Saturday, October 9, 2010

maaflah illmie rozlan, 100 days tak jugak jadi 100 days

Andainya anda mengikuti perkembangan belog ini, pasti anda tahu mengenai projek 100 days of summer yang kunun-kununnya kene buatlah post setiap hari selama 100 days mase cuti ari tu. (nak tahu lebih lanjut tentangnya, kelik sini). Tapi, semestinya, jika anda memang mengikuti perkembangan belog ini, anda pasti tahu bahawa post itu tak pernah mencecah seratus pun! sampai days keberapa entah. malas nak selongkar balik. huahuahuahua!

jadi maaflah illmie rozlan, tengok, siap ade menyelah selit lagi nama kat nama post tu ha. ala..macam tatau je, anda pun tak habiskan 100days tu jugak en? hahaha. juga kepada Aina dan Kucai yang turut sama menyertai dan turut sama turun padang dalam tidak menghabiskannya. HAHAHA.

okey.boleh tak saya nak cerita pasal apa yang happen hari ini kat post ini walaupun sebenarnya post kali ini bertujuan memohon kemaafan kepada illmie rozlan? boleh?

Jom memyimpang! layan zassss!

bangun pagi tadi pukul 6 pagi. perhatian, perkataan sebelah ini sengaja diboldkan dan bukan kerana tidak sengaja atau tertekan ctrl+b, kerana.....BAPAK! MAK! ALONG BANGUN AWAL PAGI TADI!! (menjerit-jerit macam taknak mengaku bersalah semasa soalsiasat polis). Pergh. Dahlah semalam penat, tapi managed to bangun awal jugak. salute giler lah. tak pasal puji diri sendiri. Kelas pukul 12.30 tengahari, tapi sebab TERsemangat datang kelas awal, singgah jap kat Metro, beli Dettol Spray. nak tengok? meh.meh..

*gambar-gambar kali ini memperkenalkan 2 teddy bear saya sebagau model sambilan yang comel lagi jelita, CIKO (biru) dan TODDY!(merah jambuuu).

Ape yang syok sangat ngan dettol spray ni?haaa..sebab...it kills 99.9% germs in seconds! kills viruses, bacteria, mould and mildew on surfaces, eliminates odour causing germs! (ayat ini fotokopi dari tin dettol itu sendiri.harap maklum.)

dan juga, seperti orang tua-tua dulu cakap, malang tidak berbau , almari pakaian yang saya beli dari TESCO Malaysia okey, dah roboh. mungkin kerana terlalu banyak baju (tet!) atau mungkin kerana bahan-bahannya tidak tahan, tetapi apa yang pasti ajalnya sudah tiba dan ia sudah disemadikan di dalam beg plastik bersama timbunan sampah yang lain.sedih tidak terkata namun kehidupan perlu diteruskan oleh itu saya telah bertemu dengan penggantinya, iaitu... jeng..jengg..jengggg!

yahuuuu, almari 5 tingkat! penat kot angkat benda alah ni!!!!!!! sakit satu badan. grrr.

jadi, begitulah kisahnya hari ini. oh, lagi satu, internet dah ada! (ye la, kalau tak, takkannye kau dapat membebel banyak macam ni hari ini.ish). Rumah belum kemas sepenuhnya terutama bahagian dapur, maka minggu ini bakal menyaksikan kebarangkatan saya dan kawan serumah saya ke mana-mana restoran di Mansoura ini. My favourite food untuk minggu ini : nasi setengah + tomyam thai + telur dadar. sila belanja saya. terima kasih.


p/s : tak jumpa buku cantik. malas nak buat nota.


5 comments:

shinichi said...

samela! hahahaha xsentuh2 pon blog ><

yuki miyuki said...

azie:kmk dah tukar ke blog baru..fly to my heart...tukat url ya keyh..mish u..ngee

illmie rozlan said...

haha...xpe2...nxt year kiter kurangkan.. klu 100 mcm susah sgt.. kter buat...10 days of summer je la...haha

koshary said...

kehkeh. heish apa la semua tak istiqamah!
kita buat 10 days of winter laaah! =D

aunishbini said...

ridhuan,
ahaha kes ni lagi parah :P tape2, yang penting niat tu ada.hahaha

mira,
okai2. noted! kaktok mek nukar.hehe.miss u toooo! :)

illmie,
hahaha..tak kisahlah, asalkan orang yang create tu kene pastikan dia buat gak! hahaha

kucai,
kali ni makesure ar buat. kang asek tak istiqamah asek nak main-main bila lagi nak serius ni umor dah masuk 21 next year tak termasuk illmie.ish2..haha