Sunday, January 31, 2010

Pick One : Now or Never





How soon 'not now' becomes 'never' -
Marthin Luther

kalau bukan sekarang, bila lagi?

*kring..kring!*

oh, can you hear that?
it is a wake up call.

Bangun, yes, I need to wake up
You, WAKE UP!
prepare yourself for the battle! it aint finished yet!
it is just started!

p/s: pray for saya and rakan taulan saya for tomorrow's paper : Short Essay Question
p/s/s : awak oh awak
p/s/s/s : i am now =)


Saturday, January 30, 2010

13 Gaya Agar Browser Anda Cun dan Hensem!





*PERHATIAN : Post ini adalah sebagai satu therapy selepas menjawab 200 soalan MCQ petang tadi, dan selepas mengepos ini ke blog, baru resume balik study.ye, saye gi study la jap lagi...*

Boring dengan browser yang kosong? Macam bawah ni?

HOHO. Apa kata kita upgrade sikit si browser ni supaya tampak lagi menawan.(macam ayat majalah Wanita je...) Tidaklah seakan bermuram durja sahaja rupanya. UHUK3.

Maybe ramai yang tau ape benda ni, tapi tape.
I NAK JUGAK BAWAK MASUK BLOG!!! <--protes hentak kaki.

Paling penting, anda perlu memastikan si browser yang hendak melalui proses grooming ini memakai lencana Mozilla Firefox. Internet Explorer, tu lain cerita. Dah? Adakah anda kipas-susah-mati mozilla? bagus2. JOM KITA MELINTAS! ergh. jom kita teruskan.

Ade dalam 41 626 pilihan yang anda boleh buat menurut yang dilaporkan kat lappy saye ni, pada pukul 8.39pm, 30 Jan 2010. Banyak kan? haaaaaa....^_^

Nah. Lihat sahaja gaya mereka. Saya bawakan khas 13 daripada mereka ke kaca laptop anda. Lihat,seakan sudah biasa berposing di hadapan kamera.ngehehe~

Oh, seperti biasa klik pada gambar untuk tumbesaran belipat kali kali kali ganda berganda.



Pertama : Summerwood...teringat lagu fireflies..heee~

yang ni, ade description sikit.heee~


Kedua : AAR (bukan aina alia rahim tetapi all american reject)



Ketiga : Avatar...ade lagi satu, tapi ni lagi nampak ke'avatar'an nye :)



Keempat : Lady Gaga..uyeay..bad romance.hoho



Kelima : New Moon!! owh..jangan kechiwa kerana tiada edward, tapi jacob ade! heeee :)



Keenam : Dinding-Off a.k.a Off Wall



Ketujuh : Pyaar Impossible - tu bahse hindi, melayu nye, cinta mustahil hoho. hindustan mane ntah..tapi suke munge-munge itu.heee~



Kelapan : Rainbow - aaaaaaaahhhhh...nak isekem paddlepop!



Kesembilan : Suki Tsuruga - sape minat katon? nah amek2! hohoho



Kesepuluh : Snowman - walaupun di sini tiada salji, dia boleh jadi pengubat hati...tsk tsk :(



Kesebelas : Stocking - tak tahu nak sidai mana stoking korang? meh2...sini boleh.



Keduabelas : california sunset atau name manje 'Dahab' sunset - arrrggghhhhhhhhhh!! Nak DAHAB!




dan...

Ketigabelas ini paling special, sebab saye gune yang ni lah sekarang. heeee. Mempersilakan, COOKIE MONSTER!!!

Kenapa saya suka?
OHEMJI! saye tertawan pada pandangannya yang memukau..AWWW! :)P

haha
sekian. itu sahaja dari saya. ZASSSSsss!

selamat tinggal browser muka-macam-bangun-pagi-mamai-pastu-tidur-balik-tarik-selimut
hai browser kau-sungguh-gumbira-menyebabkan-aku-cemburu!

oh, kalau nak tengok before this gaya ape yang saye pilih for browser, klik kat due menatang bawah ni.

tattoo = :) <---ataupun ---> (:=love

*di extract dari post-post yang lepas*


p/s : next paper - ESSAY on 1st February - doakan saye dan kengkawan sahabt handai saye ye?
p/s/s : kite perlu korbankan benda kecil untuk dapatkan yang besar
p/s/s/s : 8 sehari, alhamdulillah..insyaAllah :)
p/s/s/s/s : tawakal...Pak, Mak, Adik2, doakan along.

Friday, January 29, 2010

This Is Where You Always Be You





Thanks for always be there for me
Thanks for the endless support
Thanks for the prayers
Thanks for everything
Here's for You

video

though abang yan, lyaa, and ainaa weren't there masa skyp-ing tadi, i know you guys love me. ahahaha.
^__^

Truly :
p/s : esok start exam, with our first paper, MCQ 200 Questions! Pray hard for us!
p/s/s : always by your side.... :)
p/s/s/s: HE never asks us to be the best, HE just wanna us to do our best, and HE will take care of the rest...


Thursday, January 28, 2010

With All My 5 Litres of Blood, 206 Bones, 60 Trillion DNAs...

I Wish You ...


picture taken during GMMSC Eid Adha Celebration last year. for a larger image, click on the picture.
*letak as desktop background tau? haha :)P*



Ni Along Tau? ALONG!!!!!!!!

awal pagi tadi dalam kol 1.30am, webcam ngan bapak. bapak kat sekolah, nak hantar ezhan gi nursery. WAAA! gile lame mengidam-merindui-memendam-menghambat-dan segala bagai rasa rindu gila gila gilaaaaaaaa kat ezhan! haih. mata yang dah dah nak tertutup terus segar bugar sesegar air sinki kat dapur yang sejuk bagaikan air terjun ulu bendul.hohoho. EZHAN KHAIR! :(



ezhan, makesure kenal along! NI ALONG NI, tau? ALONG! ALONG KAKAKMU YANG PALING BESAR sekali!*bukan tua..ehem2*. Nama along, AZIE NUR'AUNI SHBINI. jangan tak ingat! makesure ingat! NI ALONG! ALONG OKAAAAAAAAAYYYYYYY??? along lah yang jaga ezhan dari kecik, dari ezhan lahir lagi, sampai along fly, even dah fly pon, kalo along balik malaysia, along gak yang jaga ezhan. jangan sombong lak tak kenal along! ces! sape yang basuh be*** ezhan? along! sape suap ezhan makan? along! sape buat susu ezhan? along! sape tidurkan ezhan? along!sape mandikan ezhan? along! jangan tak kenal along pulak.....NI ALONG TAUUUUUU!!! waaaaaa!!!! :'(

*dengarlah rintihan seorang kakak di perantauan di mana adiknya sendiri pun tak kenal dia (-.-")*


p/s : sejuk.memang beku.
p/s/s : @)'----
p/s/s/s : doakan exam kami! :)

Wednesday, January 27, 2010

If You've Never Failed, You've Never Lived - A Letter to Myself

1.43pm

Auni dearest,

ever heard of Abraham Lincoln?
the beatles?
thomas edison?
walt disney?

ok, how about michael jordan?

watch this





What i want to tell you is what this video is all about.FAILED? everyone experienced it. but remember this : You don't drown by falling in the water; you drown by staying there. There is no failure except in no longer trying.Being challenged in life is inevitable, being defeated is optional. Failure is only the opportunity to begin again, only this time more wisely. Our greatest glory is not in never failing, but in rising every time we fail. Aim for the moon, so even if u fail, u still be among the stars.

Apply to current atmosphere sekarang which is exam fever, if before this grade cam still you tak satisfied, then ape lagi? GO FOR IT! you still have time.though tinggal sikit lagi, but STILL ade lagi kan? never late until it's too late :)P so, c'mon! MUMTAZ? never impossible! because some of your friends dapat je, asal you tak ley nak dapatkan juga? you belajar apa yang dorang belajar gak,kan? so, go for it girl. i know you can do it. because you proved it before. success is easy to achieved, but hard to maintain. but by believing in your own power, you always can. have faith! Oh-dont forget HIM, the one who owned everything.ok,dear?

