Tuesday, July 5, 2011

Marah.



Pernah tak kau berada pada satu titik dalam hidup kau, kau rasa kau benar benar tak kenal siapa diri kau? Kau ingat kau benar benar telah dapat mendefinisikan diri kau, tapi rupanya tidak?

Baru tadi, aku marah bagai orang gila. Baling barang itu, baling barang ini, hempas botol air, sampai hati aku puas. Aku hempas diri aku ke katil, aku baling segala yang ada. Aku menangis, tapi tidak keluar air mata. Hanya rasa kosong yang aku rasa.

Seminit kemudian, aku bangun, aku lihat diri aku di cermin. seminit dua aku terpaku melihat diri aku. Aku melihat seorang perempuan yang langsung aku tak kenali. Siapa engkau? Aku tak pernah tahu engkau siapa. Apa kau buat di sini? Terus, aku tarik nafas dalam dalam. Aku pejamkan mata. Aku lihat dalam diri aku. Tidak, ini bukan aku. Ini hasutan syaitan yang dilaknat oleh-Nya!

Aku tak pernah marah sebegini. Aku tak pernah mengamuk sebegini! Aku tak pernah baling baling barang sebegini. Aku tak pernah hempas hempas barang sebegini. TAK, DEMI ALLAH TIDAK PERNAH. Aku dalam masa seminit dua itu, berzikir nama Allah, ayat Kursi aku alunkan pada diri sendiri. Aku temui semula diri ini.

Aku kutip semula buku buku, headphone, botol air, aku letakkan di tempatnya kembali. Bantal bantal dan teddy bear di atas katil, aku susun semula. Aku duduk sebentar. Masih satu pertanyaan aku belum temui jawapan, kenapa aku sebegitu?

Terus, kaki dilangkah ke bilik air, wudu' diambil. Masih rasa kosong. Aku keliru. Ku capai telekung dan sejadah, ku capai jua Al-Quran. Aku selak satu persatu helaian Al Quran, Surah Al-Mulk menjadi pilihan.

Bismillahirrahmanirrahim. Pada ayat yang belas belas (aku kurang pasti), air mata aku mengalir tanpa sedar. Aku teruskan jua pembacaanku, namun aku makin menangis tanpa henti, malahan makin kuat esakannya. Nyata, aku sedih. Aku bukan sedih kerana apa, tetapi aku sedih kerana aku hilang siapa diri aku. Aku lupa pada-Nya sebenarnya. Aku lupa. Sepanjang pembacaan itu, aku membaca sambil teresak esak, mengadu pada DIA tanpa bicara, tapi dalam hati tak putus dari bicara, yang aku yakin aku tak bisa rungkai dengan kata kata.

Aku lupa pada diri aku. Aku lupa pada diri aku. Aku lupa siapa diri aku. Aku patah tonggak diri aku. Namun, usai sahaja Al-Mulk, aku berasa tenang. Tenang yang setenangnya...

Marah. Marah itu racun yang bisa menghancurkan hati dan diri. Marah itu titik hitam dalam diri kita. Marah itu boleh melenyapkan siapa kita. Ingatlah pada-Nya ketika marah. Itu nasihat aku pada diri aku. Ampunkan aku Ya Allah, kerana alpa pada-Mu. Ampunkan aku.


p/s: ...

4 comments:

Dhiya Fariza said...

auni be strong :)

aunishbini said...

thankssss dhiya! :)

Azza J said...

i know you need this.. *hugs*

aunishbini said...

Awww thanks. Dont worry, i'm okay dah now :) *hugs back*