Monday, March 26, 2012

Bersuara.

Maaf.
Mungkin ramai yang cuma mendengar di seberang sana.
Kerna aku tidak bijak menyusun kata.
Bagiku, biar sahaja sampai masa rasa dan akal aku dapat bedakan
Meletak satu garis yang aku bisa nukilkan.

Dan masa itu mungkin telah tiba
Kini aku perlu berhadapan dengan dunia
Agar terang dan nyata.

Dua.
Benar.
Untuk cerita suka dan seronok
Untuk cerita duka dan pedih
Semua termasuk dalam dua.

Tapi banyak luka dan parut yang masih berbisa
Yang aku masih belum bisa rawat
Luka lama, di toreh kembali
Luka lama, berdarah lagi
Mungkin aku terlalu murah dengan peluang
Beribu malah jutaan aku berikan
Sehingga kau tiada sedar hati ini menderita

Ku akui salahku
Sentiasa cuba bertahan sentiasa cuba bersabar
Tanpa sebarang kata
Sehingga kau tiada sedar dalam diam hati ini bersembilu

Tidak, tidak pernah aku pandang remeh dua ini.
Tidak pernah. Kerna itu aku tak pernah mengalah dalam mempertahankan dua ini
malahan inginkan tiga, empat, dan seterusnya
Bila bertelingkah, aku yang mengalah, kerana sayangnya pada dua ini.
Sakit hati ini kau bilang aku kejam, sakit hati ini kau bilang lagak
Tidak. Aku tidak pernah sebegitu.

Namun, untuk beberapa ketika kau biarkan aku sendiri
Untuk beberapa ketika kala mana aku paling perlu kau disisi
Kau telah membenarkan aku untuk berfikir untuk diri sendiri
Kau telah membenarkan aku untuk menilai diri
Ya, aku masih ada maruah
Ya, aku masih ada hati
Dan ya, aku masih punya harga di atas dunia ini.

Kekuatan aku kumpul, batiniah yang tidak pernah aku sedari
Tiap malam hanya ada air mata dan harus perlu mengukir senyum tawa esok hari
Sayang di hati tak pernah lepas
Apatah lagi mencari libas
Namun, ketidaktetapan perasaaan mu, amarahmu dikala lidah berlari laju
Apatah lagi peperangan minda yang kau cipta kepadaku selama ini
Masih menghantui.

Tarikh itu,
Kau tinggalkan aku, dengan lafaz Bismillah kau putuskan dua itu.
Aku termangu, tersedu.
Mahukan penjelasan, mahukan pengertian.
Minggu-minggu berlalu, masih tiada khabar darimu
saat itu sudah aku putuskan
jika benar aku ada makna untukmu, tiada akan kau biarku tergantung
dan untuk aku pastikan
aku gagahkan diri menghubungi
dan kau memberi jawapan, yang dalam sukar aku redhai
Tidak, kau tidak akan kembali.

Dalam kekabutan diri dan dalam kekalutan jiwa
Allah selamatkan diri aku, untuk tabahkan hati,
Datangkan padaku tangan gergasi menolak awan hitam ketepi
Dulu pernah ALLAH bagi aku petunjuk yang sama
Kali ini aku tak akan bongkak memandang sebelah mata
Benar, fizikalku lemah, namun hati aku tak akan mengalah.

Siapa kata begitu senang aku berubah
Siapa kata begitu senang aku mengganti
Tidak, amat sukar.
Namun aku perlu pandang ke hadapan, tiada lagi toleh belakang
kerana aku tak mau disakiti lagi.

Pengalaman telah merubah aku
Pengalaman telah mengajar aku
Luka mengentalkan jiwa
Pedih menguatkan raga
Sakit membuatku bangun semula
Benar ada ketikanya aku goyah
Namun akalku menghantar penanda
Cukuplah...

Namun, setelah kau rasa aku hampir terlepas dari tanganmu
Kau meminta, kau memohon, dengan pelbagai cara
Aku tau, kau telah usaha semua.
Untuk berubah, untuk mengubah.
Namun, janji itu bukan sekali dua kau beri, malah berkali
dan hati ini masih kau sakiti, dan acapkali terjadi kembali.
Dan aku tak mampu untuk berpatah, kerana hati ini telah ditegarkan.

Tak pernah ada dendam dalam hati padamu, kau yang pernah aku kongsikan hidup
Tak pernah ada rasa dengki padamu, kau yang pernah membawa gelak dan tawa
Beberapa ketika aku memohon petunjuk-Nya, aku yakin ini yang aku perlu lakukan
Walau kau ada didepan, memohon aku kembali
Sepertimana yang aku mahu sebelum ini.
Akhirnya, Kau, aku lepaskan.
Dan, ya, itu keputusan paling sukar pernah aku putuskan.

Terima kasih kerana mengajarku erti cinta kerna kau yang pertama
Terima kasih atas semua kenangan manis bersama
Kenangan pahit akan aku kambus dalam-dalam
kerana harapanku, kita berdua akan bahagia, walau tak bersama.
Halalkan makan minumku, halalkan perbuatanku, halalkan semuanya
Maafkan atas kesilapanku, yang aku sedari atau tidak
Begitu juga kepadamu, aku halalkan semuanya.

Dan paling penting sekali,
Ada maksudnya Allah benarkan kita bertemu, walau seketika.
Jaga dirimu baik-baik
Semoga Allah merahmati
Dan menemukanmu wanita yang 1000 kali baik daripadaku.
Waalaikumussalam, AMR.

Saturday, March 17, 2012

Baru

Semalam
Itulah keputusan yang paling sukar aku pernah buat dalam hidup aku
Aku tahu,
Walau bagaimanapun, aku perlu melakukannya
Demi diri aku sendiri sekurang-kurangnya.

Namun,
Untuk menjalani sesuatu yang baru,
Itu aku perlu masa,
Supaya tidak akan ada yang sakit lagi.

Suatu hari nanti
Aku akan kembali bersuara dan bercerita di sini
Sabar ya?
:)

Friday, February 24, 2012

Dearest Azie Nur'Auni binti Shbini,



24th February 2012, 4.15pm

Dearest Azie Nur'Auni binti Shbini,

Assalammualaikum. Ape khabar? Hehe mesti semua okay je kan, tak okay pun, just enjoy the ride lah. Hehehe. Ape perasaan masuk umur 22 ni? Best? Dah 22 tahun dah atas bumi Allah ni, kan? Semoga 21 tahun sebelum ini dah dimanfaatkan dengan baik.

Surat ini ditulis hanyalah untuk nasihat dan ingatan untuk awak menempuh 22 tahun ni. Lagipun, dah lama kan awak tak dapat surat? Haha. Bluekkk! Okay, kita mulakan dengan Bismillah.

Yang pertama, saya nak cakap, TAHNIAH :) Sebab awak dah lalui macam-macam. 1001 kesedihan (ecewah) 1001 kegembiraan, semua awak dah lalui. Semua tu akan dijadikan panduan untuk awak teruskan hidup pada masa akan datang, sama ada untuk awak, ataupun mereka di sekeliling awak nanti. So, jangan pernah menyesal atas setiap benda yang berlaku. Ada tersembunyi hikmahnya dalam tiap sesuatu. Baik yang buruk, mahupun yang baik. Percayalah, satu hari nanti awak akan nampak and terdetik dalam hati, "Ohhh, nasib baik dulu aku bla bla bla". Haaa gituu :P Kalau awak marah, sabarlah. Marah tu hasutan syaitan. Doakan yang terbaik untuk mereka yang membuat awak marah tu. Bukan kah itu lagi bagus? :)

Yang kedua, dalam tugas awak sebagai seorang anak dan kakak. Satu benda yang awak kena ingat, jangan pernah lupakan mak ayah awak. Tanpa diorang, awak boleh lahir? Tanpa diorang, awak boleh hidup sampai besar cenggini? Tanpa diorang, awak ada rumah, keluarga, dan kasih sayang? Tak ada. Awak mesti bersyukur, sebab tak semua orang lahir ada emak dan ayah. Mereka tak akan ada pernah duanya. Tiada pengganti. Jangan awak lupakan mereka, doakan mereka, sayangi mereka, dan kalau ade duit lebih tu, belanja mereka. Mungkin awak fikir, nanti aku dah kerja nanti, baru aku bagi duit kat mak bapak aku. Sekarang aku mana ada banyak duit. Tapi, siapa tahu, mungkin ajal awak tiba sebelum awak bekerja. At least, mereka mampu merasa duit dari anak mereka ni. Ala, paling tak pun, belanjalah KFC ke, mak awak kan suka KFC? Bapak awak belanjalah t-shirt ke, percayalah, dia akan suka ape-ape je yang awak bagi. Satu lagi yang penting untuk awak selalu beringat ialah awak anak sulung. Awak kakak kepada 8 adik-adik awak. Awak role model mereka. Awak yang meletakkan benchmark untuk mereka dalam hidup mereka. Baik buruk awak, semua dorang akan bandingkan. Jadi, jadilah kakak yang baik, tau? :) Jangan pernah bezakan kasih sayang antara adik-adik awak. Dah besar nanti, merekalah darah daging awak bila mak ayah awak dah tiada. Setiap kali balik, jangan lupa belikan mereka hadiah, souvenir, or ape-ape je lah. Itu tanda ingatan awak terhadap mereka. Macam awak selalu buat tu :) Sekecil manapun hadiah tu, trust me, dorang akan treasure it by their heart. Kalau gaduh tu, alaa itu perkara biasaaaa. Bak kata pepatah (ewah!), air dicincang tak akan putus. Hehe. Selalulah berada di sisi mereka bila mana mereka memerlukan awak, sebagai kawan atau sebagai kakak. Ok?

Sebagai seorang pelajar pula, harapan negara, agama, dan bangsa semua terletak di bahu awak. Even harapan mak/ayah/adik/makcik/pakcik/sepupu/nenek/datuk/kawan/cikgu/rakyat/bakal keluarga awak semuaaaa pun tergalas di bahu awak. Sanggup ke awak musnahkan harapan mereka yang tiap malam berdoa untuk awak? Membazirkan duit rakyat yang bayar cukai, dan disalurkan ke biasiswa awak? Awak pun mesti berharap untuk berjaya kan? Awak nak hancurkan harapan awak jugak? MESTI TAK NAK KAN? Jadi, jangan buang masa, belajar rajin-rajin, supaya awak boleh berjaya. Tak, jangan aim untuk dapatkan markah tertinggi. Markah itu tidak penting! Yang penting apa yang awak pelajari, dan mampu untuk dimanfaatkan kepada semua selepas belajar nanti. Benar, bidang perubatan ini tak pernah berada dalam list courses yang awak nak ambik. Saya ingat lagi awak pernah bagitau saya masa umur awak 16 tahun dulu, yang awak tak akan ambik medic. Ingat lagi tak? Tapi somehow, perancangan Allah memang mantap. Awak berada dalam dunia perubatan, malahan alhamdulillah awak sudah berada di tahun keempat. Awak ceritakan kepada saya setiap malam apa yang awak pelajari hari ini, malahan setiap keluh kesah awak yang awak kata tajuk ni susah, tak sanggup dah nak ambik medic, dan ada masa awak gembira sebab berjaya lulus menempuh exam dan tersentuh bila tau besar-Nya kebesaran Allah bila awak belajar tubuh badan manusia. Tapi saya bangga, kerana awak masih mampu bertahan, malahan semakin tabah. Sebab tu awak kena betulkan niat untuk belajar ni. Belajar ni jihad tau? Bertuah orang yang berpeluang untuk belajar.