i am you;



p/s : petang ni nak masak ikan sambal! yeay2! *setelah beberapa hari makan tak seimbang je.hohohoo*
p/s/s : (^____________^)V <-- i know u didnt like this peace sign.haha.nak buat jugak!
p/s/s/s:->>>> Doa seorang muslim untuk saudaranya di luar pengetahuan yang dido'akan itu do'a yang mustajab. Di atas kepala orang yang berdoa itu ada Malaikat yang ditugaskan supaya tiap ia berdoa baik untuk saudaranya itu supaya disambut dengan : Amin walaka bimitslin (Semoga diterima dan untukmu sendiri seperti itu)” (HR.Muslim<<<<--

Tuesday, January 26, 2010

1 Way 2 Say those 3 Words 4 You





p/s : suke lagu ni! simple yet, beautifully told. :)
p/s :3 hari lagi ek?
p/s/s : bengang email takley attach vid! urgh! ;/

Monday, January 25, 2010

Pampered :)







hahahahahahahhahahhahahahahahhahahha
LOL~
pampered myself today. happynyeeeerrr! ^____^

1. manicure (shiny nailsssssssssss.heeee~)

2. kemas-ing wardrobe winter *to get : high knee boots, leg warmers, bla bla..list goes on. duit ko mane auni? hihihi.cakap je banyak. tapi tak salah berangan. dari angan-angan wujud impian. dari impian, wujud keinginan, dari keinginan wujud kenyataan :) <--bermadah!*



3. mix and match everything. yeahhh!

4. half-day on hiatus. buku? arghhhh! letak aside sekejap meh.. =)P

found that:
secret to a happy life is a continous small treats. :)

oh sebelum terlupa, hihihihi
congrats Tunku Kurshiah College!
Keep our flag flying high,okayh?


p/s : post maken pendek. sebabnye exam tinggal 4 hari lagi. doakan :)
p/s/s : terasa ke'lady'an terserlah.uhuk2. hahahhaahahahahahahahahaha *hesh, anak dara tak elok gelak panjang.heshhhhhhhhh~*


Sunday, January 24, 2010

11 random pick of the day








satu : phone saya dapat cover baru. tapi lupe nak bersihkan kotoran degil kat dalam. nak bukak balik tapi tak dapat. tolong saya. waaaaa~ :'(

dua : sangat mendambakan pantai dan makanan laut. oh ya! campfire dan juga bayu laut serta bintang oh bulan enggan melayan diriku lagi, pabila air mata membasahi... (sila sambung sendiri. jangan malas.cubit kang!)

tiga : makan banyak lagi hari ini. argh. memang melencong 368.56 degree betol plan nak diet. bahaha. layan saja makannnn...zas! kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi! zasssssss lagi! (tak rasa ke tade kaitan???)

empat : sejuk gila-gila kegilaan menggilakan betul hari ini! menggigil geliman (salah penggunaan kata ganda berirama. cikgu!!!) keluar rumah. rasa macam terbayang-bayang snow yang degil nak turun. mencari mafla.

lima : kelas xray. pelajar melimpah ruah bak kuah masak lemak cili api last week. terima kasih doktor yang sanggup buat kelas revision. ergh, TB in the upper lung zone kan?

enam : hot choc semalam tak habis masuk fridge. baru kuarkan balik ni. durh-it's cold choc now. tak kisah. sodap :)P. lagi-lagi cicah borio. erk? BORIO lagi??

tujuh : esok zan zahidah dan shahida tomiran bakal mendapat result mereka. saye doakan mereka pass untuk fly. yeayyyy!!! amin~ jumpa di italy!! ^__^

lapan : hari ni mesti family lawat abang kat PLKN. abang, good luck wakil badminton for kompeni abang.hikhik :) psstttttt...cekidaut mereka yang hensem. along mau seorang. haha :P

sembilan : kalau lah hati ini transparent..kan senang. boleh tengok apa lam hati orang lain. tak payah dok men teka-teka. tak kisahlah teka silang kata atau teka teki, dan sewaktu dengannya...

sepuluh : ikan ade lagi lam fridge. baru gi beli semalam. arrgh!
ikan = makan.
ikan lagi = makan lagi (-_-")

sebelas : i made a promise to myself. yes, i wont. ^_~


p/s : ade sebelas p/s kat atas ni.hehehe



Saturday, January 23, 2010

otak serabut hati menyebut exam menyambut







k.o.s.o.n.g
i am not a mind reader
how about a silence?
giving air and time
ok. i think we should do it.
it starts NOW.
let see what will happen
then tell me, what you feel.
dont hide
cause i really need it
nothing or something?
to achieve is easy
to maintain?
that is where we have to
not just doing hard, but doing by heart

salam imtihan





p/s : haa..start la tu fikir bukan-bukan..haha.korang memang. buruk sangka jeeeee. :P
p/s/s: i will
p/s/s/s : whoshh! sok de xray class. lupe (-_-")
p/s/s/s/s : semangat lebih.kerja tak jalan. tapi asek nak makan. WOIT! exam 6 hari lagiiiii!!!

Friday, January 22, 2010

Kita Semua Ada Ibu Kan?







terbaca berita kat utusan malaysia online hari ini
pasal si tanggang moden
dah baca dah?
belom?
nah tekan sini.
tak sangka kan zaman intelek macam sekarang pun ada lagi yang sanggup buat macam ni

oh ye
post kali ini akan ditemani dibantu oleh Mr.Google.hehe
except gambar last sekali ^_^

kalau nak diartikan maksud ibu itu senang
ibu adalah seorang perempuan yang mengandungkan seorang insan selama 9 bulan
dan melahirkannya

tapi
tugas/peranan ibu bukan setakat kat situ je
sebab tu ada satu lirik nasyid..kalo tak salah lagu sumaiyah
"...tangan yang disangka lembut menghayun buaian,mengoncang dunia mencipta sejarah..."

ibu punya tugas berat atasnya
ibu punya tanggungjawab yang tinggi digalas di bahunya
banyak pengorbanan ibu yang takkan dapat ditulis dengan kata-kata
banyaknya hanya Allah yang tahu
peritnya jadi seorang ibu hanya ibu yang tahu

apa perasaan anda kalau anda adalah seorang ibu

masa dalam kandungan,
9 bulan ke hulu hilir dengan perut yang besar
jaga makan, jaga pantang
masa dalam kandungan, ade petua kena ikut
nak bagi anak bijak lagi, baca ayat Quran, minum air soya
bacakan buku cerita, makan buahan
(untuk lebih petua, tu post lain. hehe)
tak pun, sentiasa bercakap dengan perut, "hai auni, ni mak ni"
contoh lah,kalau ade yang dah plan nak bagi nama auni tu kan
saye tumpang glamour. uhuk2


masa lahirkan
masya-Allah, hanya Allah yang tahu
sebab tu lah ibu yang meninggal dunia masa lahirkan anak sama tarafnya dengan mati syahid
betapa tingginya pengorbanan seorang ibu
nak lahirkan satu nafas baru ke dunia ni
putus 4o urat sebab nak lahirkan seorang bayi
sakit..sakit...sakit....
(macam de pengalaman pule..heee)
namun semua terubat bila terdengar rengekan si kecil
tangisan bertukar senyuman
ya...kau dah dilahirkan. selamat datang ke dunia
betapa tadi rasa macam nak tercabut nyawa dah
si ibu rasa macam dah dapat nyawa baru dah
lega..memang tak terkata
menyambung warisan manusia.


dari kecil dijaga dari kecik penuh kasih sayang
anak nak itu ini, dibelikan demi keselesaan
makan minum dijaga.
umur 1 tahun baru boleh makan nasi. koman-koman pun nasi + telur goreng + kicap
nak up sikit, fish and chips.
ibu sanggup tahan perut sebab nak bagi anak kenyang
kalau ade satu pot je beras kat dapur
ibu sanggup suruh anak makan dulu, katanya
"makanlah dulu. mak dah makan dah tadi."
padahal ada kau tahu?
seharian tak makan sebab fikir mana nak cari duit lebih untuk beli bekalan beras for next month?
kerja siang malam cari duit bayar perbelanjaan anak-anak
ingat murah ke yuran sekolah? yuran universiti?
bil air/letrik? barang dapur?
better die gi beli baju kat SOGO, beli handbag baru ke kasut baru ke..
tapi tak
kesenangan sendiri dikorbankan demi anaknya
pastu, kalau sakit, hantar klinik even masa tengah-tengah malam buta time tidur after kepenatan gile buat kerja itu ini seharian (basuh baju, iron baju, masak, etc ...)
masa baby tu pulak, nyamuk seekor pun kalau boleh DILARANG landing

mungkin ada yang tak terasa sangat sebab ada di kalangan kita lahir dalan keluarga agak berada
ada pembantu rumah
makan everyday ade atas meja
nak apa, ditunaikan sahaja
tapi kena ingat!
takda ibu, takdalah kau kat dunia ni

sejahat mana pun ibu anda
dia masih, tetap dan akan jadi ibu anda
tentang yang lain-lain tu, urusan dia dengan Allah
sekarang, kita sebagai anak
hormat, jaga, belai ,sayang, kasihkan dia sepenuh hati
selagi dia masih ada



siapa tahu?
ajal tak pernah beritahu bila nak jemput
sedar-sedar anda bangun esok pagi
dapat call
"tabahkan hati, ibu dah pergi tinggalkan kita"

ha! nak buat apa?
padahal baru semalam marah-marah ibu cakap
"ibu ni sibuklah..kite dah besar. taulah jaga hidup sendiri.ishhh!"
sekarang?

wajah ibu datang menerpa
senyuman ibu terus di minda
suara ibu terngiang-ngiang di kepala
tapi baru kau sedar
tu semua dah tiada
dah ke segala dosa diampunkan?
dah ke segala makan minum dihalalkan?
dah ke?
seriusly Auni cakap. dalam situasi macam ni
kehidupan takkan tenang sampai bila-bila

lagi lagi dalam kes macam ni
sekali anak dah besar
anak tak ngaku ibu
anak tak kenal ibu
anak buang ibu
anak halau ibu
anak abaikan ibu
ibu kat luar pintu rumah
dijerit ditempelak
"HOI! Aku takde ibu lah. Ibu aku dah MATI!"

hmm..

duhai anak-anak sekalian,
sebagai seorang anak, jagalah hati ibu penuh rasa sayang
jangan pernah sakitkan hati mereka
redhanya Allah, terletak pada redha mereka
syurga terletak di telapak kaki ibu
sekali kau bahagiakan ibu, memang insyaAllah nikmatnya sampai bila-bila kau rasa

awak,
dah call ibu dah hari ni?
sihat tak dia?
call lah...paling tak pun, hantar email ke, sms ke..
sekali seminggu pun cukup.

bagi yang belajar kat oversea, tade yang lebih membahagiakan seorang ibu
bila dia dengar
"hello,mak! Aah. Angah ni. Mak sihat? dah makan? pening-pening lagi tak mak? adik-adik semua ok? mak buat apa je hari ini? masak ape? WAH. Ikan asam pedas ngan sayur kangkung tumis?? sedapnyeee! nanti angah balik, mak masakkan untuk angah ek?"


kita tak tahu entah sampai bila kita akan punya seseorang untuk dipanggil
IBU atau EMAK atau UMMI
selagi punya waktu,
selagi masih bernafas atas ruang yang sama
selagi masih ada kesempatan
ucaplah padanya
beritahunya

Mak,
ampunkan kite kalau kite ada salah apa-apa
zahir dan batin
halalkan makan minum
Mak, terima kasih mak
sayang mak sangat-sangat

dan peluklah mereka
bayangkan itulah kali terakhir anda dapat memeluk mereka
percayalah!
tak ada benda yang lebih menenangkan selain berada dalam dakapan ibu...


To my beloved MAK,


Puan Raobah binti Sulaiman
along tak pernah cakap depan-depan kat mak
along selalu nak cakap
tapi segan..hehehe
ALONG SAYANG MAK SANGAT-SANGATTTT!!!!
Mak, terima kasih sebab jaga along selama ni
terima kasih atas semua kasih sayang yang mak bagi
kalau along tulis panjang-panjang kat blog ni pasal mak
konfem sampai bila pun takkan habis, mak
semua budi mak hanya Allah dapat balas.
doakan along
sangat memerlukan doa mak
untuk terus tabah dalam mengejar segulung ijazah medic ni
dan teruskan kehidupan yang baru setahun jagung along kenal ni

mak
love you mak.
love youuuuuuuuuuuu.
love youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
hihihi
*muke makin merah*
nah!
hugs banyak2.
emphhhhhhhhhhh!
*peluk mak kuat2*
nah!
muah muah muahhhhhhhhhhhhhh muah2!
*kiss mak banyak2!*

and jangan risau
along sentiasa doakan mak. insyaAllah mak.
along akan balas jasa mak sedaya upaya along
along janji mak
mak takkan menyesal ada anak macam along
heheheheheh :)P
insyaAllah

ok,anda semua
jom sama-sama jerit biar kasi pecah itu cermin kereta. dah pecah jangan lupa angkat kaki. dah?
hehe

satu...due...tiga!

I LOVE YOU MAK !!!!!!!!!!!!!!!!!

*prakkk!*
lari cepatttttttttttttt! dah pecah dah cermin tu! lariiiiii!
hihi =)
p/s : 7 hari lagi
p/s/s : hari ni makan banyak.huwwaaaa!!
p/s/s/s : suke yang baru ni :)
p/s/s/s/s : panjang gak rupanya post ini...tak sedar. haha
p/s/s/s/s/s :sape tau kat mane ade waffle?? NAK! waffle with choc+peanut butter + honey. makan panas-panas. wah! sedapnyeee *mengelap air liur*



Thursday, January 21, 2010

mood.tade











---- tade mood nak cakap ape-ape ----










p/s : tujuh
p/s/s : 2/3 hari..haih...
p/s/s/s : back on track..poh-kus!
p/s/s/s/s : merangkak pastu terguling dan tergolek dan meniarap mencari makanan. hesh. kate nak diet!!!! AUNIIIIIIIIIIIIIII!!! :(


Wednesday, January 20, 2010

Imam








Saya mencari seorang imam
yang akan mengimamkan
setiap solat-solatku
dan keseluruhan hidupku







p/s : zan, pinjam tau :)
p/s/s: itu tingtong insyaAllah ^_^
p/s/s/s : exam sembilan hari lagi...ish2
p/s/s/s/s : ikan dalam fridge dah habis! errrghh!
p/s/s/s/s/s : nape p/s lagi panjang dari isi post sebenar? musykil2..



Tuesday, January 19, 2010

Post Saya Yang Paling Fofular di Google

ok. nak buat entry sikittttttttt je hari ni.pendek je.ye,janji. tak panjang.
hahaha (gelak dulu)
adeih
sebenarnya sangat kasihan melihat mereka yang masuk ke blog ini secara tak sengaja
niat di hati lain, sekali yang dapat lain. sabar je la ye?

kenapa???

haaa.ok.ni nak cita ni.
if korang tengok kat belah kanan ni, ade kan life traffic yang menunjukkan sape yang masuk blog ni kan? kan?
benda alah ni ley detect orang tu masuk blog ni through link ape.

so..
kisah nye macam ni (gaya macam nenek bercerita kat cucu bawah pelita malam hari. tapi I nenek awet mude.heeee~).

EVERYDAY or boleh la didefinekan sebagai SETIAP HARI dalam bahasa BM nye, ade je yang masuk belog ni through satu post ni.(sungguh mengrojak-ing bahasa ..ish2)
Post ni kalau ade listed kan dalam Anugerah Bintang Popular, konfem2 die menang under kategori Post Paling Mengancam Terancam. Haha

Apekah post itu???

Teng Teng Teng...TENENG!!! *soundtrack : drummer main drum + gitar letrik terputus tali*

Cara Memasak Tomyam Paling Sedap Di Dunia
[kelik untuk lompat ke sana]



ni la bukti die. my belog's feedjit.

Ha.. tak caya? Cuba korang taip kat Google. cara memasak tomyam ke, resepi tomyam sedap ke, ape ke..konfem!


Ampun, tak bermakna apa-apa. dahlah ade ayat "PALING SEDAP DI DUNIA".
Itu, memang tak boleh blah. haha
ni post zaman November 2009 lepas kot

sian mereka-mereka itu. pasti hampa+hampeh je masuk post tu.uhuk2. again, ampunnnn.huhu
pasti dengan semangat berkobar-kobar nak masak tomyam ala-ala chef wan, terbantut terus bile tengok post ni.heeeee~~

KENAPE?

baca sendiri.anda akan faham.ngesh2 :)


p/s : tadelah panjang sangat kan post ni.hehe
p/s/s: ok. borio dah dihabiskan. fuh!
p/s/s/s : setelah berkurun lama, baru bukak friendster. tu pun sebab tiba2 timi bagi komen, kalo tak, berpuluh tahun pun tak sure lagi nak bukak friendster tu.ahaha. thanks timi sebab mengingatkan saya ada friendster.YA. saya ada FS! :P
p/s/s/s/s: xkan pernah ada juga :)


Monday, January 18, 2010

Malam-Malam Denganmu...oh Mr.B








Hadirnya kau dalam malamku
membuatku tahu erti senang
membuatku tahu erti tenang
membuatku tahu erti riang
kala aku tepu dalam dahi bertemu

Hadirnya kau dalam malamku
memberi aku kekuatan
mengejutkan aku dari lena
membangunkan aku kala terleka
kala aku terkedu dalam ayat-ayat berliku

Kaulah teman ku
Kaulah yang sentiasa di sisi
oh
BORIO





Yeahhhh
begitulah tadi sajak saya untuk Borio.
Haah. Borio.
Tahu tak?
Borio ni ala-ala Oreo laaa
version LAGI murah and LAGI crunchy
putar..jilat...celup!!!
*siap ade air susu lagi. macam lam iklan woh.haha*
sedapnyeeeee
jeleslaaa jeleslaaaaa
dalam penat meneroka slide2 lecture
*penatlah sangat....*

Borio lah yang temani setiap saat. mekasih Borioooo!!!
heeeeee~
puh kanan.puh kiri.
mintak2 Borio ley tolong dalam exam!

Hoi hoi ya hoi kilang borio! bagilah diskaunnn!!!
dah promote walabom punyee ni!

^__^


p/s: dah tembam dah. TANAK TEMBAM LAGIII!!!! =_="
p/s/s : geramnyeeee
p/s/s/s : alhamdulillah..dipermudahkan urusan tadi
p/s/s/s /s: mintak2 semuanya cukup + berjalan lancar nanti
p/s/s/s/s/s : 9..10...11..sebelas hari lagi. ^_^ <--suke plak.ceh.




Sunday, January 17, 2010

Tu lah. Sape Suruh?








Tu lah. sape suruh start masak lambat sangat?
Tu lah. sape suruh borak-borak lama sangat masa makan?
Tu lah. sape suruh saje nak mandi dulu. boleh je mandi after that?


TAK SEMPAT JUMPA MADAM SYAIMAA!!! :'(
nak amek passport.
so, kene amek esok
mintak-mintak urusan esok dipermudahkan walaupun tanpa passport.
copy of passport adelah.
harap-harap diterima
hum..
ada hikmah kot...
(sangat mentawakalkan diri sendiri sambil makan ruz bilaban nyum2)
^_^
*hesh.tengah bengang senyum pulak!*

-_-
*ok. yang ni boleh terime..heee~*


p/s : sejuknyeeeeeeeeeeee.burrrr~~
p/s/s : love story version bm =)
p/s/s/s : 12 days more.....


Saturday, January 16, 2010

kira-kira












tinggal.tiga.belas









p/s : doakan exam kami, ye?
p/s/s: takziah atas pemergian arwah abang kak da. semoga roh arwah dicucuri rahmat
p/s/s/s: zahirkan apa di batin :)

Friday, January 15, 2010

My Family - cerita terbaru baharu haru

Dapat gak call rumah tadi. Bangun² tido, terus laptop dikejutkan. Ape lagi, number rumah terus didail. Bestnye dengar suara adik² semua panggil "ALONGGGGGGGG!!!!". ahaha. Iyee! Along la niiiiii. Macam biasa masing² beratur nak report laporan masing² and macam biasa, telinga ditadahkan untuk mereka.hadessss.

