Wednesday, July 6, 2011

Happy 19th Birthday Eyan Muazrin!

Dear my beloved little (?) brother, Eyan Muazrin bin Shbini;

*ini gambar masa sambut birthday dia petang tadi. oh and btw, inilah semua adik adik saya ;) *

Okay. Along baru nak start belajar, then teringat today is your birthday, so i should write a post for you, shouldn't i? Hehe. So, buku letak tepi dulu ek. Hehe. Okay. Jum, lets get start with...

Once upon a time...somewhere 19 years ago, on the same date as today, 6th of July. A baby boy was born! Hehe. Along ingat lagi muka abang gila gila comel gila gilaaaaa! Pipi tembam bak kata orang sarawak pipi boyot! hehe. Muke putih, comell (dululah, sekarang...err...HAHA!). Along happy sangat bila dapat adik baru. Sebab boleh teman main. Muahaha!

*inilah budak ni masa umoq dia 2 tahun kottt, comel kan? (masa kecik lah.lalala)*

Ingat tak kita sama sama jual aiskrim kat depan dewan makan sekolah bapak time puasa? Semua orang suka beli kat kita, sebab kita comel. HAHA! TET! okay, bukan apa, sebab kitalah satu satunya orang yang jual aiskrim kat sekolah tu. -____-"

Masa along dah pandai bawak basikal emak, petang petang, along selalu ajak round round sekolah ( untuk pengetahuan semua, kitorang masa tu duduk rumah kuarters, sebab ayah cikgu + warden kat sekolah tu). And bessstttt sangat bila dapat jalan2, alonglah yang kayuh, abang dok belakang je. And one day,kita jatuh longkang! Errkkk...nasib baik tade ape ape teruk yang happen. HOHO

*yang paling comel tu saya. yang kedua comel tu Eyan. HAHA!*

Kalau masa kita pergi or balik tabika, bila lalu je depan rumah "Nek Tani", tukang kebun sekolah tu, abang selalu menyorok belakang pokok. Sebab takut tukang kebun tu tangkap abang masuk dalam tin yang die kumpul tepi rumah tu. HAHAHA! Untuk pengetahuan abang jugak, along reka reka je cerita tu, saje nak bagi abang takut, biar along nampak macam superwoman selamatkan abang. MUAHAHA!

And lagi satu, ingat tak kejadian garaj "terbakar" sebab kita main api kat belakang tu? -___-" peristiwa pahit kot. Terbakar ha kereta cikgu tu kita buat. Nakal kan kitorang? HAHA. Penat mak ayah bayar balik semua. Ish ish ishhh.

Sedar tak sedar, abang dah umur 19 tahun hari ini. Tak sangka cepat je masa berlalu kan? Abang pun dah nak masuk umur 20 pasni, pastu kahwin pastu ada anak, pastu kita ada keluarga masing masing. Ahhh rindu zaman kanak kanak :)

Zaman remaja sekarang, lain plak cerita. Tapi kita masih rapat, macam kocik kocik dulu, cuma kali ni beza sikit. Abang selalu share pasal kisah aweks aweks, hehehehe. Mintak pendapat itu ini. Maklumlah, dah bosar katekaannn. Kalau tak bercerita pasal aweks aweks, masuk je bilik terus gi depan kipas, bawak gitar,nyanyi. Apekebendentahlahhhhhhh. LOLOLOL!

Ape ape pun, along doakan yang terbaik untuk abang. Moga berjaya dunia akhirat, jadilah adik, abang, dan anak yang baik. Hormat mak ayah sentiasa, jangan derhaka. Ingat Allah selalu, sembahyang jangan lupa. Jaga adik adik kat rumah, be there when they need you. Along jauh, so I give this responsibility to you. Guna masa yang ada dengan sebaiknya, masa remaja ni lah paling produktif. Nanti ada duit, belanjalah alongmu yang tersayang ni ha. HAHA! And untuk masuk universiti nanti, fikir betul betul abang paling minat apa. Pilih betul betul nak ambik jurusan apa. Okay? You got talent in drawing, so do find something related to that. Perhaps, architecture or art perhaps.

Ok lah, Along nak sambung belajar ni. Exam lagi 3 hari, banyak lagi tak baca! Abang doakan untuk along okayyy? LOVE YOU :)

Salam perantauan; Along :)



p/s : Bang, i love your burger sedap the most! seriously!

No comments: