Bercerita pasal mimpi ni, banyak sangat mimpi yang saya alami. Dari genre seram, romantik, aksi, dan segala genre yang wujud atas cakerawala ni. Serius. And most of the time, siap hafal lagi jalan cerita mimpi saya tu macam mana, walaupun ada part yang agak blur-blur. And sometimes, I do wonder do people dream oftenly like me? Or my imagination is too high? :o
Mimpi #1
Aku ada misi untuk meng'download' satu software ke badan aku sendiri, dan software itu mampu menyebabkan diri orang yang download tu kuat. Masalahnya di sini ialah apabila software itu ada dalam Samsung Galaxy Tab yang aku tak pasti berapakah incinya, milik seorang lelaki.
Pelbagai cara aku lakukan seperti memecah masuk bagaikan Catwoman, beraksi seperti Angelina Jolie dalam cerita Salt, dan ada masanya aku telah mampu mencapai tab tersebut, tetapi malangnya terlepas apabila ada orang lain yang merampasnya daripada aku. Kenapa? Sebab semua orang nak tab tu. And akhirnya bla bla bla tab tu kembali kat tangan si pemilik tu. Jangan tanya di mana aku belajar seni memecah masuk itu. Tapi aku rasa mungkin ada dalam genetik aku seperti Alice? Haa.
Fikir punya fikir, aku akhirnya memutuskan untuk menyamar menjadi pembantu rumah si lelaki itu. Yang menjadi complicatednya di sini ialah apabila kami saling jatuh cinta antara satu sama lain. (Nampak tak permainannya di sini?). Aku serba salah, tapi aku masih perlu settlekan misi aku, mendapatkan software tersebut. One day, aku dapat peluang mendekati tab tersebut, dan akhirnya berjaya meng'download'kannya ke dalam badan aku, tanpa sesiapa pun perasan.
Tapi perasaan serba salah semakin menebal, and aku ambil keputusan untuk beritahu aku sebenarnya bukanlah pembantu rumah. Sebab aku taknak hubungan kitorang ni ada rahsia di antaranya. Aku nak berterus terang. Tapi jadi satu masalah lagi, kalau aku berterus terang, dia mesti tak suka aku dah, and mesti dia tinggalkan aku. But one day, aku tabahkan hati, aku cuba bagitau. Beberapa percubaan aku buat, aku tak tersampai hati. And nekad for the last time, aku berdepan dengan dia. Aku buka mulut and then....................aku terjaga dari tidur. Pfft.
Mimpi #2
Di tempat tersebut, ada dua lift. Dari luar, lift itu kelihatan sepertimana lift biasa yang anda jumpa, namun aku tak pernah menyangka hari tersebut merupakan hari lift luar biasa buat aku.
Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam mimpi itu, aku dibawa naik ke aras yang aku mahu. Keseorangan. Entah bagaimana, buka sahaja pintu lift itu, aku ter'transported' ke 50 tahun yang lepas. Aku tiba di satu classroom, di mana di dalamnya ada kawan-kawan aku yang masih muda (aku pun tak tahu bila masa aku ada kawan yang berumur 50 tahun ke atas, tapi layankan aje lah). Masa tu, aku bertemu mereka dalam kehidupan mereka yang lalu, sebelum kami pernah berjumpa.
Ada antaranya kawan yang aku sudah lama lost contact, dan ada yang memang aku rapat sampai sekarang. Aku terangkan satu-satu kepada mereka apa yang akan jadi pada mereka 50 tahun akan datang. Salah seorangnya ialah Aina. Ye, Aina housemate aku tu ler. Aku jumpa je dia, aku terus peluk dia sambill menangis and cakap, "Thank you sebab jadi bestfriend aku".
Setelah beberapa lama aku di sana, aku nak balik ke masa sekarang. Aku try masuk balik lift tu, tapi timing asyik tak kena sebab ada 2 syarat akalu nak being transported by that lift. 1. Ada masa tertentu sahaja. 2. Harus ada saya seorang sahaja dalam lift tersebut. Masa tertentu itu boleh datang apabila dibacakan mantera khas namun aku terlupa! Maka aku harus 'try and error' untuk mendapatkan masa tertentu tu. Aku cuba, cuba dan cuba! Tapi tak berjaya! Aku cuba lagi dan lagi dan lagi! Dan tiba-tiba..............aku terjaga dari tidur. Pfft. Rasanya berjayalah kot. -___-"
Mimpi #3
Aku berada di kawasan bersalji sambil menonton perlawanan hoki. Aku bersama seorang lelaki yang agak tinggi and sangat sweet. Disebabkan aku sejuk, dia ambil tangan aku, dan menggosok tangannya. Nak bagi heat lah kot. And then, balik sahaja ke rumah, ada seorang lelaki lain. Dia bagi aku warm milk, and dia sanggup tunggu kat luar, semata-mata nak jaga persekitaran rumah, nak pastikan aku selamat. Selamat dari siapa atau apa, itu aku tak tahu. Yang pasti perasaan aku happy, tapi aku tak tahu siapa aku dalam mimpi tu. And then aku bangun. Kbai.
Itulah beberapa mimpi yang aku mimpi untuk 3 hari yang lepas. Tak perlu tafsirkan. Hahaha. Apa-apa pun, mimpi tu kan permainan tidur. Tu yang jadikan mimpi tu best. Haha. But here some facts about dreams:
1. Strangers yang anda lihat dalam mimpi sebenarnya anda pernah lihat mereka in real life at least once before this.
2. People who emerge in your dream are most likely because they are missing you.
3. Mimpi berwarna setelah wujudnya televisyen berwarna.
4. Otak anda ketika tidur adalah lebih aktif berbanding ketika anda menonton tv
And kadang-kadang tu, bila mimpi hantu, kalau terjaga, aku akan berjaga beberapa minit untuk aku lupakan mimpi tu sebelum sambung tidur, kot-kot mimpi balik nanti. Tak pasal kembali berpeluh!
Ha mimpi korang apa pulak?
p/s: kalau aku bukukan mimpi-mimpi aku ni, boleh buat buku dah rasanya.
p/s/s: lagi 2 hari. Can't wait for him!! He is coming
p/s/s/s: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin semua! :)