Tuesday, July 24, 2012

Some Updates

Oh ya. Saya dah di Malaysia. Sudah 2 minggu. 

Ramadhan kali ini rasa berbeza dari sebelumnya. Ramadhan lepas, menjaga arwah nenek yang terlantar sakit adalah satu pengalaman. Semoga nenek tenang di sana. Al-Fatihah :)

Ramadhan kali ini, memang rasa berbeza. Dalaman dan luaran. Dalaman, hanya Allah yang tahu betapa tenangnya Ramadhan kali ini, berbanding tahun sebelumnya. Kali ini tiap kali usai sembahyang fardu, aku minta pada Allah, moga diberikan ketenangan dan kebahagian dalam keluarga aku. Kedua ibu-bapaku, adik-beradikku, dan tidak lupa pada diri aku sendiri. Lagi-lagi dengan beberapa perubahan besar yang telah berlaku dalam keluarga aku. Bapak semakin selalu travel kerana kerjanya sebagai pensyarah sekarang memerlukannya ke sana ke mari. Setiap weekend je boleh jumpa dia. Kalau takde kerja luar, barulah boleh jumpa masa weekdays. Dengan mak yang semakin busy dengan mengajar di tuisyen 3 kali seminggu, yang menuntut banyak tenaga daripadanya. Semuanya kerana ingin mencari nafkah dan rezeki buat adik beradik bersembilan ini. 

Tak kurang juga adik beradik yang semakin membesar. Eyan yang bakal masuk pengajian degree di UNIMAS dalam bidang seni halus September ini. Alyaa dengan SPM nya tahun ini, dan Ainaa dengan PMR. Yang kecil-kecil tu semua semakin nakal -___-"

2 minggu berada di Malaysia belum ada sebarang progress yang boleh dibanggakan. Cuma rutin biasa yang diulangi setiap hari. Bangun pagi, kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas dapur, dan yang sewaktu dengannya. Haha. Lepas tu, dalam pukul 1pm ke atas, barulah free sikit. Tengok TV, baring, tengok TV, baring. I know it sound sooo boring kan? Hahaha but the fact is, I enjoyed it. At least for this past 2 weeks lah. Feeling nak jalan-jalan and do something still belum hadir dalam perasaan *ecewah*. Perhaps we shall see for the next coming week? Actually dah ada beberapa plan that I had planned before, but tunggu dulu. I still wanna lazing around, and enjoying do nothing, after quite hectic months I had before.

Oh oh by the way. Alhamdulillah, I passed my final exam. So now, I am officially a 5th year med student! Thanks for all the prayers! :) :)

Okay agak tersasar dah post ini. Haha. Ok bab luaran pulak, hmm..ada beberapa jerawat di muka yang menghantui! Hahaha. Tension sungguh, mendarat je kat bumi Malaysia, agaknya kulit muka kena culture shock lah kot, terus terpampang ambikkaw 2,3 jerawat. Haih. Selain tu, tangan masih sakit sikit, yeah I never told you before, but I had this small accident kat Egypt last month, when I hit eh no.. a motorcycle hit me. Hohoho. But nothing serious, just well, a whole new experience for me. Kena langgar. Kehkehkeh :P

Sebenarnya, nak confess satu benda ni.
Kenapa post ni macam bernada serius semacam?????????


Selamat berpuasa anyway! Salam Ramadhan 1433
XOXO
  p/s : First time tarawih kat Masjid Desa Ilmu. Best jugak. hehe
p/s/s: tulis belog ni ikut mood actually. Kalau tengah serius, serius lah jadinya. haha
p/s/s/s : Somehow, something has changed.


2 comments:

Afiqah / Cha'a said...

auni. setuju dgn part Ramadhan ni lain sket tenangnya dr tahun sebelumnya. :)

Ramadhan kareem auni! and conrats coz pass xam..

aunishbini said...

Hai Cha'a!!

Kannnn? May this Ramadhan bring more barakah to us.

Anyway, salam Ramadhan to you too! And thank youuu :)