Tuesday, November 24, 2009

Lelaki? Perempuan? Kenduri Kahwin?



Sambil tengah masak-masak sambal belacan tadi, teringat kat belog yang Aina suruh tengok tadi. blog bf dia dan housemates dia lah. ngahaha~ Ada satu post yang bf aina a.k.a sham tunjuk housemates dia dan dia sekali, masak nasi goreng. nasi goreng sangat banyaaaakkk! simple je tengok diorang buat. Tu lelaki. Kalau perempuan, nasi goreng mula lah nak tambah sayur-sayuran, udang, sosej, bla..bla..bla.. Kalau boleh, satu kebun sayur nak masukkan. bahaha. *auni, kau perempuan ok?*

Perempuan
memang ditakdirkan terperinci dan kompleks. Cuba anda-anda tengok, kalau kat rumah, siapa yang perasan garam habis, bawang dah tade, minyak masak seconet *macam sedap je seconet*, langsir dah berhabuk, gambar dalam frame dah pudar, kucing tak bagi makan lagi, syampu dah sikit. Siapa? Ayah atau emak anda? Haa..mestilah emak anda kan. Takpun kakak. Tapi yang penting perempuan la.

Lelaki pulak lebih kepada tanggungjawab. Tade masa nak layan benda-benda remeh. Pasal duit, belanja bulanan, bil air itu ini, lelaki lebih peka. Sebab tu la lelaki dan perempuan saling memerlukan. Saling mengimbangi satu sama lain. Macam malam siang. Macam matahari bulan. *cewahhh..sudah keluar ayat jiwang*

Sangat banyak perbezaan lelaki dan perempuan. Kalau nak di listkan, memang kalah buku paling tebal di dunia pun. Tapi, tetibe terpikir something. JOM CEKIDAUT! ^_^

Situasi : Kenduri Kahwin

*gambar kahwin my cousin, abang man last october =)*

Lelaki (Status : Bujang)
1. Mandi
2. Pakai Baju, dan terus siap-siap
3. Ambik kunci motor/kereta dan rumah
4. Start enjin terus pergi
5. Sampai kenduri, gi makan
6. Lepas makan, relaks kejap, tak pun hisap rokok (amaran! merokok membahayakan kesihatan!)
7. Salam pengantin
8. Balik rumah
9. Sampai rumah (selamat bajet for makan tengahari)

Perempuan (Status : Bujang)
1. Mandi
2. Keringkan rambut
3. Bukak almari, banyak sangat baju, fikir " Ish, tade baju la nak pakai"
4. Keluarkan semua baju dalam almari, letak atas katil
5. Pilih mana yang nak dipakai
6. Short list kan baju yang mahu dipakai
7. Ambik baju kebaya
8. Letak balik
9. Ambik baju kurung
10. Letak balik
11. Garu kepala, pertimbangkan lagi yang mana nak dipakai
12. Hati dah terpaut kat baju kurung, sah-sah lah baju kurung
13. Pilih tudung. Tade colour yang masuk, cilok tudung emak/kakak/adik/nenek
14. Ambik iron, on kan.
15. Nyanyi lagu sementara tunggu iron panas
16. "Kring-kring!" Handphone bunyi.
17. Angkat handphone, "Eh, korang dah kat mane? Kejap2! Aku tak siap lagi ni"
18. Cepat-cepat iron baju dan tudung
19. Hon kedengaran. Geng-geng dah sampai. Start kalut-malut
20. Call member-member, " Wey, jap..jap. 5 minit. Korang tunggu dalam kereta"
21. Pakai baju, pakai tudung (or dandan rambut)
22. Ambil handbang, make up
23. Masuk dalam kereta
24. Mula bertekak dengan member-member "Asal lambat sangat?". "Aku bla..bla.."
25. Keluarkan cermin
26. Keluarkan make up
27. Mekap situ mekap sini
28. Sampai simpang je
29. Patah balik, iron lupe nak off.
28. Sampai rumah
29. Member tumpang pinjam toilet
30. Dah settle, masuk kereta balik
31. Sampai plaza tol
32. Jalan jam
33. Mula merungut, mekap dah cair
34. Kuatkan aircond
35. Sembang bab-bab perkahwinan
36. Dah nak sampai, check2 tudung elok tak.
37. Sampai kat rumah orang kahwin
38. Salam dengan tuan rumah
39. Pegi makan
40. Ambik ayam sikit
41. Ambik lauk sikit
42. Mula cerita kat member, "Diet"
43. Ambik lauk lagi sikit
44. Ambik buah sikit
45. Makan
46. Habis makan
47. Borak kosong dengan member
48. Mata usha perempuan lain
49. Mula bandingkan baju sapa lagi cantik walabom
50. Tunggu pengantin
51. Pengantin sampai
52. Cepat-cepat pergi tangkap gambar. Snap sana, snap sini
53. Tunggu pengantin bersanding.
54. Pengantin abis bersanding
55. Cepat-cepat naik pelamin, nak tangkap gambar
56. Mula berangan "Nanti aku nak pelamin macam Erra Fazira laa..."
57. Member marah, suruh turun, dia pulak gi amek gambar
58. Member tangkap gambar pulak
59. Masuk bilik pengantin
60. Mula cakap, "Wah! Cantiknyaaa~"
61. Duduk atas katil pengantin
62. Tangkap gambar lagi
63. Mula berangan LAGI
64. Tengok hadiah sekeliling
65. Tarik pengantin, ajak ambil gambar sekali
66. Dah tangkap gambar
67. Gesel pipi ngan pengantin perempuan
68. Tunggu pengantin bagi cenderahati
69. Dapat cenderahati
70. Mintak bunga telur
71. Dapat bunga telur
72. Bagi hadiah kat pengantin
73. Salam ngan pengantin, ajak member balik
74. Masuk dalam kereta
75. Mengumpat dalam kereta, "Lauk tadi macam tak sedap sangat kan, pengantin mekap tebal, pelamin macam serabut sikit.."
76. Gelak-gelak
77. Mula berangan balik. Nak buat perkahwinan besar-besaran!
78. Sampai rumah!

So, itulah tadi KEBIASAANNYA bagi lelaki dan perempuan. bahaha~ ok. Auni er...mostly macam tu la jugak. bahaha *gelak tutup muka*. tapi part mekap-mekap tak ek? tak pandai. seriously! even ape tu..yang garis-garis kat mata tu..hah! eyeliner! ingat lagi masa syira try pakaikan, rasa macam nak mengalir air mata.adeih2.*tak caya, tanya lah kat housemate*

p/s: good luck paper addmath esok, bang yan! SPM Straight As milik kamu! =)

4 comments:

aina alia bt rahim said...

woi! list pompan punye la panjangg!! haha bab makan mmg ko pandai nak panjangkan ek, amek daging la tu la inilah,. haha laki punye ko ckp makan je, pastu blah. padahl same je *eyt, bckup laki duh aku. haha mungkin aku laki?oh x! dah mention kat atas,"bf aina" ek :DD

ps: gudluck abang!ngn hanie adek aku gak! wey doakan diorg stret A1 duh, not only A's..:)

aina alia bt rahim said...

smbungan! xnk diorg jd cm aku y xdpt stret A1 ni, last2 tercmpak kat egypt! sob3 ;(

Chenta said...

tahnye, list perempuan panjang gileeeer! hahaha.

aunishbini said...

aina,
AMIN, straight A1..haha.bab makan memang la. ngagaga~ kate kegemaran. bahaha~

ecah,
hehe, macam la tak buat. alalala~ ^_-