Ha, tugas awak sebagai hamba Allah jangan diabaikan! Dunia ni cuma pinjaman dan persinggahan. Awak kena bekalkan diri awak sebaiknya untuk akhirat nanti. Jangan lupa solat 5 waktu. Berapa minit je pun sembahyang, kalau dok tengok Runningman 40minit tu boleh, takkan nak jumpa Pencipta awak 5 minit tak boleh? ;) Awak jangan lupa, jangan sombong dengan Allah tau. Dia tak pernah tinggalkan awak sorang-sorang. Dia tak pernah abaikan awak. Dia bagi awak oksigen, dia bagi awak kesihatan yang baik. Dia sayangkan awak. Sebab tu ada benda yang dia suruh kita buat, ada benda yang tak boleh langsung-langsung (haram) untuk kita buat. Sebab dia sayangkan awak. Jadi, tinggalkanlah larangan-Nya, patuhi suruhan-Nya. Bukan susah pun, malahan makin banyak pahala awak. Kata nak cantik luar dalam, kenalah terpancar NUR kat muka awak. Nama awak pun ada NUR kan? Hihi.

Bagaimana awak sebagai seorang kawan pula? Hari tu saya baca twitter awak. Awak kata awak nak a bestfriend, tapi true friend is REALLY HARD to find. Betul tu, saya setuju. Makin kita dewasa, makin kita kurang mengerti siapa kawan kita yang sebenarnya. Tak apa, jangan risau. By time, pengalaman akan menunjukkan siapa kawan yang setia bersama kita dalam susah dan senang. Tapi sebelum itu, awak kena menjadi true friend jugak. Jangan lupakan kawan-kawan lama bila berjumpa yang baru. Jangan abaikan yang baru bila bersama yang lama. Kawan-kawan ni ibarat keluarga kita bila mana kita jauh dari keluarga. Tanpa kawan, awak takkan mampu menempuhi hidup awak di perantauan ni. Tanpa kawan, awak takkan mampu tersenyum dan selesa di negara orang. Jadi, jika ada kawan yang dalam kesusahan, jadilah yang pertama untuk hulurkan tangan, atau pun bahu untuk mereka bersandar. Jadilah pendengar yang baik, jadilah pendukung yang baik. Jika ada yang salah, tegurlah dengan berhemah. Taw?

Dan last but not least, tugas awak sebagai seorang bakal isteri. Tak kisah lah kepada sesiapa pun, awak kena persiapkan diri awak dari sekarang. Belajar untuk menjaga diri, tak boleh sakit-sakit. Teruskan makan supplement yang awak makan sekarang. Jangan skip makan, exercise jangan lupa. Jaga muka, jaga kulit, jaga hati, jaga fikiran. Semua tu untuk kebaikan awak jugak. Haaa. Awak kena persiapkan diri awak. Dengan ilmu agama, ilmu rumahtangga, ilmu tambat hati suami (eh, janganlah blushing. kikiki). Semua tu sebenarnya dah kena start dari sekarang. Sebab awak dah masuk umur yang boleh kahwin dah. Tup,tup dah sampai masa, haa tadelah nervous nervous. Kalau awak belum pasti dengan jodoh awak, istikharah. Allah kan sayangkan awak? Tanya dia. Kalau awak heartbroken, sabar and let it go. Mungkin jodoh awak bukan dengan yang ini, tapi dengan yang itu. Tulang rusuk tidak akan tertukar. Kalau awak dah jumpa, jangan lupa untuk bersyukur, dan doakan semoga jodoh ini berpanjangan. InsyaAllah. Tapi jangan lupa perkara pertama yang awak kena ingat. SAYANGI DIRI AWAK. Ye, awak kena sayangi diri awak. :)

Hmm, okaylah. rasanya macam dah banyak sangat dah saya celoteh ni. Hihi. Sekali lagi, selamat hari jadi! Err, belated. hihi. 22 tahun dah awak ye? Ingat tau nasihat dan pesanan saya ni. Kalau awak perlukan apa-apa, panggil sahaja saya dalam diri awak tu. Saya sentiasa ada. So, semoga segala wishes awak tercapai! Semoga berjaya dunia dan akhirat, dan sentiasa dalam lindungan ALLAH. Amin! Bye-bye!

Ikhlas daripada;





(YOUR BELOVED YOURSELF)

p/s: thanks untuk semua yang celebrate birthday, all the wishes, and yang bagi hadiah. Sayang korang much much! :)