Friday, January 22, 2010

Kita Semua Ada Ibu Kan?







terbaca berita kat utusan malaysia online hari ini
pasal si tanggang moden
dah baca dah?
belom?
nah tekan sini.
tak sangka kan zaman intelek macam sekarang pun ada lagi yang sanggup buat macam ni

oh ye
post kali ini akan ditemani dibantu oleh Mr.Google.hehe
except gambar last sekali ^_^

kalau nak diartikan maksud ibu itu senang
ibu adalah seorang perempuan yang mengandungkan seorang insan selama 9 bulan
dan melahirkannya

tapi
tugas/peranan ibu bukan setakat kat situ je
sebab tu ada satu lirik nasyid..kalo tak salah lagu sumaiyah
"...tangan yang disangka lembut menghayun buaian,mengoncang dunia mencipta sejarah..."

ibu punya tugas berat atasnya
ibu punya tanggungjawab yang tinggi digalas di bahunya
banyak pengorbanan ibu yang takkan dapat ditulis dengan kata-kata
banyaknya hanya Allah yang tahu
peritnya jadi seorang ibu hanya ibu yang tahu

apa perasaan anda kalau anda adalah seorang ibu

masa dalam kandungan,
9 bulan ke hulu hilir dengan perut yang besar
jaga makan, jaga pantang
masa dalam kandungan, ade petua kena ikut
nak bagi anak bijak lagi, baca ayat Quran, minum air soya
bacakan buku cerita, makan buahan
(untuk lebih petua, tu post lain. hehe)
tak pun, sentiasa bercakap dengan perut, "hai auni, ni mak ni"
contoh lah,kalau ade yang dah plan nak bagi nama auni tu kan
saye tumpang glamour. uhuk2


masa lahirkan
masya-Allah, hanya Allah yang tahu
sebab tu lah ibu yang meninggal dunia masa lahirkan anak sama tarafnya dengan mati syahid
betapa tingginya pengorbanan seorang ibu
nak lahirkan satu nafas baru ke dunia ni
putus 4o urat sebab nak lahirkan seorang bayi
sakit..sakit...sakit....
(macam de pengalaman pule..heee)
namun semua terubat bila terdengar rengekan si kecil
tangisan bertukar senyuman
ya...kau dah dilahirkan. selamat datang ke dunia
betapa tadi rasa macam nak tercabut nyawa dah
si ibu rasa macam dah dapat nyawa baru dah
lega..memang tak terkata
menyambung warisan manusia.


dari kecil dijaga dari kecik penuh kasih sayang
anak nak itu ini, dibelikan demi keselesaan
makan minum dijaga.
umur 1 tahun baru boleh makan nasi. koman-koman pun nasi + telur goreng + kicap
nak up sikit, fish and chips.
ibu sanggup tahan perut sebab nak bagi anak kenyang
kalau ade satu pot je beras kat dapur
ibu sanggup suruh anak makan dulu, katanya
"makanlah dulu. mak dah makan dah tadi."
padahal ada kau tahu?
seharian tak makan sebab fikir mana nak cari duit lebih untuk beli bekalan beras for next month?
kerja siang malam cari duit bayar perbelanjaan anak-anak
ingat murah ke yuran sekolah? yuran universiti?
bil air/letrik? barang dapur?
better die gi beli baju kat SOGO, beli handbag baru ke kasut baru ke..
tapi tak
kesenangan sendiri dikorbankan demi anaknya
pastu, kalau sakit, hantar klinik even masa tengah-tengah malam buta time tidur after kepenatan gile buat kerja itu ini seharian (basuh baju, iron baju, masak, etc ...)
masa baby tu pulak, nyamuk seekor pun kalau boleh DILARANG landing

mungkin ada yang tak terasa sangat sebab ada di kalangan kita lahir dalan keluarga agak berada
ada pembantu rumah
makan everyday ade atas meja
nak apa, ditunaikan sahaja
tapi kena ingat!
takda ibu, takdalah kau kat dunia ni

sejahat mana pun ibu anda
dia masih, tetap dan akan jadi ibu anda
tentang yang lain-lain tu, urusan dia dengan Allah
sekarang, kita sebagai anak
hormat, jaga, belai ,sayang, kasihkan dia sepenuh hati
selagi dia masih ada



siapa tahu?
ajal tak pernah beritahu bila nak jemput
sedar-sedar anda bangun esok pagi
dapat call
"tabahkan hati, ibu dah pergi tinggalkan kita"

ha! nak buat apa?
padahal baru semalam marah-marah ibu cakap
"ibu ni sibuklah..kite dah besar. taulah jaga hidup sendiri.ishhh!"
sekarang?

wajah ibu datang menerpa
senyuman ibu terus di minda
suara ibu terngiang-ngiang di kepala
tapi baru kau sedar
tu semua dah tiada
dah ke segala dosa diampunkan?
dah ke segala makan minum dihalalkan?
dah ke?
seriusly Auni cakap. dalam situasi macam ni
kehidupan takkan tenang sampai bila-bila

lagi lagi dalam kes macam ni
sekali anak dah besar
anak tak ngaku ibu
anak tak kenal ibu
anak buang ibu
anak halau ibu
anak abaikan ibu
ibu kat luar pintu rumah
dijerit ditempelak
"HOI! Aku takde ibu lah. Ibu aku dah MATI!"

hmm..

duhai anak-anak sekalian,
sebagai seorang anak, jagalah hati ibu penuh rasa sayang
jangan pernah sakitkan hati mereka
redhanya Allah, terletak pada redha mereka
syurga terletak di telapak kaki ibu
sekali kau bahagiakan ibu, memang insyaAllah nikmatnya sampai bila-bila kau rasa

awak,
dah call ibu dah hari ni?
sihat tak dia?
call lah...paling tak pun, hantar email ke, sms ke..
sekali seminggu pun cukup.

bagi yang belajar kat oversea, tade yang lebih membahagiakan seorang ibu
bila dia dengar
"hello,mak! Aah. Angah ni. Mak sihat? dah makan? pening-pening lagi tak mak? adik-adik semua ok? mak buat apa je hari ini? masak ape? WAH. Ikan asam pedas ngan sayur kangkung tumis?? sedapnyeee! nanti angah balik, mak masakkan untuk angah ek?"


kita tak tahu entah sampai bila kita akan punya seseorang untuk dipanggil
IBU atau EMAK atau UMMI
selagi punya waktu,
selagi masih bernafas atas ruang yang sama
selagi masih ada kesempatan
ucaplah padanya
beritahunya

Mak,
ampunkan kite kalau kite ada salah apa-apa
zahir dan batin
halalkan makan minum
Mak, terima kasih mak
sayang mak sangat-sangat

dan peluklah mereka
bayangkan itulah kali terakhir anda dapat memeluk mereka
percayalah!
tak ada benda yang lebih menenangkan selain berada dalam dakapan ibu...


To my beloved MAK,


Puan Raobah binti Sulaiman
along tak pernah cakap depan-depan kat mak
along selalu nak cakap
tapi segan..hehehe
ALONG SAYANG MAK SANGAT-SANGATTTT!!!!
Mak, terima kasih sebab jaga along selama ni
terima kasih atas semua kasih sayang yang mak bagi
kalau along tulis panjang-panjang kat blog ni pasal mak
konfem sampai bila pun takkan habis, mak
semua budi mak hanya Allah dapat balas.
doakan along
sangat memerlukan doa mak
untuk terus tabah dalam mengejar segulung ijazah medic ni
dan teruskan kehidupan yang baru setahun jagung along kenal ni

mak
love you mak.
love youuuuuuuuuuuu.
love youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
hihihi
*muke makin merah*
nah!
hugs banyak2.
emphhhhhhhhhhh!
*peluk mak kuat2*
nah!
muah muah muahhhhhhhhhhhhhh muah2!
*kiss mak banyak2!*

and jangan risau
along sentiasa doakan mak. insyaAllah mak.
along akan balas jasa mak sedaya upaya along
along janji mak
mak takkan menyesal ada anak macam along
heheheheheh :)P
insyaAllah

ok,anda semua
jom sama-sama jerit biar kasi pecah itu cermin kereta. dah pecah jangan lupa angkat kaki. dah?
hehe

satu...due...tiga!

I LOVE YOU MAK !!!!!!!!!!!!!!!!!

*prakkk!*
lari cepatttttttttttttt! dah pecah dah cermin tu! lariiiiii!
hihi =)
p/s : 7 hari lagi
p/s/s : hari ni makan banyak.huwwaaaa!!
p/s/s/s : suke yang baru ni :)
p/s/s/s/s : panjang gak rupanya post ini...tak sedar. haha
p/s/s/s/s/s :sape tau kat mane ade waffle?? NAK! waffle with choc+peanut butter + honey. makan panas-panas. wah! sedapnyeee *mengelap air liur*



7 comments:

nadzirah othman said...

huhuu...
sedih nyer baca...
kalau bab mak2 ni...
sume akn jd sensitip..
:(

Miss Lula said...

tetiba rindu kat mak.
dah lama dah tak jumpa..
tsk tsk ;((

ezza fauziana said...

kmk pun sm...mrek kat usrah pun pasal mak..mek ngis bla dga lgu 'ibu'..sbnya lom stat gk lgu ya mek dah ngis dah pun..hmmmm...

Aina Alia bt Rahim said...

hish nad ade lagi plakk kat cni!
syg mak auni!hehe syg mak aku sgt2 jugak wlupon aku xpenh tunjuk ;(~
mak mmg xkn myesal de anak cm "aina" ngeheheheheh!

aunishbini said...

nad,
jom jerit same2. I LOVE MY MAKKKK!!!

lula,
keje kite sekarang study elok2. nanti,ley bahagiakan mak. :)P

kak o,
lagu yang nang dari dolok agik merentap hati dan perasaan.haish.. :(

aina,
tiru ayat.wekk :P sayang mak aina jugakkkk!!!!

Bunyamin Abdullah said...

tahniah^^

aunishbini said...

bun, tahniah kenapakah?