Ezhan yang umur 2 tahun tu, dah dihantar masuk nursery. Kalau dulu die gigit orang, kat situ pule, kawan die yang gigit die! Bahaha. Hesh. Ade plak gelakkan adik sendiri! Alaaaaa, ezhan. Rindu! Arisya yang masa Auni tinggalkan time fly baru pandai nak angkat kepala masa meniarap, sekarang dah nak pandai berdiriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!! Ape kes ni???!!!! *tolong tenangkan saye. rasa macam nak gigit katil dah ni*

Gambar yang menemani kita pada hari ini adalah sumbang saran eh...sumbangan dari Kak Arfa, kakak angkat saye. These photos were taken during kenduri before abang gi PLKN and Dik Ena gi Sabah. Credit to beliau, Kak La Dolce Arfa. ehek.


Ezhan berjalan...huwaaaa! :'(


Suke la tu ade kakak manis pegang die. HUH!


Sedara Nept suruh bookkan Arisya ni. Dia kate 20 tahun lagi, die masuk minang. *Sila hantar resume anda kepada along die, dan tunggu untuk panggilan temuduga. Terima kasih*

Ni la Kak Arfa and cek adek manis arisyaaaaaa.huuu~ sayu tol. sekarang dah pandai berdiri.


Dah penat melalak² melolong² menjerit² meraung² kat emak sebab tak dapat tengok Arisya berdiri, baru lah call Dik Ena kat Sabah lak. Die tengah on the way outing bermalam kat rumah pakcik kawan die kat Kota Kinabalu. So, pelbagai pertanyaan lah ditanya, homesick tak, asrama ok tak, bla bla bla...ala soalan² biasa. Lega bila dia jawab semua ok.

And nak tau tak? Haha. Jom gelak dulu. HAHAHAHAHA. Ade one time ni masa kelas belajar la, maybe prep class la kan, kelas dia prefect² suruh balik asrama, kemas bilik. So, masa tengah kemas² tu semua, warden tangkap and kata diorang taknak belajar. So, hukuman dia...jeng jeng jenggggggggg! Pegang tahi!!! Ye kawan². Bukan tahi lalat ataupun bunge tahi ayam, tetapi tahi manusia, ok??!! And i was like ewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww (banyaknye pule w ni...haihhhh~).So far, Dik Ena ok je. Die banyak peminat wuuuuu kat sekolah.Baru seminggu sekolah. Bak kata dia ada budak laki tu sanggup tunggu sampai habis kelas nak jumpa dia, ada yang jumpa depan², ada yang minat diam². Haha. Uit! Adik aku dah ade orang punye laaaa!! *haaa, dak zaman sekarang kicik² dah men cintan cintun...haaaa*

abang masih di PLKN. alyaa aisya ade je kat rumah. Bapak masih busy settlekan pendaftran pusat tuisyen. Mak macam biasa, busy uruskan rumah semua. Sekarang kicik², semua ada lah kat rumah. Dah besar nanti, entah² 3 tahun sekali baru jumpe. Tapi, masa tu semua dah besar. Dah ada life masing². Masing² pun dah ade keluarga masing². Tapi, bond between us bukan masing² ek? Still bersama-sama ok, adik²ku?


p/s : tadi gi pasar beli ikan and buahan ngan Aina. Ade dak perempuan tanye nama kami ape. Aina cakap name die NUR and I pule SITI. Pastu tatau la die pekak ke buat2 pekak, asek tanye ape?? ape??? hesh.masa nak blah pulak asek jerit, "siti! siti! siti!!!" terasa macam artis woh. heeeee :P
p/s/s: nak terbang sekarang jugakkkkkkkkkkkkkkk! tolonglaaaaahhhh!! :(
p/s/s/s : 13 days left - exclude ari ni.