((ini post ditaip pada 12.35am))
Semalam tidur pukul 2am. Masak-masak untuk Kak Azimah a.k.a nama fofularnya Kak Azie, bersama-sama my HAWT housemates, Cik Aina, Wani dan Zati. fuhh! Macam orang buat kenduri je dapur kitorang semalam. Macam dah besar! *pasrah diri ini dah besar..isk3*
Bangun pagi tadi, Wani kejutkan. 6am! tidur 4 jam je la kan. Adeih2. Sebab nak pegi sembahyang raya kat rumah Kak Una, bersama-sama Cik Kelly, Fatin, Aida, Rai, dan Atie. After tu, sambung masak sikit, then terus ke Dirasat sebelum Zuhur. Sambut raya pertama kat rumah Kak Azie!!! yay2! Best! *dan semestinya bergambar itu melebihi yang lain bagi kami*
Dari pukul 11am sampai 7pm, kami pergi beraya kat rumah orang. Dari yang bujang, samapilah yang dah berkahwin. Pergh! Banyak gila makan. Rezeki tak boleh tolak. *bajet*. Sangat membuncitkan perut sehingga time mengantuk pun semangat nak makan laksa. bahaha!
So, let's the picture tell the rest! ^_^
Kami (dari kiri) Wani, Auni, Zati dan Aina, pelajar tahun 2 Semester 3 Mansoura Manchester Medical Programme, Universiti Mansoura Egypt, dengan ini mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada keluarga kami di Malaysia, pihak MARA, cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami, sahabat handai yang melapah daging ataupun yang sedang berbaring-baring depan tv, pakcik gembala lembu kerbau, penyembelih2 dihormati dan seluruh warga alam semesta yang mengenali diri kami. *yang tak kenal, sila kenal dulu, baru dapat ucapan dari kami..hehe*
2 comments:
hapy eid yeh.sian wani, gamba stgh je...haha
tu je gmba xformal kte ber4.haha. tape. yg pntg mulut awk cntik..sexay~ bahaha =)
Post a Comment