Wednesday, October 21, 2009

Kerana Makanan.Ngap2.

pertama-tamanya, tima kasih kat baba rumah yang memang sangat concern dengan menghantar handyman nya yang sangat superb itu ke rumah kami ^_^ (mmg keje baba tu pon..). dengan air tangannya, maka lampu bilik ku ini officially, selamat boleh ditekan-tekan suisnya. syabbas ammu!! (bm - pakcik). hehe. so, pagi tadi kelas kol 9 tade plak. maybe di cancelkan, atau maybe tiada pon, atau maybe cikgunya malas masuk. apa-apa pun ke'maybe'an nya, lecturer tak masuk kelas pon. maka officially nya jugak, kami dok borak2 je dalam kelas tu. ^_^. masuk la jugak lecture lagi satu which is for another group since dah alang-alang pakai baju chantek2 kan? haha. after kelas, kami terus menerpa ke arah fast food restaurant,WELATAIN, ala-ala KFC (yang mana lagi sedap n banyak ayamnya from kepsi itu). nampaknya, time kami datang, kedai tu pun belum buka lagi. bak kate pekerjanya,

*"setengah jam lagi ye adek..."
*"la..kedai tak bukak lagi, ke?"
*"lom.adek tengok tak kitorang tengah cuci-cuci pintu n tingkap2 ni?"
*"loh.ok lah.setengah jam lagilah kami datang.tunggu tau!"

*sengih


*perbualan diatas dah ditranslatekan ke dalam bahasa melayu dan kosa katanya mengikut peredaran zaman

so, jalan-jalan la dulu ngan aina. makan aiskrim sebab dah lapar sangat. pagi-pagi, tak sempat bekpes. bangun pagi, pukul 8.15am. kelas start 9am. mane sempat! sambil tu, sempat jugak i took some photos while walking on the streetsssss....

awan atau asap?.......asapla!

kedai BUAT kasut. handmade tuuuu~ *excuse interframe of finger

buah-buahan terbaikkkk punyyeeeee. sebijik kiwi, LE2.50! grrrr~

nape kuning? nape bukan hijau ke? atau mungkin merah??


akhirnya sampai ke destinasi kami, El-Fayoumi,kedai eskem tersedap di MESIR!!!! LE 1 jeee~ gamba candid by aina.ngokngek la. amek la time tengah cantik2 sikit!

la..korang tak caye ke ni kedai eskem paling besssttt di mesir?? tak caye?? ha, tengok ni!!

biar lelaki tua....mahupun makcik yang..erm....tak tue sangat
sumenye suke eskem fayoumi!!!!! termasuklaaaaa.....

budak-budak yang tak sedar diri ini! dengan muke jangan-mintak-mintak-beli-sendiri~ ^^

selepas berjaye menghabiskan eskem of the day - MANGO, kami pun menunaikan janji yang tak terlunas lagi kat welatain. nasib baik dah bukak. so, kami pun, ape lagi? makannn laaaaa!

bon appetite!

time tengah makan, tetibe terjumpa pulak dengan kak yani and kak quia.

"eh, hai!"
"e'eh.kak yani, kak quia.buat ape kat sini?"
(padahal tau je. takkan la datang kedai makan, pegi bersenam pulak)
"kitorang pegi beli kipas tadi"
"oh..jemputla makan. ayam ni 3 bijik tau.besar-besar. lagi best dari KEPSI"
"nak order la ni. ni first time kitorang gi sini"
"orderla."
(wahhh..baru first time? kitorang dah ber'time-time' da kat sini. nampak sangat kakak2 tu rajin masak) *clap2*

time nak balik...adegan perbualan berlaku lagi...

"k la kakak.kitorang balik dulu. datangla rumah nanti. rumah yang cantik tu."
"ok2. boleh je"
"eh, auni, cantik tudung!"
*malu-malu

"alah, tudung akak pun cantik gak"
"jap2, satu lagi. comel la beg"
"tenkiu. beg akak pun comel gak ^^. ok la baibai!"

"bai2"

p/s: perempuan oh perempuan........ ^_^

2 comments:

Anonymous said...

itu lah pompan..nyum2 mkn smpi gemok! pastu slah kan mknn egypt haha

aunishbini said...

makanan itu penting.selagi kite boleh makan, makan jeeeee. jap, ke kite je macam ni?? (^.^")