Thursday, September 20, 2012

Bingka Labu dan Ahlong

Kenapa dengan bingka labu dan ahlong? Oh sebab hari ni saya buat bingka labu, dan saya nak cerita juga pasal ahlong. Tapi apa kaitan antara keduanya tak ada lah pulak, tapi kalau ahlong tu gi makan bingka labu, possibility macam ada. Okay merepek. -_____-" Haa, bukan  A L O N G, ALONG! Bukan-bukan. Ini ahlong yang bagi pinjam duit, interest merepek, dan kalau tak dapat bayar, potong kepala maaa. Lu pandai pinjam, lu pandai bayarr maa. Jangan lu pinjam, lu lali lali aa, lu solok solok, takmau bayar ma! Ni apa pasal wa cakap cina wa pun tatau maaaaaaaaaaaaaaa. (-_-")

Okay, kita usha dulu bingka labu yang saya buat untuk minum petang tadi. Relaks dulu sebelum kita ke hal serius. Nah, ambik air teh ni. Jemput makan.


Dan.....inilah hasilnya setelah dibako bakooo bakooooo *echo*


Okay. Sekian. Mari bercerita pasal ahlong pulak. Bukan sekali dua kita dihidangkan (eceh kemain ayat berbunga, 'dihidangkan' cecececececece) dengan cerita orang yang tak dapat bayar balik duit yang dipinjam dari ahlong, keluarga mereka diburu, kereta dibakar, rumah dikepong. Sampai takut nak balik rumah ha. Hidup pun dalam ketakutan. Ini bukan cerita main-main. Ini cerita betul!!! (3 tanda seru saya letak. kalau tak nampak penegasan dia kat situ, tak tahulah)  Even dalam tv dan drama pun kita ada tengok kan? 

Tapi yang mendatangkan kehairanan bin kepelikan adalah, masih ada yang meminjam dengan ahlong. Tapi cik adik, cik abang, cik kakak, makcik, pakcik semua, ada satu je kebaikan meminjam dari ahlong ni. DUIT SEGERA TANPA PERLU BANYAK DOKUMEN. Tapi, mak aih, lepastu haaa berjela senarai keburukan dia.

1. Pinjam RM 2000 (contohnya), interest sehari RM 50 (contohnya). Bila kena bayar, berlipat kali ganda naiknya.
2. Keluarga sentiasa dalam ketakutan di mana-mana, sebab takut diserang ahli ahlong.
3. Kehidupan tak aman, sebab dalam ketakutan.
4. Bila kehidupan tak aman, keluarga porak peranda., kerja pun entah ke mana.
5. And the list goes on and on.... Pepaham je lah long consequences nya.

Jadi awak semua, TOLONG SANGAT-SANGAT. Seterdesak manapun anda, (habis cikgu bm marah kang pepandai tubuh ayat baru. hakhak), sila JANGAN SESEKALI MEMINJAM DARI AHLONG. Ada banyak cara lain untuk cari duit. Kalau rasa memang dah tak ada cara tu, just satu je kena beringat. Meminjam dari ahlong IS NEVER AN ANSWER. Banyak kisah yang saya dengar dari orang yang saya kenali yang meminjam dari ahlong. Bukan sahaja mereka yang susah sampai kena lari dari kampung sebab ahlong kejar. Dan ada yang datang tunggu kat rumah dan tempat kerja. Jadi, berjimatlah dan sentiasa rancang perbelanjaan anda. Lebihkan keperluan dari kehendak. Biar bersusah sekarang, jangan susah kemudian. Kalau agak-agak nak pinjam duit ahlong sebab nak buat kenduri/hantaran, tak payah lah. Niat memang dah baik dah tu, tapi cara salah. Oh kenapa bagi contoh hantaran? Sebab 2,3 hari ni dok trending kat twitter pasal nilai hantaran tinggi. Kenapa trending, jangan tanya saya.

Btw, ada orang cakap belog ni dah macam belog makanan dah. Haha. Bukan apa, petang-petang bosan takde kerja, masuklah dapur buat kuih. Tu yang 3 hari straight ni post pasal kuih je. Haha!

p/s: haih. ni yang rasa nak beli handphone baru je terus ni *macam banyak duit. pfft*
p/s/s: Comellah pulak si mekanik kapal ni. Hiks.

Wednesday, September 19, 2012

Alahai Si Seri Muka

Hari ni, seperti yang telah di sneak preview kat post semalam, kita akan buat satu lagi projek iaitu Kuih Seri Muka. Hari ni kita straight forward je. Takdak intro pepanjang dah. Takda belok sana sini. Takda melalut ke laut. And post kali ni, ada resepi, khas buat Zan Zahidah Zainal yang berada di Ostolia, dengan ucapan, selamat bergraduasi hujung tahun ini. 


Bahan A
2 cawan beras pulut
2 1/2 cawan santan cair
1 sudu teh garam

Bahan B (dari kiri)
2 sudu tepung kastard
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan (saya guna pes pandan je)
1 sudu teh pewarna hijau

Cara-cara
1. Rendam beras pulut beberapa jam.
2. Campurkan santan dan garam ke dalam beras, dan masukkan ke dalam bekas kukusan.
3. Kukus sehingga masak
4. Apabila sudah masak, keluarkan dari bekas kukusan.
5. Mampatkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik bersaiz 8 inci.
6. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas.
7. Kacau semua bahan sehingga sebati. Kemudian tapis.
8. Panaskan adunan sehingga suam-suam kuku.
9.  Tuangkan adunan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi.
10. Kukus selama 30 minit. Sejukkan dan hidangkan. Siap!!

Dan jengjengjengg inilah hasilnya! Senangkannnn?? Haaa


Haa time buat si seri muka ni ada kisah dia jugak. Sebab tu lah tajuk post ni ada perkataan "Alahai". Hahaha. Cerita dia camna? Sabaqq sabaq. nak cerita lah ni. 

Time second kukus tu, kan hanya perlu kukus selama 30 minit, lepas tu bila ceq check balik selepas 30 minit, ceq tokojut beruk, beruk pun tak tokojut cam ceq. MASIH CAIR. Ini hal ehwal kecemasan sudah ni. Berdebar dah hati ceq haaa. Ceq buang rasa panik, ceq tutup and kukus lagi 30 minit. Tapi lepas 30 minit tu lagi, MASIH CAIR JUGA. Ahh terbayang kekecewaan anak-anak kapal (sila rujuk post semalam) kalau diorang tak dapat makan seri muka ni. Lepastu, ceq nekad nak tambah tepung custard. Ceq pi cedok ha air tu, sekali keras kat bawah. Ceq cedok lah lagi. Rupanya dah masak je pun, tapi sebab santan ceq tu pekat sangat lagi lagi santan tu ceq dah bekukan sehari, pasal tu lah dia berlemak semacam. And yang cair tu adalah minyak dari santan tu. Haihhh buat debaq ceq ja naaaa. Haa maka menjadilah seri muka ceq ni. Alahaiii si seri mukaa ( nak jugak selit tu perkataan alahai. pft) -_____-". Sekian. Oh by the way, pasal apa ceq jadik oghang utagha hari ni??

Selamat mencuba, Zan!

p/s: esok tak sure lagi nak buat apa. tengoklah camna.
p/s/s: 6 pieces for 6th month :)
p/s/s/s: handphone oh handphone! :'(

Tuesday, September 18, 2012

Of Onde-Onde / Buah Melaka

Hari ni bangun je dah lambat. 10.30am. Dah lah rumah bersepah gila. Maklumlah, anak-anak kapal kat rumah ni ada 9 orang. Haaa maunya 9 orang tu buka sana buka sini sepah sana sepah sini. Lagi-lagi semalam cuti hari Malaysia. Haha. Sebagai suri rumah sepenuh masa waktu cuti ni (pfft), dengan malasnya dan gagahnya saya menolak selimut yang membaluti tubuh dengan mata separa sedar, dan terus mencapai kain tuala yang tergantung elok di belakang pintu bilik. Lantas pintu dibuka dan ... okay. Jangan risau. Saya tak buat novel kat sini. Hahaha.

Kisahnya, mandi pun apa pasal entah lama semacam pagi tadi. Agak-agaknya bermimpi dalam bilik air kot membayangkan diri seakan Pandelela Rinong? Tapi yang pasti setengah jam lah. Lepastu terus kemas rumah yang memang kapal tongkang terbungkang karam ha. Tapi berkat cuti 3 hari, tenaga maintain je cool. Mihmihmih. 

Sampai je petang, seperti hari hari kebiasaan, mesti akan rasa bosan tak tahu nak buat apa. Lantas, disebabkan semangat yang berbaki, terus gi kedai beli tepung pulut, tepung gandum semua. Nak buat apa? Haaaaa nak buat kuih yang kat tajuk post ni lah.

Onde-onde atau buah melaka, saya pun tak tahu yang mana satu nama betul dia, but rasanya dua-dua sama je. Terus sediakan bahan, terus beraksi kat dapur. 


Haaa siap ada nombor tu kat gambau! Haha jangan memain. And dah selamat dah pun masuk perut semuanya. Tak sampai 10 minit, 9 anak kapal beserta mak kapal pun makan. Bapak kapal je tak merasa. Bapak kapal kat Betong. Haha takpe Pak. Nanti along buatkan lagi. Tehehe



Dan inilah hasilnya. 


Anak-anak kapal yang setia menunggu.


Time dok buat onde-onde ni tadi, teringat zaman berbelas-belas tahun dahulu. Time tu, bapak and mak baru je beberapa tahun bekerja sebagai cikgu, dan gaji pula time tu memang kecil. Nak menambah pendapatan keluarga, malam-malam and selepas subuh, mesti mak akan buat macam-macam kuih untuk dijual kat kantin. Antaranya onde-onde ni lah. And selalunya jugak kuih apam macam macam kaler dan bentuk, kuih kusui, and kuih gelang (donut).  I still ingat lagi, duduk tepi mak yang tengah buat kuih, sambil main doh kuih gelang, sambil tangan sebelah lagi pegang botol susu. Kadang-kadang, sampai tertidur kat peha mak. Tsk. :') Besar kan pengorbanan mak? Dari dulu lagi, korbankan masa tenaga nak tolong sara keluarga. I love you Mak! :*

p/s: esok ada satu projek lagi. Nantikan. Wehuuu!
p/s/s: blackberry masih tak ada berita. nasib baik ada twitter and skype :(
p/s/s/s: lagi 2 minggu nak balik. alaaaaa alaa alaaaa




Sunday, September 16, 2012

Sweet September


1. A Mee Kolok Die-Hard Fan

His first time in Sarawak.  For more info and pics, sila lawati laman belog beliau di link sebelah kanan ini. Aah, yang IR SUPERMAN tu. Hahaha. But apa-apapun, sangat sangat bersyukur dengan 4 days 3 nights trip ini, sebab segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar, more than my expectation. And hey, thanks for coming sweetheart ;) Jangan terkenangkan mi kolok sangat. Pfft.




2. Beach Escape

We went to Pandan Beach, Lundu for 2 days 1 night. And walaupun ni entah kali ke berapa picnic-picnic enjoy mandi manda kat pantai, still masih best! Haha. Walaupun beberapa kejadian terjadi seperti kening si Syahir luka kena tiles, and kunci bilik tertinggal dalam bilik sampaikan kena kopak tingkap, still, the trip was awhhhh-some! :)


September did treated me well, until just now. My blackberry cannot be charged. Aaaa nak taknak kena hantar repair esok. Been trying about an hour and half, bukak tutup tekan connect laptop semua, still no change. Dahlah terhilangkan 4 crystals from pendant si Muzamel bagi. And bapak too, his hypertension getting worse. Hmm.

Apa-apapun, I still have less than 3 weeks to be spent here in Malaysia, so will looking forward what September holds for me.

 Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Malaysia!


p/s: sometimes, confuse dengan diri sendiri sampai tahap tak kenal.
p/s/s: Sorry..
p/s/s/s: Tolonglah sembuh encik handphone.