Showing posts with label egypt. Show all posts
Showing posts with label egypt. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Karipap Day


Hari ni, we made karipap. 35 biji camtulah untuk 2 ORANG. Penat gak lah nak kelim semua ni, tapi happy hehehe. Gahhhhhhh. Banyak gila, main sumbat je masuk dalam mulut, and now, muak dah tengok karipap! HAHA! At last berjaya gak buat kulit karipap yang sedap! kekekeke ;)P I managed to eat only 5 ke 6 biji entah, yang lain bagi kat Wani, Zati, Rai, pastu bagi kat Wani lagi. hahaha!


Anyway, sila abaikan karipap yang kelihatan legap di belakang. Ada sebabnya ia disorokkan sebegitu di dalam gambar ni. HAHA. FYI, sekarang kat Egypt ni memang dah masuk winter, and it is very very coldddd at night. Luckily I got this warm-socks, masa cabutan bertuah hari raya aidil adha hari tu. Selesa gila kaki and sedap sangat untuk dipakai lagi lagi sejuk malam ni. You guys should have one pair too!

Tak percaya, cubalahhh! Hehehe. And this time, where the KARIPAP PANAS PANAS and HOT BOH TEA play their part, plus this pair of socks. With the coldness creeping every bone, these are just PERFECT ;)

Oh yah, now we are on our weekends. Yup, thursday and friday is our weekend now.


p/s: eee call si magdy yang buat perabot ni asek tak angkat je. i want my shelf!
p/s/s: alhamdulillahh, ada keindahan dalam kesulitan
p/s/s/s : a skipping rope is on my top-list to buy.


Monday, November 21, 2011

Kuih Keria and Riots?


Hai awak!!!!!!!!!!! (Ha ha. Banyaklah pulak tanda seru....)

Hari ini, masa on the way balik dari kelas, ada satu BBM masuk, berbunyi begini, eh, takdelah BBM tu berbunyi macam bercakap, kiranya BBM tu ayat dia macam ni lah,

" Teringin lah nak makan keria "

So, since memang on the way balik rumah, lalu kat kedai sayuran sambil Google resepi keria, terus beli 500 gram sweet potato. Bahan bahan yang lain tu memang dah ada kat rumah.

Balik, usha Masterchef Malaysia jap (ambik semangat seorang chef kunun kununnya padahal nak usha chef zaishahrizal yang orang cakap handsome tu) pastu, rebus ubi. Sambil sambil rebus, bertukang jap buat penyangkut tuala kat belakang pintu. Habis je bertukang, TING! Ubi dah empukkk. (part TING! tu tipu je. mana ada bila ubi masak berbunyi kan? Pfft)

So bermulalah operasi buat kuih keria. Penuh kepasrahan ni, sebab first time kot nak buat keria. Penah pun before this, tu memang lagi pasrah. Last last tak jadi pun. Hahaha. so, here marilah Chef Auni mempersembahkann...

Terharu pulak bila kuih keria menjadi. HAHA! Sebab ni adalah first try, so buat dalam 10 keping je. Ni dah makan 2, 8 lagi bagilah kat orang yang mintak tuh. Makan 2 ni pun dah kenyang. Sebab the sweet potato inside really makes me full. Burp.

Oh ye, and not to forget, here is the penyangkut tuala aku-buat-sendiri-ketuk-ketuk-semua-tu-okay ! ;)

Amacam? Duk negara orang ni, selain daripada menjadi seorang pelajar, anda juga dilatih untuk menjadi seorang tukang kayu, tukang besi, tukang masak, tukang paip, tukang cleaner, dan segala bagai tukang! Haha. Benda macam ni tak pernah kot terlintas nak buat. Sila beri tepukan gemuruh kepada towel saya kerana sudi menjadi model. Kaler OREN tuuuu! hewhewhew.

Oh Riots. Ha, memanglah ade kawan kawan yang masuk paper cakap Mansoura ni sekarang dah ada kereta kebal berkeliaran. Maybe betul, maybe tak. Sebab dengan mata sendiri ni, tak nampak lagi kereta kebal berkeliaran. And demonstrasi tak pernah pulak nampak. Maybe ada demo, tapi tak de lah teruk. But, whatever it is, hopefully benda yang happened in January lepas takkan berulang lagi. Malas dah oi nak evacuate lah bagai. Taknak lah nak risaukan family mak bapak kat Malaysia. Everything's okay here in Mansoura so far.

Ape-ape pun, doakanlah Mesir takkan bergoyah lagi.


p/s : 2 evil pimples mengeruhkan keadaan hari ni! Eeeee
p/s/s : Sejukkkkkkkk

Tuesday, July 5, 2011

Mama rumah baru baik!




Alhamdulillah, rumah macam dah settle down sikit. bilik pun sodap dah untuk di tidur. and dah boleh untuk belajar gitu gitu. nanti bila everything dah settle, rumah dah cantik, and dah decorate elok elok, nanti saye post gambar okay? :) And alhamdulillah gak, mama (tuan rumah ni perempuan, so kami panggil dia mama) BAIK SANGAT SANGAT! Ada masalah paip, di panggil tukang paip, terus betulkan, nak tambah suis dalam bilik satu sorang, terus die panggil datang, motor air rumah kurang elok (bunyi bising) die kata nanti die belikan baru. Die tanya if nak apa apa lagi, beritahu je. Rasa macam disayangi. Ecewah! now, lets focus on exam. bak kata zati (housemate), tinggal 4 hari lagi. tersentap gak dengar, padahal memang banyak gile gile gile tak baca lagi. doakan ye? :) Ok, gtg. seru baca buku dah datang. babai! :)

p/s: hari ni, aim kene capai!
p/s/s : insyaAllah amr,

Friday, June 17, 2011

Ada Naik, Ada Turun.




Let's begin with..

OMOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO This blog hasn't been touched since 6 April 2011. Jap nak kira, ohh 2 bulan dan 11 hari???? Err jee? *haha. okay. takdelah lama mana pun tak update.tak perlu kot nak buat buat terkejut.LOL*

Ok, let's get started.

My life for this past 2 months something macam biasa je. Ade naik, ada turun. Ada masa naik, kita perlu cheerish every moment. That's why i always convince myself that live in that very moment, jangan fikir pasal masa depan, jangan fikir masa lalu. Coz that moment takkan last forever. Masa naik, hargailah setiap detik yang ada. jangan lupa untuk sentiasa bersyukur pada Allah. Jangan lupa untuk senyum, jangan lupa untuk ketawa. Tak semua manusia ada peluang untuk menikmati masa itu,kan? :)

And ada masa turun, kita perlu berusaha sebaik mungkin nak naikkan kembali, kalau tak dapat, sekurang kurangnya kita berusaha. Bukankah yang menilai usaha kita itu Allah Taala? :) Masa yang turun inilah kita perlu kuat, kita perlu tabah, dan jangan salahkan sesiapa dalam hal ini. Semua itu adalah takdir Ilahi. Dalam masa ini jugalah kita perlu untuk tidak terduduk membisu dan ter'stuck' omputih cakap. Bangun, bangun, dan sentiasa bangun. Hari baru sentiasa menanti. Teruskan.

Hidup dalam Semester 6 ni, sangat busy. Dengan rotation nephrology & urology, internal medicine, dan surgery. Walaupun busy nak ma**, dengan thesis itulah, thesis inilah, case presentation lah, objectives PBL lah, itulah, inilah, tapi somehow, it is fun. Penat? Jangan cakaplah. Tapi jadi houseman nanti, lagi penat wa cakap lu. haha

Rasanya ni je lah short update dulu. Tetibe rasa macam tade idea. padahal tadi mencurah curah ke ladang gandum , dan wooppp jadilah coco crunchhh! *-____-"

zekian saya melaporkan dari laptop DELL saya, untuk belog terchenta. sehingga kita berjumpa lagi, babai!





p/s : perkataan *zekian* tu eceli typo, tapi nampak macam styleeeeee semacam, maka dibiarkan. hihihihi
p/s/s : BD and M, i hope what you said is true.
p/s/s/s : nak baju tidur baruu lagiii. heee :D
p/s/s/s/s : so that once opened door, that once i entered, is closed. and i'm outside.


Wednesday, April 6, 2011

Barulah datang seru buat post baru!




YA ALLAH, i haven't open my belog like agesss!! okay, over sangatlah tu kan. miahaha. Alhamdulillah, i passed my examination,and now i'm in Semester 6. Stepping inside this whole new semester is really exhausting! but i assure you, it is a lot more interesting! if before ni, my lectures were only in college, i mean by that, lecture hall sahaja, now, i have clinical roundddd! ;) hehe. yup, since i'm now in 3rd Year, which is pre-clinical phase, of course i have to be in hospital, checking patient, talking bla bla bla like Dr.House. haha

Banyak pesakit dah saye jumpa. ada yang sakit itu, sakit ini, tapi round untuk bulan ni pasal Internal Medicine, contohnye yang berkaitan dengan hormone-hormone dan juga gastrointestinal ( bahagian perut perut tu lah). Kelas start seawal 9 pagi, straight sampai 4 petang. Adalah rehat setengah jam untuk isi perut sikit and solat, tapi inilah hakikatnya. Even nak call family kat Malaysia pun kena tunggu hari jumaat/sabtu. maklumlah, kol 4pm sini sama dengan 10pm Malaysia. family semua konfem dah tido dah. pfftt~~

Oh ya. HAPPY 2nd BIRTHDAY to my youngest sister, Arisya Nurafiza! I almost forgot her birthday, nasib baik bapak hantar MMS gambar dorang sambut birthday kat rumah. And also happy 16th month to encik ben 10. haha.

*nak tau arisya yang mane? carik budak kicik perempuan paling comel*

What's new for me? Well, i got a new study table. A BIG ONE. yeay! and then, i've change koordinasi perabot dalam bilik ni. lagi..hmm..for breakfast, i usually now eat yogurt. haha. lagi, i dah pandai buat spaghetti, haha! lagi... i tend to sleep after i got back home from class, and wake up at 11pm, then tido balik kul 2am. tatau lah ni ikut GMT negara mana entah. lagi...oh, i have a new cupboard! hehe dari malaysia, lagi murah, and lagi tahan lasak. kau nak sepak terajang pun takpe.wahaha. lagi erm.. sekarang tengah nak ganti puasa, hari ni alhamdulillah selamat satu puasa ganti, so there's 6 days more! hmm. lagi.tu je la kot. i pick them randomly. haha

so, i guess that's all for now. Dont worry people. Egypt is totally aman tenteram dah. No Mubarak dah. No Protest da. kecik kecik ade lah. ala budak budak universiti ni ada plak demonstrasi mintak tanak midterm exam.hoho.Other than that, everything alhamdulillah get back to normal. barang barang pun still the same, insyaAllah, tadek naik naik harga, just harga redbull je kat sini LE12.40 setin kecik tu. aigo.

sampai di sini sahaja bebelan saya. nanti nanti kita jumpa lagi.muahhh! *hahaha*

p/s : sakit belakang.i need a spa treatment!
p/s/s : jelly bean oh jelly bean *counting*
p/s/s/s : azam baru! :)

Friday, February 4, 2011

recent update

just a brief update

Tonight at 4am GMT+2, insyaAllah, we, malaysia students of mansoura will be evacuated to Jeddah, but first to Alexandria. There will be 22 buses for us, and please pray so everything will be okay :)

loves, aunishbini

Wednesday, February 2, 2011

Internet is back here in Egypt!




Lintas langsung dari bumi Mansoura, Egypt :)

the time now is 1.41pm, GMT +2. alhamdulillah, keadaan sekitar better dari hari hari sebelum ini. Kat mansoura tak de teruk sangat. orang berarak arak camtu je. but, kat Cairo and Alex dengar cerita sampai tembak tembak lah. macam macam. Kami kat sini mengharap doa doa anda semua agar keadaan kembali aman, and dapat teruskan pengajian kami dengan selamat :) makanan cukup, kedai kedai masih ada yang bukak, elektrik air semua ok. cuma SMS je masih di block. hope things will return to normal secepat mungkin. tolonglah ya Allah. tapi jangan risau ye semua, kami kat Mansoura ni selamat, walaupun ade perintah berkurung dari pukul 4-8pm. ape ape pun, alhamdulillah internet dah ada! dapat communicate dengan dunia luar. ^_^

untuk info semasa, layari
blog ini : http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
dan group FB ini : Kumpulan Pelajar Mesir Malaysia
dan juga page FB ini : Selamatkan Pelajar dan Rakyat Malaysia di Mesir

p/s : tengah tunggu berita dari kerajaan Malaysia. setakat ni dah ade satu plane TUDM ambik budak kat mesir to jeddah
p/s/s: :(

Monday, January 10, 2011

Post ini diklasifikasikan sebagai 18SG






AMARAN
paparan imej yang bakal anda lihat dibawah diklasifikasikan sebagai 18SG

pagi pagi bangun terus terbayang ayam panggang. mana taknya, dah 3 hari dok terpikir firakh masywi (ayam panggang) memanjanggggggggggggggggggggggggggg (cukup panjang tak? ke nak panjang lagi? shesh). last last ape lagi, bangun pagi, terus pegi bank, cucuk duit (bahaha korang tak rasa lawak ke duit kene cucuk cucuk.teheeee) pastu vedebum pergi beli firakh masywi. dahlah pening pening gila and nasib baik tak pengsan sebab tak makan ape ape dari pagi. Nah, ambik kau. FIRAKH MASYWI! pasni jangan dok menari nari samba dah kat otak mindaku ini, ye ayam ayam sekalian?




sekarang. baru boleh belajar dengan tenang. hahahahaha! pfft! siapa nak kahwin dengan kau macam ni auni? -.-"
p/s : tak lena tidur malam tadi, sebab minum KOPI. cesh! seyes tanak minum dah kopi before tidur. sengsara nak tidur!
p/s/s : ayam ni serumah makan. bukan saye sorang. gile hebat kalau dapat habiskan sorang.heh

Sunday, December 12, 2010

Freezin' Fingers!





Saye nak tulis entry pendek je. ok?
Semalam memang sejuk gila nak mati.
Hari ni SUPER DUPER YANG FREAKIN' FREEZING PUNYE TAHAP SEJUK!
tak penah kot sepanjang kat sini, sejuk camni.
lantas (cewah, bangga cikgu BM sebab gune word ni -.-"), terkenang semasa kat Paris dulu.
WARGH!
Btw, CNN melaporkan 70% probability esok akan SNOW! WHAT?? SNOW?? IN EGYPT???
pelik kan?
tapi tu lah
bak kate saye tadi, tahun ni la winter datang dengan agak cepat and PALING SEJUK SEKALI (cikgu BM mesti marah sebab gune paling and sekali dalam satu ayat -.-")
makanya, pagi tadi, pakai winter coat pun masih menggeletar sepanjang jalan.
BURRR!
thanks bapak for this winter coat :)

sebab tadek payung, beg tu le jadi penyelamat ;)
ok. dah janji nak buat entry pendek.
OH OH OH!
petang tadi supposedly ade volleyball tournament. tapi sebab angin kuat, hujan, dan sewaktu dengannya, maka dipostponed sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. semangat dah tadi pakai molek molek ready nak serve bola. haha!
ok ok
STOP NOW!
hehehehhehehehe
p/s : esok egypt 70% maybe akan snowing.CNN CAKAP!
p/s/s : sakit badan dowh.

Tuesday, October 26, 2010

Jom Lari Lari Keliling Piramid @ Egypt Race Run for Cure : Breast Cancer

Welcome welcome welcome (gaya sebutan orang arab) everyone to Egypt Race for Cure at..... jeng jeng jeng...PYRAMIDS OF GIZA, EGYPT! wahahaha. ye la. saye tahu. masuk tahun tiga kat mesir ni baru nak jejak kaki kat piramid. WAH!

kejadian ni berlaku pada 23 Oktober 2010. wah. macam intro cerita hantu pulak -.-" so here are some photos taken during the race. it's a running race, running ye. dalam bahasa malaysia nya BERLARI. dan masalahnya, tada satu gambar pun yang menunjukkan kami berlari. AHAHAHA penat tau kami lari sampai tatau mana starting point mana finishing line nya. HAHAHA. hebat en? en? (padahal datang lambat ketika orang lain dah lame start baru nak nampak muka. pastu bukan berlari padahal mengambil gambar di situ sini >.<






gambar terakhir atas ni adalah salah seorang daripada survivor of the breast cancer. alhamdulillah :) rasa nak hug jeeeeee ^_^

nak lagi banyak gambar? haaa..meh meh kelik kelik kat link link di bawah bawah ini ini. (ape kejadahnya tulis berganda ganda. tengok. tulis lagi)

di facebook aina
di facebook illmie
di belog kucai
di facebook nazeera

kalau anda kawan dengan mereka, anda akan dapat gambar yang menarik tau. sebab mereka ini ada kamera dslr..haa... kawanlah dengan mereka! hehehe apa-apa pun, selain baju free dan juga makanan free, saya juga telah dapat selesema+batuk+demam FREE. terima kasih lah ye giza.. HOHO.sekarang suara pulak dah macam ramli sarip.pergh. konpem pasni ramli sarip tak dapat cari makan -.-"
p/s : saya nak krib chokolatah :(
p/s/s : ignore.that's the best we can do.
p/s/s/s : see where this will be going. okay? we pray for the best, insyaAllah. prove to me that what i'm doing is right.


Tuesday, October 19, 2010

Pelan Pembunuhan Cik dan Abang Ti.

kalau cik dan abang ti ni secomel hamster bernama tubby tapelah jugak. ni, mak aih. kaler kelabu, besau. lagi sorang, berbulu. hitam. pengotor. yuck! penat jek bersihkan dapur. sekali.....tu dia cik dan abang ti datang menyerang lagi! kali ini dengan semangat, mereka mereka itu gigit plastik dan kotak yang dah gune untuk tutup lobang lobang berkenaan. cis cis cisdale betul. -.-" siap letak racun tikus kat atas cheddar cheese pun dia selambe jek catwalk tepi tu, tak terusik langsung pulak tu.haish.pandai pulak.

makanya,lahirlah.... PELAN PEMBUNUHAN CIK DAN ABANG TI. tadaaa! dirancang bersama dengan Leftenan Aina Alia Rahim ye, ketika presentation tadi.huahuahua ;)

untuk gambaran pelan yang lebih jelas dan mengancam, sila kelik kat gambau ye. siap nak campur racun dalam tuna kot. tuna yang pedas, sebab tikus ni masa kami tinggalkan rumah ni 3 bulan, dapur bersepah dengan cili kering. tu feberet die kot, sebab tu cheese yang hebat tu pun die main kenyit mata jek.ceh.memilih! tuan rumah ni pun makan apa yang ada, ni nak pening pikir nak bagi makan ape untuk bagi korang meninggal.ceh ceh. tikus mesir ni makan ape eceli????
p/s : penatnye beli barang hari ni. nak aiskrim tapi asek tak terbeli je! :(


Tuesday, October 12, 2010

jetlag? anda mampu mengubahnya.




ape perasaan anda kalau anda sepatutnya bangun tapi anda tetap tidur walaupun anda dah berazam dan sentiasa tidak melupakan petua berpesan kepada bantal agar mengejutkan pada satu-satu masa tetapi end up anda masih juga tertidur ketika itu padahal ada benda yang perlu anda selesaikan dan bila anda bangun anda rasa macam anda nak meraung satu bilik tapi apabila anda sedar masa tak boleh nak patah balik anda mengambil teddy bear anda (atau bantal, bagi mereka yang tiada teddy bear) menekup kepala anda menyelimutkan badan anda dalam selimut yang aman damai dan mengiring ke kiri dan terus kembali ke alam tidur dan anda pasti keesokkan paginya anda akan berasa geram kerana tak bangun semalam dan end up anda hanya mampu berharap hari ini anda takkan mengulangi perkara yang sama tetapi anda tak dapat menahannya daripada terjadi dan hari ini tetap berlaku perkara yang sama juga dan anda tertanya-tanya sampai bila benda ini akan berlaku?

ya.itulah bahana jetlag.sekian,terima kasih.

p/s : if just that dream comes true...

Saturday, October 9, 2010

maaflah illmie rozlan, 100 days tak jugak jadi 100 days

Andainya anda mengikuti perkembangan belog ini, pasti anda tahu mengenai projek 100 days of summer yang kunun-kununnya kene buatlah post setiap hari selama 100 days mase cuti ari tu. (nak tahu lebih lanjut tentangnya, kelik sini). Tapi, semestinya, jika anda memang mengikuti perkembangan belog ini, anda pasti tahu bahawa post itu tak pernah mencecah seratus pun! sampai days keberapa entah. malas nak selongkar balik. huahuahuahua!

jadi maaflah illmie rozlan, tengok, siap ade menyelah selit lagi nama kat nama post tu ha. ala..macam tatau je, anda pun tak habiskan 100days tu jugak en? hahaha. juga kepada Aina dan Kucai yang turut sama menyertai dan turut sama turun padang dalam tidak menghabiskannya. HAHAHA.

okey.boleh tak saya nak cerita pasal apa yang happen hari ini kat post ini walaupun sebenarnya post kali ini bertujuan memohon kemaafan kepada illmie rozlan? boleh?

Jom memyimpang! layan zassss!

bangun pagi tadi pukul 6 pagi. perhatian, perkataan sebelah ini sengaja diboldkan dan bukan kerana tidak sengaja atau tertekan ctrl+b, kerana.....BAPAK! MAK! ALONG BANGUN AWAL PAGI TADI!! (menjerit-jerit macam taknak mengaku bersalah semasa soalsiasat polis). Pergh. Dahlah semalam penat, tapi managed to bangun awal jugak. salute giler lah. tak pasal puji diri sendiri. Kelas pukul 12.30 tengahari, tapi sebab TERsemangat datang kelas awal, singgah jap kat Metro, beli Dettol Spray. nak tengok? meh.meh..

*gambar-gambar kali ini memperkenalkan 2 teddy bear saya sebagau model sambilan yang comel lagi jelita, CIKO (biru) dan TODDY!(merah jambuuu).

Ape yang syok sangat ngan dettol spray ni?haaa..sebab...it kills 99.9% germs in seconds! kills viruses, bacteria, mould and mildew on surfaces, eliminates odour causing germs! (ayat ini fotokopi dari tin dettol itu sendiri.harap maklum.)

dan juga, seperti orang tua-tua dulu cakap, malang tidak berbau , almari pakaian yang saya beli dari TESCO Malaysia okey, dah roboh. mungkin kerana terlalu banyak baju (tet!) atau mungkin kerana bahan-bahannya tidak tahan, tetapi apa yang pasti ajalnya sudah tiba dan ia sudah disemadikan di dalam beg plastik bersama timbunan sampah yang lain.sedih tidak terkata namun kehidupan perlu diteruskan oleh itu saya telah bertemu dengan penggantinya, iaitu... jeng..jengg..jengggg!

yahuuuu, almari 5 tingkat! penat kot angkat benda alah ni!!!!!!! sakit satu badan. grrr.

jadi, begitulah kisahnya hari ini. oh, lagi satu, internet dah ada! (ye la, kalau tak, takkannye kau dapat membebel banyak macam ni hari ini.ish). Rumah belum kemas sepenuhnya terutama bahagian dapur, maka minggu ini bakal menyaksikan kebarangkatan saya dan kawan serumah saya ke mana-mana restoran di Mansoura ini. My favourite food untuk minggu ini : nasi setengah + tomyam thai + telur dadar. sila belanja saya. terima kasih.


p/s : tak jumpa buku cantik. malas nak buat nota.


Monday, May 31, 2010

we speak on behalf of the dead, and the living who cannot speak for themselves



Whole world knows what happened today, 31st May 2010, when one of the flotilla of Lifeline 4 Gaza convoy, Freedom Flotilla, had been attacked this morning by Israel Defense Forces (IDF). I knew this news from my twitter, and i watched Al Jazeera online and also PressTV online. I checked #freedomflotilla where at last being a trending topic in twitter. Everyone around the world is talking about it, everyone unite against the attack of Lifeline 4 Gaza by IDF. Like @noudie tweeted : This isn't about Moslem nor Jewish nor Christian! This is about humanity! #freedomflotilla. And the traffic in #freedomflotilla keep pushing-and pushing, shows that every people in the world concern about this.


*Turkey withdrew its ambassador to Israel and called for an emergency session of the U.N. Security Council as criticism and condemnations arose across Europe and the Arab world Monday over Israel's deadly commando raid on ships taking humanitarian aid to the blockaded Gaza Strip

Turkey's prime minister said that Israel had violated international law and shown that it does not want peace in the region.

"It should be known that we are not going to remain silent in the face of this inhumane state terrorism," Prime Minister Recep Tayyip Erdogan.

The raid, in which at least nine pro-Palestinian activists, mostly Turks, were killed, was a new blow to Israel's international standing at a time when the West — including the United States — have grown frustrated with its stance in the process. The bloodshed particularly hurts its relations with Turkey, which was once a close regional ally of Israel but has become increasingly critical of it.

The flotilla of six ships, carrying some 700 activists, was sponsored in part by a Turkish organization.

A crowd of Turks tried to storm the Israeli consulate in Istanbul before some 10,000 marched to a main square. Around 1,000 protested in Jordan's capital, Amman, calling for their government to cut diplomatic ties with Israel. Smaller protests erupted in capitals across the Middle East, Europe and South Asia.

Palestinian youths protesting the raid scuffled with Israeli soldiers, throwing bottles and stones at them at a checkpoint north of Jerusalem.

Israel said the activists attacked its commandos as they boarded the six ships taking tons of supplies to Gaza, while the flotilla's organizers said the Israeli forces opened fire first.

U.N. Secretary-General Ban Ki-moon condemned the violence. The White House issued a cautious reaction, saying "The United States deeply regrets the loss of life and injuries sustained, and is currently working to understand the circumstances surrounding this tragedy."

The European Union's foreign affairs chief, Catherine Ashton, said the bloc was deeply concerned and she called on Israel to carry out an inquiry. British Foreign Secretary William Hague deplored the killings and called for an end to the Gaza blockade.

Greece suspended a military exercise with Israel and postponed a visit by Israel's air force chief. Greece, Egypt, Sweden, Spain and Denmark summoned Israel's ambassadors demanding explanations for the violence. Spain and France condemned what they called the disproportionate use of force. Germany called for an immediate investigation but was careful not to directly place blame, and said it was seeking information on six German citizens believed to have been aboard the ships.

In Tehran, dozens of angry students pelted the U.N. offices with stones and eggs in protest, burning Israeli flags and chanting, "death to Israel" and "down with U.S." Police blocked them from reaching the building. The president of Iran, a key supporter called the raid "an inhuman act."

Abdel-Rahman al-Attiya, the head of the Gulf Cooperation Council, a regional group, said "Israel is a renegade entity that violates international law" and said the attack should be considered "a war crime."

In Saudi Arabia, which has promoted a wider Arab-Israeli peace proposal calling for a land-for-peace swap, the Cabinet headed by King Abdullah called on the international community to hold Israel responsible for its "barbaric" policies.

But the strongest reaction came from Turkey, where Deputy Prime Minister Bulent Arinc said Turkey was canceling three joint military drills and calling on the U.N. Security Council to convene in an emergency session about Israel. Turkey is currently a member of the council.

He also said a Turkish youth soccer team currently in Israel would be brought home.

The raid also brought heightened attention to Israel's blockade of the Gaza Strip, imposed after the Palestinian militant group Hamas seized control of the tiny Mediterranean territory in 2007. The blockade — along with Israel's fierce offensive against Gaza in the winter of 2008-2009 to stop Hamas rocket fire on Israeli villages — has fueled anti-Israeli sentiment around the Arab world.

The Cairo-based Arab League called an emergency session for Tuesday to address the attack, as the two only Arab States with peace deals with Israel — Jordan and Egypt — sharply condemned the violence.

The incident also put Egypt in a tight position. The only Arab country bordering the Gaza Strip, it has helped enforce the blockade by cracking down on smuggling tunnels that are a key source of goods to Gaza's 1.5 million people and by rejecting pressure that it open its border crossing.

A group founded by Nelson Mandela that includes Nobel Peace Prize winner Desmond Tutu and former President Jimmy Carter said "the treatment of the people of Gaza is one of the world's greatest human rights violations and that the blockade is not only illegal, it is counterproductive."

In Beirut, about 500 Palestinian and Lebanese activists protested in front of the U.N. headquarters, setting Israeli flags on fire. " In neighboring Syria, more than 200 Syrian and Palestinian protesters staged a sit-in before the offices of the United Nations.*

*source : Yahoo : Israel boat raid sparks condemnations, protests, 31st May 2010



FYI, they were being attacked on INTERNATIONAL WATERS, again, INTERNATIONAL waters, so this attack totally a crime. Without any weapon, they were attacked from all sides,by navy ships, and from above by helicopter.
This has crossed Human Rights! It's so inhumane!

p/s : keep praying guys.
p/s/s : today is soooo ergh. fuh~
p/s/s/s : i need u to hold me now, tightly in your arms, and say, everything's gonna be fine... :(



Sunday, March 21, 2010

Updated Yang Takdelah Updated Mana Pun





dah lama gila tak update blog. ye la, seminggu ni,balik umah je dah tengah-tengah malam. settle itu ini. alhamdulillah last event, annual dinner GMMSC dah settle last friday. Oh ye, gambar-gambar akan diupload kemudian sebab tade bawak camera pun ari tu. tumpang-tumpang kamera orang. hehe.tapi, nah amek lah satu if nak tengok at last nye, pakai baju ape setelah meronta memekik merangkak mencarik baju. yang lain, later okeyh bebeh? :)

here's me with nurul at the right. yeah, she's taller actually but sebab kesiankan I so die turunkan sikit kakinya itu.ngahaha~ adeih2.. So, as you can see, finally, i'm wearing just this simple white lace dress with black thigh, boots, jacket and selendang with black clutch. simple je ^_^

omongan rawak randomized bla bla bla untuk hari ini :

1. AHHHH! Bila duit mara nak masuk?? dah nak habis bulan 3 dah ni. duit nak bayar itu ini amatlah diperlukannnnnnn! MARAAAAAAAAAAAA!!!!

2. we, the women, are just like that. we hardly to say what we want to say. coz sometimes we want you, the guys, to say it first.

3.
I don't care if you call and wake me up in the middle of the night just to talk. I love you and that's what matters :) -fiza azwaniz

4. GOSH! dah nak masuk case 5 and i'm still not finish revising case 3 and 4 nye lects! argh-banyak gila tertunggak! *cam comel sebut tertunggak. heee tertunggak tertunggak tertunggak.. :)

5. hari ni sangat mengidam nak makan NASI GORENG IKAN MASIN PATTAYA PEDAS and pekena teh tarik satu sekali. perghhh..bila dapat rasa makan benda ni ek?

6. nak tengok alice in wonderland yang 3D tu, but duit tadak..ahhh! no money no talk bebeh!

7. tak suke tak suke tak suke tak suke tembammmmmm!!!!! :'(

8. bilik dah ubah koordinasi perabot2 sume (macamlah ko ade perabot berlambak gedabak)..suke2! :)

9. talent show. i adore you rubu' firah. seyes, next talent show kite masuk ye azza? kite buat Ya Amm, Firah Kaman! haha. Sape nak join band kami? :D

10. sape ade gambar2 ku yang terselit dalam kamera mereka, tagkan kat facebook ek? memohon simpati neh..huhu

p/s : appreciate them before you realised that someday u lose them..
p/s/s : sejuk gila gila! arghh!
p/s/s/s : memekak plak kucing bawah ni..nak mengawan senyap2 la..
p/s/s/s/s : orang lain dah ade yang nak book ticket dah. me?


Tuesday, February 2, 2010

Nga Yawne Lu Oer


sejalur sinar bulan
di tepian ini
membongkar rasa yang diutus
satu ketika
oleh sang pemuda
antara bondongan manusia
dalam ratapan sayu si ibu
yang masih jelas didengar
ditebingan itu.

renungan malam itu
meluluh hatinya
segar kata-kata dari bibirnya
menghidup jiwa
masakan tidak?

di sebalik terang malam
bersama tenang air berlagu
dia punya rasa yang sama
tiada pernah surutnya ombak
malahan mengulir lembah jiwa hingga paling tubir
tiada lagi galau meneka
tiada lagi bingung bicara

bulan,
walau tak bisa berkata-kata
cerita, rasa manusia
sudah dia sampaikan cahayanya
pinta tiada pudar
malah kian bersinar

masih menari tanpa dusta
di tepian ini
hari ini, lebih dari semalam, dan kurang dari esoknya
moga ia melingkari sampai bila-bila
ditebingan ini, bunga dan kumbang bertemu
pada Ilahi, jodoh penuh harapan

sepertimana jodoh Sungai Nil dan Mesir, Adam dan Hawa
dari hati.dekat sekali.

p/s : tak sabar nak habis exam.

Sunday, December 27, 2009

Bila Saya Hanya Mampu Mengadu



saya rasa panas sangat
badan saya merah-merah sana-sini
ada rupa nak lebam-lebam jugak
kalau awak pegang saya
saya sakit sangat
rasa macam berdenyut-denyut je
kawan saya pulak sakit dah
penat kata dia
rasa macam lenguh-lenguh satu badan
sebab tadi tolong tuan saya
main volleyball
Sports Day Mansoura-Manchester Medical Programme 2009/10
dapat nombor 3
hebat kan?
......
3 daripada 3 teams yang bermain
HAHAHA
memang tak hebat.
*~*
yang penting still dapat hadiah. HAHA

tapi tuan saya cakap dia tak kesah menang kalah
sebab dia memang tak terel main
servis bola pun macam budak-budak
seb bek ada gak yang lepas
yang penting happy and freekan mind
yeah!
kami pun walaupun kami sakit gile now ni
tapi kami hepi
sebab dapat tolong tuan kami
and kami tau tujuan kami kat dunia ni bukan hanya untuk makan dan menaip menulis
tapi untuk bermain volleyball juga

sekarang pukul 9.24pm
cuaca SANGAT sejuk
asap kepul-kepul keluar mulut
tapi saya masih panas
dan masih merah
masih sakit
:(


p/s : saya adalah tangan, kawan saya adalah bahu

lagak seorang pemain dengan gaya siapa-berani-lawan-aku-ganyang-gila-sampai-melutut-tanak-men-dah
dan bola itu bukan bola volley
cuma hiasan semata-mata

p/s: bestnye kalau ade orang urut

Friday, December 25, 2009

100th Post - Orphan Day =)

WOW! This is my 100th post! ah-mezing. haha! tak sangka dah lama gak bergelumang dalam dunia belogsphere ini, ye? haha. tapi masih beginner lagi, tak macam orang lain dah professional. To you my belog, love you so much, sebab kau la aku ada tempat nak luah benda-benda dalam hati, sebab kau lah aku dapat kawan, sebab kau lah hidup aku lagi bermakna, sebab kau lah family and kawan aku kat malaysia tahu aku sihat sejahtera kat sini, sebab kau lah aku jumpa tet..haha! Jangan nak buat kontroversi pulak ek dalam 100th post ni. Start la tu korang fikir bukan-bukan. Ish2. What actually i want to say is point die sebab adanya belog ini bolehlah rewind balik memori masa dulu. Sometime kita takkan ingat apa yang jadi dalam hidup kita. So, my dearest belog ni la yang akan kembalikan all da memories. heee~

Ok. Sudah.

Tadi attend Orphan Day dengan Zati dan Wani after solat jumaat kat Masjid As-Siddiq belakang Baron, tepi sungai Nil. This event was held by Mansoura-Manchester Student Council. Anak-anak yatim dijemput datang and ada program/aktiviti dianjurkan dengan dorang bersama kami, student2 medic Malaysia, Egypt, and Saudi Arabia. Bukan senang tau nak anjurkan benda-benda camni. So, apelagi, kami pun serbu la dengan penuh semangat di dada. Kitaorang first yang sampai woh. Sila tepuk. HAHA. Semangat gell kan? HEHE

So, the event start pukul 1.30 - 4.00 pm. Girls and boys lain-lain. So, tadi main ngan perempuan je. Kami :

1. Taaruf
2. Main pecah belon
3. Main-main
4. Bagi cokelat and jajan kat mereka2 ni
5. Performance from mereka
6. Solat Asar bersama
7. Bagi hadiah (cincin, sepit rambut.. ala girly things la. haha)

Sekejap je, tapi sangat satisfying wa cakap lu. Hee~ Memang kalau nak tengok dari luaran, takkan nampak apa-apa selain PENAT dan LAPAR. Tapi, tengoklah dari dalaman, semua tu SANGAT BERBALOI bila...........

ANDA DAPAT HUGS AND KISSES FROM MEREKA! bayangkan, mereka tanpa parents, tanpa family, and diorang anggap anda yang baru kenal sejam yang lepas,sebagai family, apa perasaan anda? Kalau lah boleh I describe kan dengan kata-kata (cewahh~haha). But what I felt there is UNDESCRIBABLE. dan nasib bek mereka comel. HEHE.

So, let me tell something about 2 girls : Marwah and Anonymous :)

MARWAH

I sampai-sampai je kat masjid tu, terus main mata ngan Marwah as she sat in front of me. Unexpectedly and suddenly and tiba-tiba je, this green girl terus duduk atas riba I and peluk. I baru sampai 1 minit kot and dia dah manja-manja dah. I am a stranger but yet, I felt so close to her. Pelik kan? and yes, GOSH- she got a beautiful smile! Apa lagi, suruh Wani ambik gambar.HEHE. And lepas ambik gambar terus dia cakap, "Aizah mama" - translation BM : Nak mak saya. And die terus pergi kat penjaga dia tu. But then I terfikir, die anak yatim piatu, dia tau ke yang tu bukan mak die? Rasa bersyukur sebab ada emak yang I tau dia adalah emak I. And she taught me to appreciate those around me selagi masih ada waktu. Marwah, may Allah bless you :)


ANONYMOUS

Anonymous sebab I tak tahu nama dia. I tanya dia tapi dia tak nak cakap. This girl TERSANGATLAH susah nak diambil diangkat dipeluk dicium, sebab dia stick dengan penjaga dia. as boleh tengok kat gambar kat atas ni, dia pegang erat sangat kaki penjaga dia everywhere she goes. dahla macam kerek. HAHA. tak-tak. dia baik.

When I found her, she was alone, looking for her 'mom'. Dia asek cakap, "Feyn ummi? Feyn ummi?" translation BM : Mana mak saya? mana mak saya?. Dia macam nak nangis dah. So tak tahulah kenapa, I terus angkat dia and cakap, "Leyh? Mush khaf. Ummi heyna. Ummi heyna" translation BM : "Kenapa ni? Jangan takut. Mak kat sini. Mak kat sini". Cepat je ayat tu keluar. Maybe sebab niat yang membara nak amik gak budak kerek ni, so ayat tu keluar tiba-tiba. But ajaibnya, budak ni tak meragam bila di bawak. Elok je die I pegang and peluk dia. Siap ambik gambar lagi. dalam masa yang sama dia keep on saying, " Feyn ummi, feyn ummi?". Again terfikir lagi, budak sekecil ni dah kehilangan seseorang tempat dia bergantung, and Ummi yang dia kenal bukan ummi yang sebenar. Tapi still, penjaga mereka jaga dengan baikkk sangat. Tak ada mengeluh sepanjang program tadi, and dorang join sekali kot budak-budak tu. Murninya kerja mereka. Hmm. Itulah kerja dari hati yang ikhlas. Oh ye,last-last, si anonymous dah jumpa 'ummi' dia and terus melompat from I. HUHU.


