Showing posts with label buat ape?. Show all posts
Showing posts with label buat ape?. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

#1 - Welcome summer holiday 2011 :)

Hai hai. Perasan tak tajuk post ni ada number? So, kita akan buat post untuk summer holiday 2011! Yup, insyaAllah everyday.

Hari ni bangun tidur pukul 2pm! Tu pun adik kejutkan baru balik dari sekolah, mintak masakkan something for lucnh sebab lapar. Ya Allah, tu baru jetlag betul. Grrr. Hari ni buat apa je? Hari ni macam biasa lah, after masakkan lunch, mandi, lipat baju, kemas rumah, kemas dapur. Family saya memang family ramai, ada 9 adik beradik + 1 mak 1 bapak + 1 nenek 1 datuk = 13 orang. Nenek and datuk saya duk rumah ni sementara sebab nenek sakit. And rumah kitorang tadek pembantu rumah. Bukan tanak carik, tapi dah banyak sangat pengalaman dengan pembantu rumah yang kurang baik. -____-"

So, since before balik Malaysia lagi dah fikir nak buat apa cuti ni. So this is some of the things. Perhaps korang boleh tolong buat keputusan? hehe



1. Kerja Part Time
Kalau nak start kerja, kena start kerja awal awal. Sebab kita raya 31 Ogos kan? So, kena carik kerja cepat cepat lah. Maybe boleh kerja dekat dekat ni je.Tapi takde transport. eh jap. Since kat rumah ni ada 2 basikal, tu pun dikira transport jugak lah kan? Kerja kat restoran ke, kerja kat KFC, Pizza Hut ke.. Ok, nanti suruh adik usha usha kerja kosong.

2. Beli oven and bake!
Ni kena tanya mak, berapa harga oven. Kena tengok bajet dalam bank gak. hehe

3. Duduk rumah je
BOSAN NYEE! No no no! (TAK NAK!)

4. Buat business kecil kecilan.
Kalau dah boleh bake ape semua, maybe boleh terima tempahan untuk raya from kawan kawan mak and bapak? Hehehehe.

5. Ambik lesen kereta
Dalm pertimbangan. Since harga lesen mahal (dorang cakap RM 1200, betul ek?), so kena tengok bajet dalam bank jugak.

6. Jalan jalan.
Kena ada geng. So, kena tunggu geng roger roger baru leh jalan jalan. HOHO. Sape ada kat area kuching/kota samarahan, jum lah ambik saya kat rumahh. kita jalan jalan jommm. hehe!

Ok. so, i guess, i have to take action cepat cepat. Hari ni dah burn macam tu je since bangun pun lambat. tapi ta least rumah kemas sikit. esok nak kemas satu rumah betul betul. That's all for now! Nak carik resepi mash potato jap. Hihi. Babai!


p/s : penat betul dok kejar kejar adik adik nak bagi makan mandi. baru je rasa nak marah, diorang terus peluk dari belakang. Aww terus sejuk hati :")
p/s/s : dah ade number malaysia baru dah! yeay! *tatau la kali ke berapa tukar number*


Saturday, July 16, 2011

Post-Final Exam Life




First of all, all praises to Allah kerana dengan limpah kurnianya, dapatlah saya melalui final exam Semester 6. Alhamdulillah, semua paper dah habis. Aina pun dah balik Malaysia semalam. Haha. Saya balik bila? Plan 25 ni, tapi masalahnya duit MARA ni ha belum masuk masuk. Macammana nak beli tiket? Hewhewhew

Ok, jum kita tengok apa yang saya buat after final exam ni, sementara menunggu detik balik Malaysia.

1. SIAPKAN THESIS!
Thesis ni deadline dia 29th July, tapi sebab malas nak fikir dah, so kena lah siapkan awal awal. Alhamdulillah, tadi dah dapat message from Dr, Dr dah bagi greenlight kat tajuk thesis. "Excellent, go on". Tu lah katanya. Haha. Should start my thesis now! :)

2. Moviessssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss (sila perasan banyak huruf 's')
Semalam dah pegi rumah Fat, dah pergi rumah Kak Samha, mintak movies kat Reed jugak. Hehe adalah berbelas movies. Kalau before this. bangun bangun, terus gi mandi, terus bukak buku. Sekarang, bukak mata je, terus bukak movie. Pagi tadi, tengok cerita KL Gangster. Terperuk atas katil terus. Haha! Best betul!

3. Kemas bilik dan rumah!
Alhamdulillah, bilik dah kemas semalam,baju kotor semua dah basuh sidai, and baru je tadi settle vacuum bilik. Rumah je belum settle. Ingatkan nak kemas after housemates, wani and zati dah habis exam, sebab takut nanti cam kacau diorang pulak (Ye, zati habis exam esok, wani 19 ni. hehehehe). Tak sabar nak tengok rumah ni bersih dan berseri! LOL

4. Pergi shopping barang barang sourvenir untuk orang Malaysia
Kurma, hati unta, jubah mak, kristal, baju abang, hadiah adik adik, bla bla bla.. (tu pun tunggu duit MARA masuk jugak) -_____-"

5. Makan, kacau orang, melepak rumah kawan, gosip, kacau orang, kacau orang, kacau orang. Pfft~

6. Kacau orang

7. Errrr....kacau orang (?)

8. Menunggu result exam dengan penuh debaran (DOAKAN KAMI SEMUA LULUS SEM NI! AMINNNN!)

9. Melalak lagu semua yang ada dalam playlist sampai ngantok.

10. Errr...tenung laptop sampai keluar biji mata (FB, twitter, gosip terkini : Nurul Syuhada Nurul Ain nikah malam ni!)

11. errrr..buatlah apa apa yang patut asalkan tak memudaratkan diri. Wohoo!

That's all. hahaha. Ya Allah, cepatlahhh duit MARA masuk. Nak beli tiket balik! :( And cepatlah korang semua habis exam! nanti baru happening Mansoura ni! Hehehe. Ni baru budak Div A yang habis. Hoho. Anyway, all the best to korang semua yang belum habis exam lagi! :) Buat elok elok.

ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...........!

