Tuesday, June 15, 2010

Day 2 - Sampai Sakit Tekak





Bangun hari ni pukul 8am sebenarnya tapi tidur balik, pastu bangun pukul 11.05am secara tidak berapa nak tepatnya apabila mendengar bunyi "ketung-ketung-ketang-tung-tang-tong". Itu adalah bunyi penjual tong gas. Ape lagi? Walaupun mata malas nak bukak, badan pulak macam makin berat kat bahagian belakang, terus lompat dari katil, amek towel tutup kepala, jenguk luar tingkap dari tingkat 6 ni, terus " PAKCIK, SAYA NAK TONG GAS SATU!". Tak. Saya tak jerit. Saya lambai je. Terus die senyum. Ah, bagus. tu la pakcik yang baik tu. (see, betapa saye suka tengok orang senyum =) hehe )

Kerana memakai pakaian yang tidak appropriate untuk menyambut kedatangan pakcik tu, Wani la yang menerima kedatangannya dengan senyuman. Yeah! Dah boleh masak!

Ape kaitan dengan sakit tekak?

Haha. atas ni intro je. ngehehe. Semalam berjaya abiskan 5 more episodes of Glee after cuci baju tengah malam sebab stok baju dah habis. Pagi ni, berjaya abiskan 5 more episodes, dan ini menjadikan jumlah yang perlu ditengok adalah 7 more episodes! haha.

Ok. Stop. Ni pun intro gak. still tadek kaitan ngan sakit tekak.

So here it is. After masak nasi goreng dan keropok bulat-bulat tu yang sangat crunchy dan menyebabkan rindu terhadap malaysia semakin membuak, terus bukak youtube. Sebab cam pening asyik baring atas katil menghadap laptop, maka saya berkaraoke. Fuh- tatau la berapa banyak lagu. Tapi memang, err, sampai haus gila, bibir kering, dan sakit tekak. haha. I just realized how easy I can laugh after exam, and dancing around, singing with my whiteboard marker. hehe

So, here's one of songs that I karaoke-d. haha ape past tense untuk karaoke? Tak ape la. Saya tambahkan aje 'd' tu. Paling penting semasa anda didera oleh video ini ialah, jangan gelak lebih dari tuan ohkay? HAHAHA




need you now, by lady antebellum
diranapkan oleh auni.
aah. sore tak kuat sebab nanyi jauh dari laptop. haha!
sekian laporan hari kedua dalam projek 101 Days of Summer
p/s : you are my sunshine
p/s/s : Ya Allah, permudahkan setiap urusan kami, berilah bantuan Mu dalam setiap urusan kami, dan kurniakanlah kami kejayaan dalam setiap urusan kami. Amin.


No comments: