Showing posts with label selamat hari raya. Show all posts
Showing posts with label selamat hari raya. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

hey there



hai semua.

warghhh. it has been a long time since my last entry. Gahhh. My internet memang macam harem. I don't know what's the problem, but alhamdulillah, lately ni dah semakin baik. and I hope no more probs dah after this. Pfft.

Sekarang dah masuk 2nd round kat hospital, which is Cardiology Round. Setakat ni, this is the one yang I think menarik minat. But still, i'm not sure if this the one yang betul betul saya minat. Hekhek. -___-"

Well, banyak benda happened dalam jangkamasa terdekat ni. Hari tu sambut raya aidil adha yang keempat tahunnya kat perantauan. And it's simply the best! Kalau kat Malaysia, kita sambut raya haji sehari je kan? Tu pun macam pagi tu je, sembahyang, korban, dah. Kat sini pulak, semangat RAYA tu memang membara. Rumah kitorang buat open house on the first day, memang havoc, best! Banyak makanan, sampai pagi tu berapa jam je tidur. HAHA. Pastu 2nd day sampai 4th day, memang penuh dengan invitation open house geng geng pulak. Save bajet makan 4 hari beb! Hihi. Tapi tahun ni paling sikit gambar raya. Sebab? Entah. Semangat open house lagi melebihi semangat bergambar kot. Kehkeh.

open house rumah anith

ragam perantau beraya

Oh ya. Lupa nak bagitau. Kitorang dah beli ovennnn (sila baca dengan muka berlagak) HAHA. Ceh. Orang lain dah lama ada. -___-" And since dah ada oven ni, memang semangat nak bake cakes semakin membara bara. Asyik bukak blog resepi and nak bakeeeee je! Memang terasa macam dicabar pulak. Sheesh *flip hair*

Tapi sejak ada oven tu memang dah buat kek kek dah. Banyak kali. Tapi baru 2 jenis cakes. Cheese cake and moist choc cake. Hewhewhew. Lagi lagi bila dah sekarang ni macam teraddicted nak tengok Masterchef Malaysia pulak. Memang banyak sangat drama (?) tapi still tengok sebab banyak tips boleh diextract from show tu. Lagilah membara! LOL.

Kite tengoklah sampai mana semangat bake ni, ke mana jadinya nanti ye. Sama ada memang ke oven ataupun, ke katil.
p/s : thanks amr for introduce me to that belog!
p/s/s: cardiology round is quite ... lepak-ing. sebab selalu balik awal. hihi

Tuesday, November 16, 2010

aiduladhaduaribusepuluh




Selamat Hari Raya Aidil Adha to all muslims ;)
كل عام و انتم بخير
menu pagi raya kami : rendang ayam, kari daging, nasi impit, lontong, soto, dan dadih.

this gonna be short update. hari ni penat gila! tapi best.hihi. walaupun tak mendapat undangan rumah terbuka dari sesapa (okay ade sorang, tapi malas pulak nak pegi -.-"). esok, ade jamuan hari raya aidiladha. i'm sure it's gonna be semeriah atau mungkin lagi meriah macam last year, but since benda tu diadakan waktu malam, camne orang orang sume nak amek gamba cantik cantik? but i guess, it gonna be answered tomorrow ^_^. so jangan lupe ye datang beramai ramai. makan-makan dan paling penting beramah mesra. aw awww. haha. ok ok ok. i promise you this one gonna be short. so,nak upload gambar pun tenet macam hape entah. kate unlimited. cesh! ok lah. till here. so again, selamat hari raya aidil adha semua, especially to my family and friends. i love you :) happy eid!

psstttt, nak tengok gambar raye saye? hehe kelik sini --> SAYE NAK TENGOK GAMBAR RAYA!

with love from egypt : aunishbini


Friday, September 17, 2010

ini cerita raya saya. anda pula?

owh.hari ni melakarkan sejarah dalam belog ini apabila post kali ini ditulis secara liveeee kat umah sendiri. haha.. berjaya gak jumpa spot 3G lam umah ni. Oh sememangnya area ni memanglah area 3G tapi oleh kerana rumah saya yang dilindungi oleh bukit yang takdelah tinggi mana pon tapi cukup untuk menyebabkan 3G ter'lindung'. aiyaaa, berapa banyak tapi wooo..

hari ni 8 syawal. bangun pagi hari ini macam hari biasalah, tidak seawal hari pertama beraya. tehaha.. makanya, bangun-bangun pagi bangkitnya dari beradu sementelah bersiram pakai syampu sabun dan sebagainya mewangikan diri, terus sapu-sapu satu rumah, isi balik balang biskut kuih muih dan me'refill'kan semula kek-kek lapis pelbagai corak dan warna dan nama (kat sarawak kek lapis memang fofular) setelah beberapa biskut dan kek selamat masuk ke perot, barulah diangkat dan disusun di atas meja.

sejak hari pertama raya kat rumah sendiri ni, setelah balik dari beraya di Miri dan kampung nenek, tetamu tidak putus-putus berkunjung ke rumah. Tugas saya adalah di dapur, iaitu mengisi air, mencuci cawan, mengawal kawalan stok-stok kuih raya, menjaga biskut-biskut dari diambil secara senyap-senyap oleh adik-adik saya yang berumur 5 tahun dan kebawah, mengusir kucing-kucing yang cuba menyelongkar sampah, di samping tugas saya yang paling PENTING sekali; makan. memang berat amanah yang saya tanggung ini.kan?

Raya tahun ini maybe tak semeriah tahun-tahun lepas, tapi tahun ni memang ada kelainannya, antaranya beraya di pantai (kelik sini untuk maklumat lanjut), dan kisah kek-kek kami yang baru dua hari beraya dah habis dan terpaksa zedebummmmm ke kedai untuk beli bekalan baru T-T dan juga, tahun ini juga menyaksikan (cewah, dramatik gile ayat) betapa saya yang berumur 20tahun juga mampu mendapat duit rayaaaa. horeyyyy! uyeah uyeah! (menari tarian ayam) terima kasih kepada pihak-pihak yang sangat baik hati, budiman, dan berbudi pekerti itu. juga kepada ibu bapa saya yang memahami diri ini. terima kasih juga kepada pihak penganjur rumah terbuka dan memberi duit raya walau tak seberapa, tapi bermakna. dan tak lupa..oi auni, ko ingat ini ucapan dapat anugerah ke hah? huuuuu. haa..anda mahu tergolong dalam golongan ini,maka, marilahhh memberi saya duittt rayaaaaa!!

salam mintak duit raya, Auni Shbini

p/s : biskut cikgu rahim sangat sedap!
p/s/s : tak berseri kan kalau tadek gambo lam post? haih~

Saturday, September 11, 2010

lokasi raya yang patut anda try

PANTAI.

ya, itulah lokasi raya kami tahun ini. hehehe... first day raya agi dah photoshoot ngan handphone 2.0 megapixel. so jum zedebum nengok antara gambo2 yang diambil ni ha..

the whole shbini's family (terang-terangla en ni bukan kat pantai)

tadaaa!
sayang seorang abang...uweksss!

terbang terbangg

nak banyak lagi gambo2 ini, sila rajinkan diri anda mengkelik perkataan huruf2 besar yang terus memautkan anda ke link yang berkaitan. perhatian, ini adalah link album di facebook. hehehe...
oh ye. anda, anda, YA ANDA LAH ITU! anda dijemput meh la datang ke umah saye starting 15th sept ni, sebab 15th sept ni baru saye ada kat umah. ngehahaha.. bawaklah duit raya sekali tau. nak nak nak.tehahaha..

okai anda. just quick update ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

tulus ikhlas dari Auni Shbini.

Wednesday, September 8, 2010

apabila pakcik mohor itu datang kembali

seingat saya, sejak saya telah belajar mengenal apa itu televisyen dan apa itu pengumuman, saya memang kenal bebenor pakcik penyimpan mohor raja-raja melayu itu. setiap tahun, memang kehadiran dia paling ditunggu, selepas yang paling-paling ditunggu - hari raya. macam yang dah dijangkakan oleh saya yang takde teleskop, raya jatuh pada hari jumaat ini, 10 September 2010, 100910. haa.

tahun ini, saya dan keluarga saya yang berahlikan 11 orang semuanya, sambut raya kat rumah makcik kami, yakni kakak tersayang emak saye kat Miri. Saje nak merapatkan yang jauh, memesrakan yang dekat. ecewah. Plan sebenar-benarnya taun ni, kitorang akan sambut raya dengan roadtrip ke Sabah, tapi atas sebab musabab yang tak boleh dielakkan, so, terpaksa postpone ke tahun depan maybe laa. Jadi tahun ni, go on je ngan raya kat Miri, but without the trip to Sabah.

Maafle, belog ini memang buhsan. tade gambar. haha. So, di kesempatan ini, saye nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H! Salam penuh kemaafan, zahir dan batin. salah silap tutur kata dan tingkah laku, harap diampunkan dengan sepuluh jari yang tersusun indah ni bak buluh runcing. pergh. ahaha. Jangan nakal-nakal tau raya ni. Jangan main mercun ye adik-adik? Nak main ajak Kak Auni sekali. tett!

Selamat Hari Raya!

aunishbini

p/s: in miri.

Tuesday, December 1, 2009

Eid Adha Mesir 2009 : 5 ( Masih Beraya)




It's 5th day of Eid Adha, but still the celebration masih HOT pada kami! ^_^ Tambah-tambah lagi bulan December, which is my feberet month, dah kunjung tiba. WHY? Because December is the end of the year, and yes! I am looking forward to think what shall I do to end this Book of 2009 with something unforgettable? Something that means something to me. That's what I am gonna find out.*serious semacam je ..hohoho*. Plus, a new chapter shall begin in a month more. Siapa tahu maybe this is the last year of us? Siapa tahu maybe this is the last year for them? Who knows? For me, December macam ade satu ape orang kata? em..feeling like Dup Dap Dup Dap sebab dah nak masuk tahun baru. HEHE.

Disebabkan hari ini kami tak menerima sebarang undangan open house, so, punya lah lama ketuk kepala fikir nak buat apa, at last terfikir nak masak daging korban. *ok la tu kan daripada tergolek-golek atas katil. tumbuk-tumbuk Todi, pastu tunggu Todi tumbuk balik* Since agak banyak jugak daging-daging itu, apa lagi, I menjerit-jerit di skype tanya Wani nak masak soto tak? Aina pulak dah siap-siap tanya a night before, "Auni, jom masak rendang esok".

Apa lagi? Pagi tadi, I pasang alarm. *tak pernah-pernah pasang alarm, tapi sebab semangat nak masak tuh, pasang jugak*. Entah lagu mana entah, tu adik I yang set masa kat Malaysia. HAHA. Yang penting, I bangun err.....sejam kemudian. BAHAHA. Aina dah siap masak nasi himpit dah waktu tu. Zati and Wani pun dah bangun. I pulak baru bangun. *hampes~* HAHA. ape lagi? Mari kita bekerja! At last, siap jugak semuanya. Menu kami? Err... tak lah sepandai mana pun macam rumah Mimie dan kengkawannya masak. Takla seterel cik Atie dan geng-gengnya masak. Dahla kami memang tak terel bab-bab masak ni. Asalkan ada rupa sudah. So, inilah percubaan berani mati tanggung sendiri kami. gagaga~ Dengan segala rasa hormatnya, KAMI MEMPERSEMBAHKAN .......

[ Rendang + Soto ] Daging Korban = Juadah Raya ke-5






Oh ya, thanks to digicam Wani!! So, Selamat Hari Raya Aidil Adha *masih raye lagi ke wey?* dan Selamat Berbulan Disember *macam wish for berbulan madu lak*. Percayalah, a miracle will happen in your life in December! Percayalaaaahhhh *sila imagine saye menyanyi lagu Siti Nurhaliza ni dengan tangan kanan terangkat, penoh feeling*. Oh, thanks Todi sebab tepuk. Kaulah teman setiaku...uhuk2.

p/s: Erk..exam tinggal 6 hari je lagi. Buku satu pun belum bukak. Wahai rendang-rendang dan soto-soto, berilah aku semangat...ngesh-ngesh. ;p

Monday, November 30, 2009

Eid Adha Mesir 2009 : 4 ( Nasi Kerabu & Zaquan Adha )


BANGUN PUKUL 12???!!!!

Yes, that's the fact. hari ni bangun pukul 12, terlepas Jamuan Raya PCM. *tu la kau Auni, tengok cerita Papadom lewat malam. jangan nak salahkan Todi tak kezutkan!*. Dengan muka mamai, I replied skype si Atie yang dihantar pada pukul 9am. *after 3 hours baru nak reply??!!* tsk tsk tsk ;(

[9:41:29 AM] atiebaek: auni.....
[9:41:34 AM] atiebaek: korg g kul bpe???

[
11:48:40 AM] auni : korg da g ke?
[1:16:32 PM] atiebaek: ktorg da blik pun
[1:16:33 PM] atiebaek: huuuu


I duduk goyang-goyang kaki kat hujung katil fikir...takkan nak beraya kat rumah depan laptop je? Boringggg! Tatau angin mana yang masuk badan, tetiba teringat YM Kak Izzah, my pblmate, semalam.


izzah pbl: salam
izzah pbl: auni
izzah pbl: heee~
izzah pbl:
slmt hari ry
izzah pbl: esok uma akak wat open house
izzah pbl: dtg ea
izzah pbl: kol 2pm ~ mlm
izzah pbl:
syari' hassan said
izzah pbl: no 22
izzah pbl: tq~

Sebab semangat nak raya ni membara, apelagi?. Call terus Kak Da and Rai. Then set nak gerak pukul berapa. Gi sekali la baru meriah. Macam zaman kanak-kanak dulu. Datang ramai-ramai. Sedia poket. Nak duit raye! hehehehehehe. *auni penah sekali je buat masuk je mana2 rumah, time tu dengan cousin auni Emi, and my bro, Eyan, buat muka tak malu, makan, then nanti die bagilah duit raya. Pendapatan kami? 40sen je! Pastu dah tak buat dah sebab tak menguntungkan. haha!* . Tukar kerjaya plak pastu. Jadi pemotong kek dan penyusun kuih muih. Sebab nanti boleh 'rasa-rasa' . haha~


nasi kerabu tak-berapa-nak-kaler-biru tapi-tetap-sedap! --siap de budu-- ^_^


Kak Izzah, Si Tukang Masak. ngee~

Raihana pblmate jugak..huhu

Since rumah Azza and Feeza dekat lorong yang sama, ape lagi? Mari kita rempuh masuk rumah mereka!!!!!! Haha. Muka tak malu, ketuk pintu, terus masuk tanpa diundang. bahaha! ^_^ Sangat sedap ok ikan bilis cili padi korang tu? Before balik, berhasil pujuk Azza main gitar. 2 lagu. ngagaga. and I also dapat take a pic with ZAQUAN ADHA!!!

Zaquan Adha ialah kambing itu. haha. dan itu gitar azza. yay2!

Terima kasih la kat mereka semua yang bersama-sama membuncitkan perot hari ini dan memeriahkan diari hari raya ke-4 saye! yay2!

p/s: thanks feeza bagi pinjam novel Hijab Sang Pencipta. bahaha. nak exam pun sempat pinjam.

Saturday, November 28, 2009

Eid Adha Mesir 2009 : 2 (GMMSC's)




Bangun-bangun dah pukul 10am. Penat kot semalam sebab attend 5/6 open houses. Nak pegi tolong masak semalam pun memang dah tak larat dah. Maaf anda-anda semua. Pagi tadi, terasa badan cam penat-penat tapi gagahkan juga pegi Sambutan Hari Raya Aidil Adha GMN kat Istad Gam'ah a.k.a Stadium Universiti kami ini. HEHE. Semangat nak jumpa kawan-kawan and masyarakat Mansoura ni kan. HAHA. Nanti orang kata, tak kenal dunia pulak. duduk dalam tempurung. BAHAHA. Lagipun, intention memang nak jumpa kawan-kawan, di samping mengecohkan lagi festival tu. HAHA

Sampai-sampai je sana, I tatau nak duduk mana. Geng-geng rumah Kelly tak diketahui mana lokasi mereka. So, duduk-duduk, ada orang nyanyi2 lagu tak-berapa-nak-raya. Nasib baik sedap la jugak. weE~ Usha performance kejap, terus ada announcement makan. Semua meluru nak masuk line. Mengenangkan semalam tak tolong pun, I tolong-tolong la serve air sirap limau yang sedap tu (errr...sah-sahla bukan I yang buat).

Ramai yang datang, one word je untuk describe kan festive tu... MERIAH! Bahagia tengok semua menikmati makanan yang ada. Gulai daging kot, ada acar, sambal, nasi minyak..pergh! meleleh yang tak datang. hehe. But kecoh-kecoh tolong, I lupa nak makan. So, at last I tak makan pun. HAHA. padan muka kau auni! =) (tapi dorang cakap daging tu sedap...huhuhu) Nasib baik after that Sabby and Ulfah ajak gi open house rumah Fathiah. Makan SOTO. Terpaksa admit, I tambah 3 kali!!!!! shhhhhh! HEHE

Let's have a sneak around GMMSC's festival of sacrifice. gagagaga~


With Dr. Nisrene, our student affairs orang atasan.

Saye bukan yang paling rendah..yay! HAHA

We, the Mansoura's medical student..Yes! 1 Mansoura, 1 Family, 1 Malaysia!! BAHAHA.

13 TKCians!!! some tak ditemui masa tu.so till now, tatau berapa banyak yang ade kat Mansoura.


Orang lain makan, kami redah bilik orang, ambik gambar. Tak senonoh punye perangai! *bush2!*


jeng..jeng...inilah geng ronggeng I hari ni! Putih - Sabby, Hijau- Ulfah, nak kenal?? err..mereka dah 'berpunya'... gagaga! tape. I boleh aturkan..lalalalala~

p/s : rasa lapar....merangkak cari makanan...

Eid Adha Mesir 2009 : 1 (Open Housesssss)



((ini post ditaip pada 12.35am))

Semalam tidur pukul 2am. Masak-masak untuk Kak Azimah a.k.a nama fofularnya Kak Azie, bersama-sama my HAWT housemates, Cik Aina, Wani dan Zati. fuhh! Macam orang buat kenduri je dapur kitorang semalam. Macam dah besar! *pasrah diri ini dah besar..isk3*

Bangun pagi tadi, Wani kejutkan. 6am! tidur 4 jam je la kan. Adeih2. Sebab nak pegi sembahyang raya kat rumah Kak Una, bersama-sama Cik Kelly, Fatin, Aida, Rai, dan Atie. After tu, sambung masak sikit, then terus ke Dirasat sebelum Zuhur. Sambut raya pertama kat rumah Kak Azie!!! yay2! Best! *dan semestinya bergambar itu melebihi yang lain bagi kami*

Dari pukul 11am sampai 7pm, kami pergi beraya kat rumah orang. Dari yang bujang, samapilah yang dah berkahwin. Pergh! Banyak gila makan. Rezeki tak boleh tolak. *bajet*. Sangat membuncitkan perut sehingga time mengantuk pun semangat nak makan laksa. bahaha!

So, let's the picture tell the rest! ^_^

di rumah Kak Una dan Kak Dhiya pagi raya after solat. *thumbs up for mushroom soup. sila bagi lagi*

salam-salam. ade makna ni... *mane duit raye? nape tangan kosong?*

Di rumah Kak Azie, di mana segala benda dilupakan bila makan. hahaha~

pembuka trip jalan-jalan. SNAP A PIC - of course! *wani pandang kamera la*

Name saye Mohd Rafiq, emak saye Kak Tuna. Saya kecik. Kakak ni besar sangat. Saya nak jual mahal bila dia nak amek gamba. tapi, nasib baik die bagi pinjam fon die kejap wat main. Rafiq bagi chance la..haha

Ahmad Migdad pakai jubah tau time tidur. sian die masih nak tidur *sebab mak die ambik dia masa tengah tidur setelah dipaksa oleh kami, haha. Kami tak jahat*

Suke sangat mata die! Macam mata RAIN. ehe. Migdad, confirm bile u besar ramai yang minat. Jangan lupe Kak Auni tau?

So here it is

Kami (dari kiri) Wani, Auni, Zati dan Aina, pelajar tahun 2 Semester 3 Mansoura Manchester Medical Programme, Universiti Mansoura Egypt, dengan ini mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada keluarga kami di Malaysia, pihak MARA, cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami, sahabat handai yang melapah daging ataupun yang sedang berbaring-baring depan tv, pakcik gembala lembu kerbau, penyembelih2 dihormati dan seluruh warga alam semesta yang mengenali diri kami. *yang tak kenal, sila kenal dulu, baru dapat ucapan dari kami..hehe*

Thursday, November 26, 2009

Apa Saya Nak Buat Cuti 2 Minggu Ni??



Hari ni dah start dah cuti 2 minggu. 2 minggu?? Lama tu. Nak wat pe ek 2 minggu ni? hurm..





























1.Main masak-masak dengan Eca. Tak sedap, bagi die makan. Sedap, bawak masuk bilik..hehe
2. Cubit Syahir dan Eisham yang gaduh berebut main game Sally's Spa kat my laptop.
3. Kemas bilik sendiri. Then suruh Ena punggah barang-barang die kuar. Amboi, sedapnye tidur bilik orang? UPSR dah abis ya. gagaga~
4. Ajak mak tengok baju kurung kat kedai baru buka tu. Kene gaya, dapat pau mak sepasang yang RM39.90 kaler putih (ke biru.. putih je la. errr...oren cantik jugak kan?)
5. Belajar main gitar dengan abang. Lagu 'Kotak Hati' dah pass. Tapi nak try lagu Bencinta. Mane tau dapat ganti Faizal Tahir time final Muzik-Muzik December ni.
6. Ikut ayah jadi fasilitator kat UKM. (boleh ke?..tak kesah. nak jugak!)
7. Jadi kakak garang kat Alyaa sebab dia dah ade boyfriend. Grrr! Saya garang! ~_~
8. Nak belajar cara masak ketupat palas dengan nenek. Tunjuk ajarku sifu, ya nek?
9. Ajar Ezhan panjat pagar, nanti dah besar, ley tolong along die ni petik pokok rambutan kat kebun ayah. (wajib ni!)
10. Jahit baju kelawar untuk Arisya. Nanti mesti comel die meniarap macam kelawar. bahaha!
11. Plan 'fashion show' dengan adik-adik. Siap mekap-mekap ala Aishwarya Rai.
12. Buat malam 'Karaoke Night'. Along cop nak nyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta. Jangan amek!!!
13. Pau abang belikan waffle choc+peanut butter+honey dan air gas hijau tu everytime dia abes tuisyen.
14. Beli novel For One More Day and Julie&Julia : My Year of Cooking Dangerously, baca sampai ayah ketuk pintu and kate, "Along, jangan lambat tidur. Tutup lampu tu".
15. Nak belajar cara buat trifle dengan emak angkat saya, Pn.Fariza (muke bersungguh-sungguh.serius)
16. Pau emak..e'eh tertype lagi.
17. Pau emak.....again?
18. Pau emak....dah2. cukup.
19. Tidur dengan ezhan dan arisya sambil peluk diaorang puas2!! wuuu~
20. Main sapa lambat ambik tilam pastu hampar kat depan tv, die kene denda urut kaki. hehe

banyak betul list benda nak buat ni.haish~ tapi kan...masalahnya kan..............
AUNI TAKDE KAT MALAYSIA!!!!
beraya kat sini je la. bercuti kat sini je la. Di Mesir.

Emak, bapak, abang, alyaa, ainaa, aisya, eisham, syahir, ezhan, arisya...Along rindu. tapi Along tau, Along ada tanggungjawab bukan pada diri Along je, tapi banyak lagi orang. Along tak boleh ikut hati perasaan. Walaupun Along cuma ada 1 akal 9 hati, Along mesti pandai kawal. Sabar lah wahai hati..5 tahun je lagi, perjuangan sebenar Along belum lagi bermula. Doakan Along ok? Raya Aidil Adha ni, seperti raya yang sebelumnya, Along tade kat rumah. Rasa sebak bila nak ucap 'Selamat Hari Raya" tapi Along cuba gagahkan walaupun kadang2 hampir tewas gak. Tapi Along tau, kasih sayang emak bapak dan korang semua sentiasa bersama Along. Dan sebab tu la Along gagal menangis di pagi Hari Raya. Terima Kasih. ^_^

"SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA"

Monday, September 28, 2009

dot...dot...dot..

SELAMAT
... hari raya aidilfitri
... masuk ke semester baru
... berlepas ke egypt buat yang dah berlepas pagi tadi..atie n da geng especially!
... menghabiskan mase2 yang ade before kembali ke egypt--> to aina especially
... menjalankan ibadah pose enam buat yang berpose
... memandu buat yang masih menziarahi rumah ke rumah..safe drive, ya?
... menyambut anak baru -esp to usu
... pengantin baru - especially to bang man
... moge selamat segalanya!