Wednesday, June 16, 2010

Day 3 - FULL!




Ehem. dimulakan dengan cerita beradunya hamba pada pukul 3pagi kerana cerita Glee. OH TIDAK! ;( Glee dah habis. Dah tak tau nak tengok cerita apa sekarang ni. Nak tengok cerita korea Full House and My Girl tu lagi, tapi tade la pulak. Last-last selongkar punya selongkar, jumpa cerita Boys Over Flower. HAHA. Ohkay. Stop there. I know, cerita ni punyalah lama gila dah. Tadeklah gila, tapi maksud saya sangat dah lama.Ok Auni. Berhenti putar belitkan ayat. Mereka fenin. hehe. Ape lagi, sambung tengok episod 11. Sambung? Ape maknanya? HAHAHA sebenarnya dah tengok cerita ni sampai episod 10 dulu. But then, hehehe, penat nak tengok, stop. So sekarang masa untuk...........MARATHON! Fuh-berpeluhhh ok? Oh, bukan kerana marathon. Tetapi kerana cuaca yang agak panas di sini ya tuan-tuan dan puan-puan. terima kasih.

*rehat sebentar untuk mengipas guna tapak tangan*

Then, pagi tadi, habiskan masa kuak lentang, kuak kupu-kupu, dan segala bagai kuak yang wujud mahupun tidak wujud di atas katil. Tengah hari, terus ikut Wani and Zati gi Awaddala, dorang nak beli bahan-bahan buat kek pisang. Since dah lama tak merasa angin kat luar, walaupun malas nak bersiap-siap, digagahkan juga. (asal bunyi patriotik sangat pule ni?)

After beli-beli, sampai rumah terbaring kejap, terus gedebush masuk dapur, tung tang tung tang potong kentang, then dah habis potong kentang, bapak skype pule. Borak-borak dengan ayahanda tercinta, dengan adinda-adinda tercinta, then, sambung balik masuk dapur.

Oh lupe nak beritahu, saya, Azie Nur'Auni Shbini, buat karipap hari ini!

Ha, sebab tu lah ade part potong kentang kat atas tu. Setelah berhempas pulas uli tepung, akhirnya, 2 jam kemudian, TADAAAAA!! Karipap siap untuk dimakan! Total karipap 25 bijik errr tak termasuk yang dimakan semasa proses tersebut.

*maaf, tiada gambar untuk karipap. kerana dah habis masuk perut.*

So, petang tadi, we had KARIPAP and KEK PISANG as our dinner. Oh wait, to be specific, tu je yang kitorang tiga makan hari ini.hahaha.

So, now, i'm lying on my bed, typing this belog, and pasni nak sambung tengok cerita boys over flower. Seharian full. Lari sana, lari sini, kalau tak turun gak berat badan ni, tatau la.. *Auni, ko lari mane je. Dari bilik ke dapur, then lari dapur ke bilik je pun.bahaha*

So, that's it laporan hari ke 3 for the project of 101 Days of Summer. Full kan hari ni? hehe. Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahamtullahhi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia.


p/s : tade gambar hari ini.hanya tulisan. haha
p/s/s : you add the shine... :)
p/s/s/s : banyak nyamuk kacau masa taip blog ni. urgh.


No comments: