Friday, December 9, 2011

A Very Easy Carrot Cake!

Actually semalam dah buat kek ni, tapi siap dalam nak dekat kul 11. Semua dah tidur. Sape nak makan? Haha. So, Let it sejuk lagi dalam fridge for a night.

This is my first time making this carrot cake, and alhamdulillah menjadi walaupun the frosting is a bit manis. So, I guess, next time, I should reduce the sugar. Well, healthier too kan? ;)

Ada certain yang mintak resepi kat Facebook, so since satu kerja pulak nak inbox setiap orang, let me share it here. Senangkan? Haha. Carrot cake ni senang je nak buat :) Even first time pun konfem berjaya. hahaha!

Mari kita mulakannn!

CARROT CAKE



Adunan kek

Bahan-bahan;
4 biji telur
1 1/4 vegetable oil
2 cawan gula
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh ekstrak vanilla
1/2 sudu teh garam
2 cawan all-purpose flour
2 sudu teh serbuk kayu manis
3 cawan lobak merah yang telah diparut ( dalam 5 biji saiz medium)
1 cawan kacang pecan yang telah dipotong (optional)

Cara-cara;
1. Panaskan oven 175 degree C.
2. Putarkan telur, minyak dan gula di dalam mixer hingga sebati.
3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang dah diayak, soda bikarbonat, baking powder, garam, vanilla, dan serbuk kayu manis. Kacau sehingga sebati.
4. Kemudian, masukkan lobak merah dan kacang pecan ke dalam adunan, dan gaul.
5. Sediakan dua buah loyang aluminium bersaiz 19cm x 14 cm x 4.5 cm. Masukkan sedikit minyak, dan goyang-goyangkan aluminium, agar minyak menutupi semua bahagian.
6. Bahagikan adunan ke dalam kedua-dua bekas aluminium itu sama rata.
7. Masukkan ke dalam oven selama 40-50 minit.
8. Pastikan kek betul betul masak sebelum dikeluarkan dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan pencungkil gigi, dan tiada adunan yang melekat padanya. Permukaan kek yang masak akan kelihatan coklat keemasan.
9. Keluarkan dari oven, dan biarkan selama 10 minit, kemudian keluarkan dari loyang aluminium masing-masing, dan biarkan ia sejuk sepenuhnya. Sementara itu, buatlah adunan frosting.

Adunan Frosting

Bahan-bahan;
1/2 cawan unsalted butter (biarkan dalam suhu bilik, pastikan ia lembut. Taknak keras ye?)
250 gram cream cheese (juga yang telah dilembutkan )
2 cawan icing sugar ( sebelum ini 3 cawan, kalau anda mahukan manis, tambah. Kalau hendak kurangkan, kurangkan. Ikut citarasa masing masing)
1 sudu teh vanilla

Cara-cara;
1. Masukkan butter dan cream cheese ke dalam mixer. Gunakan medium sized bowl. Putar sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan gula aising dan putar sehingga betul-betul sebati. Lepastu, barulah masukkan vanilla dan putar lagi sehingga menjadi warna putih dan creamy.
3. Biarkan ia sebentar, tapi jangan kena panas tau!

Cara melapis kek;
1. Terbalikkan kek-kek tadi yang telah SEJUK. Pastikan ia benar benar sejuk, kerana takut nanti bila kita gunakan adunan frosting nanti, adunan itu akan cair.
2. Di atas kek pertama, sapukan adunan frosting, sehingga menutupi semua permukaan kek pertama itu.
3. Letakkan kek yang kedua di atas kek pertama.
4. Sapukan adunan yang selebihnya di keliling kek, dan hiaslah mengikut kreativiti sendiri. Setelah siap, masukkan ke dalam peti sejuk, sekurang-kurangnya 2 jam.

SIAP! :)


If ada yang merungsingkan fikiran tentang carrot cake ni, feel free to ask me kat komen bawah ni, or inbox kat Facebook. :) SELAMAT MENCUBA!

p/s: thanks kepada yang sudi habiskan kek. Housemates semua dah muak makan kek, haha!
p/s/s: esok dah start kelas. malasnyeeeee
p/s/s/s: tadi for the first time, turun mengundi. HAHA
p/s/s/s/s: Aik???


4 comments:

AzyShakiLa said...

alaa...cam leceh je...
xdak mixer!! :((((

aunishbini said...

Mana ada leceh. Macam jeee. Senang gile! masuk kacau, masuk kacau. Haha, alaa guna pengacau tu pun bolehhlah.ni letak mixer sebab semalam pakai mixer. :)

AzyShakiLa said...

camne nk wat yg lekuk2 tu?? gune kertas yg digulung pastu isi cream dlm kertas tu and picit wat corak32...cmtu ke? ^^

aunishbini said...

yuppp camtu jee. pandainyee! hehe nanti poslah gambar nak tengokkk :)