Lupe nak cite macam mana OSCE hari tu! ERK! Hmmmm :( Dahlah, tak tau nak cerita macam mana, Dah lepas dah, dah buat sehabis baik, sekarang semuanya di tangan Allah. Tawakal. huhuhu..


By the way, ni tag nama masa OSCE hari tu. Hehe :) Hmmmmmm..doakan kami semua lulus tau? InsyaAllah kita semua akan naik Sem 7 yakni Tahun 4 sem depan. InsyaAllah!


p/s : Aina dah balik, tak ade dah teman lepak kat GMN :(
p/s/s : Air laici kat GMN dah nak habis stok. Huwaaaa!

Tuesday, January 11, 2011

2P 2S - popiah.pingpong.snooker.strawberry






can i just summarized what happened today?

2P2S

minum teh tarik sambil tunggu order popiah basah. lame tak minum. tehee :D
btw, tadi pun ade keropok lekor, puding jagung, and popia goreng. TAPI TAK SEMPAT BELI SEBAB DAH HABIS! :'(

ceh. dengan muka macam 4 tahun tak jumpa teh tarik -.-"

dah dapat popiah basah!! yeay! pastu gi beli strawberry. and terjumpa buah nanas, FROM LANGKAWI tuhhhh! ;) tak caye?

haaaa sekarang caye tak?

gi main pingpong and snooker!! *tengah tengah nak exam ni sempat lagi tau* >.< hahahaha! gaya MACAM pro. pfft! ;) eh eh hebat tau kitorang men! haaa..

p/s : beli pensel baru tadi. pembaris pun! :)
p/s/s : heeeeeeee

Sunday, January 9, 2011

Nak Firakh Masywi :'(







hari ni ape jadi? nak tau ke? korang tanak tau pun korang bace gak en? huahua :P

1. AJL 25 - tak dapat tengok. stream die busy memanjang. pfft. Anna Raffali menang?? Cesh. Okay malas nak masuk campur. sian FT. tape tape. You win my heart. hihihihihihi (okay. gedik semacam plak gelak camni) >.<


2. nak firakh masywi bagai nak gila. tapi lupe pulak duit dalam purse tak sampai LE 1o sebab baru jek bayar sewa rumah tadi. aiya.pfft!

3 . ayat feveret hari ini ialah - pfft!

4. sejuk sejuk sejukkkkk! sampai pakai mafla dalam bilik. sungguh tak tipu.

5. corn flakes madu yang di beli 3 hari lepas sangat tak sedap! menyesal beli. kalau tau tak sedap, better beli choco pops ke ape. dahlah liat!

6. mimpi tidur semalam tak best. tak ingat mimpi ape, tapi yang tau, tak best.pfft! ( see, perkataan ni lagi -.-")

7. dapat duit LE1000 tiba tiba.pergh

8. kenyataan nombor 7 adalah tipu. kalau betol, dah lame la kan g beli firakh masywi tu. tengok, sampai post pun title name firakh masywi. cit cit cit cit p/s : nak firakh masywi lahhhhh :'(


Saturday, June 12, 2010

Exam Dah Habis. Apa Patut Saya Buat?

"Ok, time's up." FUH! Itu adalah ayat yang paling saya gemari. Oh tidak. Bukan kerana saya dapat jawab dengan betul dan sah-sah kau punya jawapan dapat 100% betul wahai Auni, tetapi kerana exam dah habis! Hoyeah! *buat tarian pusing-pusing tangan kat depan, pinggag gelek* Oh, semester 4 akhirnya berakhir. Seriusly saya ingin luahkan, ini adalah sem yang paling mencabar keimanan dan ketahanan emosi jua fizikal jua mental antara keempat-empat semester ini.

Bahagianya saya tengok semua orang senyum keluar dari tempat exam tadi. Keluar-keluar tu, soalan-soalan yang biasa ditanya seperti, "eh, pharmacology nak buat drug dilution tu camne ek?" ataupun, "internal carotid artery bagi branch kat mana?", diganti dengan, " eh, ko balik bila? flight bape ari bulan?" dan " bile ko nak gi beli sourvenir bagai? aku ingat nak beli kurma 10 kotak ar" WAH. Hoyeah!

So sekarang ni, dah tadek exam. dah tadek ape yang perlu dibaca. dah tade nota perlu dihafal. Hm, nak buat apa ek?

1.Tengok Movie Sambil Peluk Toddy Biar Mata Lebam Berjaga Sampai Subuh
Ada harddisc yang penuh dengan berbagai macam movie yang tak pernah ku nodai. Amboi ayat. HAHA. Tapi tatau la nak tengok ape. sebab semua cita lama and macam.....boring je tajuk die. Takkan nak tengok lagi cita Slumdog Millionaire yang dah 64kali ulang *ok.saya tipu*. Takkan nak tengok lagi cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham yang da 75 kali saya menangis? *saya tipu lagi*. Takkan nak tengok lagi cite upin dan ipin yang berapa kali dah ulang? *ni saya tak tipu.uhuk2.malu :") * Sape ade cite best? Mari kite exchange ngan upin ipin ;)P

2. Buat Karipap Pusing Yang Garing Kulitnya Tanpa Kedutan
Dulu berjaya buat karipap kosong. Ni nak try karipap pusing. Jap, check list. Amik kehadiran. Ehem. TEPUNG! *ada* GARAM! *ada* MINYAK!*ada* KARI! *ada* KENTANG!*erk..?* Alaaaaa..kentang tadek. Nak beli duit tengah tade ni. MARA tak masukkan agi lam bank.wuhuu. Ala ala alaaaaaaaaaaa :( Alamatnya, kena tunggu duit masuk la...hmm

3. Menyanyi Jangan Hiraukan Pakcik Bawah Yang Turut Menari Bak Dalam Cerita Muzikal
Dah prepare dah macam-macam lagu nak nyanyi. Tapi....ala, kejap jek best nyanyi tu. Dah sejam lebih, start la haus la, lapar la, ngantuk la, sakit belakang la, sakit kaki la, sakit mata la *apa kaitan?*. boring gak pastu.gagaga~

4. Main Yahoo!Games Sally's Spa Yang Menyebabkan Anda Ingin Membuka Spa Juga
Sape yang tatau games ni, sila gunakan khidmat encik google yang sentiasa membantu. Maaflah abang-abang kat luar. Saya tak main DOTA.uhuhu.Tapi, masalahnye kan....games ni dah selalu sangatttttttttt dah habiskan. Siap every level dapat title EXPERT ohkay? Boring dah. NEXT! *muke berlagak*

5. Jalan-Jalan Buang Bosan
Tadek duit. Sekian. NEXT!

6. Kemas Bilik Sampai Licin
Everyday bilik kemas. Nak kemas ape lagi? HAHA. Hmm, mungkin buku-buku sem ni yang perlu dipack masuk kotak. Ok. Dipertimbangkan.

7. Makan Kat Kedai Fastfood Yang Baru Bukak Depan Stadium Universiti Tu
Tadek duit. Sekian. NEXT!

8. Jadi Ibarat Seorang Suri Rumah Berjaya
Vakum, mop, sental dapur, cuci toilet, cuci baju, lipat baju, sidai baju, alamak, cam terbalik, sidai baju pastu lipat baju..ha ni betul.hehe. hm okeh. err dipertimbangkan.... *masih berfikir lagi-lagi bab cuci toilet*

9. Tidur
that's the easiest thing, but boring.....zzzzZzzzz

10. __________



but apa-apa pun, cuti itu best! *apa kaitan buaian atas ni? tapelah. layankan aje*. Lalalala~

p/s : i like it when i feel i am someone in someone's world :) Thanks icecreamm! ^_^
p/s/s : doakan kitorang semua lulus, so that semua boleh naik Sem 5!! amin~

Wednesday, May 5, 2010

Jom Terjah! (part 1)

Hesh. Hang ni Azza. Dok tag-tag. Taulah handbag cheq tak cantik. haha :P. Actually dah lama da si mek Azza Farhah Junaidy ni tag kat blog dia, tapi cheq tadak masa nak amek gambo pastu nak edit, pastu nak upload, pastu nak tulis. Haish~ cheq kena ada mood hebat dulu baghu chew bleh pokusing buat tag hang ni dengan bahagia suka ria. HAHA.

Ok, bahagian 1 ni, kita selongkar handbag.
Aduh~ malu kot nak tunjuk. HAHA. Actually if nak kire handbag la kan, ni kira handbag ke-3 dari 4 handbags. handbag ni dikira beg ke kelas gak sebenarnya. Semua main masukkkk je. Maklumlah life student. Main hentam je. HAHA


Handbag ni beli ngan bapak last year. Ade sale kat Fabiano Ricco. Yang bestnye bag ni, ley wat slim bag jugak woh. amboi.suke plak. HAHA. ngeee~ second, kaler putih, masuk sume kaler baju. and 3rd reason sebab die tak besar tak kecik. senang nak gune if rasa geram kat orang, ley pukul2, lambung2. tayah penat2 nak angkat. yang kena tu pun sedappppp gak.haha :D






Jeng-jeng-jeng! Jom Terjahhh! HAHA. tengok, ade kesan pen. Sampai si Farah Hanis cakap, "Auni, ko ni macam mak orang dah. Yang anak-anak die dok men-men pen conteng-conteng handbag." Wah.haha~




Ni la semua benda kejadah lam handbag. HAHA. nasib baik sampah sarap dah buang awal-awal ari tu. Kalo tak lagi maluuuu. Maluuuuu. Mana nak sorok muka? ngahaha. Baru perasan, macam-macam kot dalam ni. Kalau tak buat tag ni, konpem lagi selerak. huahua :D Pesanan penaja : Jangan tiru aksi ini.



Ok, Jom ZOOM IN!
*oh, peringatan! macam biase untuk gambar lebih jelas, mantap, hebat, besar, dan tanpa specs pun anda mampu melihatnya, kelik sahaja pada gambar. Konpem membesar bagai juara. haha*


Haha. tatau yang rupenye ade banyak duit syiling segenih. Adeih~ penat jek korek tabung kot-kot ade lagi syiling wat bayar teksi gi kelas (kantoi malas jalan) haha. erk, ade shades Azza lah. Pinjam hari tu masa gi Cairo, lupe nak bagi balik. HAHA. bagi je la ek? ngehehehehehehehehe~ *senyuman manis macam muka hepi dapat cinnabon free*




Ya Allah. Ape kes la si kertas nota kelas E.E masa Sem 3 ade lagi dalam handbag ni? Nampak sangat after wat note, masuk je lam bag, tak kuar-kuar. HAHA. Auni..auni...haihhhh~~~ Yang lagi satu tu pun. Tiket bas wat pe nak simpan?? *terus gumpal tiket bas, baling masuk tong sampah, and...goal!*



Ha...itulah die. Thanks la Azza. Kerana anda, beg saya kini lebih suci murni berseri-seri tiada benda yang tak sepatutnya. HAHA. tunggu next post, haa..ni lagi privacy. My Wallet. Ngehehe~ Ye, saye tau, saye pakai wallet laki. Tapi tu bapak saye kasi saye. So, ade nilai estetika (betul ke perkataan ni?) tersendiri. haaa..sayang bapak! ^_^

p/s : tadi dah makan megi kari ngan mee hongkong. nape masih rasa lapar?
p/s/s : ade benda nak tanye? tanye je kat http://www.formspring.me/aunishbini ok? :)
p/s/s/s : congrats! next time ley try agi :)
p/s/s/s/s : selamat epi beday ke 20 zan zahidah zainal!!!!! tadi call die. from egypt to aussie tuuuuu :P



Tuesday, January 26, 2010

1 Way 2 Say those 3 Words 4 You





p/s : suke lagu ni! simple yet, beautifully told. :)
p/s :3 hari lagi ek?
p/s/s : bengang email takley attach vid! urgh! ;/

Friday, January 1, 2010

Net Queen ^_________________^


WELCOME 2010

Bienvenido, Vítáme tĕ, Velkommen, Welkom, Willkommen, Aloha, Benvenuto, ようこそ, 환영합니다, 歡迎, Καλώς ορίσατε, Bienvenue, Тавтай морилогтун, Tervetuloa, Welcome, Selamat Datang 2010 ^_^. May you promise a good year for me :)

Pagi tahun baru saya macam biasa. huhu

ada tiga perkataan je nak describekan hari ni

G.E.M.B.I.R.A
S.A.K.I.T
P.U.A.S
P.E.N.A.T
G.E.M.P.A.K
B.E.S.T

erk, ok. bukan tiga tapi 6 pulak jadinya, haha :)


sebab tadi participated in GMN Netball Tournament
My Team , NETQUEEN
Salut sama semuaa! Tahniah
Though tak qualify masuk semi, but yang penting kita have fun pe?
I siap terbang2 landing atas court
sampai lebam lutut. ngeeee~
badan? bahu? sendi?
HAH. tayah tanye.
SATU BADAN SAKIT MACAM PEGI MENANAM PADI.
*menanam pad i pun tak sakit. huhu*

The respectable gambar2 masa game tadi will be uploaded later
sebab gambar2 tu sume kat Kak Da
esok la try mintak. tadi call die, and skype dia, dia takde respon ape2 pun.
meshi?


K,babai 1.1.2010
nak masuk alam fantasi ni. hahaha

p/s : congrats to The Champs yang dapat first tadi!
p/s/s : baru perasan dah seminggu tak makan nasi . nasib bek de orang belanja tadi. thanks for nasi ayam :)


Thursday, December 3, 2009

Taking Chances




:: My dear friends and YOU who kindly read my blog ^_^; from the bottom of my heart ::

Don’t know much about your life.
Don’t know much about your world, but
Don’t want to be alone tonight,
On this planet they call earth.

You don’t know much about my past, and
I don’t have a future figured out.
And maybe this is going too fast.
And maybe it’s not meant to last,

But what do you say to taking chances,
What do you say to jumping off the edge?
Never knowing if there’s solid ground below
Or hand to hold, or hell to pay,

What do you say?

I just want to start again,
And maybe you could show me how to try,
And maybe you could take me in,
Somewhere underneath your skin?

And I had my heart beating down,
But I always come back for more,
There’s nothing like love to pull you up,
When you’re laying down on the floor there.
So talk to me, talk to me,
Like lovers do.
walk with me, walk with me,
Like lovers do, like lovers do

Don’t know much about your life
And I don’t know much about your world

So, what do you say to taking chances??

:)

p/s : I'm preparing for my midsem exam this 7 Dec *please pray for me and my friends too*. And I do take chances setiap malam. Bagaimana? Jom cekidaut~

Ya anda semua! I take chances to kill nyamuk-nyamuk guna spray! Cis, sheyot punye nyamuk. Kacau aku nak belajar! Rasakannnnnn penangan Action Kamenn! Bip! Bip! Bip! *sila imagine ada bunyi psssssssssstttt yang panjang dan kelihatan beberapa ekor nyamuk jatuh dengan lemah gemalainya*

*erk..belajar? buku depan mata, tapi mata tutup..cemana tu?*

Monday, November 23, 2009

Friendster vs Facebook vs Twitter ?


teringat zaman first time ade e-mail
bapak yang buatkan
sampai sekarang guna email add yang sama.
tak tukar2~
tu pun rasanya masa time Form 1 kot
bahaha~
lambat kan?
ye la. Auni bukan updated sangat kot ngan mende-mende nih
wee~
tu pun bapak suruh. kalau tak konpem2 berjanggut pun takkan ade

pastu naik form 2
FRIENDSTER menjadi kegilaan
semua orang WAJIB ada
kalau tak... memang takley gosip la
ade gak yang bertemu cinta
ade gak yang carik gaduh
..........................
*close case*

sekarang....nak tanya ni
sesiapa yang ade account MUKE-BUKU (facebook la tu)
ade bukak friendster lagi?
....................
tet!
5 saat dah habis
haha
konpem ramai yang tak
kan? kan?
auni pun
heh~
FACEBOOK lagi mengancam =)
ada farmville, apetu err.. trivian, mafia wars, cafe world
selalu tengok kat wall,
si *tut* dah tangkap lembu yang masuk kebun die
si *tut* tolong kawan dia jaga kebun
si *tut* tolong jadi waiter kat cafe
pastu tetibe ade notification
"Auni, you've been kidnapped by Mamat"
pelik.
padahal auni ade je
selamat bersuka ria atas katil guling-guling
pastu konon try la lepaskan diri
penah try SEKALI je
ok, i'm not that MASTER..
so biarkan je la
tatau camne nak lepaskan diri dari genggaman orang 'jahat' itu
cis!
tembak kau! boom boom boom!
haha

auni admit auni malas nak main sebab lame nak loading
last-last
main quiz je la
best gak
mengubat hati lara ini bila dapat EDWARD CULLEN as twilight soulmate!
*p.s . hafiza baharom, jangan jeles pleaseee! haha*

haha
ye la. muke-buku pon baru ade this year
last sem..haha!

pastu dilanda pulak dengan fenomena twitter
ok
ni konpem ramai tak active ni
auni on twitter, geng yang sama je meng-tweet2 ni
kalau tak Zan, Qilermaz
Pastu si Illmie (tu pun latest one nak mencapap letak gambar die kat Spain~)
huh! Tak jeles!
*baik. jeles eceli*

hari ini, kitaorang declare hari #WEIRD sedunia kat twitter

auni : pelik kenapa rasa macam semua orang pelik ari ni
zan : i think i'm in love..but rase je. tade pon. weird kan?
qillerm : weird rawks!

Jom la meriahkan twitter!
*baru tau ari ni yang kat twitter pun ade quiz*
Ok. Memang agak boring pada mulanya
sebab tade followers kan
nanti carik2 la kawan
best. simple. 14o je. cepat.tangkas. seperti halilintar!
*mostly bosan la jugak*
tapi kalau korang ade, konpem meriah!
kebabom tuuu!
even kami bertiga pun meriah, apa lagi bila bertiga ratus ribu???
hehehehe
malas nak bukak website?
download tweetdeck or echofon!
senang
da de kat browser terus
*i'm using echofon btw*

saya mengaku
saya bukan SIFU twitter
mane saya tau pasal twitter sangat
adeih2
tapi...nak juga cakap
marilah kita bertwitter di samping fb jugak!!
bosanla tade korang kat twitter
*sweet-sweet la pulak*

*klik untuk gambar lagi besar sebesar-besarnyaaaaa*

ni la my twitter homepage. buat sendiri tau.
cantik tak?
......................
ape cebik-cebik mulut tu??
cakap cantik
............
tak nak cakap?
tape la
manusia biasa la ade sifat cemburu
ngagagagagagagaagaga~
*auni senyap!*

yang kotak sebelah kiri tu la echofon
eceli echofon gune untuk iphone
tapi boleh je untuk lappy
bagi yang senasib denganku yang tade iphone..isk2

MARI LAH KITA TWEETING!

sekian.

p.s: auni just ada 325 tweets je. orang lain dah beribu

Friday, November 20, 2009

Apa Nak Buat Masa Cuti Sekolah? (Khas Untuk Mereka yang Berumur 7 - 17 Tahun)

*gambar dipetik dari pokok utusanonline*

Hari ni, konpem semua budak-budak sekolah senyum sampai telinga. Happy tidak terkata. Cikgu-cikgu sekolah pun sama. Mana tak nya, hari ini sudah start CUTI SEKOLAH!!! yeay2!! haha. teringat time pakai baju kurung merah putih kotak kain biru gelap. TABIKA KEMAS. hehe. pastu, naik sikit dah level die. pakai baju kurung putih kain biru gelap rambut tocang dua. *skemanya aku macam anak cina kebun sesat* . Bila jadi prefect, pakai kain kaler merun. Rasa lagi besar dari orang lain sebab boleh pukul orang guna pembaris kalau bising and cubit bahu bila line assembly tak lurus. kekeke~

After that, tak main la kain biru gelap. Kain light blue terus! naik Form 3, then pakai kain hijau prefect. bahaha. *caye tak? i prefect dowh masa sekolah. tak faham.ngesh2* Tudung pun cantik je. Tak main dah ikat rambut ekor kuda.

4 huruf yang sentiasa ditunggu masa assembly adalah...jeng jeng JENG! mestilah C.U.T.I! Semua orang tak kira senior, junior, cikgu-cikgu, makcik dining hall, pakcik ba
s, guard sekolah, dan makcik cleaner , korang boleh nampak dah aura kebahagiaan terpancar dari muka. ngehehe. Including me. *durh..of course!* Kalau dengar pengumuman, "Pelajar-pelajar, minggu depan kita akan start cuti sekolah selama 2 bulan", muke I bajet relax je. after assembly, I la orang pertama yang menjerit dalam kelas, "Yahooooooo! Cutiiiiiii!!!".

Pastu otak kat kelas mula dah melayang. Cikgu a
jar kat whiteborad depan pun dah tak layan dah. biarkan sahaja. haha. Main topic kat depan mata sekarang adalah..... APA NAK BUAT MASA CUTI YE?

Kertas sudah dikoyak from buku Biology 2 bawah meja, pensil ketik sudah ditekan. List barang-barang nak bawak balik mula ditulis. bahaha. Antaranya;

1. Roti gardenia 50 sen = sekotak (feberet adik-adik saye ^_^)
2. Beli shirt baru (nak balik kenelah angkat beg penuh gaya)
3. Coklat-coklat seperti Snickers (perhatian! i love snickers! seb bek egypt ada..huhu) dan juga Skittles masam untuk makan dalam flight balik Sarawak (as I use AirAsia, no FOOD is served, kene beli di mana air tin sahaja berharga RM5!!)
4. Pen gel kaler-kaler (hadiah birthday adik-adik satu sorang)

Pastu, haa...part ni la baru best! Sampai-sampai sahaja kat rumah, first question yang ditanya adalah...

"Pak, cuti ni nak gi mana?"

hah! tak yah nak gelak. korang pun 2x5=8... eh salah 10. Pastu start la drama sebabak bapak.

"Kamu nak gi mana?"
"La..mana-mana je la"
"Duk rumah je laa. buat pe nak gi jalan-jalan"
"Pak, kan dah cuti!"
"haha. adalah.."
"beritahu je la!"
"Jom esok breakfast kat London, pastu lunch kat Paris, then dinner balik Malaysia" "BANYAKLAAHHH!"
"haha.ok2. kita akan ........................"

ni la die ayat yang dinanti-nanti seisi rumah.hehe *sengih macam kerang tepi laut*

Tapi zaman tu dah berlalu. Sekarang, masa cuti mereka adalah time diri ini punya kuliah. Masa diri ini cuti adalah masa dorang sekolah. Tapi tape, on je if jalan-jalan time weekend kan? kan? kannn?

So, adik-adik yang tengah seronok kat luar tu, ape kate usha some ways to spend your holiday penuh kualiti dijamin baek punyaaaa? JOM! *Kak Auni mau ikut boleh? please-please*

1. Stay kat hotel tepi pantai

Main tepi pantai adalah sesuatu yang sangat best terutama masa sunset. Amekla pakej 3 days 2 nights. carik hotel yang ada sediakan hiking, biking, kayak., etc. Contohnya, I used to stay kat Sematan Palm Beach Resort <--klik untuk ke link. BEST! makanan pun best. sampai je kat sana I terus jadi kanak-kanak ribena bermain sand castle. ahahak~ Malam bbq esok biking and kayak. Kalau adik-adik nak kayak sampai ke Mesir pun boleh, nanti Kak Auni amek adik kat Sungai Nil depan umah ni. Bawakkan Kak Auni kicap sebotol from Malaysia. Mekasey.

