Sunday, April 8, 2012

Wajah baru. Jilid baru.

Hey hey belog tersayang!

Lama sungguh saya abandonkan awak kan? Tak tak, jangan merajuk. Bukan saya lupa, tapi banyak sangat benda yang terjadi dalam bulan Februari dan Mac tempoh hari. Maafkan saya. Tapi saya perlukan masa dan ruang ketika itu. Haih, sungguh emosi. Haha!

Okay, saya dah buang sikit mekap mekap awak. So, biarkan putih bersih sesuci bayi gituu. Haha, ye, walaupun ada certain yang saya masih tak buang seperti gadget-gadget yang menepek di sebelah ini. Oh kenapa? Sebab saya rasa diorang penting. 1st gambar saya, itu gambar latest saya (latestlah sangat 3 bulan yang lepas kan? heksheks). Penting, sebab tak kenal maka tak cinta kan? Kena lah tau siapa empunya belog ni! (padahal muka tutup guna cawan air.pfft.kbai)

Yang kedua, part I LET YOU KNOW MY PAST. Yang itu memang tanak buang. Sebab my past is the one who shaped me, so I be the one who I am today. Kalau korang rasa nak godek-godek dari first post pun tadekhal. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan! Haha

Yang ketiga, Top #5. Okay, ini saya tak nampak kepentingan dia apa, tapi saya letak je supaya sape-sape nak baca post yang 'orang rasa best dan popular', boleh dengan bahagianya kelik di situ. Yes, kelik je. Jangan takut, tiada bayaran dikenakan! Just belanja saya makan nanti, okay? Ngahaha.

Yang keempat (Amboi, macam nak buat usul debat pulak yang ketiga keempat bernumbernumber gitu). Belog-belog walabom? Ha ambek kau. Ada banyak list belog kat situ, tapi yang appear hanya 5 belog yang ada recent updates. Ini semua rakan-rakan seperjuangan punya belog. Agak-agak nak cari jodoh ke, or nak tambah ilmu pengetahuan tentang kecantikan mahupun pengalaman, ha dipersilakan! Mereka hebat, sebab tu setara dengan nama WALABOM. Hihi

Yang kelima, followers. Pembaca setia yang tak pernah cuba unfollow. HAHAHA. Kalau korang nak tau bilalah update terbaru saya yang sejak berkurun lama publish, tekanlah follow. Bahagian followers tu macam 'Hall of Fame' lah. Haaa hanya yang setia je masuk dalam list. Ecewah ;')

Yang keenam, Formspring. Sungguh tak tipu. Lama gilaaaaa tak bukak FS. Nasib baik ingat password. So, siapa-siapa yang rasa malu nak tanya depan-depan, tanyalah kat situ. Nanti saya jawab, penuh keikhlasan!

Dan last but not least, tempat check sape singgah. Buah tangan amatlah dialukan! *kenyit mata tiga kali*

Ok, sekian itu sahaja update untuk hari ini. Esok saya exam round Obstetrics and Gynecology btw. Doakan! 10.00am-11.00am GMT +2. 60 Soalan MCQ. Terima kasih awak sekalian!



p/s: Yeahh, ke mari kauuuu examm! HIYAKKK!
p/s/s: Tak pernah aku memusuhi, mahupun membenci
p/s/s/s: double A and no title (?) Thanks! :)

No comments: