seingat saya, sejak saya telah belajar mengenal apa itu televisyen dan apa itu pengumuman, saya memang kenal bebenor pakcik penyimpan mohor raja-raja melayu itu. setiap tahun, memang kehadiran dia paling ditunggu, selepas yang paling-paling ditunggu - hari raya. macam yang dah dijangkakan oleh saya yang takde teleskop, raya jatuh pada hari jumaat ini, 10 September 2010, 100910. haa.
tahun ini, saya dan keluarga saya yang berahlikan 11 orang semuanya, sambut raya kat rumah makcik kami, yakni kakak tersayang emak saye kat Miri. Saje nak merapatkan yang jauh, memesrakan yang dekat. ecewah. Plan sebenar-benarnya taun ni, kitorang akan sambut raya dengan roadtrip ke Sabah, tapi atas sebab musabab yang tak boleh dielakkan, so, terpaksa postpone ke tahun depan maybe laa. Jadi tahun ni, go on je ngan raya kat Miri, but without the trip to Sabah.
Maafle, belog ini memang buhsan. tade gambar. haha. So, di kesempatan ini, saye nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H! Salam penuh kemaafan, zahir dan batin. salah silap tutur kata dan tingkah laku, harap diampunkan dengan sepuluh jari yang tersusun indah ni bak buluh runcing. pergh. ahaha. Jangan nakal-nakal tau raya ni. Jangan main mercun ye adik-adik? Nak main ajak Kak Auni sekali. tett!
Selamat Hari Raya!
aunishbini
p/s: in miri.
No comments:
Post a Comment