Monday, July 11, 2011

Skype Session With Mak and Bapak ♥

Ohoi. Baru habis skype dengan bapak and mak! :) Actually tension sikit hari ini, maklumlah, paper MCQ semalam quite tough. Ok, let by gone, by gone. Dah buat sehabis baik, tawakal pada Allah insyaAllah.

Berbalik pada cerita skype, mula mula macam biasalah tanya khabar, bla bla bla. Pastu cerita pasal exam semalam, exam lepas ni bila, balik bila (ya, saya belum tahu tarikh confirm balik bila, sebab bapak kata takyah rushing sangat pun) So, nak balik lambat pun tak apa.

Pastu, bapak suruh tunjuk rumah, guna webcam lah. Ape lagi, bawaklah laptop ni pusing pusing rumah. Haha. Bila mak tengok je ada balkoni, terus mak cakap;

"bilik along ada balkoni ke?"
"Haaa...mestilahhh. menghadap laut, pastu ada ombak angin sepoi sepoi bahasa pulak tu"
"wahh. eh eh ye ke? bukan menghadap pasir pasir batu semua tu ke?"
"HAHAHA makk! Dapat pulak kan menghadap laut. Menghadap rumah arab, jalan, pasir debu je lahh. Hehehe"

Pastu bawak usha usha ruang tamu, pastu mak ngan bapak cakap, asal tak ada TV? Errr... sebab macam tak perlu, tapi tape, maybe boleh mintak dengan mama nanti sebab kitorang tak ambik fridge and washing machine. Hehe. Tunjuk dapur, bilik mandi, restoran GMN (sebab dekat ngan umah je).

Pastu emak terus ke main point dia;

"Along, mak nak jubah tau. 2 ke 3 ke.. hehe"
" Haha, tapi mak masuk duit lah. Duit along cam tak cukup sebab harga tiket mahal. wuwuwu"
"Okay, nanti mak suruh bapak. And nak kurma sekali ye?"

Haaa. tu baru mak. Tak termasuk pesanan adik beradik semua lagi tu. Hahaha. Bahang balik Malaysia makin terasa lahhh!! Cepatlah habis exam lulus cemerlang! Aminn :)

Pastu, masa nak habis tadi, bapak plak main effects video webcam, tukar muka jadi alien lah, jadi kucing lah, jadi anjing lah. Haha. Pastu guna effect dalam kapal alien lah. HAHA. Pastu cakap;

"Kena pandu elok elok ni. Dalam kapal. Wuuuu"

HAHA! Bapak! That's cute. LOL.

I'm so blessed having you as bapak and emak. Simply, the greatest parents in the whole wide world! Hilang stress study semua, makin nak semangat study, sebab nak balik Malaysia cepat cepat :)



Ni ha gambar yang sempat diambik. Sebab line internet kat sana tak okay sangat, gambar blur, tapi this is just nice. Doakan Along exam esok, and last paper Khamis ni okay? I love you! :)

p/s : doakan kami semua lulus exam ini! Amin!
p/s/s : Paper esok, 1.30-4pm GMT +2, Essay Question


No comments: