Thursday, November 19, 2009

Nasi Ayam? Anda Boleh Lakukan!!


"IF U DON'T FOUND WHAT YOU LOVE, LOVE WHAT YOU FOUND"

best kan ayat ni? ni tutor I la yang cakap. *tepuk-tepuk! tepuk amai-amai pun tape*. Dalam banyak-banyak ayat yang bertempiaran from mulut dia, ni je yang I dapat tangkap sepanjang 1 jam 30minit penuh kerutan di dahi. bahaha. time tu sume orang tengah pilih objektif mana yang kena buat. awal-awal lagi I dah pilih 'EPIDEMIOLOGY OF RHEUMATIC FEVER". penuh kesaintifikan kan bunyi tajuk ni? well, I memang saintis burjaya. haha~ *padahal ini yang paling senang. blah la kau auni!*

but seriously, memang kena kan maksud dia? kalau tak jumpa apa yang kita suka, suka apa yang kita jumpa. ni kiranya macam konsep redha la ni kan. hebat sapa yang buat ayat ni. ngehehe~

makanya, kalau diaplikasikan dalam today's event, I boleh la relatedkan dengan apa yang I masak hari ini. I tak jumpa chicken chop, I masak je chicken rice. *gemuk gila kau makan banyak everyday*

mana taknya, asyik makannnnnn je status kat fb, twitter dan post-post sebelum ini.yang tomyam dan lontong. adeih2..

oleh kerana ada yang meminta resipi nasi-ayam-ini-untuk-kengkawan-rapat-yang-malu-nak-komen-ketidaksedapannya, NAH! amek ni. Ni untuk sajian 2 orang sahaja. If nak ajak ketua kampung ke, rakan satu bas anda ke, atau kucing-kucing anda, sila pepandai bajet ikut kefleksibelan duit dalam wallet anda kerana anda memerlukan lebih banyak bahan.

Sediakan 4 bawang merah dan 2 bawang putih, cili ikut tahap daya ketahanan anda, halia, serai, sup bunjut, kentang dah dipotong dadu tapi segi tiga boleh jugak atau tak nak potong pun tape, rempah ratus ribu billion seperti cengkih, bunga lawang (jika anda tidak tahu, pergi je TESCO, then cakap,cik, mane rempah tumis? nanti dia tunjuk la. takpun lagi senang, anda google je. bahaha)

dah ade semua?

bagus-bagus. oh ye. AYAM perlu ade. kalau tak, takkan la namanya nasi ayam kan? boleh jadi nasi ikan emas, nasi daging kucing *jangan! kucing comel* oh ye. kita hanya memerlukan 2 ketul. beras ikut la perut anda lah besar mana. dan pastikan rumah anda tak dipotong airnya kerana kerja-kerja memasak nasi-ayam-ini-untuk-kengkawan-rapat-yang-malu-nak-komen-ketidaksedapannya memerlukan air. ya, air. belum bayar bil air? bayarlah. bayarlah bil air rumah kami sekali. time kashey

baik. sekarang kita start.
*jap. penulis rasa lapar. amek chips yang tak habis dimakan semalam.pergh. masih rangup dan crispy lagi.tiada kompromi.rahsianya? kepitkan dengan penyepit baju. gagagaga~*


ok.iklan penaja sudah berakhir ya? jom start masak!

oh ya sebelum itu perlu la diingatkan kepada anda semua bahawa saya tak pandai masak. saya hanya mampu mencampak makanan ke dalam kuali. jangan cuba resepi ini kecuali anda memang tabah penuh keberanian mengambil risiko. =)


PART 1 : Masak Sup

okai. blendkan bawang2, halia dan serai itu sampai lumat. pastu bahagi dua. satu untuk sup, satu lagi nasi. then, tumiskan bahan2 yang dah dibahagi ni sekali dengan rempah tumis sampai bau yang nyaman dapat didetect kat hidung anda. sudah? baik-baik. masukkan air banyak mana korang nak tapi jangan sampai banjir dapur anda. cukuplah setakat boleh dimuatkan dalam 2 mangkuk. then, masukkan ayam dan sup bunjut.dah macam dah nak masak, masukkan lah ajinomoto dan garam secukup rasa, ya? dah masak. angkat ayam tu. tuskan. untuk apa? bukan! bukan! bukan untuk letak balik kat reban. jap lagi saya akan terangkan ye? sabar-sabar, jangan gelabah.

PART 2 : Masak Nasi
Err..ni versi masak guna electric rice cooker. untuk manual..er..pepandai la anda meng'alter' camna ye? ok. ingat tak ade bahan yang anda dah blend yang saya dah beritahu awal-awal bahagi dua tu. haa...apa lagi, tumiskan bahan-bahan itu dengan rempah tumis. macam
biasa,bila dah naik bau, sila masukkan beras yang sudah dibasuh berkali-kali. haa, ni lah rahsia dia. ambik sup yang dah masak tadi, masukkan lam segelas ke dalam beras tu sekali. then, baru tambah air. macam korang masak nasi biasa.dan, tekan suis COOK, biarkan sehingga api merah tu beralih tempat ke WARM. biar je. takyah nak mengada-ngada 'eh, cantiklah nasi ni'. oh lupe! sebelum tutup rice cooker tu, masukkan sikit serbuk kunyit, bagi kaler kuning. if nak buat cobaan terberani anda, guna kaler ungu, hijau, atau hitam pun boleh.

PART 3 : Ayam Sedap
haa..ni la die. ambik ayam yang dah tus tadi tu, gaulkan dengan kicap dan madu (
gula pun boleh, nak rasa mint sikit, guna lah gula-gula hacks..bahahaha). dah gaul rata, goreng sampai kaler dia macam ayam yang anda selalu nampak kat cafe kantin sekolah adik anda masa hari kantin sekolah)

PART 4 : Kicap Kaw2

Ok. amek bawang putih dan cili terpedas yang ada dalam stok anda. dah ambik da? takpun, ambik je cili yang mak anda tanam.lagi penuh kaf.ba.ro.kaf.alif.ta.nun. ye. keberkatan. haha. tumbuk sampai lumat. tambah kicap dan alter rasa dengan gula =) tambah sos sikit pun boleh. jangan banyak sangat!

PART 5 : Hias-hias

potong timun dan tomato (tambah salad pun boleh). hias ikut sesuka hati anda asalkan anda bahagia ^_^

PART 6 : Apa lagi? Baca bismillah dan....MAKAN!



ni la hasil yang I masak. ye, memang tak sedap. biasa je. korang konpem lagi sedap 10000000000000000000 X dari yang ni. tapi I makan je sebab I pektiskan apa yang tutor I cakap, if u dont found what u love, love what u found. tabik beb! ^_^

--sila abaikan penggunaan kata ganti diri yang irregularly irregular.haha--
--ye, saye tau. ini ayat plagiarism form today's case.huahua--

p/s: TAHNIAH kepada adik saye yang terchayang, Ainaa Alwani yang dapat 4A 1B dalam UPSR nya. Takpe. Jangan sedih. insyaAllah rezeki adik kat tempat lain..^_^ Along sentiasa support adik anywhere anytime. yeay2! =)

5 comments:

ainasham said...

ape kau? i?? i?? i makan? i?? hahaha sejak ble kau cmni..haha ni mst kes a*a* ahahha aku xtau ejek. pjg gile cte ko..kui2 tenks 4 that recipe. haha akn ku suh sham bace je kat sini. hahaha

aunishbini said...

ni bab mengada namanya. haha. ey, before this i use I jugak ek? awk yg x perasan! ^_^

shakey said...

hahaha...wow...aunie memask??
thas's amazing...
baru well rounded...
sedap x sedap tu len kes kan??
gurt job2... :)

Azza J said...

sodap npk tu kak..
kalah omellete kak ros..
hahaha..;p

aunishbini said...

shakey,
igt awk sorg je ley masak?
haha!

azza,
haha. NAMPAK sedap..bahaha
nk try masak omellete smpi skang tak masak2 lagi. hehe~