2. Road Trip

Tak perlu ke Chicago semata-mata nak buat road trip macam Oprah Winfrey. Apa yang adik perlu hanya lebuhraya yang aman damai. huhu~ Ajak lah beberapa kawan adik seperti Limah, Abu, Joe, dan Munah bersama-sama. Pastikan ada orang dewasa ya? Lesen kereta sorong adik tak boleh pakai tau? 2005, I joined my uncle road trip, travel from Kuching to Miri (with my family sekali la..). Then, kami round2 Bintulu, Sri Aman, Sibu and banyak lagi. Paling tak boleh lupa bila trip ke tempat di mana cinta emak dan bapak berputik..cewaaahhhh!!! ^_^ shewit gituu~

3. Bukak Bisnes


Adik ada kepandaian mengatur motosikal/kete? Adik ada ketereran menjahit? Adik ada kebijaksanaan baking cakes? (sangat menjelesi mereka yang pandai buat kek..my cake always turn out to be penyek) Ape lagi yang adik tunggu? Pegila keja kat bengkel. adik jual je pisang goreng, konpem laku. Cakes? Sentiasa ada yang nak tempah. Yang pandai menjahit, jahit baju. ha, raya haji nak dekat ni. Yang hensem tu, duduk je terpacak kat kedai pakcik awak tu, nanti akan ada gadis2 yang sentiasa SAJE nak beli something (berdasarkan kisah benar seorang kawan bernama *tut*) nanti mesti pakcik bagi komisen. See? RM400/sebulan konpem dah ada dalam poket. Yang masih sekolah rendah, tolong-tolong lah makcik jual kuih ke, pasti dapat habuan jugak ^_^

4. Jalan-jalan Cari Makan

Pesanan : SILA GUNA DUIT ADIK SENDIRI. Jangan nak mintak2 duit mak bapak ek? Ha, sekarang la masa nak gune duit simpanan adik. (oh auni, kamu la pembawa bad influence). huhu. Jangan bebankan mak ayah,tau? OK. Bosan dengan kedai mamak kat depan rumah? Bosan dengan nasi goreng cincai yang kamu masak everyday? Sekarang la masanya adik usha kat kedai-kedai makan tempat lain. For example, If adik tinggal kat Seksyen 8, pegi la try kat Seksyen 18 pulak. Pastu adik pulak try masak kat rumah. Kalau malas jalan-jalan, internet dan majalah WANITA yang ibu anda beli sarat dengan pelbagai masakan. Pastu, try la masak untuk family. Seyesli, mereka pasti terharu. FULAMAK! oh, pastikan anda tidak confuse yang mana satu garam, yang mana satu gula *ingatan untuk aina*

5. Try Something New

ATTENTION!! ini not including benda-benda yang jahat@buruk ye. Mari kita lihat contohnya.


- rock climbing?
- buat lanskap taman depan rumah
- sky diving
- masak telur dalam tanah (tak pernah pass!)
- masak megi gune api lilin (yang ni..pass! ^_^)
- hiking dengan abang ngah
- buat rumah barbie gune kotak peti sejuk
- buat pondok tepi rumah
- kalahkan jiran dalam galah panjang

6. Outdoor Activities
1999, I joined my dad pegi camping JAMBOREE ASEAN kat kaki gunung Santubong. (baik, sebenarnya budak-budak tak boleh ikut sebab ni untuk budak sek menengah. tapi I nangis-nangis sampai bapak bagi ikut. kuang3) pergh! mantap. dah nama dia ASEAN, so ade vietnam, thailand dan bermacam bagai lagi. huhu. Seronok! Masak-masak guna unggun, buat rakit, night walk. sangat best walaupun sekadar melihat. Meh la adik! Pack baju, rent a tent, camping dalam hutan! =) Syok tau...^_^

7. Movie Marathon dan sewaktu dengannya

Ni la benda yang paling best. ajak some friends for overnight, atau ajak je adik beradik anda, beli keropok then tengok DVD same-same! Kak Auni paling suka cerita Supernatural (sebab ada Dean ^.^) Takpun, if takde, Kak Auni bukak siri Upin Ipin..betul3! hihihi. Penah tengok Full House? Kak Auni sampai tidur kul 4 pagi sebab nak habiskan certain episode. haha. Kobar tak? Pastu, time nak tukar CD, stop jap, buat hot choc. bestnya minum Hot Choc tengah-tengah malam yang dingin lagi sejuk. My fav, tambah beberapa ketul marshemellow =)

8. Gi tolong EMAK!

Haa..sekarang la masa untuk berbuat bakti. Tak kisah la lelaki ke perempuan ke, tolong la emak walaupun sedikit seperti menjemur kain, masak nasi, jaga adik, leraikan pergaduhan adik-adik (kan macho tu?)
Tanam bawang, bersihkan longkang, mandikan kucing, kemas rumah. nak lagi? ha..anda boleh rujuk kepada mama anda untuk keterangan lanjut.

9. Sertai Kem-Kem

Motivasi ke, Summer Camp ke, Ukhwah Camp ke, join je! Adik boleh tambah kawan baru. Adik boleh dapat ilmu baru. Kan? dan yang paling penting, to boost your self-confidence. Sebab ni la yang penting di masa hadapan adik nanti. Dulu Kak Auni selalu main join je mana-mana camp (mostly ada je universiti or maktab2 buat camp free..hehe). Sampai sekarang, ada lagi kawan-kawan yang masih Kak Auni contact. Sume dah besar2. haha. Dan ilmu yang Kak Auni dapat, jadi panduan untuk hidup Kak Auni sekarang. Tak caye? Cubalah!

10. Register for Tuisyen

Masuk tuisyen untuk persiapan naik kelas nanti. contohnya, yang Form 2, amek kelas PMR. Yang darjah 4, ambik kelas Darjah 5. Adik-adik akan lebih bersedia! ....dan bapak Kak Auni ada promosi tuisyen hebat untuk cuti ini untuk anda semua di pusat tuisyen kami, PUSAT TUISYEN SISWA!! sila daftar! haha~ banyak tau kelebihan adik2 dapat. Contohnya, adik lebih prepare untuk silibus baru. Nanti kalau cikgu tanye, adik boleh la mengangkat tangan penuh rasa bangga dan berdiri dengan keyakinan yang hebat, dan menjawab soalan itu dengan penuh style. Hebat kan?

........and banyak lagi benda yang adik boleh buat! Jangan sia-siakan masa ni. Nanti adik takkan rasa dah bila adik dah masuk universiti nanti. banyak keje. Apalagi dah bekerja nanti? kan? kan?