So, sit back and tengoklah gambar-gambar sepanjang program Orphan Day ni tadi. 1001 things we had learnt and they really inspired me ^_^








And for the last pics ni, see through their eyes. Apa yang diorang tahu zaman ni hanya keseronokan, keceriaan, colourful. Tapi diaorang tak tahu apa yang menanti pada masa hadapan. Dapatke dorang lalui tanpa parents? Memang dorang ada penjaga, tapi anak orang tak sama dengan anak sendiri.

So, kene bersyukur sebab dari kecik kita ada mak ayah, yang sentiasa bimbing kita, sentiasa support kita. Marah-marah, tandanya mereka sayang.Mereka care pasal kita. Tegur-tegur semua tu adalah untuk kebaikan kita. Sebab mereka lebih awal makan garam. Mereka tahu fasa hidup kita sebab mereka pun pernah lalui gak dulu. Dan paling penting, kita dapat kasih sayang. Kasih sayang or english dia, LOVE, boleh ubah satu dunia. Yes, it can change the world - to be a better place. LOVE akan menyebabkan kita rasa wujud. LOVE menyebabkan kita rasa hidup. Betul kan? and kasih sayang from mak ayah kita jangan dipersiakan sebab itulah yang jadi pembakar diri kita, untuk jadi lebih baik, seterusnya balas balik segala jasa mereka walaupun kita tahu tak akan pernah terbalas semua tu.

And here are some videos to share.

A girl baca Surah Ar-Rahman (die hafal~)




They sang lagu "Ummi"




Err..a karate-show i guess? hehe~



Sekian. Tamat laporan saya untuk Orphan Day hari ini. HAHA

p/s : 3. Alhamdulillah.

Sunday, December 20, 2009

10 Songs in 1 Hour - Thanks Bang Yan =)

Bapak, emak dan adik-adik hari ini shopping barang-barang sekolah such as bags, buku, stoking, baju, bla bla. Al maklumlah sekolah nak bukak 2 minggu lagi. Zaman I for benda-benda tu dah berlalu. Macam dah lama, padahal baru 2 tahun kot tinggalkan zaman sekolah. Ceh.

Call bapak sekejap je sebab dorang tengah makan kat Singapore Chicken Rice. Ya, kedai itulah menjadi feberet family kami everytime kami keluar berjalan-jalan ke Kuching. HUHU. Sebabnya? Mudah sahaja. HEHE. Sebabnya, nasi ayam + air free = RM 4.90! Tak ke murah?? Dahlah nasi banyak, ayam banyak, sedap plak. Semua orang boleh bajet. HEHE

Then, after call and bapak hantar 2 gambar through MMS, call rumah pulak. Ada Bang Yan yang tengah menjaga Arisya. Ya perempuan-perempuan di luar sana. Adik lelaki saya ini memang calon suami paling sesuai. Dia boleh masak (nasi, megi, dan telur), dia boleh menjaga budak kecik (termasuk bancuh air), dia boleh diharapkan lah pendek kata. Sesiapa yang nak, sila isi borang dah jalani temuduga terbuka dengan Along dia dulu. Kepada Zan Zahidah Zainal, sila cepat ambik nombor sebelum habis. HAHA

Muka semua tengah syok menikmati makanan. Hee~ Along nak sikit!! dan baru perasan, semua pakai baju baru yang bapak beli from KL masa dia kat UKM 3 minggu hari tu. Huhu

Ok. Maybe bapak tak perasan gambar yang die hantar blur. Tapi yang penting sila fokuskan kepada Syahir yang berbaju merah. Kepala dia telah digondolkan kerana pandai-pandai berlagak jadi barber hari tu. Sila gelak kan dia. HAHA. *jahatnya Along..you look smart la! :). Cairrrrr Along. ngee~*


And hari ini melakar sejarah sebab call Bang Yan SAHAJA for 53 minutes and 56 seconds. Terima kasih kepada Low Rate Voip yang menyediakan perkhidmatan kredit EUR0.01/min. HUHU. Puas gila. And paling best, die mainkan gitar. Lagu-lagu tersebut ialah....

1. Kau Harus Ada -HUJAN
2. Hampir -HUJAN
3. Through My Window - Bunkface
4. Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda - Raihan dan HUJAN
5. Pagi Yang Gelap - HUJAN
6. Bila Aku Sudah Tiada - Hujan
7. Hiba - Hujan
8. Pergi - Aizat
9. Kotak Hati - HUJAN
10. dan beberapa lagu tak dapat dikenal pasti sebab bagi dia yang penting itulah lagu. :p

Ye, saya tahu. Memang banyak Hujan. Inilah kipas-susah-mati a.k.a die-hard-fan band indie HUJAN. Hoho. Jangan main-main. Semua dia hafal. And penutup 'conversation' kami, Eyan main gitar, and I nyanyi. Bahaha. Jangan gelak. Sedap woh. lalalala~ Okeyh. Tak la sedap macam korang-korang semua. Tapi yang penting masuk la kan. Kami mempersembahkan lagu Through My Window. (pakcik makcik bawah depan dan atas rumah, harap maaf. saya tak berniat merosakkan hari anda tadi ^_^)

Oh ye, sesiapa yang terer, tak terer sangat, tak tahu langsung, TAPI berminat nak masuk GMN Netball Tournament, sila kelik sini. Atau kontek sahaja cik adik manis kita Azza Farhah Junaidi 0119516215 atau Fatin Nadhirah Idrus -dentistry 1st year- 0119781628. Tidak dilupakan, HANYA UNTUK PEREMPUAN. Lelaki, shuh-shuh. Jangan berani. ngee~


p/s : kenyang dan happy sebab makan nasi ayam rumah Kak Da. Mereka buat open house tadi. Hee~ *makan nombor satu ye cik auni?*