Jam di luar menunjukkan 9am waktu di negara Qatar ini, bermakna pukul 2 di negara yang telah 12jam ditinggalkan, Malaysia. Perasaan? Kali ini, perasaan dah boleh dikawal sikit, mungkin kerana dah terbiasa, namun tipulah kalau air mata itu dapat dibendung. emosi pulak.. teheeee.
kaki digagahkan untuk melangkah masuk ke dalam flight Qatar Airways pukul 2.55am, dari KLIA, dengan keadaan yang kurang sihat, dan sebaik sahaja duduk, amek selimut, amek bantal, vedebushh tidurrrr. ahh..nikmat. sekali terjaga dah 6 jam tidur! tinggal lagi 2 jam aje lagi nak sampai Qatar. dah lah bangun tidur terus dapat food. tak ke syok macam tu?
sampai kat Doha sejam awal dari estimated time, makanya mata yang masih mengantuk ni dipaksa jugak menjamah pemandangan Doha International Airport yang tampak sesak. sampai-sampai, terus online, skype dengan bapak jap, then gi makan breakfast french fries and vegie samosa yang airport dah sediakan PERCUMA (perlu ke caps lock kan perkataan tu?) Alhamdulillah, dah bertambah elok sikit keadaan badan yang agak lemah.
Kalau nak ikutkan, nak aje dilambatkan lagi tarikh penerbangan balik ni, sebab asek pening, muntah, and macam-macam lagi. nasib baik barang dah packing awal. taklah menyusahkan mak bapak sangat. beberapa jam before flight dari Sarawak nasib baik berkesempatan ke klinik, mintak ubat-ubat yang berkenaan. Tapi mengenangkan impossible sangatlah nak tukar tiket last-last minute, melainkan beli tiket baru, jalan je laaaaahhh..
so, here i am now, sitting in internet cubicle, with my lappy, waiting for next flight to Cairo at 1.50pm masa Doha, thanking Allah for giving me strength untuk terus bertahan agar masih dapat meneruskan sisa-sisa perjalanan pulang. Hopefully segala urusan dimudahkan.
oh ya, anda perasan tak, kenapa ayat-ayat yang digunakan dalam post kali ini er..pelik sikit?
hugs and kisses from Doha,
Auni Shbini
2 comments:
dramatic sungguh penceritaan anda.
syafakallahu khairon dan selamat sampai dan terus membuat objective yang bertimbun. =D
kalau ni untuk karangan SPM, konfem dapat A++++ terus en? tu yang malas tu.. objective? apekah itu objective? lalalalalala~ HAHA
Post a Comment