Hey Adik!
Apa lagi duduk atas kerusi tu?
Dah-dah. tutup komputer.
Segera bertindak!
Kate generasi baru..kena lah mantap!
Fizikal, mental, rohani.
ok?
bagus
Azam baru?
belum terlambat lagi
haha
SELAMAT BERCUTI PANJANG!!!!!!!

^_^

Tuesday, November 3, 2009

Cara Memasak Tomyam Paling Sedap Di Dunia

hai! assalammualaikum semua
selamat menonton lagi rancangan
MASAK-MASAK BANTAI PUNYEEE! =)
sound effect : ala-ala dafi

baiklah tuan-tuan dan puan-puan
seperti yang kita semua sedia maklum, sekarang di obersi semua tengah mengalami musim...
musim ape?
ha..betul tu..
musim winter!

sound effect:
penonton 1 :(obersi la sangat egypt ni)
penonton 2 : (OBERSI lah jugak tu!)
penonton 1 : ko nak marah2 apasal? lek lek la
penonton 2: ko jangan nak sedap mulut ek?!


sudah-sudah. ini bukan kapal perang!
kita nak masak je ni.i ketuk u dengan belange ni kang?
jangan kecoh.relax. inspiration, expiration, inspiration, expiration. ok?
ok, baiklah.

jadi, oleh kerana sekarang musim winter, kite perlukan something yang boleh panaskan badan anda. Maka, setentunya, sesuatu yang PANAS atau HOT omputeh kate, dan PEDAS atau SPICY.

jadi, hari ni kita akan masak...teng teneng teng teng!
TOMYAM AKU-TERPAKSA-JADI-VEGETERIAN
(kerana lupe nak beli ayam petang tadi after balik kelas)

Bahan-bahannye? owh,mudah sahaja. tak kira la yang bujang, dah kahwin, duda, janda, ataupun adik-adik bawah umur, konpem boleh buat nye (tapi dek, kene beritahu parents tau. kang tak pasal-pasal kak auni kene pelempang ajar anak dorang main api)

so,here are the steps and the things u should have bila korang boleh terpikir nak masak tomyam.ngehehehe~

Step 1 :
Bukak fridge anda untuk mencari bahan-bahan tomyam ini.

Step 2:
amek bahan-bahan anda secukup rasa.lepas tu, tutup ye pintu fridge tu. kalau tak, keluar bijik mata anda melihat bil letrik bulan ini.mekasih.

Step 3
sile sediakan; (dari kanan)

1. kacang buncis (kacang panjang pun boleh jee)
2. bawang merah (dipotong)
3. cili pedas-pedas (dihiris halusss)
4. lobak merah (dipotong bulat-bulat)
5. kentang dipotong dadu (if ade lebih nak jadikan dadu mase main monopoli pun boleh)
6. ikan bilis yang sudah disiang (yang tidak liat)
7. kacang peas dibuang kulit (sebab kat sini kulit die liat sesangat)
dan paling penting sekali....
8. TENTULAH PES TOMYAM ADABI dan KIUB TOMYAM MAGGI!
(setentunya..kami dan maggi ^_^)
dan sedikit serai, ye? dari malaysia.
dan tomato
(resepi kami tade tomato sebab tomato kami dah buruk.isk2)

ok dah prepare semua? baiklah
JOM START MEMASAK!

senang je
panaskan minyak
masukkan bawang and ikan bilis
dah naik bau sikit
masukkan cili
tumis sikit-sikit
masukkan air (ikut berapa mulut nak disuap)
dan masukkan semua bahan
KECUALI
pes and kiub tomyam dan juge kekacang itu
then....
bila dah start menggelegak, barulah masukkan pes and kiub tomato itu. masuk jangan tak masuk..heee~

dah tu, haaa...barulah masuk kacang. bukan ape tuan-tuan dan puan-puan, kite taknak kacang ni layu sangat. nanti tak rangup dan hilang vitamin die.kan?

kecikkan api dan alter la. kalau kurang masin, tambah garam, BUKAN KICAP ye? kurang pedas, tambah serbuk cili.

TENG TENG!
dah MASAK!!

ni la hasil die!boleh dimakan begitu sahaja. atau ikut cara kami! lagi sedap dimakan bersama terung masak kicap, telur goreng, dan nasi panas-panas.hummm. pekena teh o raspberry..huh! sedap kalah masakan chef wan.yum2. ahaha
konpem sedap hingga menjilat jari kaki anak jiran sebelah rumah yangf duduk dekat ngan kawan mak mentua kakak nombor dua anda
=)

so, semua dapat tak ape yang saye ajar hari ni?

sound effect : all : DAPAT!

ade ape-ape soalan?

sound effect : tade

bagus.
selamat mencuba ye
oh ye, terima kasih kepada pihak penaja yang menaja kita hari ini.
semoga kita berjumpa lagi di waktu yang sama, channel yang sama, orang yang same
dan mungkin
resipi yang same LAGI?
bersama saye
Chef saya-suke-masak-tomyam
bye2!

Monday, October 26, 2009

16 benda dan perkara yang saye nak sangat2!


semalam blackout.makanya, semalam tade post. haih~macam2 dugaan masuk winter ni. but as usual, tak sah if tak kene dugaan kat mesir nih. everyone must FACE it. huahuahua (gelak evil gile).tadi pon blackout, padahal petang tadi nampak cam ada pakcik lori electricity kat depan rumah. so, sementara ada elektrik ni, kena taip cecepat..ngahahaha~ =)

emm, so, semua orang ade keinginan masing2. ok. what i mean here is FOR DIRI SENDIRI.untuk mak bapak memangla ade kan? huhu. ade yang nak rumah tepi ladang, nak ada blackberry la, nak carik awek cunnnn macam megan fox, nak carik balak encem cam erm..ryan reynold? hehe.nak ade kereta BMW sendiri sebijik. ataupun mungkin nak lakukan something macam jalan-jalan kat paris ke, ataupun nak melancong ke las vegas ke..^_^ apa-apa pun keinginan korang, ade tak yang tercapai? kalau ade, tahniah!! bukan senang tau nak capai-capai ni, kalo tak cukup tinggi tak tercapai akalmuuuu...hehe~so, nak kongsi la sikit-sikit antara benda-benda yang mau dicapai.(mengangkat tangan setinggi-tingginya.haha!)

