Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Sunday, January 29, 2012
Creampuff Custard
Friday, December 9, 2011
A Very Easy Carrot Cake!
Actually semalam dah buat kek ni, tapi siap dalam nak dekat kul 11. Semua dah tidur. Sape nak makan? Haha. So, Let it sejuk lagi dalam fridge for a night.
This is my first time making this carrot cake, and alhamdulillah menjadi walaupun the frosting is a bit manis. So, I guess, next time, I should reduce the sugar. Well, healthier too kan? ;)
Ada certain yang mintak resepi kat Facebook, so since satu kerja pulak nak inbox setiap orang, let me share it here. Senangkan? Haha. Carrot cake ni senang je nak buat :) Even first time pun konfem berjaya. hahaha!
Mari kita mulakannn!

CARROT CAKE

Adunan kek
Bahan-bahan;
4 biji telur
1 1/4 vegetable oil
2 cawan gula
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh ekstrak vanilla
1/2 sudu teh garam
2 cawan all-purpose flour
2 sudu teh serbuk kayu manis
3 cawan lobak merah yang telah diparut ( dalam 5 biji saiz medium)
1 cawan kacang pecan yang telah dipotong (optional)
Cara-cara;
1. Panaskan oven 175 degree C.
2. Putarkan telur, minyak dan gula di dalam mixer hingga sebati.
3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang dah diayak, soda bikarbonat, baking powder, garam, vanilla, dan serbuk kayu manis. Kacau sehingga sebati.
4. Kemudian, masukkan lobak merah dan kacang pecan ke dalam adunan, dan gaul.
5. Sediakan dua buah loyang aluminium bersaiz 19cm x 14 cm x 4.5 cm. Masukkan sedikit minyak, dan goyang-goyangkan aluminium, agar minyak menutupi semua bahagian.
6. Bahagikan adunan ke dalam kedua-dua bekas aluminium itu sama rata.
7. Masukkan ke dalam oven selama 40-50 minit.
8. Pastikan kek betul betul masak sebelum dikeluarkan dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan pencungkil gigi, dan tiada adunan yang melekat padanya. Permukaan kek yang masak akan kelihatan coklat keemasan.
9. Keluarkan dari oven, dan biarkan selama 10 minit, kemudian keluarkan dari loyang aluminium masing-masing, dan biarkan ia sejuk sepenuhnya. Sementara itu, buatlah adunan frosting.
Adunan Frosting
Bahan-bahan;
1/2 cawan unsalted butter (biarkan dalam suhu bilik, pastikan ia lembut. Taknak keras ye?)
250 gram cream cheese (juga yang telah dilembutkan )
2 cawan icing sugar ( sebelum ini 3 cawan, kalau anda mahukan manis, tambah. Kalau hendak kurangkan, kurangkan. Ikut citarasa masing masing)
1 sudu teh vanilla
Cara-cara;
1. Masukkan butter dan cream cheese ke dalam mixer. Gunakan medium sized bowl. Putar sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan gula aising dan putar sehingga betul-betul sebati. Lepastu, barulah masukkan vanilla dan putar lagi sehingga menjadi warna putih dan creamy.
3. Biarkan ia sebentar, tapi jangan kena panas tau!
Cara melapis kek;
1. Terbalikkan kek-kek tadi yang telah SEJUK. Pastikan ia benar benar sejuk, kerana takut nanti bila kita gunakan adunan frosting nanti, adunan itu akan cair.
2. Di atas kek pertama, sapukan adunan frosting, sehingga menutupi semua permukaan kek pertama itu.
3. Letakkan kek yang kedua di atas kek pertama.
4. Sapukan adunan yang selebihnya di keliling kek, dan hiaslah mengikut kreativiti sendiri. Setelah siap, masukkan ke dalam peti sejuk, sekurang-kurangnya 2 jam.
SIAP! :)
If ada yang merungsingkan fikiran tentang carrot cake ni, feel free to ask me kat komen bawah ni, or inbox kat Facebook. :) SELAMAT MENCUBA!

p/s: thanks kepada yang sudi habiskan kek. Housemates semua dah muak makan kek, haha!
p/s/s: esok dah start kelas. malasnyeeeee
p/s/s/s: tadi for the first time, turun mengundi. HAHA
p/s/s/s/s: Aik???
p/s/s: esok dah start kelas. malasnyeeeee
p/s/s/s: tadi for the first time, turun mengundi. HAHA
p/s/s/s/s: Aik???
Saturday, November 26, 2011
The Caramel Cake ♥
Alhamdulillah first try buat caramel cake menjadi :) Memang plan hari ni nak buat caramel cake. Saje nak try test. Time buat tu pulak, tersalah cara time tengah tengah buat tu, terpaksa menadah tangan mintak telur kat housemates sebab kene buat balik adunan tu. Telur pulak memang beli cukup cukup. Haha! Masa bakar siap sempat skipping lagi. Maklumlah, sebab nak buang gundah gulana jadi ke tak kek tu. Alhamdulillah sangat sangat, memang jadi walaupun kurang kemas and cantik luarnya sebab bekas buat kek tu tak sesuai sangat. Ingat nak pakai yang bulat, tapi sebab carik carik kat kedai tak jumpa. So, pakai je lah apa yang ada. Kekeke. So, dengan ini saya mempersembahkan.... Caramel Cake! :)

Sorry pakai camera blackberry je, sebab tu gambar macam lalalalalala sikit. haha. tadek DSLR/camera. ini je mampu. Cesh. Haha. Auni pun tak rasa kek ni, so tak tau sedap ke tak, sebab memang suka buat, tapi nak makan ape yang di buat tu, memang taknak. Tetiba rasa muak. haha. sebab menghadap die je kan dari mula kot. Siap siap je terus bagi kat housemates suruh makan. Kekekeke.
Alhamdulillahhhh jugak untuk rezeki yang tak disangka-sangka pagi tadi. Apa-apapun, Salam Maal Hijrah semua :)
Alhamdulillahhhh jugak untuk rezeki yang tak disangka-sangka pagi tadi. Apa-apapun, Salam Maal Hijrah semua :)
Wednesday, November 23, 2011
Karipap Day
Hari ni, we made karipap. 35 biji camtulah untuk 2 ORANG. Penat gak lah nak kelim semua ni, tapi happy hehehe. Gahhhhhhh. Banyak gila, main sumbat je masuk dalam mulut, and now, muak dah tengok karipap! HAHA! At last berjaya gak buat kulit karipap yang sedap! kekekeke ;)P I managed to eat only 5 ke 6 biji entah, yang lain bagi kat Wani, Zati, Rai, pastu bagi kat Wani lagi. hahaha!

Anyway, sila abaikan karipap yang kelihatan legap di belakang. Ada sebabnya ia disorokkan sebegitu di dalam gambar ni. HAHA. FYI, sekarang kat Egypt ni memang dah masuk winter, and it is very very coldddd at night. Luckily I got this warm-socks, masa cabutan bertuah hari raya aidil adha hari tu. Selesa gila kaki and sedap sangat untuk dipakai lagi lagi sejuk malam ni. You guys should have one pair too!
Tak percaya, cubalahhh! Hehehe. And this time, where the KARIPAP PANAS PANAS and HOT BOH TEA play their part, plus this pair of socks. With the coldness creeping every bone, these are just PERFECT ;)Oh yah, now we are on our weekends. Yup, thursday and friday is our weekend now.
Monday, November 21, 2011
Kuih Keria and Riots?
Hai awak!!!!!!!!!!! (Ha ha. Banyaklah pulak tanda seru....)
Hari ini, masa on the way balik dari kelas, ada satu BBM masuk, berbunyi begini, eh, takdelah BBM tu berbunyi macam bercakap, kiranya BBM tu ayat dia macam ni lah,
" Teringin lah nak makan keria "
So, since memang on the way balik rumah, lalu kat kedai sayuran sambil Google resepi keria, terus beli 500 gram sweet potato. Bahan bahan yang lain tu memang dah ada kat rumah.
Balik, usha Masterchef Malaysia jap (ambik semangat seorang chef kunun kununnya padahal nak usha chef zaishahrizal yang orang cakap handsome tu) pastu, rebus ubi. Sambil sambil rebus, bertukang jap buat penyangkut tuala kat belakang pintu. Habis je bertukang, TING! Ubi dah empukkk. (part TING! tu tipu je. mana ada bila ubi masak berbunyi kan? Pfft)
So bermulalah operasi buat kuih keria. Penuh kepasrahan ni, sebab first time kot nak buat keria. Penah pun before this, tu memang lagi pasrah. Last last tak jadi pun. Hahaha. so, here marilah Chef Auni mempersembahkann...
Terharu pulak bila kuih keria menjadi. HAHA! Sebab ni adalah first try, so buat dalam 10 keping je. Ni dah makan 2, 8 lagi bagilah kat orang yang mintak tuh. Makan 2 ni pun dah kenyang. Sebab the sweet potato inside really makes me full. Burp.Oh ye, and not to forget, here is the penyangkut tuala aku-buat-sendiri-ketuk-ketuk-semua-tu-okay ! ;)
Amacam? Duk negara orang ni, selain daripada menjadi seorang pelajar, anda juga dilatih untuk menjadi seorang tukang kayu, tukang besi, tukang masak, tukang paip, tukang cleaner, dan segala bagai tukang! Haha. Benda macam ni tak pernah kot terlintas nak buat. Sila beri tepukan gemuruh kepada towel saya kerana sudi menjadi model. Kaler OREN tuuuu! hewhewhew.Oh Riots. Ha, memanglah ade kawan kawan yang masuk paper cakap Mansoura ni sekarang dah ada kereta kebal berkeliaran. Maybe betul, maybe tak. Sebab dengan mata sendiri ni, tak nampak lagi kereta kebal berkeliaran. And demonstrasi tak pernah pulak nampak. Maybe ada demo, tapi tak de lah teruk. But, whatever it is, hopefully benda yang happened in January lepas takkan berulang lagi. Malas dah oi nak evacuate lah bagai. Taknak lah nak risaukan family mak bapak kat Malaysia. Everything's okay here in Mansoura so far.
Ape-ape pun, doakanlah Mesir takkan bergoyah lagi.
Friday, May 21, 2010
Capati Canai Pagi Jumaat
Sekarang 5.21pm. Lagi setengah jam nasi kerabu nak sampai. okay-okay.sabar.
Semalam tidur pukul berapa entah, rasanya pukul 2.30am camtu kot. ni semua Perl's cappucino power root tu punye pasal! yang mengandungi marine matrix collagen with premium quality of columbia arabica. paling penting caffeine yang menyebabkan mate segar bugar ibarat embun pagi di tepi air terjun ulu bendol.tak pasal. (-.-")
baiklah. tak tau kenapa dari semalam agi dah teringin nak makan capati for breakfast hari ni. alarm clock bunyik kol 8.30am, cam biase bangunnya sejam kemudian la en. hehee. sebenarnya nak je sambung tidur tapi disebabkan dah memang da ada azam membara nak masak breakfast, digagahkan gak bukak mata terus vedebummmm masuk toilet berus gigi cuci muka, kuarkan ayam lam fridge, kuarkan tepung, uli tepung, potong kentang, blend bawang, masak kari, tadaa! sejam kemudian, siaplaaaa....jeng jeng jengggggg
Capati Canai with Chicken Curry!Ya, inilah hidup di perantauan. Nak makan makanan Malaysia, anda KENA,memang KENA buat sendirik! Nasib bek la jadik walaupun first time. heheeee. Roti canai next time sebab tadi tak cukup plak bahan, nak gi beli, manalahh kedai bukak kul 9.30am, hari jumaat la plak. Ye kawan-kawan, Kat mesir ni, jumaat adalah cuti umum. Cam kite kat mesia tu la, hari ahad. haa..
After makan, memang kekenyangan. Aina plak sampai habis licin periuk kari tade tinggal satu titik kari pun dia makan. hebat kan? kawan saya ni memang pelahap orangnya. =)
Habis makan, mata ngantuk, TERtidur..(okay, ape point perkataan "ter" tu di caps lock kan?) bangun kol 2! urgh~ bangun-bangun macam biasa rutin jumaat, basuh baju, kemas katil, vakum bilik, bla bla bla and the list goes on and on. Voilaaa! Dah siap. Tinggal nak sidai baju je agi ni. Sementara tu layan facebook, twitter, dan segala bagai tenet. Ye la, kat sini, tenet je la teman setia.uhuk-uhuk.
oh
have i mention that we are now having our study leave for 3 weeks?
do pray for us this 8th-13th June ohkay? :)
ohkay.now 5.36. still have 24minit agi delivery nasi kerabu sampai.cepatlaa
lapar sude
miahaha XD
p/s : still nothing till now.p/s/s :bekalan honey dew dah habis! waaa! ;'(
p/s/s/s : happy 1st birthday qalif! nanti mintak hadiah kat cik na ye? hadiah besar2 tauuu! hee~
p/s/s/s/s : metro, here we come
Tuesday, May 11, 2010
Another Belog Just For Food and Travel ?
Guess this blog got soooooo many food
So, i'm thinking of having another blog
a food blog
yes
as the name implies
JUST FOR FOOD
great news for food lovers!
:)
will inform you guys later
well this is because i love food very the much. muahaha :)P
(tadak reason lain ka auni? hahaha!)
...Opening Soon...
Ye la.
Kadang-kadang nak gak ada sesi luahan isi hati perasaan lam belog
Tibe-tibe ade gambo makanan
kacau daun je!
so, senang-senang, haa--bukak blog baru
Nak post ape2 pasal makanan kat situ la!
Oh-yet, i'm thinking too about having another belog for "tempat-tempat yang patut anda kunjungi"
coz i loveeeeeeeeeeeeeeee travellling ^_^
(bace dengan nada suara yang makin meninggi ;P )
adoih
if ade 100 minat, kene bukak 100 belog la macam ni?
hahahaha XD
Tape-tape.
Maybe i just have to make one
Food+Travel Belog
(macam channel lam Astro la pulak.hehehe!)
nanti-nanti la pikir..haiya~~
ke korang ade suggestion lain?
camne?
^__^
ok.
Jom teruskan
malam ni menu kami
Nasi Lemak Ayam Rendang
Nah!
Sila lelehkan air liur anda!
heeee~

p/s : 19 minutes is okay rather than nothing :)p/s/s : nak beli selendang kaler putih+hitam. sape nak sponsor? :)
p/s/s/s : tengahari tadi mimpi ape entah. Dah lame tak mimpi..heee~
itu ini
makan,
masak-masak,
tak tau,
wishlist
Sunday, May 9, 2010
Malam Ni Makan Soto Pulak
Thursday, May 6, 2010
Nak Laksa Penang?? -Versi Perantauan-
Dah berapa lama janji ngan Aina nak masak laksa penang. Kalo tak salah dari masa die sakit perut dulu kot. Ni dah siap baik, pastu sakit perut balik, barulah sempat masak-masak laksa penang. Petang tadi,after habis kelas, terus gerak gi Suk (pasar) carik ikan kembung. Semangat sampai hujung Suk carik ikan kembung. Carik punya carik, rupanya ikan kembung kat Suk tu kecik. Patutlah tak recognize. Ape lagi, sambar la bila dah tau tu ikan kembung.
Balik umah, terus gi kukus ikan. Perut dah bunyi cam hape. Semangat. Sampaikan masa masak pun masih pakai baju masa pegi kelas. Baju kurung tu. Ngahaha. Last-last, sejam setengah kemudian, teng-tenenggggggg! Jadi lah gak Laksa Penang!!! Tapi opkos lah kan tak gune mi kosong putih die tu. Haih~ Manelah nak carik kat Mesir ni. Hoho.
So,terimalah Laksa Penang Perantauan kitorang!! - first time masak laksa penang. Nasib bek jadi walaupun tanpa bunga kantan.hoho.Mak, pasni boleh la along lawan Makcik Ayah punye laksa penang yang die masak eberi first hari raya tu. HAHA :P Makcik, jangan tergugat. Konpem lah makcik punye terbaekkkkkkkkkk! *drools*

tengok muke masing-masing puas at last dapat makan Laksa Penang, HAHA :P sampai licin satu mangkuk besar. lalalalala~ *Aina, pasni, jom joging :P. konpem atas katil jek. hahaha*Nak laksa penang? Haaa.meh-meh. Tengok gambar. HAHAHAHA. lalalala~ :)P
Wednesday, May 5, 2010
Esok Kembali Terisi!

Adeh. Lama gila dah tak masak. Nak dekat bape minggu dah. rindu nak masak. Hoho. Bukan apa. Beras tadak. Nak beli seguni, duduknye kat sini sampai bulan ape je.bulan 6. Dah call Nuha. Sok amek kat die. Sebab umah die beli seguni. So ade banyak lebih. Tu kisah beras. Lagi, nak gi suk. Carik ikan kembung. Ade plan besar. Haha. Lagi, nak masak ikan sambal, ikan kari, lagi-lagi ikan. Ayam? Haha. Adeh. Ayam dah muak makan. Bukan berlagak. Tapi memang. Cepat rasa muak. Ikan tadelah semuak ayam. Boleh tahan lagi. Sayur? Hum. Rindu kat sayur terung kicap. Tumis kobis,sawi. Haa... lagi-lagi telur goreng jadi side menu. Sedap :) Pastu, dah habis makan, kenyang..ah..puas hati makan masakan sendiri. Bila tade beras, tade rasa nak masak. Tambah lagi dengan rasa malas nak bawak beras. HAHA. Sebab lauk-pauk ni kena gak makan ngan nasi. Haih,lama dah tak rasa camtu. Ni semua sebab beras dah habis. Ah-tade malas-malas dah. Nak makan tanak????

p/s : Aina, sabar ek. Bukan tanak masak, tapi tade mood nak masak bila nasi tade. huhu
p/s/s : esok jom?
p/s/s/s : ari ni megi je la dulu.. :(
p/s/s/s/s : suntop kat awaddala 12x200ml = LE 14.25 je! seyes nakkk! argh~~~
p/s/s : esok jom?
p/s/s/s : ari ni megi je la dulu.. :(
p/s/s/s/s : suntop kat awaddala 12x200ml = LE 14.25 je! seyes nakkk! argh~~~
Wednesday, December 9, 2009
Luahan Seminit
Hari ini saya masak tomyam.
Betul.
Sejak 2 hari lepas mengidam nak makan
Tapi banyak dugaan, maka saya tangguhkan
Ya.
Saya masak tomyam tadi
Kali ini, memang saya masak. Saya tak tipu.
Tapi saya pelik
Kenapa kentang jadi beku?
Kenapa ikan bilis jadi kaku?
Kenapa bawang diam membisu?
Kenapa carrot tak pandang aku?
Kenapa?
Oh.
Baru saya perasan
Musim Sejuk
Sejuk macam hantu
HAHA
CEH.
p/s: cuti 2 hari dah habis. esok kelas start!!!! YEAY!!! (buat-buat gembira padahal hati merana. tak sukaaa!)

itu ini
bosan,
dugaan,
masak-masak
Tuesday, December 1, 2009
Eid Adha Mesir 2009 : 5 ( Masih Beraya)
It's 5th day of Eid Adha, but still the celebration masih HOT pada kami! ^_^ Tambah-tambah lagi bulan December, which is my feberet month, dah kunjung tiba. WHY? Because December is the end of the year, and yes! I am looking forward to think what shall I do to end this Book of 2009 with something unforgettable? Something that means something to me. That's what I am gonna find out.*serious semacam je ..hohoho*. Plus, a new chapter shall begin in a month more. Siapa tahu maybe this is the last year of us? Siapa tahu maybe this is the last year for them? Who knows? For me, December macam ade satu ape orang kata? em..feeling like Dup Dap Dup Dap sebab dah nak masuk tahun baru. HEHE.
Disebabkan hari ini kami tak menerima sebarang undangan open house, so, punya lah lama ketuk kepala fikir nak buat apa, at last terfikir nak masak daging korban. *ok la tu kan daripada tergolek-golek atas katil. tumbuk-tumbuk Todi, pastu tunggu Todi tumbuk balik* Since agak banyak jugak daging-daging itu, apa lagi, I menjerit-jerit di skype tanya Wani nak masak soto tak? Aina pulak dah siap-siap tanya a night before, "Auni, jom masak rendang esok".
Apa lagi? Pagi tadi, I pasang alarm. *tak pernah-pernah pasang alarm, tapi sebab semangat nak masak tuh, pasang jugak*. Entah lagu mana entah, tu adik I yang set masa kat Malaysia. HAHA. Yang penting, I bangun err.....sejam kemudian. BAHAHA. Aina dah siap masak nasi himpit dah waktu tu. Zati and Wani pun dah bangun. I pulak baru bangun. *hampes~* HAHA. ape lagi? Mari kita bekerja! At last, siap jugak semuanya. Menu kami? Err... tak lah sepandai mana pun macam rumah Mimie dan kengkawannya masak. Takla seterel cik Atie dan geng-gengnya masak. Dahla kami memang tak terel bab-bab masak ni. Asalkan ada rupa sudah. So, inilah percubaan berani mati tanggung sendiri kami. gagaga~ Dengan segala rasa hormatnya, KAMI MEMPERSEMBAHKAN .......
[ Rendang + Soto ] Daging Korban = Juadah Raya ke-5
p/s: Erk..exam tinggal 6 hari je lagi. Buku satu pun belum bukak. Wahai rendang-rendang dan soto-soto, berilah aku semangat...ngesh-ngesh. ;p
itu ini
kawan mesir,
masak-masak,
selamat hari raya
Thursday, November 19, 2009
Nasi Ayam? Anda Boleh Lakukan!!
"IF U DON'T FOUND WHAT YOU LOVE, LOVE WHAT YOU FOUND"
best kan ayat ni? ni tutor I la yang cakap. *tepuk-tepuk! tepuk amai-amai pun tape*. Dalam banyak-banyak ayat yang bertempiaran from mulut dia, ni je yang I dapat tangkap sepanjang 1 jam 30minit penuh kerutan di dahi. bahaha. time tu sume orang tengah pilih objektif mana yang kena buat. awal-awal lagi I dah pilih 'EPIDEMIOLOGY OF RHEUMATIC FEVER". penuh kesaintifikan kan bunyi tajuk ni? well, I memang saintis burjaya. haha~ *padahal ini yang paling senang. blah la kau auni!*
but seriously, memang kena kan maksud dia? kalau tak jumpa apa yang kita suka, suka apa yang kita jumpa. ni kiranya macam konsep redha la ni kan. hebat sapa yang buat ayat ni. ngehehe~
makanya, kalau diaplikasikan dalam today's event, I boleh la relatedkan dengan apa yang I masak hari ini. I tak jumpa chicken chop, I masak je chicken rice. *gemuk gila kau makan banyak everyday*
mana taknya, asyik makannnnnn je status kat fb, twitter dan post-post sebelum ini.yang tomyam dan lontong. adeih2..
oleh kerana ada yang meminta resipi nasi-ayam-ini-untuk-kengkawan-rapat-yang-malu-nak-komen-ketidaksedapannya, NAH! amek ni. Ni untuk sajian 2 orang sahaja. If nak ajak ketua kampung ke, rakan satu bas anda ke, atau kucing-kucing anda, sila pepandai bajet ikut kefleksibelan duit dalam wallet anda kerana anda memerlukan lebih banyak bahan.
Sediakan 4 bawang merah dan 2 bawang putih, cili ikut tahap daya ketahanan anda, halia, serai, sup bunjut, kentang dah dipotong dadu tapi segi tiga boleh jugak atau tak nak potong pun tape, rempah ratus ribu billion seperti cengkih, bunga lawang (jika anda tidak tahu, pergi je TESCO, then cakap,cik, mane rempah tumis? nanti dia tunjuk la. takpun lagi senang, anda google je. bahaha)
dah ade semua?
bagus-bagus. oh ye. AYAM perlu ade. kalau tak, takkan la namanya nasi ayam kan? boleh jadi nasi ikan emas, nasi daging kucing *jangan! kucing comel* oh ye. kita hanya memerlukan 2 ketul. beras ikut la perut anda lah besar mana. dan pastikan rumah anda tak dipotong airnya kerana kerja-kerja memasak nasi-ayam-ini-untuk-kengkawan-rapat-yang-malu-nak-komen-ketidaksedapannya memerlukan air. ya, air. belum bayar bil air? bayarlah. bayarlah bil air rumah kami sekali. time kashey
baik. sekarang kita start.
*jap. penulis rasa lapar. amek chips yang tak habis dimakan semalam.pergh. masih rangup dan crispy lagi.tiada kompromi.rahsianya? kepitkan dengan penyepit baju. gagagaga~*
ok.iklan penaja sudah berakhir ya? jom start masak!
oh ya sebelum itu perlu la diingatkan kepada anda semua bahawa saya tak pandai masak. saya hanya mampu mencampak makanan ke dalam kuali. jangan cuba resepi ini kecuali anda memang tabah penuh keberanian mengambil risiko. =)
PART 1 : Masak Sup
okai. blendkan bawang2, halia dan serai itu sampai lumat. pastu bahagi dua. satu untuk sup, satu lagi nasi. then, tumiskan bahan2 yang dah dibahagi ni sekali dengan rempah tumis sampai bau yang nyaman dapat didetect kat hidung anda. sudah? baik-baik. masukkan air banyak mana korang nak tapi jangan sampai banjir dapur anda. cukuplah setakat boleh dimuatkan dalam 2 mangkuk. then, masukkan ayam dan sup bunjut.dah macam dah nak masak, masukkan lah ajinomoto dan garam secukup rasa, ya? dah masak. angkat ayam tu. tuskan. untuk apa? bukan! bukan! bukan untuk letak balik kat reban. jap lagi saya akan terangkan ye? sabar-sabar, jangan gelabah.
PART 2 : Masak Nasi
Err..ni versi masak guna electric rice cooker. untuk manual..er..pepandai la anda meng'alter' camna ye? ok. ingat tak ade bahan yang anda dah blend yang saya dah beritahu awal-awal bahagi dua tu. haa...apa lagi, tumiskan bahan-bahan itu dengan rempah tumis. macam biasa,bila dah naik bau, sila masukkan beras yang sudah dibasuh berkali-kali. haa, ni lah rahsia dia. ambik sup yang dah masak tadi, masukkan lam segelas ke dalam beras tu sekali. then, baru tambah air. macam korang masak nasi biasa.dan, tekan suis COOK, biarkan sehingga api merah tu beralih tempat ke WARM. biar je. takyah nak mengada-ngada 'eh, cantiklah nasi ni'. oh lupe! sebelum tutup rice cooker tu, masukkan sikit serbuk kunyit, bagi kaler kuning. if nak buat cobaan terberani anda, guna kaler ungu, hijau, atau hitam pun boleh.
PART 3 : Ayam Sedap
haa..ni la die. ambik ayam yang dah tus tadi tu, gaulkan dengan kicap dan madu (gula pun boleh, nak rasa mint sikit, guna lah gula-gula hacks..bahahaha). dah gaul rata, goreng sampai kaler dia macam ayam yang anda selalu nampak kat cafe kantin sekolah adik anda masa hari kantin sekolah)
PART 4 : Kicap Kaw2
Ok. amek bawang putih dan cili terpedas yang ada dalam stok anda. dah ambik da? takpun, ambik je cili yang mak anda tanam.lagi penuh kaf.ba.ro.kaf.alif.ta.nun. ye. keberkatan. haha. tumbuk sampai lumat. tambah kicap dan alter rasa dengan gula =) tambah sos sikit pun boleh. jangan banyak sangat!
PART 5 : Hias-hias
potong timun dan tomato (tambah salad pun boleh). hias ikut sesuka hati anda asalkan anda bahagia ^_^
PART 6 : Apa lagi? Baca bismillah dan....MAKAN!

