Friday, September 17, 2010

ini cerita raya saya. anda pula?

owh.hari ni melakarkan sejarah dalam belog ini apabila post kali ini ditulis secara liveeee kat umah sendiri. haha.. berjaya gak jumpa spot 3G lam umah ni. Oh sememangnya area ni memanglah area 3G tapi oleh kerana rumah saya yang dilindungi oleh bukit yang takdelah tinggi mana pon tapi cukup untuk menyebabkan 3G ter'lindung'. aiyaaa, berapa banyak tapi wooo..

hari ni 8 syawal. bangun pagi hari ini macam hari biasalah, tidak seawal hari pertama beraya. tehaha.. makanya, bangun-bangun pagi bangkitnya dari beradu sementelah bersiram pakai syampu sabun dan sebagainya mewangikan diri, terus sapu-sapu satu rumah, isi balik balang biskut kuih muih dan me'refill'kan semula kek-kek lapis pelbagai corak dan warna dan nama (kat sarawak kek lapis memang fofular) setelah beberapa biskut dan kek selamat masuk ke perot, barulah diangkat dan disusun di atas meja.

sejak hari pertama raya kat rumah sendiri ni, setelah balik dari beraya di Miri dan kampung nenek, tetamu tidak putus-putus berkunjung ke rumah. Tugas saya adalah di dapur, iaitu mengisi air, mencuci cawan, mengawal kawalan stok-stok kuih raya, menjaga biskut-biskut dari diambil secara senyap-senyap oleh adik-adik saya yang berumur 5 tahun dan kebawah, mengusir kucing-kucing yang cuba menyelongkar sampah, di samping tugas saya yang paling PENTING sekali; makan. memang berat amanah yang saya tanggung ini.kan?

Raya tahun ini maybe tak semeriah tahun-tahun lepas, tapi tahun ni memang ada kelainannya, antaranya beraya di pantai (kelik sini untuk maklumat lanjut), dan kisah kek-kek kami yang baru dua hari beraya dah habis dan terpaksa zedebummmmm ke kedai untuk beli bekalan baru T-T dan juga, tahun ini juga menyaksikan (cewah, dramatik gile ayat) betapa saya yang berumur 20tahun juga mampu mendapat duit rayaaaa. horeyyyy! uyeah uyeah! (menari tarian ayam) terima kasih kepada pihak-pihak yang sangat baik hati, budiman, dan berbudi pekerti itu. juga kepada ibu bapa saya yang memahami diri ini. terima kasih juga kepada pihak penganjur rumah terbuka dan memberi duit raya walau tak seberapa, tapi bermakna. dan tak lupa..oi auni, ko ingat ini ucapan dapat anugerah ke hah? huuuuu. haa..anda mahu tergolong dalam golongan ini,maka, marilahhh memberi saya duittt rayaaaaa!!

salam mintak duit raya, Auni Shbini

p/s : biskut cikgu rahim sangat sedap!
p/s/s : tak berseri kan kalau tadek gambo lam post? haih~

4 comments:

koshary said...

ko boleh la auni, nmpak gaya mcm baru form4. yg kami kami kami ni ha?
siap ad yg mintak duit raya lgi.ishkkk.

aunishbini said...

tryla buat muka seposen dua beratur gak mintak duit raye.ahaaaa.

Umiey said...

salam auni,
tumpang lalu n bebel ye...

selamat hari raya

aunishbini said...

wslm umiey,
hahaha..sila lah bebel selalu :P

selamat hari raya gak :)