1. DSLR cam
adeih,satu je dah RM2000/-. bile la baru nak ade bende nih! sangat menyukai tangkap-ing gamba2! *sape2 yang memikirkan hadiah hari jadi i yang akan tiba tahun hadapan, sila la bagi dslr ni.sumpah sayang gila2!*

2.trench coat

seyesli! plan before balik egypt nak beli satu trench coat for winter. alahai~masalahnya time pegi dah habis sale! dan time pegi...kedai banyak dah tutup!!! (since flight ke kl lambat sampai..). nape oren? saje je.kaler lain pon boleh..tapi...oren cam lagi menarikkk je.. (suke tengok laki tinggi pakai trench coat hitam panjang-smart! ^_^)

3. kucing chumeyl

suke kucing comel sangat-sangat (yang tak comel sile try lain kali). nape kucing comel? nape? sebab name pun comel..haha!penah ade kucing entah berapa ekor.bulu chantik-chantik sumenye.tapi, jodoh kami tak panjang. Allah lebih menyayanginya...sekarang, tade kucing sebab tade sape nak jaga kat rumah.ku relakan kamu-kamu pergi dahulu......

4. trip around europe

bestttnnnyyyeeeeeeeeee trip!!!!! Ok,Paris dah (^_^). but sangat best kalau road trip.singgah sane, singgah sini. lebih-lebih lagi bila pergi ngan kawan-kawan. taknak ramai-ramai. 2,3 orang cukup. nanti penat nak ikut perangai sorang-sorang. tapi..lagi best kalau pergi ngan yang teristimewa..hahahha!

5. kebaya nyonya

kebaya nyonya itu ade nilai exotic yang sangat menarik!! taknak banyak, satu je pun dah cukup. termasuk dalam plan gak nak beli before balik egypt, malangnya....tak sempat jugak. akhirnya, impian tinggal impian..haih~

6. berlakon ^_^sangat suka berlakon! ok, yang ni bukan maksudnya bukan nak jadi pelakon macam ape..fasha sandha, fazura, bla..bla... tapi, berlakon untuk kepuasan sendiri. masa sekolah dulu selalu gak berlakon. bukan maksudnya HIPOKRIT (i hate hipocracy!), tapi bila berlakon it gives me a chance to feel/see from the other point of view.thus, it will gives us more understanding about others life and jadi orang lain.

7. nyanyi duet =)

dah selalu sangat nyanyi sorang-sorang. dari dalam bilik mandi sampailah ke pentas, semua dah try - tapi,nyanyi sorang2. suara memangla tak best (sedar diri) tapi nak try macam mane rase nyanyi duet. sampai hari ni, part pompuan auni nyanyi, part lelaki pon auni nyanyi. haha!

8. ade talkshow sendiri

macam oprah show tak??? hahaha.seyes tinggi gile angan-angan. memang susah, tapi tak mustahil? hahahahahahahahaha(gelak sampai jatuh kerusi). malas nak carik gamba lain.amek je la from previous post. haha. penah tanye bapak mase kat malaysia hari tu,

"pak, if along nak wat talk show macam oprah winfrey tu ok x?"
"boleh je. tapi, kene de skill communication betul2"
"ow.ok2 ^_^"

9. dancing terer gilel macam selena gomez


suke tarian zapin!! turun naik pusing, turun naik pusing. last perform tarian darjah 6. hahaha. ok, ni memang tade kaitan ngan selena gomez sebab die pon tak tau zapin tu ape. =) tapi sangat admire tarian die dalam cite "another cindrella story" part die nari ngan joey.part dalam gamba atas ni la..syok!

10. beach house

bayangkan after a long tiring weekdays, then weekend, korang naik bot gi sebuah pulau and duduk kat beach house yang sangat aman damai.konpem gile best!! hilang stressss! mau2 rumah sebijik macam atas ni..bestnye. =)

11. green dress

ok, yang ni bukan nak pakai tapi saje nak ade. haha. suke kaler die and design.simple =)

12.nak berbual ngan burung ^.^


nape burung? sebab..er...burung tu nampak peramah? hihi. tade la. sebab burung kan banyak terbang, banyak terbang banyak pengalaman, boleh la kitorang tukar-tukar pandangan. macam..em..
"burung, burung, kat mane ade nampak putera raja?"
"!@##%Rvt^^&&**BYg3@#$!$"
"oh..nanti burung tunjukkan ye?"
"!@#!!"

(pengaruh cerita-cerita disney)

13. mau terer macam Dr.HOUSE

bukan kerana ke'sinis'an nya, tapi kerana kepandaiannya mendiagnosis bende-bende yang kite tak sangka pun.sape yang tau cite ni, tau la macammane ke'terer'annya.kan?kannn??

14. mendekati alam environment

penah sekali dua ikut ayah and kadet remaja sekolah dia gi camping. sangat best!!! tapi tak dapat rase feel camping betul sebab makanan disedia, pastu ade je program2 dah diatur macam motivasi la, burung hantu la. nak feel macam tangkap ikan, bakar, then borak-borak sambil main gitar kat unggun api (macam tau je main gitar), makan-makan, bla...bla...bla... hiking mountain plak...ha! ni tak penah, but i'd loveeee to try it!! ^_^

15. nak ade rancangan travelling sendiri


tau channel astro 707? tau show passport to europe :samantha brown? tau show, Anthony Bourdain : No Reservation? OMG, i love these! sebab diorang banyak travel. sangat suke belajar pasal culture orang lain, tengok negara orang, belajar bahasa orang,and also mingle with others. bestnyeeee~~~ *continue dreaming*

16. macam biase la...nak bahagia, sihat sentiasa, jodoh yang baik, kerja yang baik, dimurahkan rezeki, diberkati hidup, bla..bla...bla.... (ala, macam korang semua gak la ^_^)

setakat ni, ni je la. lain-lain if ade teringat, nanti update. haha! so, planning for giving me a gift? sume dah ade kat atas ^_^ terima kasih tau!!!! hihihi

oh ya!!
lupe pulak
^_^

:::::::
:::::::
:::::::
:::::::::::::
:::::::
:::
.

dan anda pula bagaimana???