Monday, November 21, 2011

Kuih Keria and Riots?


Hai awak!!!!!!!!!!! (Ha ha. Banyaklah pulak tanda seru....)

Hari ini, masa on the way balik dari kelas, ada satu BBM masuk, berbunyi begini, eh, takdelah BBM tu berbunyi macam bercakap, kiranya BBM tu ayat dia macam ni lah,

" Teringin lah nak makan keria "

So, since memang on the way balik rumah, lalu kat kedai sayuran sambil Google resepi keria, terus beli 500 gram sweet potato. Bahan bahan yang lain tu memang dah ada kat rumah.

Balik, usha Masterchef Malaysia jap (ambik semangat seorang chef kunun kununnya padahal nak usha chef zaishahrizal yang orang cakap handsome tu) pastu, rebus ubi. Sambil sambil rebus, bertukang jap buat penyangkut tuala kat belakang pintu. Habis je bertukang, TING! Ubi dah empukkk. (part TING! tu tipu je. mana ada bila ubi masak berbunyi kan? Pfft)

So bermulalah operasi buat kuih keria. Penuh kepasrahan ni, sebab first time kot nak buat keria. Penah pun before this, tu memang lagi pasrah. Last last tak jadi pun. Hahaha. so, here marilah Chef Auni mempersembahkann...

Terharu pulak bila kuih keria menjadi. HAHA! Sebab ni adalah first try, so buat dalam 10 keping je. Ni dah makan 2, 8 lagi bagilah kat orang yang mintak tuh. Makan 2 ni pun dah kenyang. Sebab the sweet potato inside really makes me full. Burp.

Oh ye, and not to forget, here is the penyangkut tuala aku-buat-sendiri-ketuk-ketuk-semua-tu-okay ! ;)

Amacam? Duk negara orang ni, selain daripada menjadi seorang pelajar, anda juga dilatih untuk menjadi seorang tukang kayu, tukang besi, tukang masak, tukang paip, tukang cleaner, dan segala bagai tukang! Haha. Benda macam ni tak pernah kot terlintas nak buat. Sila beri tepukan gemuruh kepada towel saya kerana sudi menjadi model. Kaler OREN tuuuu! hewhewhew.

Oh Riots. Ha, memanglah ade kawan kawan yang masuk paper cakap Mansoura ni sekarang dah ada kereta kebal berkeliaran. Maybe betul, maybe tak. Sebab dengan mata sendiri ni, tak nampak lagi kereta kebal berkeliaran. And demonstrasi tak pernah pulak nampak. Maybe ada demo, tapi tak de lah teruk. But, whatever it is, hopefully benda yang happened in January lepas takkan berulang lagi. Malas dah oi nak evacuate lah bagai. Taknak lah nak risaukan family mak bapak kat Malaysia. Everything's okay here in Mansoura so far.

Ape-ape pun, doakanlah Mesir takkan bergoyah lagi.


p/s : 2 evil pimples mengeruhkan keadaan hari ni! Eeeee
p/s/s : Sejukkkkkkkk

No comments: