Saturday, October 24, 2009

perkara yang patut anda tahu tentang BAPAK saye - here's for you, pak! =)

petang tadi call family. cakap ngan ayah
"pak, batukla.maybe sebab winter kot"
"ha, tu la.makan lagi ice-cream"
"owh, baca belog along ek?"
"e'eh tadela"
"haha.tipu"
"la, kat skype tu kan ade link belog along, bapak baca la"

so, now i know. you read this blog ^_^
here's for you. the whole post =)

Tak semua daripada kita bernasib baik; mempunyai seorang lelaki yang dipanggil AYAH/BAPA/ DADDY/PAPA/WALID. Atas kenyataan itu, i am soooo grateful i have one. but, then, i feel moreeeee grateful sebab my dad isn't just a dad. he just simply.....SUPERB! ^_^ kenapa?

...sebab die tegas!
sejak kecil dah biasa dengan suara bapak yang garang.sumpah tak tipu! dalam keluarga kitorang, kezen2 pon kecut perut kalau bapak marah. rumah kitorang memang ade peraturan. antaranye, tak boleh bukak tv unless got the permission, must sleep at 9pm, tidur siang at least 1 hour, and the list goes on and on. ok, admit, auni memang nakal masa kecik (jangan gelak, korang pon same jee! ^_^) bila disuruh tidur siang, ok, auni masuk bilik.tutup muka ngan bantal. daydreaming la...bukan tidur pun. bila adik adik report "pak, along tak tidur siang" zus!!!! tangan kena pukul dengan rotan tali pinggang atau dapat 'hadiah', cubitan berbisa!! adeih~ terus tidur dengan linangan air mata. hahahaha! tapi, ketegasan itu mengajar auni hidup penuh disiplin diri dan respect myself.

...sebab die lembut hati.
susah tak korang nak tengok ayah korang menangis? susah kan? ramai lelaki yang terlalu ego dengan diri sendiri. tapi, ayah auni tak. kalau auni dah nak fly, auni paling tak tahan kalau tengok mata bapak. sebab? tak perlu dia menangis teresak-esak. mengeluarkan air mata and so on. perasaan dia terpancar terus dari mata dia. mata dia bergenang. tak perlu tunggu next second, auni dah nangis.teringat masa SPM, nak mintak maaf ampunkan dosa, halalkan makan minum, walaupun dia tak cakap dia nangis, auni tau dia nangis, and the second i know he is, i cry a river =) tu mengajar auni untuk jujur dan ikhlas dalam apa-apapun yang auni buat.sebab orang tahu masa bila kita jujur@ikhlas. ye tak? ^_^

...sebab die penyayang.
bila adik-adik menangis, dia cuba pujuk. bila kitorang nak sesuatu, dia cuba fulfillkan. dia akan cuba tolong kawan-kawan dia if there's any prob. bila mak penat sangat nak masak, dia akan masak.semua yang dia beli, kitorang semua kan dapat sama rata. tak kira yang kecik atau yang besar, semua sama rata. kalau beli baju, semua dapat baju. tapi saiz lain2 la kan.hahaha

...sebab dia sweet n romantik ^_^
romantik kat sini bukan sweet talker. it's his action. well, everyone knows action speaks louder than words. masa auni form 3 @ 4 @ 5, auni tak ingat dah bila, bapak kirim surat. sekali dengan surat tu, bapak sertakan RM1. RM1?? mesti korang pelik. biasanya kalau orang lain, parents dah bagi dah paling koman pun RM100. tak pun, RM200, 300. katanya,

"along, duit diukur bukan atas nilainya, tapi, bagaimana kita membelanjakannya"

bagi auni, tak perlu pun kirim duit. alhamdulillah auni dapat tajaan Yayasan Sarawak masa kat TKC dulu. walaupun tak seberapa mana pun, dapat survive. tapi significant duit itu bukan sekadar wang, nyata bagi auni kasih sayang dikirimkan. bukan maksud auni, duit itu kasih sayang, tapi, ingatan itu menunjukkan kasih sayang. tak caye? ade lagi..

"along, anggaplah patung yang besar ni bapak, yang kecik itu along."
it was ala..yang dalam globe kalau kite goncang ade salji2 tu. haha! ade dua patung Pooh dalam tu. yang besar sedang peluk yang kecik.so, before auni balik TKC, dia hadiahkan kat auni. sampai sekarang ade lagi kat bilik.

...sebab die lawak =)
bile time tengah sedih-sedih, ade je lawak yang die buat. kalau dengan geng2 die, ape lagi. gamat je office bilik guru. kalau orang cakap, "eh, anak u comel-comel la". die akan cakap, "mestilah, tengokla bapak die". kalau orang cakap, "pandaila u buat benda ni", die akan cakap, "mestilah, dah berapa kali masuk olimpik acara ni". kalau auni call bapak, tak sah kalau tak gaduh siapa lagi comel! haha, pak, u lighten up my days =)

...sebab die pandai merancang.
orang penah cakap buruk, kate bapak nak menunjuk beli kereta besar.orang penah gak cakap buruk, kate bapak nak menyombong beli rumah 2,3 bijik. mulut orang tak penah tutup. tapi sekarang??? sume diam. mase bapak jaga PMR, sume cikgu tanye, macam mane sebagai guru biasa, boleh beli itu ini? bapak beli kereta besar sebab dia tahu die akan ade anak ramai - 9 ORANG! alasan bapak, biarlah semua kita dapat merasa aircond satu sorang bila jalan2=). rumah pulak? harga rumah semakin hari semakin naik. ayah beli rumah bukan nak duduk tetap, tapi PELABURAN. dulu, beli rumah kat kuching.bila ayah jual, dapat double price from harga asal. duit yang ade, untuk buat rumah sekarang, and beli satu rumah teres. rumah teres tu pulak untuk disewa. macam orang lain jugak, masing2 ade second job. so, bapak bukak pusat tuisyen. pusat tuisyen tak perlukan modal banyak. as pengurus, urus je. tak yah everyday kene jage. and education never ends right? so, it's a loooooooong term business.

...sebab die pandai masak.
every weekend, die akan masak breakfast untuk kitorang. spagethi and macam2 lagi. bila masuk pertandingan masak, dia selalu dapat johan.bagi je apa-apa barang, dia akan tukar jadi something yang sedap! dia suka create macam-macam. ni campur ni, tu campur tu.
"kalau nak masak, kite kene fahami tekstur makanan tu", katanya bila nak kacau tepung goreng pisang. tak penah tau pun perlu tau tekstur tepung ^_^

...sebab die understanding.
dulu,mp3 auni rosak sebab adik2 auni selalu pakai.i didnt cry, and i didnt say anything, but i feel sooo terkilan. coz i bought it myself. then, when i got MARA scholarship, bapak give me something. he give me a new mp4! he said," ni hadiah dari keluarga. kasih sayang kami sentiasa berada di sisi along, seperti mana mp4 ni sentiasa di sisi along". i cried, yes, i do ^_^

...sebab die selalu ada di sisi even if he's not there.
mase kat TKC, die selalu bagi surat.die suruh adik-adik tulis surat jugak.macam kelakar sebab ade satu surat, ade kesan lipstick adik yang baru 2 years old. ade gak kesan tapak kaki adik yang baru few months. he made simple things beautiful. before exam, mesti ade card die anta. even sekarang pun, everyday message.
"jangan risau.doa kami sentiasa temani along"
bila kat rumah, sangat bersyukur sebab die sentiasa ada for us 24/7. mendengar komplen2 kami setiap hari, fighting dengan adik2, and everything! =P

...sebab die a good listener.
bila auni ada masalah, auni cerita semua. auni open ngan bapak. die dengar dan die sentiasa agree with me ^_^. nak gosip? boleh je, lepas tu ade la ceramah n peringatan yang diberi..hihihi

...sebab die a good motivator

first time masuk TKC, auni asek homesick. tapi, bapak selalu pesan. and, sekarang pun...

"along, rindu itu cuma permainan perasaan je"


"along, it's just got jealous of your azam nak belajar. when u kalah dengan perasaan tu, u kalah seumur hidup.when u menang, u win always"

"along, kita takda harta banyak. kita takda duit banyak. jadi, ubahlah kehidupan kita. orang berjaya adalah orang biasa yang punya azam dan usaha luar biasa"

"along, hanya orang yang kalah kenal erti kalah"

hasilnya? i learn to be a independent and now,i'm glad i am.

...sebab die appreciate kitorang sume.
mase balek malaysia last sem, auni bagi gelang kokka. die pakai. tak tanggal2 sampai sekarang. kalau ade birthday sesiapa, dia akan bawak satu family (except birthday boy/girl - kene dok umah je,ok? ^^) pegi kedai. bagi seringgit sorang, beli hadiah. seringgit? cukup ke?? bagi certain of kita, tak sah kalau tak bagi yang mahal2. mesti ada brand. tapi, bagi kitaorang, cukup kalau sekadar pen @ bola mainan @ frame gambar buat sendiri @ card handmade. bukan harga yang penting, tapi betapa orang tu menghargai kita dalam hidup mereka ^_^

...sebab die tak pernah kata "tengoklah, nanti konpem tak jadi".
bila kitorang decide nak masuk pertandingan, die akan cakap, buat betul-betul, sepenuh hati. die tak pernah mengekang ape minat kitorang. auni masuk pidato, bercerita, itu, ini, die sentiasa datang nak bagi sokongan, walaupun dia terpaksa escape kelas sometimes.hehehe.adik auni or auni sendir masuk sayembara puisi, karaoke, die bagi semua. and as usual, he always there, standing with smile, and claps, walaupun suare macam ...

...sebab dia sentiasa dahulukan orang lain sebelum diri sendiri.
oleh kerana ade masalah internet, antivirus komputer auni di deletekan. so, hari tu, bapak gi beli antivirus yang for 3 users untuk komputer die after at last dapat carik 2 orang lagi kawan dia. then, auni cakap, "pak, nak antivirus gak la". then die cakap, "takpe. ambik bapak punye dulu. nanti bapak carik orang lain yang nak share" - walaupun die tau susah gak nak carik lagi 2 orang yang lain...

...sebab dia adalah die.

..and the list goes on and on...........

nape auni tak buat list 1,2,3? sebab the reasons are countless. tak cukup page ni if nak beritahu kenapa.

to my bapak dearest,
thanks for everything
every tears and smile
thanks
i cant say anything more
but
thanks
i cant write more
coz these tears may fall
and rosakkan laptop ni.hihi
thanks
and thanks
and
i know u gonna read this
so,
just want to say
which i never say directly
but truly from my heart
.
..
....
........
..............
......................
..............
.........
....
..
.
I LOVE YOU

along

10 comments:

Bunyamin Abdullah said...

teringat bapak ak lak-_-,
huhu,
niway,bgz2~nice post^^doakanla parent kte ny~dibrkati umur,dmrh rezeki,n so on~amin~

aphids said...

terigt bpk kau apsl bgtw auni plk??? hahahaa...:)P

ainasham said...

bapakkk iloveu moreee :))
sedey aku!
tp bapak n mak aku ag strictt woo!
thats y aku pon garang..

ainasham said...

haha komen aku cm xder kene mgena jek.kuikui

aunishbini said...

bun, betul2. and tell those who we love that we love them before it's too late =)

aphids,haha!ngekngok la korang nih..

aina, tape2. ni kire luahan hati. boleh je terima..haha!

shafiqa said...

pika nanges bace ni.
klau pikir psl kasih syg ayah ni..
mmg tak sah klau tak nanges. :'(

:)

aunishbini said...

kalau yg bace nangis, ape lagi yang menulis. =)

Zan Zahidah said...

"and tell those who we love that we love them before it's too late =)"

*thumbs up*

=)

Chenta said...

sedih sedih.
u r totally strong than me.

:D

aunishbini said...

zan,
then do tell them, a word may change the world. =)
and of coz one of them is me kan? kann? hahaha

ecah,
well, it's a compliment right? haha
sume org ade kekuatan dlm diri. cuma berani or tak in facing the reality =)