PESANAN PENAJA: POST INI MENGANDUNGI AGAK BANYAK GAMBAR.
Assalammualaikum.
Bagi
mana-mana pelajar di Universiti Mansurah, pasti ada satu tarikh, yang
akan sentiasa dikenang dan terpahat dalam-dalam di hati mereka. 13 April
2012. Kenapa? This post gonna explain to you why ;)
Bermula dengan satu meeting yang diorganisasikan oleh ahli committee pelajar Malaysia sendiri, dan meeting-meeting seterusnya, dan diteruskan lagi dengan usaha gigih dan kededikasian setiap ahli Family Team Cultural Day 2012
ini, yang tak pernah lelah dan mengeluh dalam memberikan 200% komitmen
terhadap tugas mereka. Pagi ke kelas, petang sampai malam pula
menyiapkan kerja unit masing-masing. Tu tak termasuk lagi cerita ada AJK
yang makan sampai tersengguk-sengguk menutup mata. Hehehehe.
Dan
hanya Allah yang tahu, betapa berdebarnya menanti tarikh keramat 13
April itu, untuk mempamerkan hasil keringat yang telah diperah. Dan
ternyata, sambutan terhadap Cultural Day ini yang melibatkan 7 buah
negara iaitu Egypt, Oman, Libya, Palestin, Iraq, Arab Saudi, dan
pastinya Malaysia, amat memberangsangkan, malahan melebihi daripada
jangkaan kami!
credit to Fawwaz
Cultural
Day 2012 ini bermula dengan pembukaan Pameran Malaysia tepat jam 10am,
yang terletak di dalam satu tempat ala-ala gazebo dalam tempat kem
pengakap, di mana
ditengah-tengahnya terdapat satu fountain berbentuk bintang yang sangat
cantik, dan sangat menepati tema yang mahu dibawakan oleh kami
iaitu Istana Melayu. Di perkarangan gazebo ini, telah dihias indah
dengan kain organza emas, yang lembut beralun apabila dibuai angin, yang
diambil ideanya daripada muzik video 'Asmaradana'. Ecewah. Haha!
Description taknak kalah tu! Hahahaha! Nak dipendekkan cerita, kiranya,
nak buat macam ala-ala chalet tepi pantai or perkarangan istana lah. Haa
gituu. Hehe.
Sepanjang hari tersebut juga, pelbagai
aktiviti menarikkk ada okay? Kalah Jom heboh hebohh. Pfft. Haha. Ada Teh
Tarik Challenge, Demo Masakan oleh Cik Siti Masterchef uolss haha, ada
Karaoke Pesta Muda Mudi (nama takleh blah tuu -__-"), ada sesi permainan
tradisional bagai seperti batu seremban, congkak, tarian buluh, lompat
getah, jalan atas tempurung, dam haji! And selain itu, acara petang
dipadatkan dengan acara dewan di mana dengan bangganya kami
mempersembahkan tradisi Melayu, "Tarian Zapin", nyanyian "Semerah Padi",
"Ulik Mayang", dan "Cindai", dan diakhiri dengan "Fashion Show". Dan
dari kontijen Malaysia ( haha kontijen lah sangat ), International
Cultural Day diakhiri dengan letupan kebabom bunga api, semekar bunga
raya! (dandan terus bunga raya). Bak kata kawan-kawan Arab, duta-duta
Arab semua lah, diorang sangat tertarik dengan budaya Malaysia. *Ehem,
Kementerian Pelancongan Malaysia, kami dapat komisen tak? Kekeke ;)* Oh, did I mentioned that we managed to get first place for the best performance? Yeah, we did.
Ha,
tanpa melengahkan masa, moh le saya mempersembahkan beberapa gambar
yang saya 'petik' dari album geng-geng saya yang memiliki kamera HEBAT.
Bak kata pepatah, a picture shows 1000 words. So daripada saya
memenatkan jari taip nak deskripsikan suasana Cultural Day ni, baik saya
tunjukkan korang beberapa gambar, jimat! Haha!
Oh,lupa. Cikgu BM kata karangan kena ada penutup.
Sebagai
penutup, saya harap International Cultural Day akan dapat diteruskan
lagi pada masa akan datang kerana dengan ini, bukan sahaja dapat
mengubah persepsi Arab yang asyik dok cakap "hongga bongga (?)",
"buyaaa", "ni hao (?)", "hakuna matata", dan beberapa ayat kritikan yang
lain. Biar dia tahu mana Malaysia, mana negara diorang. *ceh*. Dan
paling penting, cuba korang bayangkan, setiap seorang jejaka dan gadis
datang segak cantik belakan berpakaian tradisi, and bermain bersama
bergumbira ewah di perkarangan istana (kononnya), dapat tak korang
bayangkan ke-best-annya? DAPAT TAKKK? Grrr. Hahaha! Sangat ohsem okay!
Sekian. Nah layannn these EYEGASM PICTURESSS!
Tempat Pameran KONONNYA Istana
Credit to Kucai
Booth negara lain
Credit to Kucai
Cik Siti sedang mengajar Mamat Arab kelim karipap
Credit to Kucai
Pameran Melayu. Ade sesat baju ala-ala korea kat situ sebab difahamkan kat Booth Cina dah penuh. Sekian. haha!
Credit to Kak Faz
Ruangan "Mari Belajar Bahasa Melayu" dan "Malaysian's Achievements"
Credit to my 2MP Blackberry -__-"
Teh Tarik King Challenge. Melentik-lentik gitu Habib ye?
Credit to Kak Faz
Tarian-Buluh-kalau-main-kaki-tersepit-terpijak-terpeleot
Credit to Kak Faz
Dam Haji (Coba korang renungkan, apa pasal si Illmie ni harus berposing begitu sedangkan baru 1st move? Err..)
Credit to Kak Faz
Pameran Kaum India (Malaysia). Ada laddoo tau, menarik! tapi tak boleh makan sebab tipu-tipu je. Huh! Pentipuuu :P
Credit to Kak Faz
Pelajar Malaysia yang turut 'berebut' makanan ;)
Credit to Taqi
Sharing delicacies
*saya tak sempat pun nak rasa makanan booth lain.kthxbai*
Credit to Taqi
Mamat arab yang eksaited nak main congkak
Credit to Taqi
Upacara Bersanding
(p/s: they are REAL NEWLYWED couple :D)
Credit to Taqi
Waktu kecik, takleh nak main lompat getah ni, nanti malu abang-abang macho kita ni dengan budak perempuan. Hihi
Credit to Taqi
Pameran Kaum Cina (Malaysia)
Credit to my 2MP Blackberry -__-"
Beberapa jejaka Arab sedang menge-check tempat-tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon (?)
Credit to Taqi
Pameran Kaum Lain-Lain (Malaysia)
Credit to my 2MP Blackberry
Pramugari MAS ambilan ke-1193
Credit to Fawwaz
Mak aihh mak aihhh puas karok cik abang? Kemain bawah bulan purnama ye? :P
Credit to Fawwaz
Fashion Show yang sangat SUPERB. Nak model? Sila hubungi saya.
Credit to Fawwaz
Students from Saudi Arabia sedang mempersembahkan upacara tradisi perkahwinan mereka. Kita kat Malaysia baling bunga rampai kan? Diorang baling gula-gula tau! Yum!
Ber"Do-Re-Mi" sambil main bunga api! Makin malam, makin heboh! Bak kata orang putih dolu-dolu, the more the merry-ahh (meriah) XD
Credit to Kak Nad
Kek Jalur Gemilang untuk perasmian pameran kami. Cantik kan? :)
Credit to Safwan
And Cultural Day ini, diakhiri dengan fireworksssss!!
Credit to Ulfah
Actually pening gak nak pilih gambar-gambar nak masuk kat sini, sebab semuanya cantik-cantik! So if korang rasa tak puas, or mungkin nak tengok gambar korang/kawan korang, silalah kelik di nama mereka yang telah saya hyperlink kan yang berwarna kelabu itu! Tak, tiada bayaran dikenakan. Oh, here are also few videos about our International Cultural Day 2012!
Ini adalah video yang telah dihasilkan oleh MUMIA Productions, yes, a photography club of Malaysian Students, here in Mansoura. Let's give a big applause!
And yeahhhh, our event masuk news Arab! Heeeeeeeeeeee *sila sengih sekali*
Dan ini, tarian Zapin yang telah dipersembahkan oleh kami! Pasni, sambil-sambil bedah patient tu, bolehlah berzapin sekejap ye dok? :P HAHA
Oh ada satu lagi gambar.
I am proud to be a part of the team :)
Congrats to all 'family members' and thanks untuk semua yang hadir memeriahkan event ini!
Muah muah!
p/s: Yuya tinggi tipuuu. tak aci! taknak geng dah! grrrr
Ok. Alhamdulillah. setelah beberapa kali cuba publishkan post ni, akhirnya berjaya jugak. Pfft. Banyak halangan okay, nak dekat berapa hari diperam. HAHA! Okay, that's all for now!
p/s: demam + selsema + sakit tekak = kafarah. Semoga cepat sembuh, Auni!
p/s/s: Ya, masih banyak piring hitam belum kita mainkan ;)
p/s/s/s: masa cultural day, saya pakai baju 'crew' so tak lawa-lawa belaka macam orang lain, so taknak tunjuk gambar saya banyak-banyak. Hewhewhew. Plus, ada gambar belakang je, tak pun sisi -__-" *sambung drama* Hahaha!
7 comments:
Upload la gambar dekat Flickr Auni, pastu ko link kan je directly dari Flick, so senang.
Dan boleh pilih size gambar yang kita nak.
Tapi..tapi..tapii..
Gambar tu di'petik' from album Taqi, Kak Faz, Fawwaz, Kucai semua tu.
So how? -__-"
Kena mintak permission dorang lah kan before upload dalam Flickr. But, nice idea! senang sikit nak upload! :)
Ko save dalam computer pastu upload la kat Flickr, kene wat akaun dulu.
Bagus upload kat flickr ni sebab kita xyah letak watermark, gambar kita semua akan jd copyright uploader punya. ^__^
Hahaha ok, camtu nak nak kena bagitau dorang dulu lah nak guna beberapa gambar ;) Orait thanks!
Ok Arham!
Dah dapat upload gambar dalam belog, tak payah upload kat Flickr. Hihi. Haih, at last!
:D
ish3..siannye AJK tu tersengguk2..
Kesiannnnn dia kannnnn?
Sambil makan mengunyah bagai, dia siap tertidur lagi. Alolololo.
Hahaha
Post a Comment