Hi all! ;)
Hari ni is my turn to present for clinical seminar. So, the seminar entitled Cultural Perspective in Psychiatry. Nervous? Tak lah. Ada sikit je, itu normal. But to present in front of friends yang memang dah kenal, so senang :)
Presentation tu mainly about how cultural background can affect the psychiatry field. But what I want to focus is not on the psychiatry part. I want to emphasize kat part CULTURAL.
Bila teringat balik zaman first year, masa memula datang kat Egypt ni, agak terkena cultural shock sikit lah. Arab kat sini tak seperti yang kita lihat dalam TV. Jalan guna niqab selubung satu badan, cakap slow-slow, and pandang bawah je. Tak wahai rakyat sekalian, tidakkk. Nak tau dorang macam mana?
Jalan tolak-tolak tak kisah lah lelaki ke perempuan ke, pasang lagu memang memekak macam nak kasi satu negara dengar, tak masuk lagi part budak peminta sedekah yang kejar kita pukul bagai, yang lelaki suka nak verbal harassment kat perempuan Melayu, pastu penipu lagi mak aih memang bapak segala penipu. Lagi-lagi bab yang pasal duit. Hygiene? Ah tak payah cakap. -__-"
Meh bagi satu kisah benar untuk setiap kes.
1. Jalan tolak-tolak
Kalau nak masuk klinik outpatient for Orthopedics lah paling sengsara. Budak-budak yang pernah ke sana tahulah camna. Nak masuk elok-elok, dia pegi tolak kita, rempuh masuk suka hati. Sorry and excuse me? Ahhh kelaut. Jangan harap diorang nak cakap.
2. Pasang lagu memekak
Derita bermula apabila ada kedai baru nak buka. Masa malam pembukaan tu, harapanlah kau nak tidur dengan tenang. Pasti lagu dari kedai tu macam nak pecahkan tingkap bilik ha. Mula-mula elok dah, pasang asmaulhusna. Habis je asmaul husna, bermulalah episod stress anda.
3. Peminta sedekah
Ni baru je jadi tadi. Tengah happy-happy ni nak balik ke Universiti sebab nak photostat nota, sekali kena tampar dari belakang oleh sorang budak lelaki kecik ni. Pasal apa? Pasal taknak bagi dia duit. Masalahnya cik adik cik abang sekalian, kat sini, kalau bagi sekali, dorang akan datang berkali-kali. Lepas je dia tampar tu, dia kejar. Saya pusing 180 darjah, refleks tangan nak menampar balik tapi sebab ramai orang kat sekeliling dapat tunjuk jari telunjuk je and ketap bibir kat dia, bagi pandangan burung helang sikit ha. Terus lari. Mak dia mana? Mak dia lah yang suruh buat semua tu. Tu okay lagi, ada yang siap kena tarik baju tarik tudung semua. Pfft.
4. Verbal Harrassment
Tak sah kalau mana-mana perempuan Melayu tak pernah kena. This just happened last week. Tengah otw balik dari kelas dengan Aina. Tiba-tiba ada satu kereta colour dark blue lalu kat tepi. Pastu Aina bagitau. "Auni, tengok arab tu. Dah lah tua, pastu ada hati nak cakap amende ntah". Time tu tak perasan lagi, so just biarkan je lah. Pastu masa kitorang dah masuk kat lorong lain, tetiba ada dia lagi. Rupanya dia follow dari belakang. Tau dia cakap apa? "I want to lick your toes, I want to lick your feet". Gila tak gila? Pakcik, pakcik takde makanan dah ke apa?? Tak sempat nak balas balik, dia dah vrumm cecepat blah. Ayat "f*ck you" memang selalu sangat dah dengar. Budak kecik umur 8,9 tahun pun boleh cakap camtu bayangkan.
5. Hygiene
Dah jadi culture dorang, mandi bukan everyday. Lagi-lagi time winter. Ada satu kisah ni, diceritakan oleh kawan saya sendiri, baba rumah dia mandi sekali seminggu je kot. Bayangkan macam mana bau diorang.. Taknak sambung.
6. Penipu
Part ni memang. kalau korang naive sangat, senang sangat lah nak kena tipu. Harga LE50, dorang cakap LE100. Lagi-lagi kalau dia dengar kita cakap bahasa English, lagi suka dia nak tipu. Sebab tu kalau nak datang sini, sesiapa lah, better bawak kawan yang pandai berbahasa Arab Mesir ye.
Tapi, TAK SEMUA ARAB MACAM ATAS NI. Ada yang baik, contohnya kisah Aja yang hilang LE750, lepastu ada seorang lelaki arab jumpa and buat annoucement tanya siapa ada hilang duit contact dia. So alhamdulillah, Aja dah dapat balik dah duit dia tu. Lagi satu kisah, mama rumah kami. Mama rumah kami ni memang baik sangat. Kalau datang je rumah dia, tak pernah balik dengan tangan atau perut kosong. Ada je benda dia hidang and bagi. And kawan-kawan Arab sekelas dengan kitorang pun ramai yang baik. Yang tak berkira kalau nak share notes or buat kerja kumpulan.
Sementara tunggu nak present
Memang culture Arab ni berbeza sangat-sangat dengan culture kita orang Timur. Orang timur memang terkenal dengan politeness, cakap pun slow-slow, setiap benda cakap thank you. Sampaikan cikgu kelas kitorang cakap dia pun terkejut masa first time tengok orang Malaysia sebab calm sangat. Ingatkan depressed ke apa. Pfft. Hahahaha.
Apa-apapun, ada satu pepatah (eceh pepatah) haha yang kak senior pernah cakap masa first year dulu; Cari lah permata dalam debu pepasir Mesir. Betul tu. Biarlah seteruk mana pun diorang, pandanglah dan carilah yang baik. Tanah Mesir ni memang tanah Firaun, tapi ia juga tanah Nabi Musa a.s.. InshaAllah, banyak je benda baik yang kita dapat daripada orang Arab itu sendiri. Bab yang tak baik tu jadikan je lah sempadan. Especially part buang sampah merata-rata!! Grr.
p/s: nak kurus!
p/s/s: Terasa.
p/s/s/s: sejukk burr