Monday, August 3, 2009

tirai ogos telah dibuka!

KOTA SAMARAHAN, 2 Ogos - Sebuah kereta yang mempunyai 9 orang penumpang telah dijumpai merayau-rayau di sepanjang jalan raya dari Samarahan. Suspek2 dikenalpasti telah mengunjungi Sebuyau, Sebangan, dan Semera ; yang mana ketiga-tiganya adalah daerah kecil Bahagian Kota Samarahan. Suspek2 telah memulakan perjalanannya dari pukul 11.30pagi. Berikut adalah kegiatan-kegiatan mereka sepanjang hari itu. (Kanak-kanak bawah 12 tahun tanpa pengawasan orang dewasa dilarang meniru aksi ini di rumah)
THUMB UP!... Suspek menunjukkan tanda bagus untuk ikan masin yang dibeli oleh emak suspek di Sebangan.

memulakan tour diorang kat sebangan, setelah menaiki feri, makan mi goreng 2 pinggan besar untuk lunch. "diorang makan banyak. RM 30.80 semuanya,"kata pemilik gerai makan tesebut. Namun, setelah habis makan, diorang terus blah dari Sebangan dan menuju terus ke Sebuyau. Ayah suspek dikatakan pernah bersekolah menengah di sana. Di samping berjalan-jalan, diorang gak dilihat mengunjungi tempat2 "memories" ayah diorang tuh and melawat umah pamili angkat ayah diorang mase sek men dulu2.
GERAI ABC yang menjadi tempat peberet ayah suspek mase ayah suspek mude2 dulu if ber'kesempatan' kuar dari sekolah.tapi, kat mane ayah suspek suke duduk dulu?
IKAN PANJANG yang sangat besar kelihatan ditarik oleh seorang nelayan di Sebuyau (sila fokus dalam bulatan merah yang telah dilukis)


Kat bawah ni plak, ikan panjang dari jarak dekat.mari kite zoom innnnn!!!! (tiada pengeditan dilakukan)
RM15 SEKILO dan emak suspek mebeli 2 kilo. Bak kate mak, "arwah nenek suke sangat ikan ni.."


RUMAH KENANGAN ayah mase sekolah menengah


Ending tour diorang ari tu di"stop"kan kat Semera after makan pisang goreng dan beberapa makanan len2.Sumber yang boleh dipercayai mengatakan Semera adalah tempat suspek2 tinggal dulu before diorang pindah ke Samarahan. Tepat jam 8.17pm, suspek2 kelihatan mula balik ke Samarahan setelah seharian berjalan2.
LETIH dan terus tidur dalam kereta.Begitulah muke adik2 suspek dalam perjalanan balik.
SENYUMAN KEPUASAN terpancar kat muke sorang2 sepanjang ari "down memory lane" tu.




Jadi, if anda2 semua terjumpa suspek nih, sila hubungi kami secepat mungkin ye. kami memang nak sangat tangkap mereka ber-sembilan nih.so, plis2 yer..kerjasama anda amat diharapkan!!
sekian laporan mulut kepoh.
p/s : cam sekejap je 17 taun berlalu..

2 comments:

Imran said...

bapak beso ikan. org kate ikan besa2 besnyer x sesedap ikan yg kecik. btolkah?

aunishbini said...

u better try fers,kyddo! ngehehe~ konperm nanges meraung-raung nak lagi.
tp xtau la ikan besar len cam paus ke...haha