Thursday, June 24, 2010

Day 7,8,9,10,11 - Nah, Ambik 5 Hari Sekaligus



hey guys. yeah i know,banyak. five days in a row kene update. gagagaga~ bukan ape, sebab tade mood la. memang perlukan perasaan menaip tu datang, baru ade umph..haha. ok. jom bukak balik satu-satu. start dengan, jap, nak past tense ke present tense? hermm.

Day 7 (20th June) - Hussin, Cairo

Since duit MARA belum masuk, so gi Hussin kat Cairo sebab nak belikan barang² orang and jalan² hilangkan kebosanan dok kat Mansoura. Panas terik, memang sungguh mengancam. Angin panas kalah sauna. Ingatkan dalam teksi dok tepi tingkap, bolehlah memberi ruang untuk bernafas sikit en, sekali, kering gile gile gilee muke. Ah-tidak. Laporan kaji cuaca mengatakan suhu di sini mencecah 51C (nada pembaca berita Buletin Utama). Sangat tidak bertoleransi betullah ngan mood nak shopping-shopping. Last-last, dalam 3 jam lebih camtu je kat Cairo, terus call geng² lain, " Hello, kitorang nak balik dulu la. Barang dah habis beli, panas tak terkata". Sekian, terima kasih. Tak sempat makan pule tu kat Cairo.Nasib baik ade orang belanje makan kat Ketchup. heee~

Day 8 (21st June) - Dehydrated

Bangun tidur, bibir kering, mengelupas, muka macam baru nampak hantu, angkat kepala pening, bangun macam nak pitam. WAH. sungguh propaganda deskripsi ini. haha..tapi memang tu la yang happen. Sehari, percaya atau tidak, 3 botol air mineral habis yakni 3x1.5 liter = 4.5 liter. Memang macam sedut air gila². Tapi tak juga elok². Memang kesan akibat panas Cairo itu sungguh mengancam. Last², terbaring kat atas katil, tidur seharian..zzzZZzzz

Day 9 (22nd June) - The Moment

Taktau kenapa tapi tahun ni result tiba² kuar awal pule. sepatutnye by 27th or 28th, but ni seminggu awal pulak. Kalau tau, konpem awal² lagi dah balik malaysia awal², tapi mesti ada hikmah kenapa Allah gerakkan hati tak balik awal² en? insyaAllah. Awal² lagi, dah bangun, hati berdebar nak tunggu result ditampal. Pukul 2pm, dah awal² siap nak gi universiti, rupa-rupanya belum tampal lagi. tak jadi kuar. (banyak bebeno ayat awal². hakhak) kul 4pm dorang cakap dah keluar. dupdapdupdap gile hati macam kalau kamu letak stetoskop kat jantung, konpem sakit telinga da, macam guruh. vedebum. haaa. mintak tolong afiq tengokkan result, alhamdulillah, LULUS, dapat naik Tahun 3! memang syukur tak terkira sebab seriously nak lulus je tahun ni sebab memang susah tahap oltromen gaia. fuh-syukur. untuk yang pass, alhamdulillah, jumpa di Sem 5. untuk yang tak pass, buat sehabis baik for bulan 8 ni. insyaAllah lulus. kami sentiasa doakan. All out!

Day 10 (23rd June) - Kembali Bernafas

Yuna, pinjam gambau.heee. Ari ni pegi jalan² carik selendang, nak belikan untuk Alyaa and Ainaa. Hari tu merengek nak sangat selendang macam Yuna punye. haha. Baru jumpa satu yang cun, 10 genih je. Tahun ni plan bawak kurma je untuk orang Malaysia. Last year bawak macam², tak gune pun. Bak kata bapak, " alaa..bawak benda kaca², kalau tak arisya, ezhan pecahkan. Kalau sahir konpem die makan". Jangan pelik. Syahir memang suke makan apa sahaja. Ingat Ripley's Believe It or Not ke apa? Haih~~

Day 11 (24th June) - New Belog's Template


Bosan tengok template lama, akhirnya merajinkan diri buat template baru. gambar header pun da tukar.tapi still ade sama tapi still,YEAY! jika anda pernah baca belog ni sebelum ni, lain kan? putih and ade cam jalur malur pink kuning sikit². Kali ni pilih tema black white grey red (macam banyak plak kaler) spiral spiral. heee. sangat artistik pule. ngehaha. Nak tukar sume bende ni, kena ada mood dulu, baru ley jalan, kalau tak, huh bertahun-tahun sampai zaman orang tak pakai iphone dah pun takkan terbuat. Bahaha. Hiperbola sungguh. Amacam? Okay tak? (mengedipkan mata 4 kali)

p/s : banyak benda nak cerita ni! :)
p/s/s : Pak, whatever it is, i'm always by your side
p/s/s/s : lega dah buat decision. tayah pening-pening.

2 comments:

koshary said...

yang ko pegi hussein siang siang panas panas tengahari tengahari tu siapa suruh.

mau tak kene sun-stroke.

aunishbini said...

aha da ikut orang, terpaksa la ikut ikut plan plan mereka mereka itu. nasib bek tak sunburn.heeee ;)