapi along yakin
adik kuat
adik penuh semangat
adik tetap beringat
adik pasti hebat
kerna
adik kan adik along?
hehe

langkahkan kaki mu, dik
along sentiasa menunggu
usah risau, dik
along sentiasa disisi mu
jangan takut, dik
along tetap bersama
dan
ingatlah ini adikku
......
if there's 1000 people love you, 1 of them is along
if there's 100 people love you, 1 of them is along
if there's 10 people love you, 1 of them is along
if there's 1 person loves you, that is along
but adik my dear,
if there's no one loves you
that means
along is not in this world anymore.

so, my dear adik
I LOVE YOU
from deep down in my heart
till cats can fly
eternally.
happy 12th birthday.

LOTS OF LOVE
along =)