ni la hasil yang I masak. ye, memang tak sedap. biasa je. korang konpem lagi sedap 10000000000000000000 X dari yang ni. tapi I makan je sebab I pektiskan apa yang tutor I cakap, if u dont found what u love, love what u found. tabik beb! ^_^
p/s: TAHNIAH kepada adik saye yang terchayang, Ainaa Alwani yang dapat 4A 1B dalam UPSR nya. Takpe. Jangan sedih. insyaAllah rezeki adik kat tempat lain..^_^ Along sentiasa support adik anywhere anytime. yeay2! =)

--sila abaikan penggunaan kata ganti diri yang irregularly irregular.haha--
--ye, saye tau. ini ayat plagiarism form today's case.huahua--
--ye, saye tau. ini ayat plagiarism form today's case.huahua--
p/s: TAHNIAH kepada adik saye yang terchayang, Ainaa Alwani yang dapat 4A 1B dalam UPSR nya. Takpe. Jangan sedih. insyaAllah rezeki adik kat tempat lain..^_^ Along sentiasa support adik anywhere anytime. yeay2! =)
Thursday, November 5, 2009
Lontong Versi adik-aku-yang-5-tahun-pun-boleh-buat
kalau musim winter
budak-budak and senior-senior selalu cakap
"haa..time ni la badan kite akan naik"
ok
naik ni bukan bermaksud kite akan terbang setinggi flight boieng 737 itu
tapi naik as in horizontally - MELEBAR.
signs and symptoms nye
pipi makin gebu
jarum penimbang melebihi last timbangan anda
anda semakin cepat penat
baju anda sendat
rasa makin berat
muke makin bulat
dan
yang sewaktu dengannya
tapi makan tetap makan
jangan overdose sude
*seyesli peringatan untuk diri sendiri!*
makanya, malam ini kami telah membuat satu keputusan drastik
iaitu
MEMASAK LONTONG
haha
*penat je bagi ceramah jangan makan banyak*
so, jom kite geledah dapur kitorang!
oh ye
attention ye anda semua
INI ADALAH PERCUBAAN PERTAMA KAMI BERDUA
sape lagi kalau bukan pemakan tegar
Auni dan Aina
SERIOUS!
even adik korang pun boleh masak lontong.
at first ingatkan susahla sangat nak masak bende ni.
rupenye, biase je!
so, kitorang dah simplifykan recipe ni sesuwaiii untuk yang berada di perantauan
jadi, jangan la nangis if tak balek raya.
boleh makan lontong walaupun bukan kat mesia ^_^

bahan-bahan korang perlu ade sebelum korang terasa nak ikut masak macam kitorang jugak adalah;
.jpg)
sambal
.jpg)
1. cili kering
2. ikan bilis
3. kicap
4. bawang
kuah lontong
1. santan - 1 peket
2. serai - sikit je sude
3. halia -takyah banyak
4. bawang merah dan putih
5. cili merah/hijau - pedas gileeeeee taw! =)
6. lobak merah - potong sesuka hati anda
7. terung - hiris serong2
8. kentang - potong dadu
9. kacang - potong 1 inci
.jpg)
10. udang kering - direndam
11. suun - rendam
12. fuchu (tauhu kering) -rendam
13. serbuk kunyit
14.garam, ajinomoto
15. nasi himpit instant (nasi himpit buat sendiri ley gak. just kitorang nak abiskan stok)
cara-caranya?
sambal
panaskan minyak as usual. tumis bawang and masukkan ikan bilis. pastu cili kering yang dah dikisar. pastu tambah kicap sikit. alter-alter kan rase die tambah garam dan gula. siap! =). jangan kering sangat tau.
kuah lontong
panaskan minyak, tumiskan bahan 2,3,4 yang dah di blend bersame-same dalam suka dan duka. hihi. then, masukkan cili-cili yang dah lame menunggu giliran. pastu, masukkan santan peket yang dah dilarut lam air panas (sebab taknak bagi berketul-ketul). kemudian, tunggu sampai mendidih, then, taburkan serbuk kunyit secukup warne.haha! after that, barulah masukkan bahan 6,7,8,dan 9. bile dah macam dah nak masak, masukkan suun and fuchu. tambah garam dan ajinomoto secukup rasa. dah masak!! senang gile kan??? sedap gile lak tuh! hahaha
nasi himpit
ala...korang ikut je instruction kat belakang peket tuh.eheh~
so
nak tengok hasil die??
..................
TADAAA!
nak tengok hasil die??
..................
TADAAA!
*menyelerakan...*kitorang tak larat nak habiskan semua so bagi dekat wani and zati
and
jiran kami
bawah rumah kami
adeih~
sila la try
jangan lupe bagi kitorang sikit nanti!!
*wink*
p/s : masih memikirkan name bear yang baru dibeli semalam
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)